Wednesday, December 29, 2010

Ayoh!

"Kami menang bukan pasal laser, tapi pasal sate Kajang!"

Safee Sali adalah anak jati Kajang, Selangor. Ayoh!

Thursday, December 16, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 3

"Err... bila kau keluar Paku?"

"Ekhsan, ingat lagi kau nama aku ye? Wow, perut kau pun dah tak ke depan lagi ye? Hahaha!"

"Kau sihat tak Paku?"

"Sihat? Sihat? Sihat?! Mestilah sihat G. Warden penjara tu bagi makan secukupnya. Sebab tu muka aku masih kacak dan tubuh aku masih gagah seperi kau G! Hahaha!"

Spark dan Race hanya memandang Paku dengan wajah yang kosong.

"Eh, Spark, Race, pasangan adik beradik yang bahagia. Kenapa kau berdua macam tak suka aku datang sini ye?"

"Apa sebenarnya tujuan kau datang sini Paku?" Spark bertanya dengan nada yang begitu keras. Seolah-olah menyimpan dendam kesumat yang begitu mendalam.

"Wo, wo. Sabar kawan, sabar. Aku datang nak jumpa kawan lama pun takkan tak boleh bro. Kau ni baran tak habis-habis. Hahaha!" jawab Paku tenang.

"Sebenarnya Paku, aku pun nak tanya sama macam Spark. Kenapa selepas 5 tahun, tiba-tiba kau datang cari kami? Kau nak balas dendam atas kejadian dulu ke?" G memandang tepat ke muka Paku sejurus selepas bertanyakan soalan kepadanya.

"Hahaha! Aku ni bukan jenis simpan dendam bro. Apa yang dah jadi, jadilah. Lagipun perkara yang berlaku dulu memang salah aku pun bro."

"Jadi, kau datang sini untuk apa?" ujar Ekhsan dalam nada yang tinggi.

Paku tidak terus menjawab. Dia berjalan menuju ke bar minuman, menuang sirap ke dalam gelas lalu meminumnya sehingga habis. Kemudian dia memandang semua orang yang ada di dalam bilik itu dengan pandangan yang tajam sekali.

"Aku ada rancangan untuk kau orang semua. Rancangan aku, arahan kau G!"

G merenung tajam tepat ke mata Paku.

Wednesday, December 15, 2010

Teacher Sue Anna Joe Ask Me To Do This, So I Did Lah.

Assalamualaikum.

This is first time I will write an entry in english. Why? Because teacher Sue Anna Joe encourage me to write in english, so I will follow what she said. I feel a little bit nervous because my english is really, really bad.

Today, I want to tell you all about my father. My father is a very kind man. Beside kind, he also a very good father. He also very handsome and smart. But, unfortunately, he have less hair. Very, very less hair. So pity.

My fahter is the main factor I can be successful in my life. Without his hand, his belt and his hanger, I don't think I can study and finished my degree. When I was small, I really scared to my father. Just only hear his shout, I will run to hide myself because I'm very afraid. But that just only hear his voice, how about his hand that will touch my soft 'pipi'? Wow, I really don't want to think about that. It's a nightmare you know.

However, eventhough he always bit me, I know that deeply in his heart, he really, really love me and care for me. Without him, I think will be Mat Rempit, or peragut, or kaki samun, or samseng or anything else that is bad.

I like to say thank you to my father because taught me to be a good man in this life. Thank you Abah!

My Abah (left) when he have many hair a long long time ago.

Prepare for:
Teacher Sue Anna Joe

Prepared by:
Chegu Izwan

Pengambil: Sebuah Adaptasi 2

5 tahun yang lalu.

"Woi cepat sikit, kita dah terlewat 20 saat ni, cepatlah!"

"Yelah, sabarlah sikit! Entah macam mana perempuan ni boleh buat hal pula!"

"Bro, polis dah datanglah!"

"Celaka, macam mana polis boleh tahu ni? Ni mesti pasal perempuan celaka ni!"

"Woi, polis nak serbu masuk ni! Jom, jom kita gerak. Tinggalkan mana yang tak dapat. Dah terdesak ni!"

Kesemua perompak itu cuba melarikan diri, tetapi salah seorang dari mereka masih memungut wang di dalam peti bilik kebal Bank Of Metroza itu.

"Woi! Kau gila ke? Polis nak masuk tu. Ingat, kita tak nak tertangkap bro. Cepatlah!" G selaku ketua kumpulan memberi arahan kepada anak buahnya itu.

"Lagi sikit saja ni. Rugilah kalau tak sempat kutip semua. Hahaha!"

Mawi a.k.a Paku masih terus mengutip lebihan-lebihan wang yang ada di dalam peti itu. Baginya, ini adalah rezeki dan tidak patut disia-siakan begitu saja. Bak kata pepatah, 'rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari'.

Gedegang!

Bunyi pintu bank dipecahkan, polis sudah mula memasuki ruang dalam bank.

"Woi polis dah masuk, jomlah woi!" arah G sekali lagi kepada Paku.

"Ok!"

G dan Paku terus berlari meninggalkan bilik kebal. Ahli-ahli kumpulan yang lain iaitu Ekhsan, Anta, Spark dan Race sudahpun berlari jauh meninggalkan G dan Paku. Walaubagaimanapun, mereka semua sudah berjanji akan bertemu di suatu tempat setelah selamat melarikan diri.

"Paku, buang saja beg kau tu. Kita tak sempat lari kalau beg kau begitu berat bro!" tegas G kepada Paku apabila mendapati Paku tidak dapat berlari laju.

"Ala, aku boleh lagilah. Kau janganlah nak risau pasal aku. Terus saja lari!" kata Paku sambil tersenyum sinis.

"Ikut kaulah Paku!"

Sedang G dan Paku cuba melarikan diri melalui lubang yang mereka masuki, kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan.

Bam! Bam! Bam!

"Aduh! Busit!"

"Paku!"

"Aku kena tembak bro!"

"Jom, jom. Aku angkat kau!"

"Kejap, aku nak ambil beg aku tu!"

"Woi, tak payahlah. Sekarang ni kita kena fikir untuk selamatkan diri dulu. Jomlah!"

"Ah! Kau nak, kau larilah dulu. Aku nak ambil beg tu juga!"

Paku menepis tangan G dan terus berlari terhincut-hincut untuk mengambil begnya. Sekali lagi, beberapa das tembakan dilepaskan.

Bam! Bam! Bam!

"Aduh! Aarrgghh!"

"Paku!"

G cuba merapati Paku. Walaubagaimanapun niatnya terhalang apabila melihat beberapa orang anggota polis sudah datang merapati Paku. Dengan segera, G berpaling ke belakang dan terus melarikan diri membiarkan Paku diberkas oleh pihak polis.

Tuesday, December 14, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 1

"Jumpa tempat biasa ok."

Tit...tit...tit...

"Ok G!"

***

Bunyi muzik berdentam-dentum kuatnya. Rentaknya yang begitu rancak menyebabkan semua orang dalam Kelab Malam Kota Metroza menari sehingga khayal. Mereka semua seolah-olah tidak sedarkan diri bagaikan disuntik ubat yang begitu kuat kesannya.

Kelihatan 5 orang jejaka yang bersusuk tubuh menarik memasuki kelab malam itu lalu berjalan menuju ke tingkat atas ke sebuah bilik yang telah disewa khas. Beberapa orang gadis yang terpesona melihat ketampanan mereka memandang sambil tersenyum seolah-olah berharap mereka akan bersama jejaka-jejaka itu.

"Apa khabar semua! Setelah sekian lama kita tak berjumpa kan?"

G bersuara menyapa semua rakan-rakannya yang hadir. G adalah ketua kumpulan Geng Pengambil ini.

"Peh, makin hari makin bergaya kau ye G!"

"Heh, kau pun apa kurangnya. Dulu perut ke depan, sekarang aku tengok makin kempis dah. Hahaha!"

Ekhsan tersenyum sahaja mendengar kata-kata sahabatnya itu. Ekhsan merupakan orang kanan G yang banyak menyokong karier G sejak 6 tahun dulu.

"Wo, wo! Kau berdua kalau dah bersembang tak tengok kawan-kawan lain langsung. Nak baliklah aku macam ni."

Anta yang berkulit hitam manis itu seolah-olah berkecil hati dengan sikap G dan Ekhsan. Namun begitu kata-katanya disambut dengan hilai tawa sahabat-sahabatnya.

"Janganlah macam tu Anta. Ala kau ni, macam perempuan! Hahaha!"

"Entahnya, tengok aku dengan abang aku ni, tak ada terasa apa-apa pun, biasa-biasa sudah!"

Spark dan Race cuba memujuk Anta yang memiliki sifat agak sensitif di kalangan mereka berlima. Race datang menghampiri Anta lalu menepuk-nepuk bahu rakannya itu. Anta memandangnya lalu tersenyum sinis.

