Tuesday, June 30, 2009

Penyegan

Zret! Zret! Zret!

Telefon mudah alih gua bergegar sehinggga menggelikan hujung ibu jari gua. Oh, ada pesanan masuklah.

"Wan, jom main bola belakang stesen bas." Pesanan dihantar oleh sahabat gua Sukran.

Gua pun balas, "Malaslah weh. Lagipun aku seganlah."

Zret! Zret! Zret!

"Blahlah segan!" Sukran membalas. Geram.

Ek eleh, nak emosi pula. Dia tak tau ke gua ni memang seorang penyegan...

Monday, June 29, 2009

Badan Yang Solid Untuk Tatapan Si Gadis

"Cif, saya nak pinjam Cif punya buah."

"Hah?"

"Dadulah Cif, dadu."

"Lain kali cakap biar terrrang."

-Sebahagian dialog cerita Ali Baba Bujang Lapok-

Peh. Six pack tu perut Ibrahim Pendek. Layan juga tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok petang petang berbahang macam ni ya.

Gua pun secara automatik terus buat sit up agar dapat memiliki perut six pack seperti Ibrahim Pendek. Gua yakin, kalau gua rajin berusaha, gua pasti dapat memiliki perut yang diidam idamkan. Barulah ramai gadis terpikat. 'Six pack - Lu tunggu!'

"Ingat senang ke nak dapat badan six pack?" - Ibrahim Pendek

Sunday, June 28, 2009

Dia Bernama Anta #3

Untuk mengetahui cerita cerita sebelum ini, sila klik ayat ayat cinta di bawah:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2


Tahun 1998, Bandaraya Madras, India


Melihat persis helang. Tajam dan mengancam. Berfikir seperti pendita. Halus dan berseni. Bernafas bak kucing. Senyap tapi kencang. Misi kali ini perlu berjaya dilaksanakan. Mangsa sudah dikenalpasti, kini tiba masa beraksi.

Ibarat cheetah di celahan rumput yang tinggi, berjalan senyap menghampiri mangsa. Derapan tapak kaki diminimakan bunyinya agar mangsa tidak menyedari kehadirannya. Mangsa betul betul alpa dan leka dengan aktivitinya, pemangsa sudah tersenyum tanda dia akan berjaya kali ini.

Gambaran cara Antanarayan menerkam mangsa

Bak rajawali menjunam turun dari langit menerkam mangsa, Antanarayan dengan pantas meragut beg plastik mak cik berusia lewat 60-an. Dia menyeringai seperti syaitan berjaya menghasut orang. Dia syak dia sudah berjaya. Namun begitu...

Bap!

Satu hayunan beg tangan seberat bola boling saiz 13 tepat mengenai kepala Antanarayan. Dia tersungkur memakan pasir. Kelat lidah jadinya. Kemudian diiringi pula sepakan padu ala ala Roberto Carlos tepat ke perut Antanarayan. Peh! Melencong Antanarayan jadinya. Mak cik itu berjalan menghampiri Antanarayan.

Sambil menarik rambut Antanarayan, mak cik berkata, "Dey! Lu salah pilih orang ini time. Ini juara silambam Madras 10 kali. Tada sapa boleh terlepas kalau buat onar pada auntie!"

"Ahh... maaf auntie. Saya janji tak buat lagi. Saya janji. Ahh..." Kata Antanarayan seperti budak tadika membaca ikrar sambil mengaduh kesakitan.

"Kalau itu macam lu berambus sekarang, berambus!" Jerkah mak cik sambil mencekak pinggang.

Antanarayan bangun dalam keadaan kelam kabut. Walaupun sakit, terpaksa ditahan, takut teruk dibelasah lagi. Dia gagal dalam misi kali ini dan segera pulang ke markasnya. Sesambil itu, sempat juga dia menyelak baju untuk melihat kesan tapak kaki mak cik itu yang melekat di badannya. Saiz 11 agaknya.

"Wow, cool! Tak dapat makanan, dapat tatu kaki pun jadilah." Gumam Antanarayan seraya itu menyanyikan lagu "London Bridge is Falling Down" dalam bahasa Tamil.

***

Beginilah kehidupan Antanarayan sekarang. 5 tahun dulu dia terkenal sebagai pengimpal semi pro di pekan Juhu, tetapi kini tidak lagi. Ini semua gara-gara dia merosakkan permainan micro genius milik bosnya iaitu, Pakutekanandas. Antanarayan pun tidak menyangka pada saat dia memegang kayu ria (joystick) micro genius itu, permainan itu tiba tiba meletup. Si Pakutekanandas pula menyalahkan Antanarayan dengaan mengatakan Antanarayan ada hantar santau pada permainannya kerana iri hati. Pakutekanandas begitu berdendam pada Antanarayan. Sampai sekarang Pakutekanandas memburunya. Jadi dia terpaksa hidup dalam persembunyian.

Sembunyi, sembunyi juga. Tapi untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja sebagai peragut jalanan. Satu kegiatan yang tidak halal dan berdosa! Tapi bagi Antanarayan, itu sahaja caranya untuk dia mencari sesuap nasi bagi mengisi perutnya. Dia kini dikenali di Madras dengan nama 'Anta Budak Jalanan Semi Pro'. Walaubagaimanapun, Antanarayan tidak bergerak solo. Dia memiliki seorang lagi konco. Mereka boleh diibaratkan seperti Batman dan Robin.

"Bos! Hari ini kita makan mewahlah. Ha! Ha! Ha!"...

Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila klik pada kucing yang comel di bawah ini:
Dia Bernama Anta #4


Friday, June 26, 2009

Keadaan Yang Janggal.

Hari ini gua tak tahu kenapa gua rasa pelik sangat. Serius gua tak pernah berasa sebegini pelik. Masa gua gali busut dulu dan jumpa permaisuri anai anai pun gua tak ada rasa pelik macam ni. Gua seksa lipas guna ubat nyamuk dengan lilin masa gua kanak kanak kudus pun tak pernah gua berdepan dengan situasi macam ini. Gua cuba juga buat solat istikharah, cuba sajalah, tapi tak buat pun lagi. Kira tak ada hasillah. Pagi tadi gua bangun, tak semena semena tangan gua terangkat menuding ke udara dan gua jerit "Auww!". Gua masuk bilik air nak mandi pun, tangan gua terangkat dan gua jerit "Auww!". Gua dah mula rasa pelik. Kawan serumah gua si Ajahari tu pun dah syak semacam pada gua.

"Wan, hang ok tak?" tanya Ajahari gelisah.

"Aku ok je bro." Balas gua sambil buat muka selamba.

Apa saja yang gua buat hari ini semua akan bermula dengan angkat tangan dan dituruti dengan jeritan "Auww!". Pendek kata, proses angkat tangan-auww-angkat tangan-auww-angkat tangan-auww akan sentiasa berlaku pada diri gua ni. Masa tu gua dan rancang rancang nak jumpa bomoh vodoo. Mana tau ada yang memiliki patung vodoo gua ke. Tu yang mereka mereka boleh menganiayai diri gua sebegini rupa.

Tapi petang tadi baru gua dapat jawapannya. Rupa rupanya ikon pop dunia atau Raja Pop dunia ataupun Pak Cik gua iaitu Micheal Jackson telah pun meninggal dunia. Heh. Patutlah gua jadi macam tu. Dah kena kenan agaknya. Ataupun, mungkin gua telah ditakdirkan untuk menjadi pengganti mendiang Raja Pop itu. Jadi macam mana, lu orang rasa gua ada kredibiliti tak nak jadi macam Micheal Jackson?Angkat tangan dan Auww! Tapi gua tak adalah nak bedah bedah kulit kasi putih ya. Gua pun dah cukup cerah ni.

Dulu masa kecil, gua panggil dia ni Pak Cik Ma. Dia yang suruh. Nak kasi nampak kemelayuan katanya. Gua la yang ajar moonwalk kat dia.

Thursday, June 25, 2009

Dia Bernama Anta #2

Untuk mengetahui awalan cerita ini, sila klik binatang dibawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1

"Woi! Apahal yang kau tersengih sengih depan pintu tu?" tanya Pakutekanandas garang.

"Cait! Aku berkhayal rupanya tadi. Dah macam real saja. Mesti seronok kalau aku dapat tumbuk si Paku ni betul betul." Barulah Antanarayan tersedar yang dia cuma berkhayal tadi. Mana mungkin dia dapat berbuat sebegitu. Kalau nak dibezakan saiz badan Antanarayan dan Pakutekanandas, memang jauh panggang dari api. Apatah lagi dari segi perbezaan umur mereka.

Antanarayan memberanikan diri menghampiri Pakutekanandas. "Boleh saya duduk bos?" Antanarayan meminta izin dari bosnya. Tak mahu pula dia dicop kurang ajar. Silap haribulan, mau melekat selipar cap Madras The Best di mukanya. "Hah! Duduklah. Kau ni apahal datang awal awal ni? Hari gaji pun belum lagi. Kecik kecik dah berani nak buat pasal."

"Eh, eh... Aku tak cakap apa apa lagi lah samdol! Main serkap jarang saja!" Bentak Antanarayan, tetapi di dalam hati saja. Antanarayan bersuara, "Macam ni bos. Saya ni walaupun masih berumur 9 tahun, tapi status kerja saya dah berada di tahap semi-pro. Malahan, kerja yang saya buat memang lebih baik berbanding pekerja pekerja yang lebih tua dari saya. Cuba tengok Pak Cik Decaderasamy tu, konon pekerja paling berpengalaman, tapi kadang kadang sampai terkimpal tangan sendiri. Tak ke macam bangang kerja macam itu?" Terang Antanarayan berserta bukti yang paling kukuh.

