Wednesday, October 27, 2010

Ehhh...ooo...zaaa...

Hari ke hari, kehidupan gua makin sibuk. Kerja datang tak henti-henti. Susah gua jadinya. Tapi, kalau tak ada kerja, susah juga kan? Mana nak dapat duit, nak bayar bil lagi, makan minum lagi, hiburan-hiburan semasa lagi, semua kena duit tu. Tengah-tengah sibuk kerja, sempat juga gua usha-usha forum kegemaran gua ni, Ehoza.com. Peh, makin kencang gua tengok, macam-macam cerita ada di dalam tu. Cerita x-files la, cerita isu semasa la, cerita bisnes la, cerita perempuan pakai baju seksi la, cerita gajet-gajet terkini la, cerita Ayop dapat lens baru hadiah dari buah hati pun ada dan macam-macam lagi la. Jadi rambang mata gua nak plih mana satu nak baca. Tapi, ada satu thread saja yang buat gua tertarik nak baca. Thread pasal Ehoza buat pertandingan untuk blogger.


Jadi, bila baca thread tu, mana bisa gua nak lepaskan peluang tu. Di samping itu, kawan gua yang bergelar King Of Perut cawangan Selatan pun dah sound-sound gua suruh join pertandingan ni. Tu kalau fikir dekat memang gua lempang dah King tu, main sound saja, bukan nak fikir perasaan gua ni, jadi kecil hati ke, jadi terkilan ke, jadi terasa ke. Tapi kawan-kawan punya pasal, gua diamkan saja. Perasaan ni bukan boleh dilayan sangat, membawa ke sawan babi pula nanti.


Ok, sekarang gua nak cerita sikit macam mana gua boleh join Ehoza.com ni. Macam mana boleh dapat nama Ehoza ni? Siot, persoalan ni tak patut langsung timbul pada gua, sebab bukan gua yang bikin forum ni. Ingat gua tau sangat ke pasal hal-hal nak buat web ni? Microsoft Paint pun tak hassler lagi, main solitaire pun tak berapa padu sangat. Tapi yang gua tau, menurut pengasas forum ni iaitu Apect, nama ni diambil sempena nama syarikat famili dia kot. Asal nama Hoza saja, tapi Apect tambah E kat depan supaya ada bunyi-bunyi macam elektronik sikit. Hasilnya, jadilah Ehoza. Masa tu Apect memang jadi hepi sangat sampai seminggu menyeringai!


Dan gua pula, macam mana gua boleh terlibat dengan forum ni. Orait, ikhlas gua cakap, sepanjang internet wujud, gua tak pernah terfikir nak search nama Ehoza ni. Tapi memang bengap la gua kalau nak search benda ni masa awal-awal kewujudan internet, sunat pun belum lagi, inikan pula nak search-search benda ni dalam internet. Gua join benda ni bila tengok seorang user Ehoza.com sibuk melayari forum ni kat dalam opis beliau. Khusyuk tak ingat brader! Gua panggil nama pun jadi tak dengar. Sengih saja lebih. Bila datang tengok kat meja, tengok-tengok tengah melayan Ehoza.com. Gua tarik kerusi, terus duduk sebelah beliau dan menongkat dagu menonton apa yang beliau buat. Beliau turut menunjukkan kepada gua thread-thread yang menarik untuk dibaca dan ada juga thread-thread yang kalau tengok boleh membawa kepada berdosa. Masa beliau tunjuk part-part yang berdosa tu, gua terus azan kat telinga dia, terus insaf. Namun begitu, atas pengaruh beliau, lalu gua mendaftarkan diri sebagai salah seorang user Ehoza.com. Masa tu memang rasa seronok sangat, macam first time akil baligh.


Bila join Ehoza ni, masa terluang gua jadi begitu berfaedah. Mana taknya, macam-macam cerita lu boleh jumpa dalam forum ni. Boleh dikatakan, apa yang lu orang tak tau, terus boleh jadi tau kalau masuk forum ni. Malah, lu orang juga boleh download macam-macam benda dalam Ehoza.com ni. Nak lagu? Download saja di sini. Nak cerita-cerita filem atau drama? Pun boleh download kat sini. Lu orang kaki game? Ha,download saja di sini brader. Porno pula bagaimana? Haram jadah! Buat dosa jangan ajak gua! Bila masa terluang jadi berfaedah, maka risiko-risiko nak terjebak dengan benda-benda memudaratkan seperti menghisap dadah dan buang bayi dapat gua elakkan.


Dalam Ehoza.com ni, gua juga dapat kenal dengan ramai orang. Masa tu gua kenal nama saja. Muka-muka gua tak boleh kenal. Yelah, semua letak gambar muka yang tak serupa langsung dengan muka sendiri. Yang muka sebenar tak hensem jadi hensem, yang tak lawa jadi lawa, yang hodoh jadi hodoh juga pun ada woi. Gua bagi contoh la, macam Apect, dia letak gambar lelaki pakai tudung oren lepas tu ada misai dan berwajah garang. Terus bantai gelak gua depan komputer. Dan gua juga terus menganggap wajah Apect memang berwajah sedemikian. Walaubagaimanapun, tanpa mengenali muka, perangai sebenar ahli-ahli Ehoza ni lu semua boleh tau walaupun secara maya saja mengenali mereka. Mana yang pelawak, lu boleh tau dia pelawak, mana yang jenis serius, lu boleh tau dia serius, mana yang jenis emo tak tentu pasal pun lu boleh jumpa dalam ni. Pendek kata, dalam Ehoza ni, macam-macam jenis perangai lu boleh kenal.


Namun begitu, di atas usaha dan keringat para admin Ehoza.com untuk mengelakkan ahli-ahli semua daripada terus saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain secara realiti, mereka telah mengadakan Ehoza Mini Gathering yang bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Gua terus jadi teruna... maaf... teruja! Masa tu gua tengah sibuk berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam industri perikanan. Semangat nak datang gathering tu mencanak-canak naik. Badan bau ikan pun tak kisah la, janji gua boleh datang.


Masa tu, seronok dia memang lain macam bila jumpa budak-budak Ehoza.com ni secara realiti. Wajah sebenar Apect pun gua dapat tengok. Tapi tak ada pula Apect pakai tudung oren. Kemudian, baru gua sedar gua tertipu selama ini. Terus rasa nak terjun Berjaya Times Square tu. Mujur gua sempat beristighfar dan kembali ke jalan benar lalu terus bersalaman dengan Apect dan menguntum senyuman manis. Apect pun senyum. Lalu kami berpelukkan. Haiisshh! Macam Brokeback Mountain pulak! Ok, kembali ke cerita sebenar. Bila masuk dalam Chicken Hartz, gua dapatlah tengok wajah-wajah sebenar ahli-ahli Ehoza.com ni. Masa tu juga gua kenal wajah sebenar Ayam, Lopaque, Asta, Race, Spark, Tsunamizu, Oweizmeiz, Kimmy dan ramai lagi.


Gua ingat perjumpaan ahli-ahli Ehoza.com akan tamat sampai takat tu saja, tapi sangkaan gua memang meleset. Apect dan semua admin nampaknya memang bersungguh-sungguh dalam hal nak mengeratkan silaturrahim ahli-ahli Ehoza.com ni. Kadang-kadang, bila terkenang perkara berkaitan silaturrahim ni buat gua rasa macam berkawan dengan orang-orang surau saja. Tapi, benda-benda baik macam ni tak elok disalah sangka, boleh dapat penendang pula nanti. Ingat tak sakit kena tendang woi?


Pada bulan Ogos 2008 (gua tak ingat tarikh secara tepat) telah berlangsung satu program mega yang membabitkan Ehoza.com dan semua ahli. Program ini dinamakan sebagai Family Day Ehoza 2008 (FDE 2008). Tak silap gua masa tu ada dalam 40 lebih jugalah ahli-ahli yang datang. Mana yang bujang datang dengan bujang lain, yang dah kahwin bawa bini, yang dah berkeluarga bawa anak bini. Pada masa ini juga, inilah kali pertama gua berjumpa dengan King Of Perut cawangan selatan. King ni memang besar gua cakap. Tangan besar macam pendayung. Gerun juga gua bila bersalam dengan dia. Masa dalam forum, gua syak dia ni saiz sederhana saja, tapi bila jumpa, dem! Macam anak king kong juga gua lihat. Dah la satu bilik dengan gua, tak semena-mena macam-macam perkara ngeri bermain-main dalam fikiran gua.


Sepanjang FDE 2008, macam-macam aktiviti telah berlangsung. Ada acara sukaneka, ada acara mandi manda, ada acara cabutan bertuah dan acara paling wajib ialah acara makan-makan. Jadi mana ada acara sukan, gua sukan sungguh-sungguh. Mana yang perlu gua beraneka, gua beraneka. Mana yang perlu gua mandi, gua mandi. Mana yang perlu gua makan sampai kenyang, gua makan. Tapi ada satu benda yang buat FDE 2008 memang betul-betul melekat dalam ingatan gua. Di mana, pada satu malam selepas habis program FDE tu, ada lebih kurang 15 orang ahli Ehoza.com telah keluar dari tempat penginapan untuk mencari tempat lepak-lepak dan minum-minum. Walaupun minuman telah disediakan oleh pihak Ehoza, tapi semangat nak minum di kedai mamak tu memang tinggi. Mungkin inilah yang dipanggil semangat setiakawan yang tinggi. Namun, rancangan kami menjadi tergendala akibat telah berlaku pergaduhan ala-ala filem Padayappa lakonan Rajnikanth tu di kedai mamak pilihan melepak kami. Belakang gua saja macha tu hentak macha lain pakai kerusi. Mujur gua sempat elak dari terkena serpihan. King yang badan besar tu terus jadi tak king pun, kelam kabut larikan diri! Teh tarik yang baru sampai pun gua tak sempat minum. Cilakak, macam tak ada tempat lain dah nak gaduh agaknya.


Berkat kejayaan mengadakan Family Day Ehoza 2008, para admin dan semua yang terlibat terus bergiat mengadakan program untuk merapatkan silaturrahim antara semua ahli Ehoza. Gua biasanya terlibat sebagai salah seorang peserta yang cuba memeriahkan keadaan saja. Kira ok la juga tu kan? Kira boleh buat orang lain senang hati la juga. Selepas FDE, wujud pula program Ehoza Goes Nature di mana ahli-ahli Ehoza cuba mendekatkan diri dengan dunia kehijauan. Mujur juga tiada ahli Ehoza yang bawa balik iguana, kalau tidak, sia-sia kena lempang dengan renjer Taman Negara tu. Sambil-sambil ada major event, ia juga turut diselang selikan dengan program-program kecil seperti jamuan berbuka puasa dan jamuan Aidilifitri. Semua ahli-ahli Ehoza nampaknya begitu riang bila program-program ini dijalankan. Masing-masing selalu bershuffle kalau berjumpa akibat keseronokkan yang dirasai.


Orait, kita dah nak sampai ke penghabisan. Gua nak cerita panjang-panjang pun bukan lu orang nak baca sangat pun, entah-entah ada yang baru baca perenggan pertama pun dah start tepuk-tepuk bantal nak tidur. Tapi, lantak la woi! Mana yang larat baca sampai perenggan akhir gua ucap tahniah la. Ingat senang ke nak baca benda panjang-panjang ni? Keseksaan dan kesengsaraan dalam menghadapi UPSR, PMR dan SPM mesti dah buat lu orang serik nak baca panjang-panjang kan? Jadi gua memang apresit lu orang semua kalau mampu baca sampai habis. Kini, Ehoza dah semakin berkembang maju dan pesat membangun seiring dengan peningkatan Malaysia ke arah negara maju. Ahli-ahli pun bertambah ramai. Yang baru disayangi, yang lama dihormati. Tapi gua ada sedikit rasa terkilan jugalah. Apa? Lelaki rock macam gua tak boleh rasa terkilan ke? Eh, tendang nak? Yang kes terkilan ni pasal gua tengok ramai orang-orang lama Ehoza.com ni dah lama mendiamkan diri. Perkara-perkara ni memang menimbulkan syak wasangka kepada gua. Kepada King Of Perut tak tau la gua, entah-entah sibuk makan agaknya. Kenapa agaknya orang-orang lama ni dah kurang jenguk Ehoza ni? Adakah telah berlaku perebutan kuasa dalam Ehoza? Adakah sebab Apect tak pakai tudung oren lagi? Atau, adakah tiada lagi talian internet di tempat tinggal mereka? Namun begitu, perkara-perkara syak macam ni kita bukan boleh fikir sangat, sakit perut nanti. Tapi, bagi gua, mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri mereka tak dapat nak mengaktifkan diri di dalam forum ini lagi. Walaubagaimanapun, gua pasti, otai-otai ni ada juga menjenguk sebarang dua ke dalam forum ni.


Walaupun sudah kekurangan sengat orang-orang lama, kehadiran orang-orang baru sepert Psycophobia, Cyclon, lepas tu yang guna avatar Batman tu yang nama dia gua dah lupa, Zamzuri... err... silap, Zamreda, Cyclon dan ramai lagi telah membantu dalam memeriahkan lagi suasana riang ceria forum Ehoza.com ini. Terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada semua para admin Ehoza, Apect, Ayam dan semua yang terlibat dalam menjayakan forum Ehoza.com ini. Siot, dah macam teks ucapan, orang-orang rock macam gua mana berucap, dem! Oklah, oklah, gua blah dulu la woi. Semoga Ehoza.com terus maju. Apect, kasi baju percuma satu woi, penat tulis ni! Wassalam!

Friday, October 15, 2010

Hugo Di Sogo

Hari ini hari Jumaat. Hari masjid paling penuh didatangi orang. Hari lain, susah juga nak jumpa seramai hari Jumaat. Ha, hari raya ramai, pasal orang nak sembahyang sunat. Hari lain, orang cakap, kirim salam sajalah.

Jam tepat pukul 12.15 tengah hari. Waktu untuk makan tengah hari. Masa tu ada gua, Sukran Mat Jamil dan Copra. Masing masing lapar. Muka pun muka lapar. Tapi Copra saja muka macam Bangla. Kadang kadang jadi konfius juga gua dan Sukran dengan Copra ni. Entah rakyat Malaysia entah tidak.

"Woi Copra, bantal gua ada kat rumah lu kan?"

Gua baru pindah masuk rumah baru. Dulu rumah sewa gua sekali dengan Copra. Atas urusan peribadi gua kena masuk rumah lain. Tapi malang, masuk rumah baru gua bawa tilam saja, bantal boleh lupa. Jenuh juga tidur tanpa bantal. Rasa tak enak sangat.

"Eh, ada ada," balas Copra ringkas. Muka memang Bangla gila.

"Lu letak mana? Entah entah lu dah apa apakan bantal gua," saja gua provok Copra.

"Ada ada. Kat depan aku letak. Aku buat baring baring tengok tv," Copra jawab tanpa ada rasa diprovokasi.

"Siyut! Busuklah bau bantal gua tu!"

"Busuk apa lak, badan aku bau SOGO la weh. Wangi weh."

"SOGO?!" Sukran mencelah.

"Eh silap, bukan SOGO, tapi HUGO," jelas Copra sambil memandang ke langit mengenangkan makwenya yang sedang demam di Melaka.

Cilakak Copra! Memanjang cakap salah saja. Tapi muka maintain konfiden. Dem!

Thursday, October 14, 2010

Bola Membunuh

"Woi! Tengok ni, penyokong Kelantan mati kena pukul penyokong Selangor," ujar Copra sambil ibu jari menunjuk ke gambar penyokong yang sudah terbaring keras atas rumput.

"Yeke kena pukul? Lu jangan main tuduh tuduh benda benda macam ni," sebagai penyokong pasukan Selangor gua perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi di atas tuduhan tidak berasas itu.

"Habis tu, ko tak nampak darah darah tu? Siap ada putih putih lagi. Teruk betullah penyokong Selangor ni," sambung Copra lagi sambil memandang ganas wajah gua.

"Haish! Lu jangan mencabar kesabaran gua, pantang betul gua kalau kena tuduh tuduh macam ni," gua mendada dada bahu Copra. Ini juga sebagai tanda provokasi.

"Siyuuuttt! Ini memang cari gaduh ni, main dada dada pula," Copra membalas dengan menolak bahu gua.

"Habis tu, lu tak puas hati la ni ye?" Gua cuba memulakan rentak yang semakin panas.

"Yelah, dah ko start dulu."

"Ha, apa lagi, jomlah!!!"

***

Pagi itu gua dan Copra sama sama turun ke kafe untuk menjamu selera. Orang tengah lapar memang mudah naik angin. Tapi alhamdulillah, lapar lapar kami tak adalah sampai nak bertumbuk. Isu pasal penyokong Selangor dengan Kelantan yang tengok bola kat Stadium Shah Alam tempoh hari tu boleh dielakkan kalau masing masing mengamalkan perangai macam gua dan Copra. Walaupun berlainan negeri, kami tetap boleh lepak semeja sambil berbalas ejekkan.

Friday, October 8, 2010

Minyak Lintah

Hari ini, lepas makan, lepas rehat, gua terus masuk mengajar. Muka gua, gua kasi maintain gagah. Baru pelajar pelajar terpesona.

"Orait! Kita mulakan kelas dengan Al-Fatihah!" Kelas gua memang akan dimulakan dengan suasana Islamik dahulu. Baru tenang hati nak belajar.

Semua pelajar terus diam, tunduk kepala dan baca Fatihah. Tapi ada juga seorang dua tunduk kepala bukan menghayati Fatihah, tapi sibuk membalas SMS. Dem yu!

"Ok, hari ini kita akan belajar tentang teknik dan kemahiran mencari peluang. Kalau kamu nak tau, dengan meneliti permintaan pasaran, kamu boleh mendapat peluang untuk mendapatkan perniagaan tau. Apa kata kamu bagi contoh barang barang yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran?" Sebagai guru yang efektif, gua menggunakan teknik penyoalan untuk menerapkan sistem pembelajaran dua hala.

Kelas jadi sepi. Sesepi di tepi tanah perkuburan. Nampak gaya pelajar pelajar tidak mahu terlibat dalam proses ini. Mungkin sedikit ketegasan diperlukan.

"Kamonlah, korang kan bijak, takkan tak tahu kot," ujar gua sambil mencebikkan bibir Angelina Jolie gua.

"Minyak lintah cikgu!" Jerit seorang pelajar.

Dem!

Kecil kecil dah gatal. Siyuuuttt!

Wednesday, October 6, 2010

Entri Sebelum Balik Kerja

Makan ketupat palas terus rasa nak memerut! Sangat keewwll doh! Cepatlah masa berlalu, tak tertahan menanggung seksaan ini!

Tuesday, October 5, 2010

Tembakau

Pagi pagi datang kerja, masuk opis, perut rasa tak berapa nak lapar sangat. Gua duduk setedi sambil sandar sandar gaya macam CEO. Mata memandang siling opis, termenung memikirkan rupabentuk siling opis yang macam celaka. Gaya macam nak runtuh saja.

Sedang lepak lepak termenung memandang siling, gua terhidu bau yang kurang menyenangkan. Bau herba, tak best langsung baunya. Pusing pusing belakang, tengok tengok ada opismet tengah buat air ginseng. Siot! Patut berbau tidak enak. Gua terus jadi pening, perut pula jadi lapar tiba tiba. Terus gua ajak Copra turun bawah pergi makan.

Lepas ambil nasi goreng separuh berlauk rendang ayam dan air kapucino, gua dan Copra memilih meja makan belah dalam yang berhawa dingin. Baru rasa macam makan dalam hotel. Dalam tu pun ada televisyen, tengah tayang orang main boling padang. Semua kepala botak botak, tak kacak langsung. Gadis pun kurang.

Sambil sambil makan, gua dengan Copra bersembang sembang tentang isu isu semasa.

"Lu tau tak, rokok dah naik 70 sen weh!" Gua memulakan perbualan dalam sedikit nada menjerit.

"Yeke? Nasib aku tak hisap rokok. Kira rokok dah jadi berapa ringgit sekarang ni?" tanya Copra sambil membetulkan bajunya yang sedikit menampakkan pusatnya.

"Entahlah. Yang gua tau dunhill dah jadi sepuluh hengget doh. Gila babi mahal!" Gua menjerit sekali lagi.

"Kau tau tak, rokok ni kalau naik harga, minyak pun naik jugalah tak lama lagi ni," Copra cuba memberi fakta baru. Teknik twist and turn yang dipelajari dalam bengkel penulisan tempoh hari dipergunakan sebaik mungkin.

"Aik, apa kaitan rokok naik harga dengan minyak naik harga?" sedikit kemusykilan menyelubungi diri gua dengan fakta yang Copra berikan.

"Sebab TEMBAKAI dah naik harga la doh!" Copra menjerit dalam menjelaskan perkara tadi. Semua orang dalam kafe memandang kami.

"TEMBAKAI?" gua bertanya kembali.

"Yelah! Kan orang Perak sebut TEMBAKAU tu TEMBAKAI. Takkan hang tak tau?" ujar Copra sombong seolah olah dia yang paling betul dalam dunia ini.

Copra memang hebat bab bab konfiden tak ingat dunia ni. Setahu gua, orang Perak sebut TEMBAKAU tu TEMBAKO. Siot punya Copra!

p/s: Copra ni orang Kelantan. Harap maklum.

Monday, October 4, 2010

Alaking

"Hahaha! Terima kasih kerana mengeluarkan aku. Oleh kerana itu, aku akan tunaikan hajat kau!"

Seekor jin yang bersaiz gergasi yang baru sahaja keluar dari tin susu yang dibuka Alaking bersuara lantang. Dia kelihatan berasa sungguh lega. Wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Kadang kadang ada juga dia menyengih.

"Betul ke kau boleh tolong aku? Macam tipu je. Muka kau dah la buruk!" Alaking meluahkan rasa tidak percayanya terhadap jin tersebut.

"Gampang, ejek aku. Rasakan ini!"

"Arrgghhh!"

Bzzzttt!

Alaking kini bukan lagi Alaking. Dia telah disumpah menjadi Alamanda dan ramai orang memijak mijak beliau untuk membeli belah di sana. Alamanda terletak di Putrajaya.

Cabai

"Aku baru balik dari kursus ni," Copra memulakan bicara, kawan gua yang merupakan guru sejarah.

"Kursus apa lu pergi tu?" gua melayan acuh tak acuh. Sibuk mengunyah nasi lemak daging cincang. Liat betul.

"Kursus menulis la woi. Tak lama lagi bolehlah aku menulis buku," Copra menjawab sambil berwajah kental.

"Buku apa lu nak tulis?" muka gua masih maintain kunyah daging. Tak hancur hancur.

"Buku Cibai, baru pedas! Hakhakhak!" Copra gelak macam setan, setan bangga.

Daging tak habis kunyah gua sembur ke tepi. "Cibai??!!"

"Eh silap, Cabai la."

Siot punya Copra. Cibai dengan Cabai pun tak boleh bezakan. Cilakak betul! Perangai macam estet!