"Dah la tu Anta. Buruk benar muka kau bila merajuk macam tu. Hahaha! Setahun dah kita tak berjumpa, perangai masing-masing tak pernah berubah," ujar G mengenangkan sikap-sikap anak-anak buahnya.

"Habis tu, takkan nak berubah jadi skema pula. Nanti habis aku kena buang dari kumpulan ni," kata Race lalu disambut dengan gelak tawa kelima-lima jejaka itu.

G, Ekhsan, Anta, Race dan Spark merupakan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Geng Pengambil. Geng adalah sebuah kumpulan yang melakukan rompakan hanya setahun sekali sahaja. Sementara menunggu tempoh genap setahun, mereka semua akan melakukan kerja-kerja hakiki mereka.

"Wow! Tak sangka cantik juga tempat kau semua melepakkan?"

Kelima-lima jejaka itu terus menoleh ke arah suara itu datang. Mata mereka merenung tajam tatkala melihat pemilik suara tersebut.

"Paku..."

Monday, December 13, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi

"Sedia semua?"

"Yup!"

"Sudah!"

"Rock n roll bebeh!"

"Jangan lengah lagi!"

***

Tat!Tat!Tat!

"Jangan bergerak, ini satu rompakan! Baring atas lantai dan tangan atas kepala, cepat!"

Aaarrrggghhh!

"Hei, diamlah! Ikut arahan senyap-senyap sudah, jangan nak menjerit-jerit!"

"Bro, pergi masuk bilik kebal tu, bawa sekali pengurus bank ni."

"Ok, bro. Hei, jalanlah cepat!"

"40 saat lagi, cepat woi!"

"Bro, nampaknya gadis ini cuba berperangai nakal la. Nak kena agaknya. Hehehe!"

***

"Err, tuan, ada rompakan tuan!"

"Hah! Mana, mana?"

"Tu, tu!"

"Sial! Hubungi polis cepat!"

***

"Ha, turunkan kami di situ. Nampak tak tu? Ada polis yang cedera tu!"

"Baik!"

Dang!

"Woi! Kamu ok tak?"

Klatch!

"Angkat tangan dan baring atas lantai!"

"Err...baik, baik."

"Yo bro, helikopter dah sampai. Jom gerak!"

"Orait! Roger, roger!"

***

"Terima kasih semua atas kerjasama anda, semoga kita dapat berjumpa lagi!"

"Hahaha! Adios amigos!"

"Jom, jom berambus!"

***

"Dah bawa keluar semual barang?"

"Dah bro!"

"Dah pasang barang tu, pun sudah!"

"Kalau macam tu, jom gerak!"

Tap...tap...tap...

Kebabom!

"Jumpa lagi nanti semua!"


Maka, di sinilah cerita ini bermula... Mereka digelar, PENGAMBIL!

P/S: Cerita ini belum tamat, ini baru prolog. Mungkin dari sini lu orang semua sudah nampak gambaran cerita ini dan dari mana cerita ini berasal. Walaubagaimanapun, cerita ini akan gua ubah sedikit demi sedikit agar tidak sama dengan cerita asal. Jadi, harap lu orang semua bersabar ok!

Friday, December 10, 2010

Fast Track Photographer; Apa Faedahnya?

Sekarang gua tengok makin ramai yang memiliki DSLR. Pergi sana, ada orang gantung DSLR kat leher, pergi sini pun ada orang gantung kat leher. Mujur tak ada orang yang bunuh diri gantung diri kat DSLR ni.

DSLR: Bukan alat bunuh diri

Disebabkan ramai orang kini mudah untuk memiliki DSLR ni, banyak orang sekarang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan fotografi ini. Dengan harga DSLR sekarang serendah RM1500.00, tiada masalah bagi mereka yang berminat untuk memiliki barang baik ini. Namun, harus diingat, menceburkan diri dalam bidang perniagaan bukan sesuatu yang mudah, terdapat pelbagai risiko, halangan dan rintangan yang perlu dihadapi.

Ramai beranggapan dengan sekadar memiliki DSLR ini, mereka sudahpun boleh menjalankan perniagaan ini. Menceburi bidang perniagaan fotografi ini memerlukan usaha memakan masa yang agak panjang. Kita perlu ada ilmu pengetahuan, kemahiran dan macam-macam lagi untuk membantu memantapkan lagi perniagaan kita. Ia bukan boleh terhasil dengan usaha selama 1 hari sahaja, tapi mau makan masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun.

Inilah Jasmine De La Torre, mengagumkan tak?

Tapi, jangan mudah lemah semangat bila gua kata lu orang perlu berusaha lama untuk menjadi usahawan dalam bidang fotografi ini. Untuk pengetahuan lu orang, ada seorang fotografer luar negara mampu berjaya dalam perniagaan fotografi ini dalam masa yang singkat. Jasmine De La Torre, seorang fotografer antarabangsa mampu berjaya dalam bidang perniagaan fotografi ini hanya dalam masa kurang dari setahun saja kawan! Hebat bukan?Kejayaan ini adalah berpunca daripada kepandaiannya dalam membentuk dan mengurus perniagaannya.

Jadi di sini, perlu diingat bahawa, memiliki DSLR yang paling mantap dan padu pun belum tentu dapat menjamin kejayaan lu orang dalam bisnes fotografi ini. Maka, dengan ini, gua nak sarankan lu orang bacalah buku di bawah ini.

Fast Track Photographer: Bukan buku main-main

Memiliki dan membaca buku ini membawa dua maksud berbeza. Jika lu miliki, belum tentu lu baca. Entah-entah lu simpan jadi tukun tak pun buat jadi penahan kertas. Tapi jika lu orang baca buku ini, insyaAllah ia dapat membantu lu orang lebih berjaya dalam bidang perniagaan fotografi ini.

Penulis buku ini iaitu Dane Sanders adalah seorang pensyarah dan beliau telah bermula menceburi bidang perniagaan fotografi ini dalam usia yang agak lewat iaitu pada usia 30-an. Namun, dia merasakan perkara itu bukanlah kekangan baginya selagi minat mengatasi segalanya. Kini, Dane Sanders adalah seorang jurugambar yang dikenali dan disegani diseluruh dunia.

Bro Dane Sanders: Kacak dan hebat

Di dalam buku ini, Dane akan berkongsi segala ilmu yang beliau miliki. Namun begitu, aspek-aspek teknikal DSLR tidak akan disentuh langsung dalam buku ini. Beliau cuma mengetengahkan perkara-perkara yang berkaitan perniagaan dalam bidang fotografi sahaja. Segala kekuatan yang diperlukan untuk menjadi seorang jurugambar dan usahawan yang hebat akan dikupas satu per satu dalam buku ini.

Maka, dengan ini, kalau lu orang dah terangsang sangat nak jadi usahawan fotografi, gua cadangkan sekarang juga lu orang pergi cari buku ini, cari sampai jumpa. Tapi macam biasalah, buku-buku rare macam ni bukannya ada sangat kat kedai-kedai biasa ni. Kena masuk MPH ke, Kinokuniya ke, Borders ke dan mana-mana kedai buku yang nampak grand saja baru boleh jumpa buku ni. Kalau susah sangat nak jumpa, lu orang beli je secara online. Gua pun itu hari, mujur-mujur je jumpa, dah la last kopek masa tu. Nasib waktu tu tak ada orang yang sama-sama ghairah macam gua cari buku ni.

Jadi kat sini, gua cadangkan bagi sesiapa yang merasakan nak menjadikan bidang fotografi ni sebagai sumber makan minum lu orang, rajin-rajinlah baca buku ni. Serius dapat bantu kawan, tak rugi pun. Oklah, gua nak chow dulu, nak makan nasi lauk sambal udang. Sedap piauuuu!!!

Monday, November 29, 2010

"Anak akak yang nak jawab periksa, akak yang penat."

Merujuk kepada perkara di atas, itu cerita pasal ada seorang akak yang paling pulun di dunia. Pasai apa dia paling pulun? Pasai dia yang pergi setadi buku Sejarah, Agama, Sastera Bahasa Melayu dan segala subjek yang memerlukan kemahiran pembacaan lepas tu dia menyampaikan semula hasil pembacaannya kepada anaknya yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010.

Gua pelik dan hairan kenapa jadi begitu lantas bertanya kepada akak itu pasai apa buat macam tu?

Dia pun jawab, "Anak akak tak suka membaca, dia kira-kira sukalah. Jadi akaklah kena bacakan untuk dia. Kalau tak, fail la dia nanti."

Tahiiii!

Kalaulah gua yang berperangai macam tu, nescaya bapak gua akan ikat gua di grill rumah, kepala bawah kaki atas.

Dengan ini, gua memvote bahawa, inilah teknik pengajaran yang paling tahi di dunia!

Kalau di Kelantan, lu buat perangai, orang akan cakap, SUPO TAHIK!

