Friday, August 27, 2010

Back To The Fu(rni)ture

31 haribulan Disember 2059, pukul 11.58.

Waktu itu gua sedang berada di tingkat atas sekali. Sengaja gua pilih tingkat atas atas ni sebab gua dapat melihat pemandangan nan indah pada waktu malam. Selain itu, gua juga dapat mengelakkan daripada serangan nyamuk nyamuk aedes. Yelah, mana nak larat nyamuk nyamuk tu terbang sampai tingkat ke 100 kan? Penatlah nak kibas kepak weh!

Zaman ni bangunan semua tinggi tinggi. Tak ada pun rendah rendah. Zaman ini juga, kempen membasmi kemiskinan pun tak jalan dah, semua dah jadi kaya. Malaysia waktu itu sudah menjadi negara paling maju di dunia mengatasi Amerika Syarikat. Amerika Syarikat waktu tu pula rakyat dia kalau nak balik kampung kena berebut rebut naik kereta api sampai ke bumbung. Memang sadis. Palestin, negara kedua maju selepas Malaysia sering juga hantar bantuan kepada Amerika Syarikat walaupun suatu masa dahulu Amerika ini selalu bersekutu dengan Israel mahu menjahanamkan Palestin. Tetapi Palestin rilek rilek saja, tak simpan dendam pun, malah, terus membantu mereka mereka yang lemah. Penduduk Israel pula tak tau mana pergi selepas Palestin berjaya menjajah semula tanah milik mereka.

Sementara menanti lagi dua minit nak masuk tahun 2060, gua menghirup udara nyaman dari tingkat 100 di mana terletaknya penthouse gua. Waktu itu pencemaran dah sifar. Oksigen memang jenis bersih punya. Karbon monoksida dah tak wujud lagi pasal semua orang kini boleh terbang. Air Asia yang suatu masa dulu syarikat pengangkutan penerbangan kini menjadi syarikat pengeluar kenderaan terbang. Dari basikal sehinggalah lori lori hantu, semua boleh terbang. Cuma lesen terbang saja tak wujud dan takkan wujud, pasal waktu tu semua rakyat Malaysia dah jadi bersivik bila memandu. Tak pernah langsung ada kes pemandu lupa bagi isyarat nak masuk kiri atau kanan, semua berdisiplin dan tiada kecuaian. Jadi, JPJ dapat memberikan lesen dengan mudah kepada semua rakyat Malaysia seawal usia 10 tahun atau budak darjah 4.

"Jauh menung bang," suara isteri gua menyapa. Orang Russia, masuk Islam.

Gua menoleh kepadanya lalu berkata, "Eh tak adalah, ni tengah hirup udara segar ni. Mana anak kita?"

"Baru saja saya tidurkan. Anak awak tu bukan senang nak tidur, samalah macam awak," balas bini gua sambil mengukir senyuman semanis madu. Sambil itu, isteri gua terus duduk di atas riba gua. Walaupun berusia 80 tahun, peha gua tetap kuat sama macam gua umur 20 tahun. Kemudian, dia melentukkan kepalanya ke bahu gua.

"Abang ada baca paper tak tadi pasal kawan abang?" Isteri gua memulakan perbualan sambil tangannya bermain di pusat gua.

"Hmm...tak ada la pulak, kenapa baby?" Nak maintain keharmonian rumahtangga kenalah panggil nama manja.

"Dia kena tahan polis pasal buat iklan haram lagi bang. Ni masuk ni, dah berapa kali dah dia kena tahan bang."

"Iklan pasal apa pulak kali ni dia buat? Tak habis habis dia tu," ujar gua bernada tegas sambil meniup niup rambut isteri gua.

"Iklan apa lagi bang, iklan cari jodohlah. Kali ni dia bantai letak dalam wall Buku555 perdana menteri kita bang. Mengamuklah PM kita tu bang, tu kena tahan tu."

Pada masa ini, Facebook sudah tidak wujud lagi. Pengaruh Israel semua dihancurkan sama sekali. Seorang pakar komputer dan IT dari Malaysia telah membuat satu laman sosial yang lebih hebat dari Facebook dan menamakannya sebagai Buku555.com. Satu laman sosial yang cukup popular dan digunakan oleh hampir semua penduduk dunia termasuk di Timbuktu.

