Wednesday, August 18, 2010

Ek-spender-able: Muvi Aksi

"Kau takkan pergi seorang diri, aku akan ikut kau. Kita sudah lama berkawan."

Lee Ekhsan menyuarakan pendapatnya apabila melihat kawannya mahu membuat perkara berani mati.

"Tapi ini urusan aku sendiri dan kita tidak bergerak sebagai satu pasukan. Aku tak mahu membebankan pasukan kita bro!"

Izwan Ross yang merupakan teraju utama pasukan Ekspenderable cuba menghalang niat baik Lee Ekhsan itu.

"Ini faking shit bro! Aku taknak kau mati macam tu saja. Kau pun tau risiko masuk ke tempat macam tu begitu tinggi. Selagi kita berkawan, selagi itu akan jaga belakang kau bro!"

Izwan Ross memandang kawannya dengan penuh rasa syahdu. Inilah kali pertama dia memiliki sahabat sejati. Kawan kawannya yang sebelum ini semuanya hipokrit. Di depan saja baik, tetapi belakang, mengutuk bukan main.

"Aku pun nak follow juga. Tapi aku nak duit lebih, untuk family aku."

Satu suara tiba tiba masuk menyampuk.

"Faking shit bro! Kau mana ada family Anta! Nak tipu pun agak agak la. Tak puasa ke?"

Lee Ekhsan begitu berang dengan tindakan Anta Ying Yang yang tak habis habis mahu menipu, walaupun dalam bulan puasa. Walhal, duitnya habis semua ke DVD porno.

"Dem!"

Ujar Anta geram.

"Jadi, bila kita boleh mula bergerak ni bro?"

Lee Ekhsan memulakan semula perbualan yang termati sebentar tadi.

"Lepas buka puasa la weh. Aku pun dah beli juadah nak berbuka ni. Nak lawan nanti, biar ada tenaga, nanti pitam lak. Meh cepat tolong aku hidang ni."

Izwan Ross memberi arahan kepada Lee Ekhsan dan Anta Ying Yang untuk membantunya menghidangkan juadah berbuka puasa. Selaku pemimpin, Izwan Ross perlu mengambil berat tentang kebajikan anak buahnya.

"Allahuakbar, Allahuakbar."

"Allahummalakasumna..."

Izwan Ross membaca doa sambil dua sahabatnya menadah tangan tanda berbuka puasa.

"Jangan lupa buka channel Astro Oasis weh. Ada rancangan Geng Surau nanti!"

Ujar Anta Ying Yang sambil mulut penuh mengunyah nasi beriani.

1 comment: