Tuesday, December 13, 2011

Episod 13 : Dada Berombak

Episod 1 : Ramli yang sepi
Episod 2 : Layla Oh Layla

***

"Hallow! Wow, it's gorgeous, it's gorgeous!"

Ujar Steve Irwin di dalam televisyen yang sedang sibuk mengacarakan rancangan Crocodile Dundee. Ia merupakan rancangan yang berkisahkan seorang manusia yang mencintai alam fauna dan sanggup menempuh pelbagai bahaya demi cintanya pada fauna.

Kala itu, Steve Irwin baru lepas teruja jumpa seekor ular tedung selar bersaiz 5 meter panjang dan memiliki kulit yang menawan.

"Omaigod, it's really gorgeous, amaiii-zing!" sekali lagi Steve Irwin bersuara loghat Australia belah pedalaman.

Di sebabkan Steve Irwin jugalah Latifah berminat untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang zoologi di Australia. Walaupun di Malaysia ada sahaja universiti yang menawarkan bidang zoologi, tetapi Latifah mahu lebih dekat dengan idolanya itu agar jiwanya akan mencintai alam fauna sama seperti Steve Irwin mencintai fauna-fauna di dunia ini.

* * *

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu

Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku

Di saat-saat Ramli kecewa, renungan gadis comel itu kembali melekatkan hatinya yang bercerai-berai itu. Pada saat itu, Ramli merasakan dunianya masih belum gelap. Dia tahu masih ada harapan untuk dia hidup bahagia di dunia Illahi ini. Ramli cuba memerhatikan gadis comel itu sebaik-baiknya. Dia mahu tahu siapakah gerangan gadis tersebut. Tangannya digenggam erat-erat sebagai tanda ingin tahu yang sangat kuat.

"Klik...klik...klik!"

Bunyi itu mengganggu lamunan Ramli. Di depannya kelihatan Izwan begitu taksub mengambil gambar genggaman tangannya.

"Smart bro, genggaman kau macam ada feel!" ujar Izwan seraya menunjukkan gambar genggaman tangan Ramli.

Powww!

"Banyak kau punya feel! Rasa sebijik!" kata Ramli bernada bengang.

Izwan terbaring sambil berbuih mulut.

* * *

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Orang ramai semakin banyak mengunjungi majlis kenduri perkahwinan Hadi dan Layla. Keaadaan dalam khemah makan semakin sesak. Tempat duduk dan meja makan juga kelihatan tidak mencukupi. Kehadiran tetamu cukup luar biasa bilangannya. Haji Rizal sebagai orang lama di kawasan ini merasakan dia perlu melakukan sesuatu agar majlis dapat berjalan dengan lancar dan tidak menaikkan darah orang yang akhirnya akan menimbulkan cakap-cakap belakang yang kurang enak didengari.

Haji Rizal berjalan menuju ke arah meja DJ dan meminta mikrofon daripada DJ bertugas. DJ bertugas memandang serong tentang tindakan Haji Rizal yang kelihatan seperti ingin menyanyikan lagu 'Singkong dan Keju'.

"Usah kamu risau, aku bukan nak menyanyi,"

Ujar Haji Rizal sambil DJ bertugas tersipu-sipu malu mengenangkan sikapnya yang suka memandang negatif terhadap orang lain. Lalu dia memberikan mikrofon kepada Haji Rizal.

"Assalamualaikum. Ini Haji Rizal bercakap. Saya ingin memohon kerjasama daripada para tetamu agar tidaklah terlalu lama melepak di meja makan selepas menjamu selera kerana ada tetamu yang lain lagi mahu menjamu selera. Takkan kita nak tengok diorang makan berdiri pula kan? Tak manis rasanya kan? Jadi, kepada sesiapa yang dah makan, bolehlah rasanya bangun dan berikan tempat duduk kepada tetamu yang baru nak makan. Lagipun kita kan 1 Malaysia,"

Jelas Haji Rizal terang dan lancar. Tetamu yang mendengar pengumuman itu lantas bangun dan memberikan tempat kepada mereka-mereka yang lebih memerlukan. Haji Rizal yang melihat kelakuan para tetamu itu tersenyum bangga kerana mereka bersikap faham bahasa dan makan saman.

Ramli yang ketika itu sedang membantu orang kampung menguruskan kenduri kahwin Layla dan Hadi berhenti sekejap mendengar pengumuman Haji Rizal.

"Cheh, bajet bagus orang tua ni..." getus hati kecil Ramli.

Ramli memang tak berapa gemar menengok perangai Haji Rizal yang kadang-kadang bajet star itu. Kalau tak memikirkan faktor usia, memang dah lama orang tua itu kena hembus. Disebabkan rasa meluat yang terlalu meninggi, Ramli meneruskan tugasnya sebagai tukang angkat pinggan dan cek air basuh tangan kenduri kahwin Layla dan Hadi.

Sedang dia sibuk memeriksa isipadu air basuh tangan kenduri, tiba-tiba hati Ramli jadi berdebar-berdebar. Setahu Ramli, dalam dunia ini, ada dua sebab sahaja yang boleh buat dia berdebar-debar. Satu, ketika berhadapan dengan Layla, wanita yang pernah dia cintai. Namun kini, Layla sudah menjadi milik orang, jadi tak berapa manis rasanya dia nak berdebar tentang perkara itu. Sebab kedua ialah ketika dia ingin membuang air besar tetapi ada orang lain di dalam jamban. Jadi hal itu sememangnya mendebarkan jika dia tercirit di luar jamban.

Jika tadi Ramli berdebar-debar, kini dadanya pula semakin berombak-ombak. Ramli merasakan seolah-olah Tony Jaa, pelakon filem Ong Bak sedang menyiku dan melutut dadanya. Ramli tau, perasaan ini adalah perasaan yang mampu merubah hidupnya. Ramli semakin tidak senang duduk.

Tit...tit...tit...

"Abang Ramli..."

Ramli pusing ke belakang, sambil peluh dingin mula membasahi dahinya. Ramli kaget.

"Abanggg..."

Akan bersambung di blog Sultan Shahrulnizam.

Wednesday, November 16, 2011

Cerpen Berantai : Cinta harus memiliki

Episod 1 : Guru Besar Rizal Gunx
Episod 2 : Zalila a.k.a Layla (buwekk)
Episod 3 : Hafis AF
Episod 4 : Rudeen Budeen
Episod 5 : Hadi Berhadi-hadi

* * *

"Pang! O-ook-ook-jeng! O-ook-ook jeng! Pang!"

Berdering kuat bunyi telefon Ramli. Ringtone lagu Siam.

"Ek eleh, siapa pula yang call aku waktu-waktu genting macam ni? Eh, Haji Rizal, apa orang tua ni nak?" bisik hati kecil Ramli. Sementara itu, Izwan yang dari tadi menunggu jawapan Ramli sudah naik jelak dan terus ke dapur mencari biskut Meri.

"Assalamualaikum Haji. Wassap call saya ni? Ada hal penting ke?"

"Waalaikumsalam. Ni aku nak kabor ni, aku kena tipu ni!" kata Haji Rizal, tegas.

"Tipu apa pula Haji?" balas Ramli dengan penuh perasaan ingin tahu.

"Ni ha, TV2 ni tipu aku. Kata ada cerita Rambo II, tapi yang keluar cerita Si Capik season 2."

Izwan yang kebetulan baru datang dari dapur mencari biskut Meri, diterajang tepat di perut oleh Ramli akibat rasa bengangnya terhadap Haji Rizal.

Sementara itu dihujung talian kedengaran suara Haji Rizal menjerit, "Hello-hello-hello! Puiii!"


KOMA


"Assalamualaikum, ooo assalamualaikum!" Hafis memberi salam tatkala dia berada di depan rumah Rudeen.

Pintu rumah terkuak dan kelihatan seorang mak cik yang sebaya umur Sharifah Aini menjenguk ke luar rumah seraya berkata.

"Minta maaf dik, rumah ni tak ada orang nama Assalamualaikum."

Hafis tergamam. Matanya memandang tepat mak cik itu. Mak cik itu pun sama, memandang tepat ke matanya.

Rudeen yang pada masa itu baru selesai menjahit patung beruangnya yang koyak dipinggang akibat tersangkut di engsel pintu datang menghampiri emaknya yang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Kenapa mak, siapa yang datang?" sapa Rudeen.

"Ni ha, ada budak nak cari Assalamualaikum," balas emaknya.

Rudeen melihat ke luar dan kelihatan Hafis sedang berdiri tegak sambil matanya masih merenung tepat emak Rudeen.

"Eh, Hafis, kenapa awak tercegat di depan tu? Marilah masuk. Minta maaflah, mak saya ni memang suka bergurau," terang Rudeen. Sambil itu emak Rudeen masuk ke dalam rumah menahan ketawa.

Hafis tersenyum kelat. Runsing juga jadinya bila dibawa bergurau macam tu. Mujur dia tak mengamalkan lifestyle Amerika, kalau tak, habis lirik-lirik Eminem dinyanyinya. Rudeen juga turut keluar dari rumah dan duduk di kerusi yang ada di laman rumahnya.

"Duduklah Hafis," jemput Rudeen.

"Sebenarnya, saya ada benda nak beritahu awak ni," ujar Hafis.

"Apa dia Hafis?"

Hafis sedar, yang ada di depannya bukan orang-orang biasa baginya. Ini orang yang cukup istimewa baginya. Orang di hadapannya boleh diibaratkan seperti jika Hafis ialah Shah Jehan manakala Rudeen ialah Mumtaz Mahal. Jadi, menjadi gugup dan gemuruh di hadapan gadis ini sudah menjadi satu kewajipan.

"Hafis!" jerkah Rudeen.

"Saya cintakan awak!" jerit Hafis yang terkejut dari lamunannya.

* * *

Bersambung ke blog Shahrulnizam Mohamed Yusof Yang Pawer!

Tuesday, October 25, 2011

Keindahan kampung nan permai! (Promosi Microsoft Paint)

Jadi, lu orang nilai-nilai sendirilah ini gambar.
Sebab tu orang cakap, "Picture worth a thousand words".

Monday, October 10, 2011

Budak Baru

Masa tu gua darjah 6, 6 Setia. Kelas nombor 2 pandai. Nombor 1 pandai kelas 6 Jujur, diikuti kelas gua, kemudian 6 Ikhlas dan akhir sekali 6 Amanah. Waktu sekolah rendah dulu, cukup risau gua kalau dapat kelas Amanah tu, walhal menjadi orang yang Amanah ni satu perkara yang baik. Namun begitu, dari segi akademik, lu akan nampak bodoh masuk kelas Amanah tu.

Orait, berbalik kepada kelas gua, 6 Setia. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan agak seimbang. Ada juga budak kelas gua yang seorang dua yang cun-cun comel. Yang lain masuk kategori 'bolehlah'. Gua seperti biasa, kategori 'budak lelaki nakal kacak yang belah tengah dan pandai'. Dulu nak belah tengah punya pasal, sanggup simpan duit nak beli gel. Mana taknya, nak pastikan rambut gua tersisir rapi sampai tamat waktu sekolah la katakan.

Waktu ni juga gua dah expert urusan-urusan nak mencarut. Tak lengkap nakalnya kalau tak reti mencarut, macam tak khatan. Jadi, sempat jugalah gua belajar sebarang dua perkataan yang kurang elok. Waktu ni, F word tak berapa nak popular. P word lebih menjadi kegilaan remaja kala itu. Jadi kalau nak buat perangai gengster sikit, bila jumpa kawan, kita kasilah P word sikit. Yang perhati pun naik gerun dan tak berani nak ganggu kita.

Ada sekali, kelas gua dapat budak baru. Budak ni dengar cerita duduk Amerika sana 3 tahun. Kulit pun putih melepak. Gua perhati, ramai juga gadis-gadis kelas gua yang seakan-akan tertarik dengan budak tu. Bukan setakat budak-budak perempuan kategori 'bolehlah', malah yang cun-cun comel pun nampak gaya macam minat dengan dia. Oh ya, nama budak tu Salem. Macam nama rokok!

Bukan setakat perempuan, kawan-kawan gua yang lelaki pun macam berminat dengan dia. Ada waktu lapang saja, pasti mereka cuba merapati Salem. Asal lapang saja, rapat dengan Salem. Mujur masa tu kes liwat Anwar tak mula lagi, kalau tak mesti Salem dah kena liwat. Sebab Salem ni kategori jambu la juga.

Gua naik hairan kenapa ramai yang suka rapat dengan Salem ni. Menurut informer gua, Salem ni pandai speaking. Sebab tu ramai yang cuba nak rapat supaya UPSR nanti boleh dapat A dalam English Language. Konon nak dapat bantuan Salem la ni. Gua setakat nak tolong kacau-kacau awek bolehlah. Hal-hal akademik ni gua kurang sikit. Jadi bila ramai yang bertumpu kepada Salem ni, gua rasa macam taring gua dah makin tumpul, makin tak garang. Bila jadi macam ni, gua jadi makin resah bilamana gua dah tak ada sahabat nak bermain bersama. Scene kacau awek pun boleh jadi terganggu sebab mana true kacau awek sorang-sorang brader!

Nak dijadikan cerita, masa tu kelas English Language. Cikgu berbangsa India yang handle. Gua perhati, cikgu tu nampak teruja bila dia dapat tau kelas dia ada budak baru dari Amerika. Memang seronok la dia sebab ada budak yang boleh dia ajak bersembang dalam bahasa inggeris. Nak harap gua dan budak-budak kelas gua memang tak jalan la. Ada sekali gua kena tarik sideburn sebab speaking grammar berterabur. Tapi dia tak hargai langsung keberanian gua berbahasa inggeris, tu yang buat gua banyak senyap dalam kelas bahasa inggeris tu.

Tiba-tiba teacher panggil Salem.

"Salem, can you come forward," ujar teacher sambil senyum berbunga-bunga.

Salem pun datang depan. Muka tahan bangga.

"So Salem, can you share with us the way the Americans learn their english?"

Salem pandang seisi kelas.

5 saat, diam.

10 saat, diam.

15 saat, diam.

"Saya cakap melayu boleh tak teacher? Inglish saya tak berapa nak betullah."

Teacher buat-buat baca buku ilmu hisab.

Salem, Salem... kau memang Melayu sejati!

Sejak hari itu gua dan Salem berkawan rapat dan sering bermain catur bersama bila tiba waktu rehat. Salem memang star main catur. Ini gua kena respek!

Monday, October 3, 2011

Jatuh

"Aarrgghh!"

"Woi, woi! Bangun, bangun! Apahal kau memekik pagi-pagi ni? Tu la, tidur tak baca ayat kursi, bismillah, selawat, kan dah ngigau," bebel Azizul apabila melihat kelakuan kawan serumahnya yang mengigau itu.

"Hush! Sori la bro. Aku bukan saja-saja nak jerit. Mimpi aku ni seram bebenor!" ujar Ruzaini sambil mengelap peluh dingin yang membasahi dahinya.

"Amende yang seram bebenor mimpi kau tu Ruzaini?" tanya Azizul.

"Masuk kali ni, dah tiga kali aku mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. Elok je tiba masa kepala aku nak cecah tanah, kau pun kejutkan aku. Nasib kau kejutkan Azizul, kalau tak mesti dah pecah kepala aku!" terang Ruzaini panjang lebar.

Azizul yang mendengar cerita mimpi Ruzaini itu turut berasa sedikit seram. Ini kerana, pada malam tadi dia ada terbaca di dalam halaqah.net tentang mimpi jatuh dari tempat tinggi ini. Menurut laman web itu, jika mimpi jatuh dari tempat tinggi, maksudnya seseorang itu ada tanda terkena sihir.

"Tiga kali dah mimpi sama? Aku rasa kau ni dah terkena sihir la Ruzaini," kata Azizul seraya mengunyah buah epal untuk mengurangkan sedikit keseramannya.

"Eh, kau jangan macam-macam Azizul. Seingat aku, aku tak pernah buat jahat kat sape-sape tau. Jadi, takkan la orang nak sihir aku!" balas Ruzaini. Sambil itu dia juga cuba mengingat sama ada dia pernah melakukan kejahatan kepada orang lain ataupun tidak. Rasa-rasanya, perkara paling jahat yang pernah dia buat ialah menarik tudung Noor Zarina, anak pak bilal yang sekelas dengannya. Tapi itu pun 15 tahun yang lalu sewaktu dia sekolah rendah. Selepas itu Ruzaini lebih banyak bertindak sebagai lelaki yang gentleman dan baik.

"Itu menurut yang aku bacalah Ruzaini. Entah betul ke tidak, aku pun tak tau," kata Azizul.

"Eh, kau tak pergi kerja ke pagi ni, dah 7.30 ni?" sambung Azizul lagi.

"Hah? 7.30? Cilake, lambat lagi aku pagi ni!" balas Ruzaini garang. Masuk hari ni dah tiga kali Ruzaini lewat. Kata bosnya, jika dia lambat lagi, dia akan dibuang kerja. Apa lagi, kelam kabutlah Ruzaini bersiap. Untuk menjimatkan masa, Ruzaini hanya membasahkan rambut dan memakai gel sebanyak mungkin agar nampak seperti orang sudah mandi.

"Dah la duduk tingkat 15, lif boleh lak rosak pagi-pagi ni. Tak tau ke orang nak cepat!" bebel Ruzaini sendirian. Dalam waktu dia mahu pantas ke pejabat, lif kediamannya boleh pula tidak memberi kerjasama yang baik. Dengan langkah yang longlai, Ruzaini terpaksalah menuruni tangga untuk ke pejabat.

Elok saja kakinya mahu mencecah anak tangga di tingkat 15 itu, langkah Ruzaini tiba-tiba terhenti. Matanya tertancap ke satu arah. Tidak berkelip langsung matanya. Mulutnya pula tiba-tiba ternganga luas seakan-akan terpegun. Kelihatan seorang gadis cantik jelita sedang menuju ke arahnya. Sambil berjalan, gadis itu melibas-libaskan rambutnya seperti iklan syampu. Ruzaini semakin tergoda melihat kelakuan gadis itu.

"Aku rasa inilah puncanya aku dapat mimpi jatuh dari tempat tinggi. Rupa-rupanya aku sudah mahu jatuh cinta!" bisik hati kecil Ruzaini seraya tersenyum manis.

Entah dari mana datang, tiba-tiba berlari dua orang kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejar di koridor tempat Ruzaini berdiri. Ruzaini yang terkejut dengan situasi itu, berasa amat terkejut. Dirinya yang ketika itu berdiri dengan sebelah kaki sahaja kerana satu lagi sedang tergantung di udara hilang keseimbangan. Dengan tidak semena-mena, Ruzaini terjatuh, tergolek di atas tangga dari tingkat 15 hingga ke bawah. Ruzaini cedera parah dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir di ground floor.

Esoknya, di dalam surat khabar METRO.

"Lelaki maut jatuh berguling dari tingkat 15!"

Monday, September 26, 2011

Hujan

Kringgg!

Masa untuk gua belajar hal-hal agama dah tamat. Belajar di sekolah agama membolehkan gua lebih memahami ilmu-ilmu feqah, tajwid, tauhid dan bahasa arab. Lantaran itu, ia mampu mendidik gua menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa.

Agama, agama juga, tapi bila hujan, seriau juga nak balik. Hari tu hujan bukan main lebat lagi. Entah macam mana boleh lebat pun gua tak tau. Padahal, nampak macam cerah sebelum tu, ni tiba-tiba pula hujan lebat. Sebagai murid darjah 5, balik rumah naik basikal seorang diri dalam keadaan hujan adalah sesuatu perkara yang sangat tak kool walaupun bermandi hujan itu sejuk.

Namun begitu, mak gua awal-awal lagi dah buat persiapan untuk gua menghadapi hari hujan ni. Maka dengan pantas gua bawa keluar baju hujan gua yang berwarna kuning pekat itu dan sarungkan ke atas badan gua. Nampak gaya, gua dah bersedia nak meredah hujan.

Jarak sekolah agama gua ke rumah gua ada la dalam 7 kilometer juga jauhnya. Kira mencabar jugalah nak mengayuh jauh-jauh lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan. Tapi apa boleh buat, gua kena redah juga, kalau tak ketinggalan la gua nak layan drama Spektra: Budak Bijak yang selalu ditayangkan jam 7 malam tu.

Dengan lafaz bismillah gua mulakan perjalanan. Guruh pula dah mula berdentam-dentum. Hish, tak tolak ansur langsung dengan gua yang balik kayuh basikal secara bersendirian ni. Bila hujan ni, jalan pun jadi licin. Jadi pengayuhan gua lebih menitikberatkan pembrekkan. Takut kalau terlambat brek, nescaya nahas menimpa.

Dipendekkan cerita, gua dah hampir nak sampai rumah. Sebelum tu gua perlu seberang satu jalan yang terakhir untuk sampai ke rumah gua yang berjarak 500 meter sahaja lagi. Hujan kala itu semakin lebat, songkok gua habis berat akibat penyerapan air yang berlebihan. Mata pun dah kabur-kabur pasal hujan lebat merejam mata gua. Namun begitu, peraturan lalu lintas tetap tersemat dalam akal.

Gua pandang kanan, kemudian kiri dan kemudian kanan kembali. Bila dah yakin tiada kereta, gua mula mengayuh. Tapi, entah macam mana bila elok saja kaki gua nak pijak pengayuh, ada sebuah kereta tiba-tiba meluru laju ke arah gua. Waktu tu gua rasa ragu-ragu nak lintas ke tidak. Gua pun ambil keputusan tak melintas. Namun begitu, kereta itu tetap nak menuju ke arah gua walaupun gua dah ambil keputusan tak nak melintas. Dalam hati dah berkata, "Ah sudah!"

Bammm!

Gua terbaring bersama-sama basikal gua. Kereta tu pula tiada cacat cela. Kereta tu tergamam sekejap, kemudian terus memecut pergi tanpa menghiraukan keadaan gua. Gua masa tu dah rasa macam superman, badan gua tak sakit-sakit langsung. Luka tiada, darah tiada, bengkak-bengkak pun tiada. Semua masih setedi macam biasa. Basikal gua pun, perghh! Hebat, tak ada bengkang-bengkok langsung! Padahal kuat juga gua kena langgar tadi.

Selepas memastikan segalanya selamat, gua pun meneruskan perjalanan pulang gua sambil mendendangkan lagu 'Hujan' nyanyian Allahyarham Sudirman.

Tuesday, September 13, 2011

Radio burok

Waktu itu gua baru darjah 5, kalau tak silap. Mak bapak gua pun masa tu tak ada dalam rumah, pasal dah keluar pergi mana entah, beli barang dapur agaknya. Adik beradik gua yang lain ada la, tapi sibuk buat urusan masing-masing. Jadi, kesempatan yang ada ni, gua ajak kawan-kawan gua menziarahi rumah gua. Kawan-kawan gua yang kebetulan memang tengah kehausan akibat mengayuh basikal terlalu laju tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan gua.

Dua orang kawan gua iaitu Mad dan Kamarul ini merupakan pasangan adik-beradik. Berkawan dengan mereka ini sangat menarik. Mereka berdua ni jenis having fun punya orang walaupun benda tu kadang-kadang tak berapa nak fun pun. Sambil-sambil lepak minum air dalam rumah gua tu, Kamarul pun bertanya.

"Weh Wan, ko ada radio tak?"

"Ada la, kenapa, ko nak buat apa?"

"Ko bawak datang sini, ada benda aku nak tunjuk."

Disebabkan gua nampak muka Kamarul macam excited sangat, gua pun tergesa-gesa mengambil radio gua. Mujur waktu tu, abang gua yang rajin dengar radio tu tak dengar radio, dia tengah sibuk baca majalah Gila-Gila yang tengah hit waktu itu.

"Ko nampak kaset ni? Jom dengar apa isinya," kata Kamarul sambil tersenyum kerang-kerang busuk.

Gua pun dah beria-ria sangat waktu tu. Mad yang duduk sebelah gua pun dah menggigil-gigil tahan gelak. Gua dah boleh jangka ini adalah satu benda sangat best untuk dinikmati bersama.

"So, are you ready guys?" tanya Kamarul dalam bahasa inggeris. Bersahaja sungguh gayanya.

Gua dan Mad pun mengangguk tanda ready.

Kamarul menekan button play.

Power!

***

Sepanjang tengah hari itu, gua, Kamarul dan Mad masing-masing bergilir-gilir merekod bunyi kentut kami. Kadang-kadang bunyi kentut gua yang kuat, kadang-kadang bunyi kentut Kamarul pula yang kuat dan kadang-kadang juga bunyi kentut Mad yang kuat. Kami bertiga berasa sungguh nikmat pada hari itu. Lebih-lebih lagi bila bunyi kentut kami dimainkan semula, seronok yang amat!

Tuesday, August 16, 2011

Puisi : Sekilas Ramadhan

Ramadhan.
Tanpaku sedar kau datang.
Mujur pak cik tv ada sound.
Terawih juga aku malam pertama itu.

Ramadhan.
Bila kau datang, bazar pun datang.
Orang ramai berpusu-pusu.
Tangan kanan penuh, tangan kiri pun penuh.
Mujur tak ada yang jatuh menelentang.

Ramadhan.
Bila kau menjelma, teringat juga memori lama.
Membuatkan ku tersengih-sengih.
Orang azan untuk tunaikan solat subuh.
Tapi aku bangun untuk sahur.

Ramadhan.
Nama kawanku.
Kenal semasa sekolah.
Tapi tak pernah orang panggil dia Ramadhan.
Kalau nampak, cuma panggil 'Pak Rem' saja.

Ramadhan.
Kini, kau hampir pergi.
Apalah daya untukku menghalang.
Namun, ia buat ku terfikir.
Ponteng puasa yang dulu entah dah ganti ke belum.
Peh!

Ramadhan...

Wednesday, August 10, 2011

Nostalgia Ramadhan 1.1

Gua tengah cuba ingat apa lagi nostalgia Ramadhan gua yang steady-steady.

Monday, August 8, 2011

Nostalgia Ramadhan

Malam itu kafe yang sememangnya didominasi kaum lelaki kelihatan begitu meriah sekali. Di penjuru kanan kafe kelihatan brader jaga kaunter tengah main kad dengan kawannya. Nampak riuh sekali. Kadang-kadang, brader jaga kaunter itu mengangkat penumbuk kepada rakannya sebagai amaran agar tidak bermain tipu. Di penjuru kanan pula kelihatan sekumpulan budak-budak jurusan Sains Hayat sedang berbincang tentang anatomi ayam goreng yang telah digoreng empuk oleh makcik-makcik kafe. Nampaknya, salah seorang yang bertindak sebagai ketua dalam kumpulan itu begitu bersungguh-sungguh menyampaikan hujahnya berkenaan anatomi ayam goreng itu. Kawan-kawannya yang lain terbeliak sambil membetulkan kedudukan kacamata masing-masing mendengarkan kata-kata ketua mereka.

Pada waktu itu, gua dan Mat Jep kebetulan sudah bersetuju untuk membeli juadah untuk bersahur nanti. Dalam matrikulasi ni, gua dengan Mat Jep memang dah kamcing sangat. Walhal kat sekolah teknik dulu, kalau berjumpa, setakat angkat-angkat kening je. Mat Jep ni berkawan dengan budak-budak baik, jadi gua tak berapa nak into sangatlah dengan culture dia. Tapi bila masuk matrikulasi ni, entah macam mana boleh jadi ngam pula. Padahal bulu kaki pun dia tak ada.

Selesai urusan memerhati keadaan sekeliling, kami pun menuju ke kaunter makanan. Nampak gayanya, lauk masih banyak belum disentuh oleh senduk-senduk di situ. Sebagai pembeli yang bijak, gua dan Mat Jep mengambil langkah untuk meneliti dan mengkaji setiap lauk yang dipamerkan agar tidak melakukan pembelian yang disesali. Setelah 5 minit memerhati lauk-lauk yang ada, gua dan Mat Jep sudahpun membuat keputusan.

Gua angkat kening kepada Mat Jep, dan dia pun angkat kening juga tanda setuju.

Sebagai pemain ragbi matrikulasi, tak manis rasanya kalau gua ambil dua sudu nasi sahaja. Lagipun, nanti apa kata coach gua kalau dia nampak? Ini boleh menimbulkan cakap-cakap belakang yang mungkin boleh gua tersingkir dari senarai pemain ragbi matrikulasi. Maka, sesuai dengan status pemain ragbi matrik, gua ambil 4 senduk nasi. Mat Jep pun gua tengok ambil banyak itu juga. Mungkin mahu tambah bulu kaki agaknya. Selasai urusan nasi, kami ke hal ehwal lauk pauk pula. Untuk tidak menjejaskan selera, kami mengambil langkah selamat yakni dengan membeli lauk ayam. Ayam memang lauk pembuka selera tidak mengira masa dan tempat. Selepas itu, dengan menggunakan kepakaran mamak nasi kandar, kami mencampur aduk kuah-kuah yang sedia ada di situ. Dengan perkiraan yang tidak lekang dalam otak, gua sudah mendapat campuran kuah yang pasti amazing.

"Hang dah cukup tak?" tanya gua kepada Mat Jep.

"Dah! Hang?" Mat Jep membalas pertanyaan gua.

"Dah! Kalau macam tu, jom bayar. Takkan nak makan nasi haram, kau nak jadi ahli neraka?"

"Taknak! Hahaha!" balas Mat Jep sambil ketawa kegembiraan.

Setelah menyelesaikan urusan pembayaran, gua dan Mat Jep berlalu pulang ke bilik. Sampai saja di bilik, kelihatan semua roomate kami sudah tidur. Hal ini juga menyebabkan kami berasa mengantuk yang amat sangat. Kami letakkan bekalan sahur kami di atas lalu terus menerjah ke tilam masing-masing. Sebelum tidur, sempat juga gua berpesan kepada Mat Jep.

"Jangan lupa kunci jam woi!"

"Ok," balas Mat Jep sayup.

***

Pagi esoknya gua dan Mat Jep bersahur sewaktu azan subuh dialunkan.

"Tak baik membazir, baik kita habiskan je nasi ni," nasihat Mat Jep.

Pagi subuh yang dingin itu gua dan Mat Jep kucar-kacir habiskan bekalan sahur kami sebelum roomate kami terjaga.

Thursday, July 28, 2011

Mengaum la kau!


Huh! Tengok logo pun mesti dah gerun kan? Pasal bintang-bintang tu, gua dah syak macam logo geng komunis! Tapi apa-apahal pun, ini bukan komunis, tapi ini logo pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya. Auummm! Kiut!

Malam ni, akan jadi malam penentuan bagi kedua-dua pasukan iaitu, Malaysia dan Singapura. Malam penentuan bagi menentukan siapa yang layak untuk ke pusingan seterusnya. Malam yang menjadi debaran semua rakyat Malaysia dan Singapura dan tidak lupa bagi brader yang ada komplen dalam TV3 semalam pasal tak percaya tiket habis.

"80,000 tiket habis? Logik ke bang? Tak logik kan bang?" - luahan rasa brader yang nampak gaya macam mat despatch.

Sebagai penyokong setia bola sepak, gua tak akan ketinggalan menonton perlawanan ini. Akibat kekangan masa dan lokasi penempatan gua yang tak strategik, gua tak dapat nak turun ke stadium melihat sendiri pasukan Harimau Malaya beraksi. Dengan hanya menonton di rumah, gua cuma dapat mengharap belas ihsan RTM untuk menayangkan perlawanan tersebut. Harap-harap semuanya berjalan lancar agar gua dapat menonton dengan hati yang senang.

Hati senang?! Kau silap Roy, kau silap. Sepanjang pengalaman gua tengok bola, jarang gua bersikap tenang hati. Majoritinya, sepanjang masa permainan gua memilih untuk beremosi. Kecuali kalau bapak gua ada berhampiran. Masa tu tengok bola macam dengar azan. Senyap!

"Ha'ah. Masa tu saya silap." - Safiq Rahim

Jadi malam ni, mana yang perlu gua garang, gua garang. Mana yang perlu gua sound, gua sound. Mana yang perlu gua maki, maki gua maki. Mana yang perlu gua puji, gua puji. Pendek kata, tindakan gua pada malam ni akan bergantung sepenuhnya kepada cara permainan pasukan Harimau Malaya. Ada sampai satu tahap punya emosi, bini gua sampai kurung diri dalam bilik pasal aura emosi gua jadi cukup membara sampai rumah jadi berbahang kata ko!

Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia hari ini akan bermain tanpa ketua pasukan Safiq Rahim akibat digantung 1 perlawanan. Gua pun tak tahulah apa pasal mamat ni nak angkat kaki lebih sangat ke player Singapura tu. Gua bajet, masa tu angkat biasa-biasa sudahlah. Lagipun mamat Singapura tu bukan handal ke mana sangat. Nak jatuh juga waktu tu.

Yang buat gua jadi menyirap juga pasal keeper Malaysia si Sharbinee tu. Adoyai! Malam tu gua rasa dia macam ada kat Carribean tengah lepak-lepak dengan gadis berbikini! Memang cool sangat! Bola yang mamat boroi Singapura sepak tu apa ke hal dia tak nak terbang? Dulu bukan main lagi aku tengok kau terbang waktu dalam Liga Super, tapi malam tu terbang lu hilang entah ke mana.

Namun begitu yang paling panas sekali ialah cara permainan pertahanan Malaysia. Kentut habis! Ini kalau gua bawak berbincang ke sini boleh membina dosa saja. Jadi baik gua diamkan dan harap-harapnya malam ni diorang main elok-elok sikit.

"Gosip itu saya jadikan pembakar semangat!" - komen Asraruddin sewaktu beliau digosipkan dengan Rozita Che Wan.

Ok lah. Cerita panjang pun tak guna. Kita tunggu je ini malam. Sama-samalah kita hangatkan suasana. Hmm...nak makan apa la malam ni?

Monday, July 11, 2011

Usahawan = Perit!

Pagi tadi, entah semangat apa yang dah meracuni diri gua, tiba-tiba gua jadi produktif pula. Gua jadi teruja sangat nak mengajar hari ini. Disebabkan teruja yang melampau gua boleh melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat terkini berkaitan bidang keusahawanan, bidang yang gua ajar. Pada hari ini juga, gua sedar bahawasanya gua mengajar pelajar-pelajar gua tidaklah mengikut peredaran masa sangat. Malah, gua juga perasan yang gua mengajar terlalu mengikut buku dan mengabaikan segala maklumat berkaitan isu-isu semasa. Hal-hal macam ni la yang sebenarnya boleh buat kita tidak diberkati sebab buat kerja sambil lewa.

Gua pun taiplah macam-macam benda berkaitan keusahawanan. Entah macam mana terkeluar pula satu laporan dalam bentuk PDF yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan dengan keusahawanan. Laporan itu melaporkan tentang statistik rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang keusahawanan ini. Benda pertama gua semak ialah berapa muka surat yang ada dalam laporan ini. Bukanlah gua malas nak baca laporan panjang-panjang, tapi gua ni kejar masa, jadi benda panjang-panjang ni boleh menjurus kepada membazir masa. Amalan iblis tu woi!

Antara perkara yang menarik perhatian gua ialah berkaitan statistik yang menunjukkan trend keusahawanan telah menurun dari 25.1% pada tahun 1982 ke 20.9 pada tahun 2008. Wow! Sangat terkejut bila gua tengok data macam tu. Gua ingatkan selama ni statistik rakyat Malaysia yang menyertai bidang keusahawanan adalah semakin meningkat, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Betul-betul tak sangka boleh jadi macam ni walaupun negara semakin maju. Adakah ini boleh membawa maksud semakin maju negara semakin malas orang ramai nak ceburi bidang perniagaan? Adakah ramai orang semakin selesa kerja makan gaji? Adakah mereka takut berniaga kerana risau dapur tidak akan berasap? Yelah, bidang keusahawanan ni bukan benda ayam-ayam weh. Kalau tersilap percaturan, nahas jawabnya. Macam main catur, salah letak King, ha ambik, terberak kena check-mate!

Dalam laporan ini juga ada menyatakan bahawa usahawan yang ada kini kebanyakannya tidak mendapat pendidikan rasmi berkaitan keusahawanan ini. Yang ni gua tak berapa nak terkejut sangatlah. Sebab gua pun ada kenal ramai orang yang masuk bidang keusahawanan ni tanpa ilmu yang penuh didada. Walaupun dada-dada mereka tak penuh ilmu, tapi semangat dan ketabahan mereka memang cukup tinggi. Tinggi sehingga mencakar langit dan rasanya lebih tinggi dari langit agaknya cakaran langit tu. Sebab tu orang-orang tanpa ilmu keusahawanan yang cukup ni boleh pergi jauh dalam bidang ni.

Turut dinyatakan bahawa lingkungan umur yang menceburi bidang keusahawanan ini adalah dalam umur antara 35 hingga 64 tahun. Hal ini terjadi kerana, pada usia muda mereka menghabiskan masa untuk mencari pengalaman dan mengumpul modal agar mereka boleh membuka perniagaan mereka sendiri. Contohnya macam Abu ni dia memang nak buka bengkel kereta, tapi pengetahuan tak berapa cukup. Lalu Abu pun bekerja di bengkel kereta Ah Chong. Ah Chong pun dengan hati terbuka terima Abu. Abu dengan setedinya bekerja dengan Ah Chong sambil mempelajari selok belok perniagaan bengkel kereta Ah Chong. Apabila cukup ilmu dan pengalaman, Abu pun berhenti. Abu cakap kat Ah Chong dia nak buka bisnes kat kampung pasal nak dekat dengan mak abah. Lagipun mak abah Abu tak berapa nak sihat. Jadi kalau Abu dekat, boleh la Abu jenguk-jenguk mak abahnya. Ah Chong pun kata ok. Ha macam tu la lebih kurang ceritanya.

Haish, rasanya ok kot gua tulis-tulis sampai sini. Cerita panjang-panjang pun nanti ada yang tidur lak. Ok, ok, jom kita minum dulu ok!

Saturday, July 9, 2011

3 tahun dah...

Hari ini gua buat kerja gila. Lama dah gua tak buat. Tadi, masak nasi goreng, sampai habis satu kuali gua sebat. Entah nafsu apa entah yang dah hasut gua. Senak perut gua dibuatnya. Tapi senak-senak pun, gua masih setedi menulis dalam blog ni. Nampak gaya setakat ni perut gua memberi kerjasama yang baik, tak timbul isu meragam lagi.

Lama dah gua tak menulis kat sini. Apa? Merajuk? Cait! Tak ada alasan gua nak merajuk weh. Sejak beberapa bulan lalu mood gua nak menulis agak menjunam, tak tau apa sebabnya. Mungkin konsentrasi gua dah lebih ke arah lain. Mungkin feel menulis gua ni tak berapa kuat. Awal-awal je kot gua kelam kabut nak jadi penulis terkenal, tapi akhir sekali, semangat tu berkubur begitu sahaja. Lepas ni gua nak tanam niat dalam hati untuk jadi penulis biasa-biasa je. Tak nak berazam tinggi sangat dah, nanti sendiri jadi down bila tak capai.

Dah masuk perenggan ketiga barulah gua nak cerita berkaitan tajuk gua. Yelah, baru la relate orang kata. Lagipun nampak lebih berseri bila sama. 3 tahun, perenggan ke 3. Puhh! Macam baca akta dalam mahkamah. Sebenarnya gua nak beritahu yang pada 9 Jun lepas dah genap 3 tahun gua jadi tenaga pengajar. Peh, tak sangka gua boleh tahan mengajar 3 tahun. Rasa macam nak buat pulut kuning je tanda kesyukuran. Tapi terbatal juga niat gua ni pasal gua bukan pandai pun nak masak benda benda pulut ni. Masukkan pulut dalam mulut retilah!

Tahun pertama gua mengajar, macam biasa, kekok! Apa-apa kemahiran mengajar memang tak ada kat gua langsung. Walaupun dalam keturunan gua ada yang jadi cikgu, tapi bagi gua, gua rasa macam gua ni tak ada sifat semulajadi untuk mengajar. Kelas pertama gua masuk, kelas tu banyak perempuan. Peh, berpeluh gua! Dah la masa tu semua menumpukan sepenuh perhatian kepada gua walhal gua tak mula mengajar apa-apa pun. Thrill habis beb! Kira dalam tempoh awal gua mengajar, badan gua banyak berpeluh la. Yelah, nak cuba sesuaikan diri dengan keadaan kata ko!

Bila awal awal kerja, memanglah tak ada gaji. Tambahan pula kerja kerajaan, Jadi makan masa jugalah nak tunggu gaji. Jadi, pada 3 bulan pertama tu gua masih mengharap bantuan kewangan dari mak abah gua. Gua pula jenis tak meminta, apa yang abah gua bagi, gua guna tanpa banyak usul periksa. Cuma kadang-kadang ada jugalah gua meminta, bukan apa, waktu tu gua terlebih belanja akibat boros tak tentu hala. Tapi ada satu kes tu, memang gua terpaksa minta sebab kereta gua tiba-tiba buat hal. Habis terbang RM700.00! Kesian abah gua.

Cukup tiga bulan kerja, masuk sudah gaji gua. Jumlah terkumpul gaji gua tu ada lebih dalam RM6000 kot. Gua pun tak berapa nak ingat. Di sebabkan gua muda belia waktu tu, semangat nak menyimpan tak berapa nak ada sangat. Benda pertama gua nak angkat ialah laptop. Hasilnya, gua dapat menulis dalam blog ini. Wang yang selebihnya pula gua dah tak ingat apa gua dah buat. Mesti ada benda-benda bodoh yang gua buat untuk habiskan duit gua tu. Kalaulah gua berfikir lebih panjang waktu dapat duit banyak macam tu mesti gua dah buka bisnes jual apa-apa sahaja yang sesuai dengan modal RM6000.00.

Kini dah 3 tahun gua mengajar. Dalam tempoh 3 tahun tu sebenarnya ada juga gua fikir betul ke karier ni sesuai dengan gua. Gua rasa macam tak berapa nak into la, tapi kadang-kadang ok lak. Apa yang gua tau, kadang-kadang sebab sikap manusia yang tua-tua kat tempat kerja gua tu yang gua jadi malas nak bekerja kat sana. Tapi bukan semualah, sesetengah je la. Gua pun bukanlah suci bersih sangat, tapi yang gua tau, gua tak suka susahkan orang lain, cakap pun berbelit-belit. Kat tempat kerja gua tu banyak sangat yang lahir-lahir dah lidah bercabang. 5 minit sebelum cakap A, tapi 5 minit selepas tu cakap B lak, esoknya pula cakap C lak. Ah sudah, habis tu mana satu nak ikut ni. Tumbuk kang!

Gua juga baru baru ni dah melibatkan diri dalam bidang baru. Bidang yang bagi gua kepuasan. Bidang yang gua rasa sesuai dengan otak seni gua. Lagipun, menurut kajian orang yang menulis tangan kanan macam gua ni memang lebih cenderung dalam bidang seni. Tapi bukanlah dalam bidang seni nyanyian ke, seni lakonan ke, sebab gua memang tak ingin nak terjun masuk bidang tu. Ni seni fotografi. Bila masuk dalam benda ni, hati gua rasa puas. Puas sampai nak main badminton!

Ok la. Rasa macam dah banyak gua menaip. Taip panjang-panjang pun bukan ada orang nak baca. Tapi sekurang-kurangnya terisi juga blog gua ni dengan benda-benda terkini. Ok lah, gua nak main badminton dengan jiran sebelah ni. Susah betul fight dengan orang tak mudah putus asa ni.

Monday, May 23, 2011

Bebas Terbang

"Ya, apa yang kau mau dari aku?" jerit Jin dari teko.

"Aku mahu bebas!" jerit Aladdin.

"Bebas memanglah bebas, tapi bebas macam mana?" balas Jin.

Aladdin termenung sejenak. Kemudian dia kembali tersenyum.

"Aku mau jadi burung! Jadikan ku burung wahai Jin dari teko!"

"Kau yakin?" tanya Jin antara percaya dan tidak.

"Yaaa!" jerit Aladdin diiringi gemaan suaranya.

"Kalau itu yang kau hajatkan, biar aku tunaikan!"

Zuuuppp!

***

"Ah, waktu ni la pula dia buat hal," getus hati Badaruddin sambil tergesa-gesa berlari masuk dalam bilik air.

Aladdin yang ketika itu sedang berehat berasa sedikit terganggu akibat satu bunyi yang menjengkelkan.

Ziiippp!

Tiba-tiba dunia Aladdin jadi cerah, sakit matanya akibat silauan cahaya yang menyimbah ke mukanya. Belum hilang sakit matanya, tiba-tiba dia rasa seperti mahu muntah, tapi ini bukan muntah yang biasa, ini muntah luar biasa!

"La, malu-malu pula nak keluar orang nak cepat ni," kata Badaruddin.

Maka dengan tak semena-mena Aladdin termuntah. Muntah yang banyak. Kuning warnanya.

"Ahh, lega..." ujar Badaruddin.

Ketika ini, Aladdin terasa seperti ditipu. Bukan burung ini yang dia mahu jadi.

Jauh di negara Arab sana, seekor Jin dari teko sedang gelak terbahak-bahak.

"Bahak! Bahak! Bahak!"

Wednesday, April 6, 2011

Angin sepoi-sepoi

Dalam kelas,

rasa panas sangat, berbahang.

Tak selesa je rasa.

Gua pun keluar.

Oh. Sejuk angin luar kelas ni.

Kemudian, pelajar-pelajar pun datang.

Gua masuk kelas balik.

Eh, sejuk pula tiba-tiba kelas ni.

Nyaman gua mengajar.

Rasa angin macam menyapa setiap tubuh gua.

Selepas habis kelas, baru gua sedar.

'Kepala keretapi' tak sampai stesen.

Patut sejuk!