"Hai, kesian kawan abang tu. Sejak dari zaman Facebook lagi dia berusaha mencari cinta, tapi sampai sekarang tak juga ketemu. Umur dah lanjut, 'senjata' pun bukan makin kuat. Tapi alhamdulillah, tak pernah lak nama dia naik dalam kes rogol. Kira kuat juga dia tahan nafsu kan?" kata gua sambil memandang nakal isteri gua. Isteri gua tersipu sipu malu.

Tiba tiba, mesin hologram gua berbunyi. Gua tekan butang 'on' lalu terpacul bayangan King Of Perut Cawangan Selatan. Muka nampak serabai, rambut pula dah tak berapa nak ada.

"Woi King! Tolong jamin gua king. Cilakak betul, gua kantoi lak tempek iklan kat wall Anta tu. Sejak jadi PM makin berlagak dia tu. Tolong king!" Suara King Of Perut Cawangan Selatan kucar kacir meminta bantuan.

"Faking la weh! Lu tau tak ni Khamis malam Jumaat, gua bizi, esok esok jela gua jamin lu!"

Seraya itu gua terus mendukung isteri Russia gua lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Member, member juga, tapi aktiviti Khamis malam Jumaat mana boleh biarkan brader!

Dari kejauhan, gua terdengar suara kesayupan King Of Perut Cawangan Selatan menjerit meminta bantuan.

Sumber insipirasi:

2060 - versi poligami tak ingat.

2060 - versi lelaki indie

2060 - versi lelaki minyak

Pasca Apokalips - versi lelaki berumur

Hujung Nyawa - versi bahasa tinggi (pastikan ada Kamus Dewan di sebelah)

Tuesday, August 24, 2010

Rezeki Ramadhan Aku Agaknya

Petang itu Amin jalan jalan. Petang itu petang puasa. Amin jalan jalan pergi baazar Ramadhan. Amin masukkan tangan dalam poket. Amin tengok, ada RM10.00. Amin nampak orang jual murtabak. Harga jualan, RM2.50. Nampak sedap, harga pun berpatutan. Amin melangkah pergi ke brader jual murtabak. Amin minta murtabak daging. Amin terliur gila tengok murtabak daging. Rasa macam nak romen saja walaupun Amin tau beromen siang hari boleh batal puasa. Amin ambil murtabak, bayar, dan Amin terus memecut laju pergi dari situ. Amin mengalami ereksi. Amin malu kalau orang nampak. Amin dengar orang menjerit jerit panggil Amin. Amin tak pedulikan, Mungkin orang itu nampak Amin ereksi. Amin terus lari. Tapi Amin tak sedar, Amin tak ambil lagi baki duitnya sebanyak RM7.50.

"Rezeki Ramadhan aku agaknya," ujar brader murtabak sambil mengukir senyuman.

Monday, August 23, 2010

Ujibakat Pertama Sepanjang Hidup Gua

Cerita banyak tak guna, lu orang kasi klik gambar kat bawah kalau nak tau cerita sebenar.


Kadang kadang, hidup ni kena sombong juga. Barulah orang kenal. Tak gitu? Untuk pengetahuan dan pemahaman lebih lanjut, silalah ke sini ye.

Sunday, August 22, 2010

Cerita Hantu Yang Tak Pernah Saya Jumpa Semasa Di Asrama

Malam itu sepi sekali. Jam pula sudah pukul 12 malam. Romzi masih belum boleh melelapkan mata. Cerita tentang Hantu Nenek Loker masih lagi berlegar-legar dalam fikirannya. Sedang dia berkhayal, kedengaran suatu bunyi bising.

Kuk kak kuk kak.


Peluh dingin mula membasahi dahi Romzi. Romzi mula berasa cuak. Nampak gaya, Hantu Nenek Loker sudah muncul. Romzi memejamkan matanya rapat-rapat. Tak mahu dia melihat wajah Hantu Nenek Loker itu. Pasti menggerunkan dan menakutkan wajahnya.


“Ala cu, tak payahlah nak berlakon tidur. Nenek tau cu tak tidur lagi. Hihihi!”


Romzi terkejut. Seluarnya basah. Tilamnya basah juga. Kini Romzi sudah pengsan dalam basah.

Wednesday, August 18, 2010

Ek-spender-able: Muvi Aksi

"Kau takkan pergi seorang diri, aku akan ikut kau. Kita sudah lama berkawan."

Lee Ekhsan menyuarakan pendapatnya apabila melihat kawannya mahu membuat perkara berani mati.

"Tapi ini urusan aku sendiri dan kita tidak bergerak sebagai satu pasukan. Aku tak mahu membebankan pasukan kita bro!"

Izwan Ross yang merupakan teraju utama pasukan Ekspenderable cuba menghalang niat baik Lee Ekhsan itu.

"Ini faking shit bro! Aku taknak kau mati macam tu saja. Kau pun tau risiko masuk ke tempat macam tu begitu tinggi. Selagi kita berkawan, selagi itu akan jaga belakang kau bro!"

Izwan Ross memandang kawannya dengan penuh rasa syahdu. Inilah kali pertama dia memiliki sahabat sejati. Kawan kawannya yang sebelum ini semuanya hipokrit. Di depan saja baik, tetapi belakang, mengutuk bukan main.

"Aku pun nak follow juga. Tapi aku nak duit lebih, untuk family aku."

Satu suara tiba tiba masuk menyampuk.

"Faking shit bro! Kau mana ada family Anta! Nak tipu pun agak agak la. Tak puasa ke?"

Lee Ekhsan begitu berang dengan tindakan Anta Ying Yang yang tak habis habis mahu menipu, walaupun dalam bulan puasa. Walhal, duitnya habis semua ke DVD porno.

"Dem!"

Ujar Anta geram.

"Jadi, bila kita boleh mula bergerak ni bro?"

Lee Ekhsan memulakan semula perbualan yang termati sebentar tadi.

"Lepas buka puasa la weh. Aku pun dah beli juadah nak berbuka ni. Nak lawan nanti, biar ada tenaga, nanti pitam lak. Meh cepat tolong aku hidang ni."

Izwan Ross memberi arahan kepada Lee Ekhsan dan Anta Ying Yang untuk membantunya menghidangkan juadah berbuka puasa. Selaku pemimpin, Izwan Ross perlu mengambil berat tentang kebajikan anak buahnya.

"Allahuakbar, Allahuakbar."

"Allahummalakasumna..."

Izwan Ross membaca doa sambil dua sahabatnya menadah tangan tanda berbuka puasa.

"Jangan lupa buka channel Astro Oasis weh. Ada rancangan Geng Surau nanti!"

Ujar Anta Ying Yang sambil mulut penuh mengunyah nasi beriani.

Monday, August 16, 2010

Tutupnya Pintu Neraka, Bukanya Pintu Syurga: Epilog Zaman Sekolah

Dulu zaman sekolah gua memang ekselen juga bab buli buli budak ni. Walhal, baru darjah 5, tapi perangai macam samseng Brickfields. Muka jambu, memang jambu, tapi hal hal membuli kena ada juga. Baru orang panggil jambu batu, bukan jambu air, sekali picit, hancur. Tak keras langsung!

Masa Darjah 5 tu, gua punya samseng ramai juga yang gentar. Tak ramai yang nak cari gaduh dengan gua. Yang betul betul kamikaze saja berani datang berhadapan. Masa gaduh, baju kotor belakang kira. Tak apa, di rumah mak boleh tolong basuhkan nanti. Selalu kalau gaduh, menang memang dalam genggaman. Ada juga seri sekali sekala, tapi kalah, jauh sama sekali. Itu kalau kalah, memang gua pindah sekolah, cari pengaruh baru.

Gua ingat lagi masa bulan Ramadhan, bulan banyak orang habis duit kat bazar. Baru Darjah 5 gua dah handal berpuasa. Full pula tu. Samseng, samseng juga. Tapi hal hal puasa mana boleh tolak tepi. Berdosa wo tak ikut Rukun Islam ke tiga, dah tak macam orang Islam kalau tak puasa. Masa tu gua teman kawan gua pergi tandas. Cikgu suruh ikut, dia tak percaya kawan gua tu nak ke tandas. Firdaus namanya. Cikgu jadi sampai tak percaya pasal si Firdaus ni kerap sangat ke tandas. Entah makan apa tak tau. Selaku samseng yang menghormati kata kata cikgu, gua turutkan saja.

Sampai sampai di toilet, Firdaus kelam kabut cari jamban yang paling VIP. Budak budak sekolah, biasalah, tandas tak reti langsung nak jaga. Gua geleng geleng kepala tengok environment jamban jamban dalam toilet tu. Kesedaran sivik memang tak ada langsung. Ada juga yang tinggalkan 'buah tangan' kat dinding toilet tu. Tak geli ke buat macam tu, gua tengok terus rasa nak makan karipap. Dem!

Bila dapat jamban yang sedap, Firdaus tak buang masa, Firdaus terus masuk. Bunyi tali pinggang, bunyi buka seluar, semua bunyi stail kelam kabut, kucar kacir. Gua dah tau, Firdaus memang tengah kecemasan waktu ni. Gua pun rilek la tunggu kat luar. Bulan puasa memang bulan menguji kesabaran dan ketahanan. Bukan takat tahan makan dan minum, nafsu pun kena tahan. Tapi sebagai budak sekolah, mana sangat boleh tahan, lagipun gua nak habiskan tournament lawan pemadam dalam kelas. Firdaus pula boleh bantai memerut lama gila.

5 minit, Firdaus tak keluar lagi. 10 minit, pun tak keluar lagi, hanya bunyi "uh, ah, uh, ah" saja yang kedengaran. 15 minit, pun tak keluar lagi. Selaku samseng, gua perlu ambil tindakan. Gua melangkah masuk semula ke dalam toilet. Gua perlu bagi amaran kepada Firdaus supaya tamatkan segera 'pertarungannya' dalam jamban itu. Gua buka kuda kuda, dan sepantas kilat gua lepaskan tendangan tanpa bayang gua ke pintu jamban sebelah Firdaus memerut.

"Gedegang!"

"Woi, tak puasa ke?"

Pantang betul gua ada orang tegur gua tak puasa. Gua mencari suara tersebut. Gua pandang luar. Kaki gua menggigil. Peluh peluh dingin mulai terasa. Aura menakutkan muncul. Hati gua mula jadi tak tenang. Ayat kursi tak berapa nak hafal, mujur doa allahummabariklana gua ingat lagi.

p/s: Gua kena tazkirah dengan Cikgu Samy. Dia cakap orang berpuasa kena berperangai baik, jangan ikut nafsu. Tak guna berpuasa kalau buat benda jahat. Mujur tak kena rotan, mungkin Cikgu Samy berpuasa agaknya. Jadi nafsu merotannya kurang kot. Firdaus pula gelakkan gua dari dalam jamban. Dem!

Friday, August 13, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 5 (Siri Akhir)

"Aarrgghh! Sakit doh!"

Putera Ekhsano Zukono terbaring tersandar pada batu besar. Badannya cedera teruk. Bajunya koyak rabak. Seluarnya yang panjang terus jadi seluar pendek. Kasut NIKE nya habis tercabut dan menampakkan saiz kakinya yang begitu gergasi. Lebih menakutkan apabila perutnya yang buncit habis kelihatan semuanya dan pada perutnya kelihatan tatu yang bertulis 'Megan Fox wuz ere'. Entah betul ke tidak Megan Fox memang ada pada perutnya.

The Ava-G atau lebih dikenali sebagai Izwan Aang datang merapati Putera Ekhsano, putera kaum Api. Dia duduk di sebelahnya lalu menyalakan rokok Pak Mail nya dengan penuh bergaya. Putera Ekhsano yang lemah hanya mampu bersandar sambil memerhati sahaja. Kadang kala matanya sempat menjeling pada perut Izwan Aang yang 8 pack itu. Dalam hatinya, timbul rasa ingin memiliki perut sebegitu.

"Woi Ekhsano! Kenapa lu nak sangat gaduh dengan gua? Lu pun tau lu bukan boleh makan gua pun."

Izwan Aang memulakan perbualan. Sekali sekala asap rokoknya dihembus laju laju.

"Aku perlu tebus maruah aku. Dengan menangkap kau, aku dapat kembalikan maruah aku. Bapakku akan memandang tinggi padaku semula. Aarggh!"

Walaupun sakit untuk berkata kata, Putera Ekhsano gagahi jua menjawab soalan daripada The Ava-G. Dia risau jika tidak menjawab, makan penumbuklah jawabnya. The Ava-G memang pantang kalau orang tak menjawab pertanyaannya.

Izwan Aang yang mendengar jawapan itu terus bangun dari pendudukkannya. Rokok yang belum habis dihisap dibuang ke tepi. Matanya tiba tiba merah menyala. Dia memandang tepat ke arah Putera Ekhsano. Putera Ekhsano menjadi gentar dan takut. Izwan Aang menggenggam erat jari jemarinya. Urat urat tangan habis keluar. Kemudian, Izwan Aang menggerak gerakkan pula otot dadanya yang biasa dibuat oleh pelakon pelakon berbadan sasa di dalam TV. Dia melakukan pergerakkan sedemikian sebanyak 18 kali.

"Woi! Cerita apa kau tengok tu?"

Mak Piah yang baru datang dari dapur tiba tiba menjerit.

"Cerita The Last Airbender la mak. Mak ni buat Ekhsan terkejut la."

Ekhsan yang terkejut akibat jeritan ibunya terus duduk bersimpuh.

"Airbender ke Iceblended ke, mak tengok dah macam cerita porno je. Tayang dadalah, tayang perutlah. Teruk betul taste kau ni Ekhsan oi!"

Mak Piah membebel dan ditambah pula dengan suaranya yang begitu high desibel mampu membuat sesiapa yang mendengar bernanah telinga.

"Ala, Ekhsan memang suka cerita ni la mak. Hero dia badan tough tau. Mak suka uuuu...auwww!"

"Ya Allah, dah jadi sotong rupanya anak aku ni!"

Ujar Mak Piah sambil badannya terus rebah menyembah bumi,

p/s: Harap maaf, ending yang sedikit caca marba atau kata kasarnya macam gampang.

Thursday, August 12, 2010

Selingan Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Oleh kerana sibuk tulis cerpen untuk cerita Pembengkok Angin Terakhir, gua sampai lupa nak wish pembaca pembaca gua. Gua harap u ols semua tak kecik hati ok. Dengan kesempatan ini, gua ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Ingat, pintu neraka dah ditutup, pintu syurga terbuka luas. Jadi, henti hentikanlah buat dosa tu. Tapi, kalau rasa nak kena pijak bibir tu, cubalah buat ye. Ok, gua nak sambung mengarang balik cerita Pembengkok Angin Terakhir ni. Apa apahal, enjoy gua picture ok! (Macam haram bila main tulis campur campur bahasa ni!).


Wednesday, August 11, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 4

"Ya, sekian lama aku mencari kau, aku tau kau akan muncul kembali!"

Jerit Putera Ekhsano Zukono sambil mengusap perutnya yang membuncit.

"Err... gua kenal lu ke? Gua tak pernah la nampak muka lu."

Izwan Aang atau The Ava-G menjawab tenang. Di tangan pula memegang rokok Pak Mail, buatan Kaum Air.

"Kenal atau tidak, itu bukan perkara utama. Tetapi, dengan menangkap kau, maruah aku mampu dikembalikan dan aku akan ditabalkan menjadi Raja Kaum Api menggantikan bapaku!"

Putera Ekhsano menggenggam erat jari jemarinya berserta kata kata yang penuh semangat.

"Tangkap gua? Haish. Gua malas betul nak kena tangkap tangkap ni. Lu jangan sampai gua lempang lu!"