Monday, November 22, 2010

Dato' Maharaleja

Sejak beberapa bulan yang lalu, Chopra begitu rajin mengikuti kelas penulisan cerpen dan novel.

Tengah hari itu, gua dan Chopra bersama-sama makan di sebuah kedai yang diberi nama Kedai Makan Pokok Ceri.

Selepas menghabiskan makanan masing-masing, kami memulakan perbualan sementara menanti makanan yang kami makan betul-betul turun ke perut. Baru senang nak berak.

"Woi Chopra. Lu tak nak buat buku ke? Kelas dah banyak pergi, tapi hasil tak ada pun tengok. Zul tu dah redi nak keluar buku dah tahun depan," sengaja gua memulakan ayat berunsur provokasi.

"Heh, hang nampak je aku rilek, tapi sedar-sedar, priiiyaaap! Keluar buku aku Dato' Maharaleja! Hahaha!" ketawa Chopra bersungguh-sungguh.

"Hah?! Dato' Maharaleja?!"

"Eh silap, Dato' Maharaja Lela la. Siyot betul!" Chopra membuat pembetulan.

Siot, macam mana la Chopra ni boleh mengajar subjek sejarah, nama pun sebut tak betul!

Dato' Maharaja Lela

Friday, November 19, 2010

Bermain burung

Bermain burung.

p/s: Serius gua dah tak ada idea nak menulis buat masa sekarang. Banyak kertas projek nak kena tanda ni. Tapi blog kena update juga, kasi nampak hidup, tak gitu?

Friday, November 12, 2010

Fotograf - Fatamorgana

"Ish, tak sangka gua. Itu hari nampak sihat saja dalam paper," ujar gua memulakan bicara.

Seperti biasa, kalau sarapan pagi pagi macam ni Chopra mesti ada.

"Sedar sedar dah meninggal dunia pasal sakit jantung," sambung gua lagi.

"Meninggal? Siapa woi?" Chopra mencelah.

"Tu ha, Shamrin Fotograf tu."

"Hoo. Aku kenal. Dialah yang nyanyi lagu Fatamorgana tu. Sedap lagu tu," jelas Chopra tenang lagi bersahaja.

Gua terkesima dan terkedu tanpa menyedari air mata gua menitis laju.

p/s: Bukan Fatamorgana, tapi lagu Di Alam Fana Cintamu la. Chopra, Chopra, perangai tak pernah nak berubah. Fatamorgana tu Hijjaz yang nyanyi.

Al-fatihah untuk Allahyarham Shamrin

Kredit gambar diberikan kepada http://photoshackstudios.blogspot.com

Sunday, November 7, 2010

Sebelum Itu

Sebelum gua sambung cerita 'Yang Lain' (lihat entri di bawah), meh layan cerita bergambar kat bawah ni. Kadang kadang rasa malu juga sokong team ni. Demmit!

Threesome siot! Si menatang Park ni memang sah sah mangsa cabul doh!

Tak dapat Park, orang lain pun boleh, janji masuk woi!

Jadi, apa cerita sekarang, patut nak rasa malu ke tak sokong team ni woi? Woi! Woi!

Saturday, November 6, 2010

Yang Lain

"Bila yang biasa tiada, mungkin YANG LAIN diperlukan."

-Somebody-

p/s: Apa kejadah benda ni? Ha, nanti gua kasi cerita ok! Sekarang pergi duduk rilek rilek layan POCOYO dulu ok. Bessstttt!

Tuesday, November 2, 2010

Promote Estet. Harap harap Mamat Khalid Bagi bagilah Sikit Royalti Kepada Gua Ye.

Estet. Dulu gua selalu guna jalan dalam estet ni. Jalan dalam estet ni adalah jalan shortcut untuk menuju ke rumah kawan gua. Gua duduk Taman Indah, Sungai Jelok. Dia pula duduk Taman Sri Jelok. Jadi, nak menyampai ke rumah kalau nak cepat kenalah ikut shortcut ni. Tak ikut shortcut, kena mengharungi jalan raya pula. Jalan raya ni bahaya, banyak kereta buas buas. Ganas pula tu. Disebabkan tak nak mak gua risau gua kena langgar kereta, motor mahupun lori pasir, gua ikut jalan estet.

Tapi, jalan estet ni pun ada risikonya bang. Risiko kena patuk ular, kena gigit lipan, jumpa biawak, kelawar terbang secara mabuk dan macam macam lagi. Biasa gua ikut jalan ni naik basikal. Tapi ada satu kes tu gua tak naik basikal, pasal tayar tiba tiba boleh pancit. Pam basikal pula dah rosak, tu gara gara gua pergi inovasikan pam itu. Terus tak boleh guna, siot. Sebab dah janji, gua gagahi juga jumpa kawan ikut jalan estet tu. Dari rumah gua jalan kaki saja menuju ke jalan estet tu. Tapi bila dah sampai, gua berlari melalui jalan estet tu, sampai pejam pejamlah mata gua cakap sama lu. Alhamdulillah, gua tak terserempak dengan sebarang risiko yang disebutkan. Bila selamat sampai terus masuk kedai game 20 sen main sampai habis duit tabung. Cilake!

Baru baru ini, gua pergi lawat balik jalan estet tu. Dem, dah tak ada. Dah kena rodok jadi kawasan lapang. Dengar cerita nak buat rumah kat situ. Hilanglah salah satu memori sepanjang zaman gua kecil dulu dulu. Demmit!

Monday, November 1, 2010

Ingat Lu Star Sangat Ke?

Sejarah telah tercipta. Setelah 3 kali menjadi finalis, 43 tahun menanti (usia ini dikira sejak Piala Malaysia mula diperkenalkan), jurulatih yang bertukar ganti, akhirnya, bergelar finalis ke-4 telah mendatangkan tuah kepada pasukan Kelantan. Bertemu dengan musuh yang sama seperti final tahun lepas iaitu Negeri Sembilan, Kelantan mampu membalas dendam di atas kekalahan mereka musim lepas. B.Sathianathan akhirnya berjaya memimpin pasukan Kelantan untuk bergelar juara piala Malaysia edisi ke 44 ini. Jaringan gol daripada Hairuddin Omar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi sudah cukup untuk mengatasi jaringan awal Shahurain Abu Samah dari Negeri Sembilan. Faktor penyokong juga menjadi sumbangan utama kepada pasukan bola sepak Kelantan apabila lautan merah putih memenuhi dua per tiga stadium. Ini telah membantu dalam meningkatkan motivasi pemain pemain Kelantan lebih lebih lagi apabila mereka ketinggalan 1-0 seawal minit ke 13. Pada final ini juga, Nor Shahrul Idlan Talaha yang menjadi pemusnah kepada pasukan Kedah sewaktu perlawanan separuh akhir piala ini, sekali lagi menjadi pemusnah untuk pasukan Negeri Sembilan. Sumbangannya dalam permainan ini dalam mengucar ngacirkan pertahanan pasukan Negeri Sembilan sangat membantu pasukannya untuk memperolehi kejayaan ini. Namun begitu, para pemain Negeri Sembilan juga kita tidak boleh abaikan. Kita cuba lihat S.Kunalan. Bagaimana larian dan gelecek yang dilakukan beliau betul betul mendatangkan gerun kepada pertahanan pasukan Kelantan. Jikalau Sathianathan meletakkan pemain yang lembab di belah kiri, nescaya itu adalah satu tindakan yang mengundang padah.

Orait. Apahal gua tiba tiba semangat cerita pasal Piala Malaysia ni? Ada faedah untuk gua ke? Gua dapat bonus ke? Perak boleh cuti umum ke? Indraputra nak ziarah rumah gua bawa piala ke? Hak tuih! Tak ada faedah langsung gua boleh dapatlah brader! Gua cuma nak beritahu bahawa, kedua dua pasukan ini tidak akan mampu mencecah ke final Piala Malaysia jika mereka tidak melakukan latihan secara bersungguh. Maksudnya, setiap individu dalam setiap pasukan perlu berlatih. Bermula daripada pihak pengurusan, kena berlatih mengurus pasukan dengan baik. Turun kepada kejurulatihan, jurulatih kena berlatih untuk melatih pemain pemain supaya menjadi hebat. Dan kemudian sampai kepada pemain pemain di mana mereka perlu berlatih bersungguh sungguh untuk mencapai sesuatu kemenangan. Penonton pun kena berlatih brader. Berlatih jadi apa? Jadi bermoral sikit, jangan jadi macam orang tak ada akal. Ini adalah untuk mengelakkan terjadi kes kes seperti vandalisme dan kematian orang.