Sekadar hiasan semata-mata


Tuesday, April 5, 2011

Minta Kerja Bang


Jikalau pengalaman kerja macam ni,

kat sektor pekerjaan manakah yang sesuai calon ini diletakkan?

*Kreatif juga pelajar-pelajar gua ni ye. Gua pun tak terfikir nak letak idea-idea macam ni.

Monday, April 4, 2011

Koma hampir Noktah


Budak ni kena belasah dengan cikgu dia pasal disyaki mencuri.

Akibat tak nak mengaku, dia diikat dan dibelasah.

Kini dia koma.

Ni lah antara sebabnya gua tak nak jadi pemarah.

Gua punya marah memang boleh jadi lupa diri.

Jangan kata koma, gua boleh buat lu 'noktah' terus.

Demmm!

*UPDATE: Kanak-kanak ini sudahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya.

Monday, March 14, 2011

Hikayat Mereng Setiawangsa

"...Bila jasad bersatu...hiyahhh!"

Direntapnya tangkal kebal milik Taji kemudian ditekannya ke dalam pedang yang sudah menembusi tubuhnya lalu menusuk ke dalam badang Taji. Kebalnya yang dulu, kini tiada lagi. Taji sekarang tidaklah segagah dahulu. Hatta, tumbanglah jasad Merong dan Taji menyembah bumi. Lantas kesempatan ini digunakan tentera China dan Rom untuk menyerang saki baki tentera puak Geruda.

"Oh yeah!" jerit Marcus yakni putera Rom yang bakal berkahwin dengan Meng Li Hua, puteri dari China.

Sementara itu di Langkasuka...

"Aduh! Sakit kepalaku."

"Kenapa dengan kau Embok. Tidak keruan ku melihatmu. Apakah gerangan yang mengganggu fikiranmu?" tanya Pak Kesum selaku bapa angkat Embok.

"Hamba rasa ada yang tidak kena. Hamba rasa tak sedap hati sangat. Macam sesuatu yang buruk bakal berlaku!" jelas Embok dengan riak wajahnya yang penuh kerisauan.

"Mari ke sini anakku. Biar aku periksa dirimu."

Embok melangkah perlahan menuju ke Pak Kesum. Lalu, diletaknya tangan Pak Kesum di atas kepala Embok. Mata Embok menutup rapat. Bila bulu mata bertemu pelipat, maka dengan segera Pak Kesum melakukan urusannya.

Proootttt...

"Cis, anak tak kenang budi! Cuba bermain-main denganku! Bukankah senang jika awal-awal lagi kau khabarkan kau mahu membuang najis, celaka! Busuk nak mampus!"

"Hehehe...ala Pak Kesum ni, hamba nak bergurau pun tak boleh," ujar Embok sambil tangannya diletakkan di belakang punggung agar tidak terkeluar isinya.

p/s: Gua bosan dan tak tau nak buat apa sampai keluar idea mengarut ni!

Thursday, March 3, 2011

Tak berapa nak Maldini

Itu hari, selepas beli stokin bola dan shin guard, gua dengan semangat baru dan berkobar kobar, turun padang nak main bola.

Akhir kata, gua main macam haram. Tak Maldini langsung!

Tuesday, March 1, 2011

Stokin dan pad

Kejap lagi, lepas habis waktu kerja, gua nak bergegas ke sebuah kedai mencari peralatan peralatan yang diperlukan untuk bertarung menentang musuh musuh yang ganas! Lagipun, gua kena berlatih pakai benda ni awal awal bagi biasakan diri. Kalau tak biasa, memang boleh mendatangkan kecederaan yang mungkin akan memudaratkan prestasi gua.

Jadi, gua harap tokey kedai nanti dapat usulkan pad yang berkualiti serta stokin yang boleh buat gua jadi macam brader di bawah.

Maldini the legend

Wednesday, February 23, 2011

Bila terpejam lena...

Entah kenapa mata gua berat gila. Rasa ngantok sangat. Entah entah pasal cappucino yang gua minum tadi. Mungkin awek kafe tadi ada letak serbuk tidur dalam air aku. Pergh! Dah macam dram TV Melayu je.

Tapi sekarang gua rasa pelik, mata gua dah jadi semakin segar bugar. Dah rasa macam nak main sembul sembul mata. Bersinar sinar. Entah entah pasal cappucino yang gua minum tadi. Mungkin awek kafe tadi ada letak serbuk mata segar bugar dalam air aku. Pergh! Dah macam gampang fantasi gua!

Tuesday, February 22, 2011

"Saya nak ubah nasib hidup saya bang!"

Sejak pindah masuk rumah baru, gua tak berkesempatan lagi nak pasang Astro. Rasa-rasanya, dah 5 bulan gua tak pasang Astro ni. Jadi, secara langsung gua dah terlepas banyak rancangan rancangan menarik, terutama sekali perlawanan bola sepak EPL yang diadakan di UK sana secara langsung. Demmit!

Namun begitu, sejak ketiadaan Astro ni, gua lebih menghargai saluran saluran televisyen yang sememangnya diberi percuma. Gua cuma kena beli aerial dalam rumah yang berharga RM10.00 sahaja tapi kualiti gambar superb! Tak macam Astro, aerial besar macam kuali, tapi hujan renyai sikit terus jadi 'currently no available'. Bulsit!

Gua jadi syok layan TV1, TV2, TV3, TV9, TV8 dan NTV7. Baru-baru ini semasa melayan rancangan Mentor di TV3, gua jadi menyampah. Gua rasa macam nak jadi raksasa. Gua rasa nak pijak semua orang. Gua rasa nak ratah megi mentah mentah. Ini semua gara-gara peserta Mentor yang kebanyakannya datang jenis tak sedar diri dan perasan bagus. Tapi yang paling gua tak tahan ialah apabila ada peserta ujibakat ni datang dengan alasan nak ubah hidup mereka.

"Bang, tolonglah bang, bagi saya peluang lagi. Saya nak jadi artis ni, nak ubah hidup saya yang miskin ni," ujar salah seorang peserta Mentor yang datang sebab nak ubah nasib.

Gua rasa cukup bulsit dengar alasan macam tu. Diorang ingat jadi artis ni boleh hidup senang ke? Ingat jadi artis ni boleh jadi jutawan ke? Ingat jadi artis ni korang boleh duduk rumah banglo ke? Go to hell la weh! Sebenarnya dengan jadi artis ni boleh buat hidup lu orang lagi susah tau tak!

Kamonlah, janganlah datang ujibakat dengan bagi alasan macam tu, gua rasa tak patut langsung la. Aku rasa jadi artis ni bukan jawapan yang sesuai untuk menyenangkan hidup korang. Masih ada lagi pilihan yang lain. Tapi dengan jadi artis, gua rasa itu adalah langkah yang paling bodoh untuk dibuat kalau nak mengubah nasib.

Bukanlah gua nak menghalang niat lu orang diluar sana yang bersemangat berkobar kobar nak jadi artis, tapi biarlah kena dengan niat lu orang tu. Contohnya nak mengembangkan bakat sedia ada ke, untuk mengetahui kemampuan diri ke, untuk memenuhi impian sejak kecil ke, barulah orang lain pun sedap mendengar alasan macam tu. Tapi kalau sebab nak ubah nasib, gua rasa baik lu orang buat kerja lain ok!

Tuesday, February 8, 2011

Babai!

"Waduh! Kok jadi setar la gue bila di sini dong!" - Safee Sali

Tuesday, February 1, 2011

Dulu...budak budaknya lagi sihat.

Gua tak nak cerita panjang, gua nak straight to the point. Itu hari, masa singgah kedai, gua ternampak Vitagen. Bila tengok, terus rasa teringin. Bila teringin, gua terus capai dua paket (1 paket ada 5 botol kecil Vitagen). Dengan penuh rasa bangga dan mendada, gua berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Masa tu rasa sangat indah, seolah-olah tiada sesiapa mampu merampasnya.

Gua buat perangai beli banyak-banyak ni sebab nak balas dendam balik kerana masa gua sekolah rendah dulu gua tak mampu beli banyak-banyak. Kat sekolah dulu Vitagen selalu buat jualan datang ke sekolah. Selain nak tambah keuntungan, itu juga adalah salah satu cara untuk mendidik budak-budak sekolah untuk jaga kesihatan. Tapi, malangnya sekarang, sekolah lebih gemar panggil artis-artis datang sekolah. Tu pasal ramai yang jawab nak jadi artis bila ditanyakan soalan apakah cita-cita bila besar nanti.

Kalaulah gua dapat jumpa balik budak-budak yang selalu berlagak dengan gua waktu beli Vitagen dulu kan best. Sebabnya, sekarang gua dah mampu beli banyak-banyak! Oh yeah!

Tuesday, January 18, 2011

Best of my life lah!

Hidup bujang. Gua rasa boleh dikategorikan sebagai the best scene in my life lah. Hidup bujang ni memang buat kita rasa bebas. Boleh bangun lewat tanpa emak bising bising, boleh jalan jalan dalam rumah tak pakai baju (tapi pakai kain pelikat ok!), boleh keluar lewat malam pergi karaoke tanpa rasa takut emak akan menelefon suruh balik rumah, boleh sembang sembang pasal hal dunia sampai pagi buta, boleh melancong tanpa ada kekangan ibu bapa yang dah menetapkan perjalanan program dan macam macam lagilah.


Gua duduk bujang dengan Ajabari. Ajabari ni seorang yang cermat, kemas dan rajin. Ajabari memang suka kemas rumah. Dia tak boleh tengok rumah bersepah. Nanti rasa cepat rimas lepas tu rasa nak tidur je. Ajabari tak boleh berterusan macam tu, katanya lah. Jadi, Ajabari telah memutuskan dia mesti membeli perabot untuk mengemaskini rumahnya. Ajabari tahu apa yang dia mahu. Tapi gua tak tahu apa Ajabari mahu. Jadi dalam hal ini, gua ambil jalan berdiam diri saja.

Selang beberapa hari, Ajabari sudahpun membeli perabot untuk menyimpan barang barang. Ajabari beli rak buku dan kabinet dapur. Sejak beli perabot perabot itu, semua barang kini berada dalam keadaan yang kemas. Duduk di rumah pun gua rasa selesa. Maksudnya, apa Ajabari beli tu, gua dapatlah merasa tumpang selesa juga.

Setelah sekian lama gua tak singgah rumah Ajabari, gua pun pergilah menjenguk sebentar tadi. Rasanya dah nak dekat 5 bulan gua tak singgah rumah Ajabari ni. Masuk masuk je rumah Ajabari, na'aram! Dah tak macam 5 bulan dulu rumah Ajabari ni. Mungkin inilah yang dipanggil fenomena bujangan! Hidup bujang, memang the best of my life lah!

p/s: Gua dapat tahu, Ajabari dah tak duduk kat rumah dia dah, dia duduk kuarters sekarang. Sekarang ada orang lain duduk. Gua risik risik, gua dapat tau Chopra yang kini menetap di sana. Patutlah rumah dah tak berapa nak selesa, Chopra yang jaga. No wonderlah!

Tuesday, January 11, 2011

Pengalaman Saya Ponteng Sekolah

Waktu itu memang gua rasa bosan tak ingat. Masa tu tengah sekolah agama, pagi. Mood nak mengaji pun tak berapa ada sangat. Muka ustaz pun gua dah terbayang macam ayam goreng. Lapar doh. Tengok jam, lambat lagi nak habis, ada sejam lebih lagi. Huih, lama tu sejam lebih, lebih lebih lagi kalau tengah belajar. Semua rasa lambat saja. Gua pandang Solehin, asyik menguap saja, tu pun gagah dia tahan melentuk takut kena sepak dengan ustaz.

Kringgg!

Loceng sekolah pun berbunyi riang. Hampir semua kanak-kanak sekolah gua mengalami orgasm. Riang ceria semuanya. Termasuk gua. Waktu yang dinanti telah tiba. Memang teruja. Gua pun masukkan buku dalam beg, zip baik baik, bangun, ucapkan syukran jazilan ya muallim dan terus berlari keluar.

Tapi, tiba tiba gua berhenti. Gua pandang Solehin.

Gua menghampiri Solehin. Solehin pandang gua mata setim. Nampak sangat dia mengantuk. Nampak gaya, idea yang akan gua cuba ketengahkan ini akan dipersetujui oleh Solehin tanpa banyak bicara ni.

"Soleh, jom ponteng sekolah petang nak?"

Pucuk dicita, ulam mendatang. Solehin yang tak berapa nak soleh tu terus angguk angguk sampai naik pening. Gua pula tersenyum simpul kerana hal ini. Benda jahat buat kalau ada geng memang best.

Kami berdua berpaling ke belakang dalam keadaan tersenyum manis kerana tidak sabar melakukan aktiviti ini.

Tiba tiba...

Pang! Pang!

Satu das untuk gua, satu das untuk Solehin.

"Kecik kecik dah pandai nak ponteng, apa nak jadi ha? Kalau awak berdua buat sekali lagi macam ni, saya report dengan mak kamu, faham?!"

Bergenang air mata gua dengan Solehin akibat tempelangan Ustaz Mahyuddin. Peh, serik terus lepas tu!

Tuesday, January 4, 2011

Dua Ribu Sebelas

Dua ribu sebelas, baru 4 hari saja berlepas tahun baru ini. Bagi gua pula, ini adalah posting pertama untuk tahun ini. Dah lama rasanya gua tak update bloe ni. Biasalah, isu isu kekurangan idea ini memang stereotaip bagi kalangan para penulis seperti gua ni.

2011 gua nak declare sebagai tahun fresh ataupun segar bagi gua. Gua nak ibaratkan tahun ini sebagai tahun kelahiran semula gua, tapi tidaklah bermula dari rahim ibu. Gila apa nak mula dari situ, nantinya tak boleh gua nak tulis blog ni, sibuk nak menyusu.

Tahun ni gua nak masuk bidang keusahawanan. Ye, secara realitinya memang macam tercapai benda ni, tapi gua setakat mengajar je, belum betul betul into dengan keusahawanan ni. Gua nak feel sendiri macam mana jadi usahawan ni. Nak rasa risiko risikonya, nak rasa pengorbanannya, nak perit jerihnya dan macam macam lagi dugaan. Sama ada gua tahan atau tidak, gua kena try dulu. Kalau fikir cuak, memang cuak, tapi sampai nak cuak ye dak? Jadi, gua akan kasi cuba dulu benda ni, tengok macam mana dia punya pergi.

Kedua, gua nak jadi serius dalam pengurusan kehidupan gua. Sebelum sebelum ni gua tengok pengurusan gua agak terumbang ambing, macam dipukul ombak. Masa tu rasa nak jadi Ong-bak sentiasa membakar dalam diri. Tapi sejak dah berkahwin ni, gua kenalah buat anjakan paradigma sikit. Masyarakat tengok pun boleh timbul rasa respek dalam diri. Tak gitu?

Ketiga, yang ini agak tipikal sikit. Sama macam azam berjuta juta rakyat Malaysia agaknya. Iaitu mengurangkan berat badan. Sekarang, berat badan gua dah 85kg. Gila. Macam berat buaya! Jadi, nak tak nak gua kena turunkan berat badan ni. Lagipun gua dah betting dengan pak cik gua yang gua akan turunkan berat badan walaupun dah bergelar suami. Ni memang cabaran!

Keempat pula, err... gua tak set lagi. Tapi, sekurang kurangnya gua dah buat blog ni hidup kembali. Jadi, selamat tahun barulah kepada semua. Semoga hidup lu orang sukses dan jangan kuat menipu. Oh yeah!