Izwan Aang meninggikan sedikit suaranya. Asap rokoknya pula dihembus laju laju melalui hidung. Baru nampak garang macam naga.

"Celaka! Siap sedialah kau, kau milikku!!!"

Seraya itu, Putera Ekhsano memulakan gerakan serangannya. Tangannya dipusing pusingkan sambil badannya turut berpusing. Matanya tidak lepas memandang Izwan Aang. Izwan Aang pula kelihatan tenang sekali. Dia bersandar di dinding sambil menghabiskan rokoknya. Sungguh charming sekali gayanya.

"Kau berlagak ya? Rasakan ini!"

Putera Ekhsano mengeluarkan bebola api dan disasarkan kepada Izwan Aang. Namun, tiada sedikit pun rasa cemas kelihatan pada wajah Izwan Aang. Izwan Aang membuang rokoknya ke tepi dan memasang kekuda untuk menyambut serangan Putera Ekhsano yang buncit sampai terkeluar keluar perut dari bajunya. Izwan Aang semakin bersahaja apabila bebola api itu semakin menghampiri mukanya.

"Wooppss! Puh!"

Bebola api yang membara itu terpadam sebaik sahaja menyentuh muka Izwan Aang atau The Ava-G. Putera Ekhsano yang melihat merasa begitu terkejut. Jantungnya kini berdegup kencang, hati tidak tenang, peluh dingin mula membasahi dahi. Izwan Aang masih lagi berdiri tegap seperti tiada apa apa. Tetapi, bajunya habis terbakar dan ini telah menampakkan perutnya yang eight packs!

"Woi! Baju gua beli mahal ni lu tau tak? Lu nak kira macam mana ni? Dah la nampak pusat dah ni, habis tak tertutup aurat gua ni. Lu memang dah bikin gua panas ni!!!"

Izwan Aang mula membuka kekuda untuk menyerang. Otot ototnya bergerak seiring dengan gerakkan tangan dan pinggannya. Putera Ekhsano menggeletar, habis menggigil gigil spare tyre nya.

Tuesday, August 10, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 3

"Abang ni tau memburu ke tak ni? Dari tadi satu ekor pun tak dapat lagi. Orang dah lapar ni!" Eina Wakka merungut kepada abangnya.

Hampir 3 jam berburu, tiada seekor pun haiwan buruan yang kelihatan. Badan sudah berpeluh peluh. Banyak, habis basah baju mereka berdua. Mentari yang terik, menyebabkan emosi mereka berdua mudah terganggu. Decadido Pokka, abang kepada Eina Wakka memandang garang kepada adiknya apabila mendengar rungutan adiknya itu.

"Kau diam boleh tak? Jangan sampai aku rodok dengan lembing ni! Kau tau tak berburu ni perlukan konsentrasi? Jadi jangan kacau konsentrasi aku!" Marah Decadido kepada adiknya sambil lembingnya dihunus tepat ke perut Eina Wakka.

Eina diam seribu bahasa. Takut. Menggeletar dia sebentar melihat keseriusan abangnya. Lalu, dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak mahu dia melihat wajah abangnya seperti singa laut geram mahu mengawan itu. Pada ketika itu jugalah dia menyedari terdapat satu bebola ais bersaiz gergasi. Eina Wakka yang memiliki sifat ingin tahu yang cukup tinggi terus berlari menuju ke arah bebola ais gergasi itu. Apabila rapat, dia meneliti setiap genap bebola tersebut. Dia melihat, seperti ada lembaga di dalam. Eina menjerit memanggil abangnya.

"Abang! Abang! Mari sini. Eina jumpa sesuatu la."

"Apa dia? Beruang kutub ke? Ok gak tu nak buat masak lemak nanti." Decadido membalas gelojoh.

"Bukanlah. Ni, Eina jumpa bebola aislah bang," kata Eina sambil memegang megang bola tersebut.

"Wow! Besar betul! Makan ais kepal la kita hari ini. Sirap kat rumah pun banyak lagi," ujar Decadido dengan lidah terjelir tanda berselera.

