Friday, September 24, 2010

Dengan Ini...

Dengan ini gua secara rasminya sudah berhenti daripada arena hisap menghisap, sedut menyedut, pam mengepam, pancung memancung, pareng memareng, seteng menyeteng dan apa apa saja perkataan yang mampu disesuaikan dengan rokok. Akibat pemberhentian ini, sepanjang menyambut Syawal yang mulia gua diserang selesema yang tiada henti dan hingus hingus yang sering mahu meleleh keluar. Huish! Leceh gila doh!

Monday, September 13, 2010

Nama Gua Nama Lelaki

Hari hari raya ni ada juga brader brader di luar sana yang cuba salah anggap pada nama gua. Gua harap, konspirasi sebegini rupa tidaklah berpanjangan terkena kepada gua. Demmit!

Thursday, September 9, 2010

Baru Sempat!

Baru hari ini la gua berkesempatan untuk menambah entri blog gua buat sekian kalinya. Penat juga mengemas rumah ni. Dulu masa dekat dekat nak raya baru gua sampai rumah. Tapi kali ini, gua sampai sedikit awal. Jadi adalah sedikit tugasan mengemas rumah yang diberi oleh emak gua. Selain mengemas, gua juga diberi misi untuk membeli 20 biji cili hidup, 5 bungkus tempe, cili api dua ringgit, daun kunyit lima helai, daun limau purut lima puluh sen, tauhu 5 biji dan sebotol thinner (abah gua yang minta ni, mak gua seingat gua tak pernah order barang barang hardware ni).

Jadi, dalam kesempatan yang ada ini, ingin gua memohon ampun dan maaf kepada semua para pembaca sama ada yang membaca secara terang terangan mahupun secara bersembunyi jika gua ada menulis apa apa yang mampu mengusik hati kecil lu orang yang membawa kepada kecik hati. Kadang kadang gua bukan sengaja, yela, bila dah dapat tempo yang sedap untuk menulis, gua ketepikan sedikit perasaan orang. Kehkehkeh. Tapi berbatas jugalah, tak adalah sampai membawa ke tahap hendak membunuh.

Huish. Mak gua panggil lagi lak. Entah apa misi kali ini yang dia nak beri. Oklah, sebelum gua blah, gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Dan kepada King, beragak sikit makan lemang dan ketupat tu, ingat ingat berat badan dan perut lu tu. Tak guna kalau letak gambar yang dah photoshop perut tu dalam pesbuk. Kehkehkeh!

Monday, September 6, 2010

Mohd Ekhsan Othman @ Prodigy @ King Of Perut Ruler Of Perut Tribe

Mula mula rasa malas juga gua nak buat cerita pasal brader ni. Tapi, bila seorang blogger selebriti ni ada tanya gua pasal brader ni, gua rasa beresponsible pula untuk up cerita tentang brader ni. Ok, sebagai permulaan, berat brader ni 100kg. Dem!

Mohd Ekhsan Othman a.k.a Prodigy a.k.a King Of Perut (selepas ini akan disebut sebagai King sahaja) adalah orang yang gua mula kenal dalam satu laman web mengumpul sahabat dan barang barang baik seluruh dunia. Masa mula mula gua tengok dalam laman web tu, brader ni gua anggap macam orang jenis skema skema saja. Ada juga gua syak dia ni jenis ulat buku dan seorang yang nerd. Kadang kadang ada juga gua anggap dia ni suka cari publisiti. Ada satu kes, masa laman web ni buat pilihanraya nak pilih moderator, nama dia yang tak tercalon, boleh pula dia minta nak dicalonkan? Gila tak gilalah publisiti dia ni. Tapi masa tu gua rilek rilek saja, gua tak kisah sangat orang cari publisiti ni, yang penting jangan kacau gua tidur dan makan saja.

Sepanjang sesi pengenalan gua secara maya dengan brader ni, gua dapati dia ni jenis gila kereta. Orang kata tahap gersang sudah. Ada sekali dia buat perumpamaan, "Mendengar deruman lamborghini di langit, Lisa Surihani di katil di campak ke tepi" sebagai tanda kegilaan beliau terhadap motokar. Sepanjang dia bercerita pasal kereta jugalah gua tak pernah involve nak masuk campur bersembang. Gua haram jadah tak tau pasal kereta. Hantar servis dengan pergi cuci bolehlah brader!

Brader ni juga seorang yang gua kategorikan sebagai seorang yang agak romantis. Dia pandai buat ayat ayat manis. Namun, sepanjang kemanisan ayat ayatnya itu, jarang jarang ada gadis gadis tersangkut. Kalau sangkut pun sekejap. Gua suspek ayat manis dia boleh membawa kepada obesiti, tu yang semua lari. Gila apa kalau muka lawa, tapi kena kencing manis, haram tak mantap weh! Sampai sekarang dia masih menagih cinta sama ada di laman web ini atau dalam satu lagi laman sosial ini. Nama pun laman sosial, boleh jadi medium cari makwe bukan? (jangan mengharap sangat kat Lisa Surihani dengan Megan Fox lu tu king).

First time gua jumpa dia secara realiti, gua agak terkejut dengan keadaan fizikal dia. Gila babi tinggi, gila babi besar dan tangan pun haram jadah punya besar macam pendayung! Tapi suara sweet gila. Macam tak kena langsung. Kehkehkeh. Tapi itu anugerah Tuhan, gua malas cerita panjang, nanti ada yang tuduh gua ni mengejek ciptaan Tuhan. Faham fahamlah orang orang internet ni, guna nama anony, lepas tu tuduh bukan bukan. Demmit!

Tapi, apahal dari nama Mohd Ekhsan, boleh dapat nama King Of Perut pula? Ok, ni semua bermula semasa perjumpaan kali ketiga gua dengan dia semasa event Panggilan Pulau Ehoza tahun ini. Sebelum tu gua ada jumpa dia, nampak gaya badan masih setedi, ada iras iras perut Arash Muhammad lagi. Tapi masa jumpa dalam event ni, ya rabbi! Dengan menganggap badannya masih sasa, dia telah menyarung sepasang t-shirt yang agak sendat lalu menonjolkan perutnya yang bulat. Gua terus jadi tak setedi nak minum air soya waktu tu. Terus sedak sedak menahan gelak. Masa tu gua jadi keliru, sama ada nak simpati atau gelak habis habisan. Gua pilih jalan ke dua iaitu gelak habis habisan. Sejak dari itu, gua mendapat ilham untuk memberi title King Of Perut Cawangan Selatan (memegang tampuk pemerintahan negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) kepada beliau.

Walaubagaimanapun, dalam banyak banyak kutukkan yang gua beri, ingin sekali gua nyatakan di sini, King ni seorang insan yang cemerlang. Dia punya kerja, memang gua jamin adalah terbaik. Komited dan memberi komitmen yang tinggi sebanyak 110%. Kalau ada antara lu orang nak bagi dia kerja, gua berani jadi perujuk dia la woi! Tapi bagi kerja elok elok sikitlah. Jangan minta dia jadi atlet lompat tinggi pula. Perut tu berat sangat nak diangkat ke udara woi! Respeklah sikit kelemahan dia ok. Tapi gua tau, dia dalam usaha nak turunkan lemak perut dia. Buat masa ni gua nasihat pada dia gunalah krim pati halia tu. InsyaAllah berkesan.

Oklah, gua rasa cukuplah sampai sini gua cerita pasal King ni. Entah dah berapa kali tersedak sedak si King ni dalam tidur dia. Mesti tak senang nak mimpi makan malam dengan Lisa Surihani. Ok, kepada u ols, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Jangan main mercun dan jangan main main nak jadi santa claus datang beraya pula ye. Wassalam!

Assalamualaikum. Dengan kesempatan yang diberikan, gua mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta ampun dan minta maaf terutama sekali kepada mak abah dan keluarga di Muar serta tidak lupa kepada semua rakyat jelata yang di bawah pemeritahan gua yakni yang berada di selatan tanah air. Gua berharap, semua rakyat jelata akan pulang ke kampung dengan hati hati dan janganlah lupa membayar tol. Kalau penat berhenti, kalau eksiden, siapa nak habiskan lemang dengan ketupat kat rumah tu ye tak? Ok, cukuplah setakat itu. Luv u ols! - King Of Perut Cawangan Selatan

Friday, September 3, 2010

Wah, Bukan Main Lagi Sekarang!

Nampak gaya, king yang sorang ni dah makin eksekutif. Dah makin maju dalam kehidupan (selain perutnya). King ni memang gua tengok gaya dia seorang yang penuh keazaman dan iltizam. Nampak jenis macam boleh berjaya dalam karier yang mahu diceburinya. Tak kisah apa plihannya, gua tau dan yakin dia boleh. Cuma kalau dia nak jadi model tu, bukan tak boleh, tapi kasi ekjas dulu perut, macam beg pasir dah gua tengok. Sejak dah main dot com, dot com ni, hidup macam lebih berwawasan.

Tapi malang...

Setiap hari dok menagih cinta yang tak kesampaian.

Tu la king, lu punya malu tu tak bertempat sangat.

Bajet rare la buat perangai macam tu?!

Kehkehkeh...

Wednesday, September 1, 2010

Puasa Dah Nak Habis

Raya dah nak dekat ni, lu orang dah shopping ke? Mestilah tengah shopping tu, sampai larut malam. Patutlah terawih tadi tinggal 1 saf setengah saja yang ada orang. Moreh pun tak habis. Tapi makin banyak pula orang putus jari.Tanda tanda Ramadhan nak pergi dah ni.

(Entri pendek sekadar untuk mengingatkan Ramadhan dah nak berlalu ni weh!)