Jadi, ini semua berbalik kepada soal latihan, Berlatih dan terus berlatih untuk jadi terbaik. Dalam hal ini, kalau kalah pun tak jadi masalah brader, sebab kita dah bagi yang terbaik. Jadi, kekalahan tu bukan suatu yang sia sia, malah sesuatu yang berharga sebab ia telah berubah menjadi pengalaman. Cuba tengok Beckham. Lu orang ingat dia senang senang ke jadi terer buat sepakan lencong tu? Makan masa tu berlatih brader. Ada gua dengar cerita, lepas dia habis training dengan Sir Alex, lepas salam cium tangan Sir Alex, Beckham ni pergi training seorang diri untuk mantapkan kemahiran sepakan lencong dia. Sebab tu dia boleh jadi star brader, sebab tu juga ramai pasukan berebut rebut nak ambil dia main. Tengok Cristiano Ronaldo pula. Budak ni, kalaulah dia tak ada latihan, mintak maaflah nak jadi pemain termahal dunia. Kalau tak ada latihan juga, jangan haraplah lu orang nak tengok larian pantasnya yang diiringi gerakan kakinya yang laju tu. Jangan mimpilah woi! Tu semua kena ada latihan brader. Latihan ni la asas yang paling penting, bakat tu duduk tempat no dua ok!

Tapi dalam situasi yang gua alami sekarang, disebabkan mamat mamat tu adalah bajet star dan otai, konon kononnya, mamat mamat ini telah diberikan peluang untuk bermain bola sepenuh masa. Hey brader, lu kena ingat, bola ni permainan berpasukan, bukan individu. Kalau lu nak main sorang sorang, baik lu main game brader, kawallah player lu sampai mampus. Bila tak turun training, mana nak dapat persefahaman. Ingat sampai masa game tu saja lu dah boleh faham antara satu sama lain, boleh berinteraksi dengan baik? Hah, lanco la woi! Kalau Allahyarham Mokhtar Dahari hidup balik, sia sia kena pijak dengan but lu tau tak? Tak kira la lu star ke atau lu ni berbakat ke atau lu ni dulu otai bola sepak, tapi kalau tak turun training, jangan haraplah permainan lu orang jadi kemas. Jangan bandingkan pasukan lu yang tak ada latihan dengan pasukan yang dah berlatih bertahun tahun lamanya. Itu bangang namanya. Dalam hal ini juga sebenarnya ada unsur unsur politik. Oleh sebab mamat mamat tu ada pengaruh, maka dia telah dipilih untuk bermain. Padahal bukanlah fit sangat pun, tu pun gagah nak main sepenuh masa. Woi! Ada budak yang selalu training tu nak main juga, lu bukan star sangat pun, sepak tak naik mana dah woi, gantilah orang lain!

Asalnya benda ni gua letak dalam fesbuk saja, tapi mengenangkan status fesbuk tu bukan boleh letak perkataan banyak banyak gua batalkan saja niat gua. Ini hanyalah sebahagian daripada emosi gua sahaja. Tak manis nak cerita banyak banyak bang, sebabnya, gua pun ada kelemahan tersendiri juga. Tapi, ini sekadar hanya untuk membuka mata orang orang di luar sana yang mungkin ada pengalaman kena benda benda macam ni. Benda ni boleh jadi gaduh woi kalau tak hendel betul betul. Serius gua cakap ni woi! Percayalah woi!

Wednesday, October 27, 2010

Ehhh...ooo...zaaa...

Hari ke hari, kehidupan gua makin sibuk. Kerja datang tak henti-henti. Susah gua jadinya. Tapi, kalau tak ada kerja, susah juga kan? Mana nak dapat duit, nak bayar bil lagi, makan minum lagi, hiburan-hiburan semasa lagi, semua kena duit tu. Tengah-tengah sibuk kerja, sempat juga gua usha-usha forum kegemaran gua ni, Ehoza.com. Peh, makin kencang gua tengok, macam-macam cerita ada di dalam tu. Cerita x-files la, cerita isu semasa la, cerita bisnes la, cerita perempuan pakai baju seksi la, cerita gajet-gajet terkini la, cerita Ayop dapat lens baru hadiah dari buah hati pun ada dan macam-macam lagi la. Jadi rambang mata gua nak plih mana satu nak baca. Tapi, ada satu thread saja yang buat gua tertarik nak baca. Thread pasal Ehoza buat pertandingan untuk blogger.


Jadi, bila baca thread tu, mana bisa gua nak lepaskan peluang tu. Di samping itu, kawan gua yang bergelar King Of Perut cawangan Selatan pun dah sound-sound gua suruh join pertandingan ni. Tu kalau fikir dekat memang gua lempang dah King tu, main sound saja, bukan nak fikir perasaan gua ni, jadi kecil hati ke, jadi terkilan ke, jadi terasa ke. Tapi kawan-kawan punya pasal, gua diamkan saja. Perasaan ni bukan boleh dilayan sangat, membawa ke sawan babi pula nanti.


Ok, sekarang gua nak cerita sikit macam mana gua boleh join Ehoza.com ni. Macam mana boleh dapat nama Ehoza ni? Siot, persoalan ni tak patut langsung timbul pada gua, sebab bukan gua yang bikin forum ni. Ingat gua tau sangat ke pasal hal-hal nak buat web ni? Microsoft Paint pun tak hassler lagi, main solitaire pun tak berapa padu sangat. Tapi yang gua tau, menurut pengasas forum ni iaitu Apect, nama ni diambil sempena nama syarikat famili dia kot. Asal nama Hoza saja, tapi Apect tambah E kat depan supaya ada bunyi-bunyi macam elektronik sikit. Hasilnya, jadilah Ehoza. Masa tu Apect memang jadi hepi sangat sampai seminggu menyeringai!


Dan gua pula, macam mana gua boleh terlibat dengan forum ni. Orait, ikhlas gua cakap, sepanjang internet wujud, gua tak pernah terfikir nak search nama Ehoza ni. Tapi memang bengap la gua kalau nak search benda ni masa awal-awal kewujudan internet, sunat pun belum lagi, inikan pula nak search-search benda ni dalam internet. Gua join benda ni bila tengok seorang user Ehoza.com sibuk melayari forum ni kat dalam opis beliau. Khusyuk tak ingat brader! Gua panggil nama pun jadi tak dengar. Sengih saja lebih. Bila datang tengok kat meja, tengok-tengok tengah melayan Ehoza.com. Gua tarik kerusi, terus duduk sebelah beliau dan menongkat dagu menonton apa yang beliau buat. Beliau turut menunjukkan kepada gua thread-thread yang menarik untuk dibaca dan ada juga thread-thread yang kalau tengok boleh membawa kepada berdosa. Masa beliau tunjuk part-part yang berdosa tu, gua terus azan kat telinga dia, terus insaf. Namun begitu, atas pengaruh beliau, lalu gua mendaftarkan diri sebagai salah seorang user Ehoza.com. Masa tu memang rasa seronok sangat, macam first time akil baligh.


Bila join Ehoza ni, masa terluang gua jadi begitu berfaedah. Mana taknya, macam-macam cerita lu boleh jumpa dalam forum ni. Boleh dikatakan, apa yang lu orang tak tau, terus boleh jadi tau kalau masuk forum ni. Malah, lu orang juga boleh download macam-macam benda dalam Ehoza.com ni. Nak lagu? Download saja di sini. Nak cerita-cerita filem atau drama? Pun boleh download kat sini. Lu orang kaki game? Ha,download saja di sini brader. Porno pula bagaimana? Haram jadah! Buat dosa jangan ajak gua! Bila masa terluang jadi berfaedah, maka risiko-risiko nak terjebak dengan benda-benda memudaratkan seperti menghisap dadah dan buang bayi dapat gua elakkan.


Dalam Ehoza.com ni, gua juga dapat kenal dengan ramai orang. Masa tu gua kenal nama saja. Muka-muka gua tak boleh kenal. Yelah, semua letak gambar muka yang tak serupa langsung dengan muka sendiri. Yang muka sebenar tak hensem jadi hensem, yang tak lawa jadi lawa, yang hodoh jadi hodoh juga pun ada woi. Gua bagi contoh la, macam Apect, dia letak gambar lelaki pakai tudung oren lepas tu ada misai dan berwajah garang. Terus bantai gelak gua depan komputer. Dan gua juga terus menganggap wajah Apect memang berwajah sedemikian. Walaubagaimanapun, tanpa mengenali muka, perangai sebenar ahli-ahli Ehoza ni lu semua boleh tau walaupun secara maya saja mengenali mereka. Mana yang pelawak, lu boleh tau dia pelawak, mana yang jenis serius, lu boleh tau dia serius, mana yang jenis emo tak tentu pasal pun lu boleh jumpa dalam ni. Pendek kata, dalam Ehoza ni, macam-macam jenis perangai lu boleh kenal.


Namun begitu, di atas usaha dan keringat para admin Ehoza.com untuk mengelakkan ahli-ahli semua daripada terus saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain secara realiti, mereka telah mengadakan Ehoza Mini Gathering yang bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Gua terus jadi teruna... maaf... teruja! Masa tu gua tengah sibuk berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam industri perikanan. Semangat nak datang gathering tu mencanak-canak naik. Badan bau ikan pun tak kisah la, janji gua boleh datang.


Masa tu, seronok dia memang lain macam bila jumpa budak-budak Ehoza.com ni secara realiti. Wajah sebenar Apect pun gua dapat tengok. Tapi tak ada pula Apect pakai tudung oren. Kemudian, baru gua sedar gua tertipu selama ini. Terus rasa nak terjun Berjaya Times Square tu. Mujur gua sempat beristighfar dan kembali ke jalan benar lalu terus bersalaman dengan Apect dan menguntum senyuman manis. Apect pun senyum. Lalu kami berpelukkan. Haiisshh! Macam Brokeback Mountain pulak! Ok, kembali ke cerita sebenar. Bila masuk dalam Chicken Hartz, gua dapatlah tengok wajah-wajah sebenar ahli-ahli Ehoza.com ni. Masa tu juga gua kenal wajah sebenar Ayam, Lopaque, Asta, Race, Spark, Tsunamizu, Oweizmeiz, Kimmy dan ramai lagi.


Gua ingat perjumpaan ahli-ahli Ehoza.com akan tamat sampai takat tu saja, tapi sangkaan gua memang meleset. Apect dan semua admin nampaknya memang bersungguh-sungguh dalam hal nak mengeratkan silaturrahim ahli-ahli Ehoza.com ni. Kadang-kadang, bila terkenang perkara berkaitan silaturrahim ni buat gua rasa macam berkawan dengan orang-orang surau saja. Tapi, benda-benda baik macam ni tak elok disalah sangka, boleh dapat penendang pula nanti. Ingat tak sakit kena tendang woi?


Pada bulan Ogos 2008 (gua tak ingat tarikh secara tepat) telah berlangsung satu program mega yang membabitkan Ehoza.com dan semua ahli. Program ini dinamakan sebagai Family Day Ehoza 2008 (FDE 2008). Tak silap gua masa tu ada dalam 40 lebih jugalah ahli-ahli yang datang. Mana yang bujang datang dengan bujang lain, yang dah kahwin bawa bini, yang dah berkeluarga bawa anak bini. Pada masa ini juga, inilah kali pertama gua berjumpa dengan King Of Perut cawangan selatan. King ni memang besar gua cakap. Tangan besar macam pendayung. Gerun juga gua bila bersalam dengan dia. Masa dalam forum, gua syak dia ni saiz sederhana saja, tapi bila jumpa, dem! Macam anak king kong juga gua lihat. Dah la satu bilik dengan gua, tak semena-mena macam-macam perkara ngeri bermain-main dalam fikiran gua.


Sepanjang FDE 2008, macam-macam aktiviti telah berlangsung. Ada acara sukaneka, ada acara mandi manda, ada acara cabutan bertuah dan acara paling wajib ialah acara makan-makan. Jadi mana ada acara sukan, gua sukan sungguh-sungguh. Mana yang perlu gua beraneka, gua beraneka. Mana yang perlu gua mandi, gua mandi. Mana yang perlu gua makan sampai kenyang, gua makan. Tapi ada satu benda yang buat FDE 2008 memang betul-betul melekat dalam ingatan gua. Di mana, pada satu malam selepas habis program FDE tu, ada lebih kurang 15 orang ahli Ehoza.com telah keluar dari tempat penginapan untuk mencari tempat lepak-lepak dan minum-minum. Walaupun minuman telah disediakan oleh pihak Ehoza, tapi semangat nak minum di kedai mamak tu memang tinggi. Mungkin inilah yang dipanggil semangat setiakawan yang tinggi. Namun, rancangan kami menjadi tergendala akibat telah berlaku pergaduhan ala-ala filem Padayappa lakonan Rajnikanth tu di kedai mamak pilihan melepak kami. Belakang gua saja macha tu hentak macha lain pakai kerusi. Mujur gua sempat elak dari terkena serpihan. King yang badan besar tu terus jadi tak king pun, kelam kabut larikan diri! Teh tarik yang baru sampai pun gua tak sempat minum. Cilakak, macam tak ada tempat lain dah nak gaduh agaknya.


Berkat kejayaan mengadakan Family Day Ehoza 2008, para admin dan semua yang terlibat terus bergiat mengadakan program untuk merapatkan silaturrahim antara semua ahli Ehoza. Gua biasanya terlibat sebagai salah seorang peserta yang cuba memeriahkan keadaan saja. Kira ok la juga tu kan? Kira boleh buat orang lain senang hati la juga. Selepas FDE, wujud pula program Ehoza Goes Nature di mana ahli-ahli Ehoza cuba mendekatkan diri dengan dunia kehijauan. Mujur juga tiada ahli Ehoza yang bawa balik iguana, kalau tidak, sia-sia kena lempang dengan renjer Taman Negara tu. Sambil-sambil ada major event, ia juga turut diselang selikan dengan program-program kecil seperti jamuan berbuka puasa dan jamuan Aidilifitri. Semua ahli-ahli Ehoza nampaknya begitu riang bila program-program ini dijalankan. Masing-masing selalu bershuffle kalau berjumpa akibat keseronokkan yang dirasai.


Orait, kita dah nak sampai ke penghabisan. Gua nak cerita panjang-panjang pun bukan lu orang nak baca sangat pun, entah-entah ada yang baru baca perenggan pertama pun dah start tepuk-tepuk bantal nak tidur. Tapi, lantak la woi! Mana yang larat baca sampai perenggan akhir gua ucap tahniah la. Ingat senang ke nak baca benda panjang-panjang ni? Keseksaan dan kesengsaraan dalam menghadapi UPSR, PMR dan SPM mesti dah buat lu orang serik nak baca panjang-panjang kan? Jadi gua memang apresit lu orang semua kalau mampu baca sampai habis. Kini, Ehoza dah semakin berkembang maju dan pesat membangun seiring dengan peningkatan Malaysia ke arah negara maju. Ahli-ahli pun bertambah ramai. Yang baru disayangi, yang lama dihormati. Tapi gua ada sedikit rasa terkilan jugalah. Apa? Lelaki rock macam gua tak boleh rasa terkilan ke? Eh, tendang nak? Yang kes terkilan ni pasal gua tengok ramai orang-orang lama Ehoza.com ni dah lama mendiamkan diri. Perkara-perkara ni memang menimbulkan syak wasangka kepada gua. Kepada King Of Perut tak tau la gua, entah-entah sibuk makan agaknya. Kenapa agaknya orang-orang lama ni dah kurang jenguk Ehoza ni? Adakah telah berlaku perebutan kuasa dalam Ehoza? Adakah sebab Apect tak pakai tudung oren lagi? Atau, adakah tiada lagi talian internet di tempat tinggal mereka? Namun begitu, perkara-perkara syak macam ni kita bukan boleh fikir sangat, sakit perut nanti. Tapi, bagi gua, mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri mereka tak dapat nak mengaktifkan diri di dalam forum ini lagi. Walaubagaimanapun, gua pasti, otai-otai ni ada juga menjenguk sebarang dua ke dalam forum ni.


Walaupun sudah kekurangan sengat orang-orang lama, kehadiran orang-orang baru sepert Psycophobia, Cyclon, lepas tu yang guna avatar Batman tu yang nama dia gua dah lupa, Zamzuri... err... silap, Zamreda, Cyclon dan ramai lagi telah membantu dalam memeriahkan lagi suasana riang ceria forum Ehoza.com ini. Terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada semua para admin Ehoza, Apect, Ayam dan semua yang terlibat dalam menjayakan forum Ehoza.com ini. Siot, dah macam teks ucapan, orang-orang rock macam gua mana berucap, dem! Oklah, oklah, gua blah dulu la woi. Semoga Ehoza.com terus maju. Apect, kasi baju percuma satu woi, penat tulis ni! Wassalam!

Friday, October 15, 2010

Hugo Di Sogo

Hari ini hari Jumaat. Hari masjid paling penuh didatangi orang. Hari lain, susah juga nak jumpa seramai hari Jumaat. Ha, hari raya ramai, pasal orang nak sembahyang sunat. Hari lain, orang cakap, kirim salam sajalah.

Jam tepat pukul 12.15 tengah hari. Waktu untuk makan tengah hari. Masa tu ada gua, Sukran Mat Jamil dan Copra. Masing masing lapar. Muka pun muka lapar. Tapi Copra saja muka macam Bangla. Kadang kadang jadi konfius juga gua dan Sukran dengan Copra ni. Entah rakyat Malaysia entah tidak.

"Woi Copra, bantal gua ada kat rumah lu kan?"

Gua baru pindah masuk rumah baru. Dulu rumah sewa gua sekali dengan Copra. Atas urusan peribadi gua kena masuk rumah lain. Tapi malang, masuk rumah baru gua bawa tilam saja, bantal boleh lupa. Jenuh juga tidur tanpa bantal. Rasa tak enak sangat.

"Eh, ada ada," balas Copra ringkas. Muka memang Bangla gila.

"Lu letak mana? Entah entah lu dah apa apakan bantal gua," saja gua provok Copra.

"Ada ada. Kat depan aku letak. Aku buat baring baring tengok tv," Copra jawab tanpa ada rasa diprovokasi.

"Siyut! Busuklah bau bantal gua tu!"

"Busuk apa lak, badan aku bau SOGO la weh. Wangi weh."

"SOGO?!" Sukran mencelah.

"Eh silap, bukan SOGO, tapi HUGO," jelas Copra sambil memandang ke langit mengenangkan makwenya yang sedang demam di Melaka.

Cilakak Copra! Memanjang cakap salah saja. Tapi muka maintain konfiden. Dem!

Thursday, October 14, 2010

Bola Membunuh

"Woi! Tengok ni, penyokong Kelantan mati kena pukul penyokong Selangor," ujar Copra sambil ibu jari menunjuk ke gambar penyokong yang sudah terbaring keras atas rumput.

"Yeke kena pukul? Lu jangan main tuduh tuduh benda benda macam ni," sebagai penyokong pasukan Selangor gua perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi di atas tuduhan tidak berasas itu.

"Habis tu, ko tak nampak darah darah tu? Siap ada putih putih lagi. Teruk betullah penyokong Selangor ni," sambung Copra lagi sambil memandang ganas wajah gua.

"Haish! Lu jangan mencabar kesabaran gua, pantang betul gua kalau kena tuduh tuduh macam ni," gua mendada dada bahu Copra. Ini juga sebagai tanda provokasi.

"Siyuuuttt! Ini memang cari gaduh ni, main dada dada pula," Copra membalas dengan menolak bahu gua.

"Habis tu, lu tak puas hati la ni ye?" Gua cuba memulakan rentak yang semakin panas.

"Yelah, dah ko start dulu."

"Ha, apa lagi, jomlah!!!"

***

Pagi itu gua dan Copra sama sama turun ke kafe untuk menjamu selera. Orang tengah lapar memang mudah naik angin. Tapi alhamdulillah, lapar lapar kami tak adalah sampai nak bertumbuk. Isu pasal penyokong Selangor dengan Kelantan yang tengok bola kat Stadium Shah Alam tempoh hari tu boleh dielakkan kalau masing masing mengamalkan perangai macam gua dan Copra. Walaupun berlainan negeri, kami tetap boleh lepak semeja sambil berbalas ejekkan.

Friday, October 8, 2010

Minyak Lintah

Hari ini, lepas makan, lepas rehat, gua terus masuk mengajar. Muka gua, gua kasi maintain gagah. Baru pelajar pelajar terpesona.

"Orait! Kita mulakan kelas dengan Al-Fatihah!" Kelas gua memang akan dimulakan dengan suasana Islamik dahulu. Baru tenang hati nak belajar.

Semua pelajar terus diam, tunduk kepala dan baca Fatihah. Tapi ada juga seorang dua tunduk kepala bukan menghayati Fatihah, tapi sibuk membalas SMS. Dem yu!

"Ok, hari ini kita akan belajar tentang teknik dan kemahiran mencari peluang. Kalau kamu nak tau, dengan meneliti permintaan pasaran, kamu boleh mendapat peluang untuk mendapatkan perniagaan tau. Apa kata kamu bagi contoh barang barang yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran?" Sebagai guru yang efektif, gua menggunakan teknik penyoalan untuk menerapkan sistem pembelajaran dua hala.

Kelas jadi sepi. Sesepi di tepi tanah perkuburan. Nampak gaya pelajar pelajar tidak mahu terlibat dalam proses ini. Mungkin sedikit ketegasan diperlukan.

"Kamonlah, korang kan bijak, takkan tak tahu kot," ujar gua sambil mencebikkan bibir Angelina Jolie gua.

"Minyak lintah cikgu!" Jerit seorang pelajar.

Dem!

Kecil kecil dah gatal. Siyuuuttt!

Wednesday, October 6, 2010

Entri Sebelum Balik Kerja

Makan ketupat palas terus rasa nak memerut! Sangat keewwll doh! Cepatlah masa berlalu, tak tertahan menanggung seksaan ini!

Tuesday, October 5, 2010

Tembakau

Pagi pagi datang kerja, masuk opis, perut rasa tak berapa nak lapar sangat. Gua duduk setedi sambil sandar sandar gaya macam CEO. Mata memandang siling opis, termenung memikirkan rupabentuk siling opis yang macam celaka. Gaya macam nak runtuh saja.

Sedang lepak lepak termenung memandang siling, gua terhidu bau yang kurang menyenangkan. Bau herba, tak best langsung baunya. Pusing pusing belakang, tengok tengok ada opismet tengah buat air ginseng. Siot! Patut berbau tidak enak. Gua terus jadi pening, perut pula jadi lapar tiba tiba. Terus gua ajak Copra turun bawah pergi makan.

Lepas ambil nasi goreng separuh berlauk rendang ayam dan air kapucino, gua dan Copra memilih meja makan belah dalam yang berhawa dingin. Baru rasa macam makan dalam hotel. Dalam tu pun ada televisyen, tengah tayang orang main boling padang. Semua kepala botak botak, tak kacak langsung. Gadis pun kurang.

Sambil sambil makan, gua dengan Copra bersembang sembang tentang isu isu semasa.

"Lu tau tak, rokok dah naik 70 sen weh!" Gua memulakan perbualan dalam sedikit nada menjerit.

"Yeke? Nasib aku tak hisap rokok. Kira rokok dah jadi berapa ringgit sekarang ni?" tanya Copra sambil membetulkan bajunya yang sedikit menampakkan pusatnya.

"Entahlah. Yang gua tau dunhill dah jadi sepuluh hengget doh. Gila babi mahal!" Gua menjerit sekali lagi.

"Kau tau tak, rokok ni kalau naik harga, minyak pun naik jugalah tak lama lagi ni," Copra cuba memberi fakta baru. Teknik twist and turn yang dipelajari dalam bengkel penulisan tempoh hari dipergunakan sebaik mungkin.

"Aik, apa kaitan rokok naik harga dengan minyak naik harga?" sedikit kemusykilan menyelubungi diri gua dengan fakta yang Copra berikan.

"Sebab TEMBAKAI dah naik harga la doh!" Copra menjerit dalam menjelaskan perkara tadi. Semua orang dalam kafe memandang kami.

"TEMBAKAI?" gua bertanya kembali.

"Yelah! Kan orang Perak sebut TEMBAKAU tu TEMBAKAI. Takkan hang tak tau?" ujar Copra sombong seolah olah dia yang paling betul dalam dunia ini.

Copra memang hebat bab bab konfiden tak ingat dunia ni. Setahu gua, orang Perak sebut TEMBAKAU tu TEMBAKO. Siot punya Copra!

p/s: Copra ni orang Kelantan. Harap maklum.

Monday, October 4, 2010

Alaking

"Hahaha! Terima kasih kerana mengeluarkan aku. Oleh kerana itu, aku akan tunaikan hajat kau!"

Seekor jin yang bersaiz gergasi yang baru sahaja keluar dari tin susu yang dibuka Alaking bersuara lantang. Dia kelihatan berasa sungguh lega. Wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Kadang kadang ada juga dia menyengih.

"Betul ke kau boleh tolong aku? Macam tipu je. Muka kau dah la buruk!" Alaking meluahkan rasa tidak percayanya terhadap jin tersebut.

"Gampang, ejek aku. Rasakan ini!"

"Arrgghhh!"

Bzzzttt!

Alaking kini bukan lagi Alaking. Dia telah disumpah menjadi Alamanda dan ramai orang memijak mijak beliau untuk membeli belah di sana. Alamanda terletak di Putrajaya.

Cabai

"Aku baru balik dari kursus ni," Copra memulakan bicara, kawan gua yang merupakan guru sejarah.

"Kursus apa lu pergi tu?" gua melayan acuh tak acuh. Sibuk mengunyah nasi lemak daging cincang. Liat betul.

"Kursus menulis la woi. Tak lama lagi bolehlah aku menulis buku," Copra menjawab sambil berwajah kental.

"Buku apa lu nak tulis?" muka gua masih maintain kunyah daging. Tak hancur hancur.

"Buku Cibai, baru pedas! Hakhakhak!" Copra gelak macam setan, setan bangga.

Daging tak habis kunyah gua sembur ke tepi. "Cibai??!!"

"Eh silap, Cabai la."

Siot punya Copra. Cibai dengan Cabai pun tak boleh bezakan. Cilakak betul! Perangai macam estet!

Friday, September 24, 2010

Dengan Ini...

Dengan ini gua secara rasminya sudah berhenti daripada arena hisap menghisap, sedut menyedut, pam mengepam, pancung memancung, pareng memareng, seteng menyeteng dan apa apa saja perkataan yang mampu disesuaikan dengan rokok. Akibat pemberhentian ini, sepanjang menyambut Syawal yang mulia gua diserang selesema yang tiada henti dan hingus hingus yang sering mahu meleleh keluar. Huish! Leceh gila doh!

Monday, September 13, 2010

Nama Gua Nama Lelaki

Hari hari raya ni ada juga brader brader di luar sana yang cuba salah anggap pada nama gua. Gua harap, konspirasi sebegini rupa tidaklah berpanjangan terkena kepada gua. Demmit!

Thursday, September 9, 2010

Baru Sempat!

Baru hari ini la gua berkesempatan untuk menambah entri blog gua buat sekian kalinya. Penat juga mengemas rumah ni. Dulu masa dekat dekat nak raya baru gua sampai rumah. Tapi kali ini, gua sampai sedikit awal. Jadi adalah sedikit tugasan mengemas rumah yang diberi oleh emak gua. Selain mengemas, gua juga diberi misi untuk membeli 20 biji cili hidup, 5 bungkus tempe, cili api dua ringgit, daun kunyit lima helai, daun limau purut lima puluh sen, tauhu 5 biji dan sebotol thinner (abah gua yang minta ni, mak gua seingat gua tak pernah order barang barang hardware ni).

Jadi, dalam kesempatan yang ada ini, ingin gua memohon ampun dan maaf kepada semua para pembaca sama ada yang membaca secara terang terangan mahupun secara bersembunyi jika gua ada menulis apa apa yang mampu mengusik hati kecil lu orang yang membawa kepada kecik hati. Kadang kadang gua bukan sengaja, yela, bila dah dapat tempo yang sedap untuk menulis, gua ketepikan sedikit perasaan orang. Kehkehkeh. Tapi berbatas jugalah, tak adalah sampai membawa ke tahap hendak membunuh.

Huish. Mak gua panggil lagi lak. Entah apa misi kali ini yang dia nak beri. Oklah, sebelum gua blah, gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Dan kepada King, beragak sikit makan lemang dan ketupat tu, ingat ingat berat badan dan perut lu tu. Tak guna kalau letak gambar yang dah photoshop perut tu dalam pesbuk. Kehkehkeh!

Monday, September 6, 2010

Mohd Ekhsan Othman @ Prodigy @ King Of Perut Ruler Of Perut Tribe

Mula mula rasa malas juga gua nak buat cerita pasal brader ni. Tapi, bila seorang blogger selebriti ni ada tanya gua pasal brader ni, gua rasa beresponsible pula untuk up cerita tentang brader ni. Ok, sebagai permulaan, berat brader ni 100kg. Dem!

Mohd Ekhsan Othman a.k.a Prodigy a.k.a King Of Perut (selepas ini akan disebut sebagai King sahaja) adalah orang yang gua mula kenal dalam satu laman web mengumpul sahabat dan barang barang baik seluruh dunia. Masa mula mula gua tengok dalam laman web tu, brader ni gua anggap macam orang jenis skema skema saja. Ada juga gua syak dia ni jenis ulat buku dan seorang yang nerd. Kadang kadang ada juga gua anggap dia ni suka cari publisiti. Ada satu kes, masa laman web ni buat pilihanraya nak pilih moderator, nama dia yang tak tercalon, boleh pula dia minta nak dicalonkan? Gila tak gilalah publisiti dia ni. Tapi masa tu gua rilek rilek saja, gua tak kisah sangat orang cari publisiti ni, yang penting jangan kacau gua tidur dan makan saja.

Sepanjang sesi pengenalan gua secara maya dengan brader ni, gua dapati dia ni jenis gila kereta. Orang kata tahap gersang sudah. Ada sekali dia buat perumpamaan, "Mendengar deruman lamborghini di langit, Lisa Surihani di katil di campak ke tepi" sebagai tanda kegilaan beliau terhadap motokar. Sepanjang dia bercerita pasal kereta jugalah gua tak pernah involve nak masuk campur bersembang. Gua haram jadah tak tau pasal kereta. Hantar servis dengan pergi cuci bolehlah brader!

Brader ni juga seorang yang gua kategorikan sebagai seorang yang agak romantis. Dia pandai buat ayat ayat manis. Namun, sepanjang kemanisan ayat ayatnya itu, jarang jarang ada gadis gadis tersangkut. Kalau sangkut pun sekejap. Gua suspek ayat manis dia boleh membawa kepada obesiti, tu yang semua lari. Gila apa kalau muka lawa, tapi kena kencing manis, haram tak mantap weh! Sampai sekarang dia masih menagih cinta sama ada di laman web ini atau dalam satu lagi laman sosial ini. Nama pun laman sosial, boleh jadi medium cari makwe bukan? (jangan mengharap sangat kat Lisa Surihani dengan Megan Fox lu tu king).

First time gua jumpa dia secara realiti, gua agak terkejut dengan keadaan fizikal dia. Gila babi tinggi, gila babi besar dan tangan pun haram jadah punya besar macam pendayung! Tapi suara sweet gila. Macam tak kena langsung. Kehkehkeh. Tapi itu anugerah Tuhan, gua malas cerita panjang, nanti ada yang tuduh gua ni mengejek ciptaan Tuhan. Faham fahamlah orang orang internet ni, guna nama anony, lepas tu tuduh bukan bukan. Demmit!

Tapi, apahal dari nama Mohd Ekhsan, boleh dapat nama King Of Perut pula? Ok, ni semua bermula semasa perjumpaan kali ketiga gua dengan dia semasa event Panggilan Pulau Ehoza tahun ini. Sebelum tu gua ada jumpa dia, nampak gaya badan masih setedi, ada iras iras perut Arash Muhammad lagi. Tapi masa jumpa dalam event ni, ya rabbi! Dengan menganggap badannya masih sasa, dia telah menyarung sepasang t-shirt yang agak sendat lalu menonjolkan perutnya yang bulat. Gua terus jadi tak setedi nak minum air soya waktu tu. Terus sedak sedak menahan gelak. Masa tu gua jadi keliru, sama ada nak simpati atau gelak habis habisan. Gua pilih jalan ke dua iaitu gelak habis habisan. Sejak dari itu, gua mendapat ilham untuk memberi title King Of Perut Cawangan Selatan (memegang tampuk pemerintahan negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) kepada beliau.

Walaubagaimanapun, dalam banyak banyak kutukkan yang gua beri, ingin sekali gua nyatakan di sini, King ni seorang insan yang cemerlang. Dia punya kerja, memang gua jamin adalah terbaik. Komited dan memberi komitmen yang tinggi sebanyak 110%. Kalau ada antara lu orang nak bagi dia kerja, gua berani jadi perujuk dia la woi! Tapi bagi kerja elok elok sikitlah. Jangan minta dia jadi atlet lompat tinggi pula. Perut tu berat sangat nak diangkat ke udara woi! Respeklah sikit kelemahan dia ok. Tapi gua tau, dia dalam usaha nak turunkan lemak perut dia. Buat masa ni gua nasihat pada dia gunalah krim pati halia tu. InsyaAllah berkesan.

Oklah, gua rasa cukuplah sampai sini gua cerita pasal King ni. Entah dah berapa kali tersedak sedak si King ni dalam tidur dia. Mesti tak senang nak mimpi makan malam dengan Lisa Surihani. Ok, kepada u ols, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Jangan main mercun dan jangan main main nak jadi santa claus datang beraya pula ye. Wassalam!

Assalamualaikum. Dengan kesempatan yang diberikan, gua mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta ampun dan minta maaf terutama sekali kepada mak abah dan keluarga di Muar serta tidak lupa kepada semua rakyat jelata yang di bawah pemeritahan gua yakni yang berada di selatan tanah air. Gua berharap, semua rakyat jelata akan pulang ke kampung dengan hati hati dan janganlah lupa membayar tol. Kalau penat berhenti, kalau eksiden, siapa nak habiskan lemang dengan ketupat kat rumah tu ye tak? Ok, cukuplah setakat itu. Luv u ols! - King Of Perut Cawangan Selatan

Friday, September 3, 2010

Wah, Bukan Main Lagi Sekarang!

Nampak gaya, king yang sorang ni dah makin eksekutif. Dah makin maju dalam kehidupan (selain perutnya). King ni memang gua tengok gaya dia seorang yang penuh keazaman dan iltizam. Nampak jenis macam boleh berjaya dalam karier yang mahu diceburinya. Tak kisah apa plihannya, gua tau dan yakin dia boleh. Cuma kalau dia nak jadi model tu, bukan tak boleh, tapi kasi ekjas dulu perut, macam beg pasir dah gua tengok. Sejak dah main dot com, dot com ni, hidup macam lebih berwawasan.

Tapi malang...

Setiap hari dok menagih cinta yang tak kesampaian.

Tu la king, lu punya malu tu tak bertempat sangat.

Bajet rare la buat perangai macam tu?!