"Asyik makan je abang ni, cuba tengok apa... Opocot mak kau bang wakka eh, naminam eh eh, welkam to aprika!"

Bebola ais gergasi itu tiba tiba meletup. Cahaya letupan memancar menegak ke udara. Decadido dan Eina Wakka tercampak ke belakang. Jauh. Asap asap letupan memenuhi kawasan bebola ais itu tadi. Dalam kepayahan membuka mata, Eina dapat melihat sesosok lembaga berdiri tegak memegang sebatang kayu.

Lembaga itu melangkah menuju ke arah Eina Wakka dan Decadido Pokka. Muncul rasa takut dalam diri adik beradik itu. Apabila semakin dekat, mereka dapat melihat wajah sebenar lembaga itu. Kacak. Berlesung pipit. Gayanya pula kelihatan tenang sekali. Rambutnya yang pacak pula membantu menonjolkan lagi penampilan dirinya.

Apabila dekat, lembaga itu merapati Decadido dan berkata.

"Bro, lighter ada tak? Sejuklah gua duduk lama lama dalam ais. Mujur rokok gua tak basah. Kalau tak, jenuh juga nak cari kedai rokok kat tengah kutub utara ni."

Decadido tergamam. Diam seribu bahasa. Kelihatan ada air berwarna kuning di bawah seluarnya. Eina pula kembali setedi walaupun terkejut seraya berkata.

"Err... siapa kau?"

Lembaga yang berwajah kacak itu memandang Eina dan lantas tersenyum lalu membalas.

"Nama aku Izwan Aang. Akulah, The Ava-G."

Eina ternganga. Decadido melelehkan air liur.

Monday, August 9, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 2

Penggunaan keempat empat unsur iaitu angin, air, tanah dan api ini dahulunya boleh dikuasai oleh satu 'semangat' yang di panggil sebagai The Ava-G. 'Semangat' The Ava-G ini dilahirkan di dalam bentuk manusia secara berulang ulang kali. Maknanya, jika watak manusia pertamanya meninggal dunia, maka 'semangat' The Ava-G akan dilahirkan semula dalam watak manusia yang lain.

Kehadiran The Ava-G di dunia telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia. Tiada langsung sebarang malapetaka atau kecelakaan yang berlaku. Kehebatan The Ava-G menyeimbangkan keempat empat unsur angin, air, tanah dan api betul betul membantu kehidupan umat manusia.

Tetapi, entah bagaimana, individu yang dikatakan memiliki 'semangat' The Ava-G telah menghilangkan diri tanpa sebab. Kehilangannya juga tidak disusuli dengan sebarang khabar berita. Pada waktu ini, Kaum Api mengambil kesempatan untuk menguasai dunia. Ketamakkan dan kekuasaan menguasai diri Kaum Api untuk menjajah hampir seluruh pelusuk dunia.

Setelah hampir 100 tahun, masih tiada lagi berita tentang 'semangat' The Ava-G. Dalam masa 100 tahun jugalah Kaum Api telah memainkan peranan dalam memporak perandakan dunia. Hampir semua jajahan yang dikuasai oleh Kaum Angin, Air dan Tanah telah dirampas dan ketiga tiga kaum ini dihalang dan dilarang untuk memanipulasikan kuasa berdasarkan unsur unsur milik mereka.

Walaubagaimanapun, datang kebimbangan melanda Raja Kaum Api. Terdapat ura ura mengatakan bahawa, 'semangat' The Ava-G telah muncul kembali. Raja Kaum Api tahu bahawa kemunculan semula The Ava-G akan merosakkan rancangannya jahatnya yang masih belum sempurna. Maka, Raja Kaum Api, atau namanya Raja Anta Ozai, mengerahkan bala tenteranya untuk mencari siapakah yang memiliki 'semangat' The Ava-G dan dia juga turut memerintahkan anaknya yang dalam buangan kerana mengingkari arahannya untuk mencari pemilik 'semangat' The Ava-G.

"Argh! Aku akan pastikan yang aku akan jumpa The Ava-G. Demi maruahku, aku perlu berusaha keras. Sebelum itu, aku mahu makan dulu!"

Jerit Putera Ekhsano Zukono yakni anak Raja Kaum Api sambil mengusap perutnya yang membuncit.

"Sedap sungguh KFC hot and spicy ini." Ujar Putera Ekhsano sambil menangis tanda kesedapan.

Friday, August 6, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 1

Dunia ini tidak akan lengkap tanpa elemen-elemen ini.

Angin.

Air.

Tanah.

Api.

Kesemua elemen ini memainkan peranan penting dalam menjadikan bumi sebuah kitaran yang sempurna. Kekurangan daripada satu unsur-unsur ini ataupun terdapat unsur-unsur yang melebihi kuasanya, maka, akan berlaku kecelaruan yang mungkin tidak dapat dijangkakan oleh sesiapa jua.

"Mereka semakin melampau! Tiap hari, ada sahaja insan yang mereka mahu jahanamkan!"

Eina Wakka. Waris tunggal Pembengkok Air dalam Wilayah Selatan Kuasa Air. Kematian ibunya ditangan Puak Unsur Api menyebab dia menjadi seorang pendendam. Dendam kesumat membara yang mungkin tak dapat dipadam.

"Oleh itu, akan aku cuba mahirkan diri dalam ilmu-ilmu pembengkokan air ini! Ayuh mulakan!" Jerit Eina Wakka bersemangat.

Eina Wakka menggerakkan tangannya dengan penuh lemah-gemalai ibarat seorang penari menari untuk hiburan si raja. Matanya pula begitu ligat melihat gerakkan tangannya agar tidak tersilap langkah. Mulutnya pula terkumat kamit membaca segala jampi serapah untuk membengkokkan air. Dia berharap agar kali ini, kemahirannya akan menjadi.

Kelihatan air-air sudah naik ke udara. Eina Wakka tersenyum lebar. Nampak gaya, dia akan berjaya kali ini.

"Woi adik! Apa kau buat lama sangat dalam bilik tu! Abang ni mandi ni weh!"

Eina Wakka tersentak dari lamunannya. Habis tunggang langgang semua jampi serapahnya. Tangannya pun sudah berhenti membuat gerakkan yang lemah gemalai, habis kelam kabut macam lipas kudung. Cepat cepat dia mencapai gayung dan mula membasahi dirinya agar tidak terus dimarahi abangnya.

"Celaka sungguh," bisik hati kecil Eina Wakka.

Wednesday, August 4, 2010

Peperiksaan

Ingat, bila dah kerja tak payah nak jawab jawab periksa dah. Sejak dari zaman UPSR sampai ke universiti asyik mengadap periksa saja. Macam kat U, tiap tiap semester dalam hati mesti sudah pasang azam nak setadi awal. Muka waktu pasang azam waktu tu, memang gila babi yakin gua cakap sama lu. Para pengundi kalau tengok boleh terus rasa nak undi jadi Perdana Menteri. Tapi, akhirnya, last minit juga setadi. Lepas tu, asyik minta nota budak perempuan saja. Yelah, budak budak lelaki mana ada rajin sangat nak salin nota dalam kuliah brader. Dalam kuliah, banyak masa dipenuhi dengan tidur atau bersembang tentang gadis gadis hot yang duduk di barisan hadapan. Tapi yang penting, buku rujukan wajib beli. Baru rasa brader brader bila bawa bersama semasa menuju ke kelas.

Sekarang gua tengah menghadapi peperiksaan akhir semester 2. Ni periksa untuk menjamin masa depan gua. Jadi, periksa ni bagi gua memang lagi penting banding peperiksaan lain. Kalau kantoi, alamatnya, gua akan hantar resume terbaru kepada Jobstreet la jawabnya. Bila cek email, nanti ada la nama si Siva tu. Gua pun taktau siapa Siva tu, tapi selalu juga nama dia muncul. Sampai naik rare gua dibuatnya. Orait. Gua berhenti takat ni dulu. Banyak benda nak baca lagi ni. Apa apa hal pun, kita tuju jamban dulu. Hati tak tenang kalau tak membuang dulu. Mana setedi baca nota muka tahan mengemut! Tak crook!