Kehkehkeh...

Wednesday, September 1, 2010

Puasa Dah Nak Habis

Raya dah nak dekat ni, lu orang dah shopping ke? Mestilah tengah shopping tu, sampai larut malam. Patutlah terawih tadi tinggal 1 saf setengah saja yang ada orang. Moreh pun tak habis. Tapi makin banyak pula orang putus jari.Tanda tanda Ramadhan nak pergi dah ni.

(Entri pendek sekadar untuk mengingatkan Ramadhan dah nak berlalu ni weh!)

Friday, August 27, 2010

Back To The Fu(rni)ture

31 haribulan Disember 2059, pukul 11.58.

Waktu itu gua sedang berada di tingkat atas sekali. Sengaja gua pilih tingkat atas atas ni sebab gua dapat melihat pemandangan nan indah pada waktu malam. Selain itu, gua juga dapat mengelakkan daripada serangan nyamuk nyamuk aedes. Yelah, mana nak larat nyamuk nyamuk tu terbang sampai tingkat ke 100 kan? Penatlah nak kibas kepak weh!

Zaman ni bangunan semua tinggi tinggi. Tak ada pun rendah rendah. Zaman ini juga, kempen membasmi kemiskinan pun tak jalan dah, semua dah jadi kaya. Malaysia waktu itu sudah menjadi negara paling maju di dunia mengatasi Amerika Syarikat. Amerika Syarikat waktu tu pula rakyat dia kalau nak balik kampung kena berebut rebut naik kereta api sampai ke bumbung. Memang sadis. Palestin, negara kedua maju selepas Malaysia sering juga hantar bantuan kepada Amerika Syarikat walaupun suatu masa dahulu Amerika ini selalu bersekutu dengan Israel mahu menjahanamkan Palestin. Tetapi Palestin rilek rilek saja, tak simpan dendam pun, malah, terus membantu mereka mereka yang lemah. Penduduk Israel pula tak tau mana pergi selepas Palestin berjaya menjajah semula tanah milik mereka.

Sementara menanti lagi dua minit nak masuk tahun 2060, gua menghirup udara nyaman dari tingkat 100 di mana terletaknya penthouse gua. Waktu itu pencemaran dah sifar. Oksigen memang jenis bersih punya. Karbon monoksida dah tak wujud lagi pasal semua orang kini boleh terbang. Air Asia yang suatu masa dulu syarikat pengangkutan penerbangan kini menjadi syarikat pengeluar kenderaan terbang. Dari basikal sehinggalah lori lori hantu, semua boleh terbang. Cuma lesen terbang saja tak wujud dan takkan wujud, pasal waktu tu semua rakyat Malaysia dah jadi bersivik bila memandu. Tak pernah langsung ada kes pemandu lupa bagi isyarat nak masuk kiri atau kanan, semua berdisiplin dan tiada kecuaian. Jadi, JPJ dapat memberikan lesen dengan mudah kepada semua rakyat Malaysia seawal usia 10 tahun atau budak darjah 4.

"Jauh menung bang," suara isteri gua menyapa. Orang Russia, masuk Islam.

Gua menoleh kepadanya lalu berkata, "Eh tak adalah, ni tengah hirup udara segar ni. Mana anak kita?"

"Baru saja saya tidurkan. Anak awak tu bukan senang nak tidur, samalah macam awak," balas bini gua sambil mengukir senyuman semanis madu. Sambil itu, isteri gua terus duduk di atas riba gua. Walaupun berusia 80 tahun, peha gua tetap kuat sama macam gua umur 20 tahun. Kemudian, dia melentukkan kepalanya ke bahu gua.

"Abang ada baca paper tak tadi pasal kawan abang?" Isteri gua memulakan perbualan sambil tangannya bermain di pusat gua.

"Hmm...tak ada la pulak, kenapa baby?" Nak maintain keharmonian rumahtangga kenalah panggil nama manja.

"Dia kena tahan polis pasal buat iklan haram lagi bang. Ni masuk ni, dah berapa kali dah dia kena tahan bang."

"Iklan pasal apa pulak kali ni dia buat? Tak habis habis dia tu," ujar gua bernada tegas sambil meniup niup rambut isteri gua.

"Iklan apa lagi bang, iklan cari jodohlah. Kali ni dia bantai letak dalam wall Buku555 perdana menteri kita bang. Mengamuklah PM kita tu bang, tu kena tahan tu."

Pada masa ini, Facebook sudah tidak wujud lagi. Pengaruh Israel semua dihancurkan sama sekali. Seorang pakar komputer dan IT dari Malaysia telah membuat satu laman sosial yang lebih hebat dari Facebook dan menamakannya sebagai Buku555.com. Satu laman sosial yang cukup popular dan digunakan oleh hampir semua penduduk dunia termasuk di Timbuktu.

"Hai, kesian kawan abang tu. Sejak dari zaman Facebook lagi dia berusaha mencari cinta, tapi sampai sekarang tak juga ketemu. Umur dah lanjut, 'senjata' pun bukan makin kuat. Tapi alhamdulillah, tak pernah lak nama dia naik dalam kes rogol. Kira kuat juga dia tahan nafsu kan?" kata gua sambil memandang nakal isteri gua. Isteri gua tersipu sipu malu.

Tiba tiba, mesin hologram gua berbunyi. Gua tekan butang 'on' lalu terpacul bayangan King Of Perut Cawangan Selatan. Muka nampak serabai, rambut pula dah tak berapa nak ada.

"Woi King! Tolong jamin gua king. Cilakak betul, gua kantoi lak tempek iklan kat wall Anta tu. Sejak jadi PM makin berlagak dia tu. Tolong king!" Suara King Of Perut Cawangan Selatan kucar kacir meminta bantuan.

"Faking la weh! Lu tau tak ni Khamis malam Jumaat, gua bizi, esok esok jela gua jamin lu!"

Seraya itu gua terus mendukung isteri Russia gua lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Member, member juga, tapi aktiviti Khamis malam Jumaat mana boleh biarkan brader!

Dari kejauhan, gua terdengar suara kesayupan King Of Perut Cawangan Selatan menjerit meminta bantuan.

Sumber insipirasi:

2060 - versi poligami tak ingat.

2060 - versi lelaki indie

2060 - versi lelaki minyak

Pasca Apokalips - versi lelaki berumur

Hujung Nyawa - versi bahasa tinggi (pastikan ada Kamus Dewan di sebelah)

Tuesday, August 24, 2010

Rezeki Ramadhan Aku Agaknya

Petang itu Amin jalan jalan. Petang itu petang puasa. Amin jalan jalan pergi baazar Ramadhan. Amin masukkan tangan dalam poket. Amin tengok, ada RM10.00. Amin nampak orang jual murtabak. Harga jualan, RM2.50. Nampak sedap, harga pun berpatutan. Amin melangkah pergi ke brader jual murtabak. Amin minta murtabak daging. Amin terliur gila tengok murtabak daging. Rasa macam nak romen saja walaupun Amin tau beromen siang hari boleh batal puasa. Amin ambil murtabak, bayar, dan Amin terus memecut laju pergi dari situ. Amin mengalami ereksi. Amin malu kalau orang nampak. Amin dengar orang menjerit jerit panggil Amin. Amin tak pedulikan, Mungkin orang itu nampak Amin ereksi. Amin terus lari. Tapi Amin tak sedar, Amin tak ambil lagi baki duitnya sebanyak RM7.50.

"Rezeki Ramadhan aku agaknya," ujar brader murtabak sambil mengukir senyuman.

Monday, August 23, 2010

Ujibakat Pertama Sepanjang Hidup Gua

Cerita banyak tak guna, lu orang kasi klik gambar kat bawah kalau nak tau cerita sebenar.


Kadang kadang, hidup ni kena sombong juga. Barulah orang kenal. Tak gitu? Untuk pengetahuan dan pemahaman lebih lanjut, silalah ke sini ye.

Sunday, August 22, 2010

Cerita Hantu Yang Tak Pernah Saya Jumpa Semasa Di Asrama

Malam itu sepi sekali. Jam pula sudah pukul 12 malam. Romzi masih belum boleh melelapkan mata. Cerita tentang Hantu Nenek Loker masih lagi berlegar-legar dalam fikirannya. Sedang dia berkhayal, kedengaran suatu bunyi bising.

Kuk kak kuk kak.


Peluh dingin mula membasahi dahi Romzi. Romzi mula berasa cuak. Nampak gaya, Hantu Nenek Loker sudah muncul. Romzi memejamkan matanya rapat-rapat. Tak mahu dia melihat wajah Hantu Nenek Loker itu. Pasti menggerunkan dan menakutkan wajahnya.


“Ala cu, tak payahlah nak berlakon tidur. Nenek tau cu tak tidur lagi. Hihihi!”


Romzi terkejut. Seluarnya basah. Tilamnya basah juga. Kini Romzi sudah pengsan dalam basah.