Pang!

Melekat satu tamparan berbisa di pipi Antanarayan. Kelihatan ada kesan lecur di pipinya. Cepat cepat dia menyapu ubat gigi yang sentiasa dibawanya bersama agar kesan lecur itu pulih segera.

"Kau cakap baik baik sikit! Itu bapak aku tu! Biadap punya budak!" Jerkah Pakutekanandas kepada Antanarayan. Pada saat itu, baru Antanarayan terperasan nama penuh Pakutekanandas iaitu, Pakutekanandas s/o Decaderasamy. "Dem! Baru aku ingat itu bapak dia. Peh! Pantas juga tangan si Paku ni." Bisik hati kecil Antanarayan sambil mengusap pipinya yang kepedihan itu.

"Kau terus terang saja kau nak apa, jangan buang masa aku. Aku banyak benda lagi nak buat," kata Pakutekanandas sambil jari jemarinya sibuk menekan punat kayu ria (joystick) permainaan konsol Micro Genius yang baru dibelinya semalam. Kelihatan dia sedang sibuk bermain permainan Contra. Sekali sekala Antanarayan buat buat sibuk menjenguk apa yang sedang dilakukan oleh Pekutekanandas.

"Ha bos, ambil benda tu. Itu kalau bos ambil, tembakan bos akan jadi lebih hebatlah. Mesti cepat matilah geng geng jahat tu," Ujar Antanarayan kepada bosnya.

"La, yeke? Aku selalu tak ambil pun. Ingat racun tu tadi. Eh, kau pernah main ke Antanarayan?" tanya Pakutekanandas dengan nada yang lembut. Pelik sebentar Antanarayan. Baru tadi tingkah laku bosnya garang macam singa laut berebut kawasan, kali ini jadi lemah lembut semacam saja. Antanarayan dah mula syak Pakutekanandas ni makhluk dua alam.

"Ish, mana pernah bos. Saya ni bukan ada duit nak beli. Dah la anak yatim piatu, miskin pula tu. Mana mampu nak beli permainan mahal macam ni. Bos lain la, hensem, kacak, bergaya, malah, kaya pula tu. Permainan sebegini rupa, celah celah gigi saja bos boleh beli," kata Antanarayan sambil membodek bosnya dengan harapan Pakutekanandas akan mengajaknya bermain permainan itu. Memang sudah lama dia mengidam untuk mencuba permainan micro genius itu.

Cerita ini akan bersambung jika lu klik pokok bunga bawah ni:
Dia Bernama Anta #3

Wednesday, June 24, 2009

Rap Tu Rap Juga, Tapi Solat Jangan Lupa Bro

Tengah gua mencari sesuatu yang enak enak dalam youtube, gua tiba tiba terjumpa balik video klip lagu yang gua memang minat gila. Gua memang pasti, minat gua ni tak adalah membawa kepada kecenderungan gua menjadi gila, tapi lagu ini memang tersenarai dalam senarai lagu yang diminati gua. Masa tu gua darjah 4. Gua dapat kaset kumpulan ni pun dari kawan gua yang tinggal di Taman Megah Kajang sana. Gua ambil dan sampai sekarang gua tak pulang pulang lagi. Hari tu gua jumpa sahabat gua tu, tak ada pula dia ungkit pasal ni. Gua syak dia dah halalkan perbuatan berdosa gua tu lah. Dah kurang dosa sikit. Mak gua selalu bising bising pasal lagu yang gua dengar ni. Katanya macam lagu tamil. Tapi tak apa, gua tak salahkan mak gua. Lagipun mak gua bukan hidup zaman rap tengah mencanak canak naik. Mak gua lebih meminati lagu lagu daripada Frank Sinatra, Stevie Wonder, Tina Turner dan juga Salleh Yaccob. Masa zaman rap tengah hit ni, banyak kali juga gua berdepan dengan kemalangan akibat menari rap tak bertempat dan tak tentu pasal. Ada sekali masa nak makan, gua bantai menari rap tiba tiba, dan tiba tiba juga gua dapat sebatan hanger dari bapa gua. Entah akta mana bapa gua ikut pun gua tak tau. Yang gua tau, gua dituduh tak menghormati rezeki. Berbirat tu! Gua rasa, masa zaman rap gua tengah hit tu, band band indie gua syak takkan dapat cari makan la. Kalau makan pun, mungkin pinjam duit ibu bapa ataupun minta belas ihsan wang yayasan kerajaan negeri.

Gua sembang kencang pun tak guna, apa kata kita layan sedas lagu kegemaran gua ni. Jadi apa lagi, bangun dan bersedia untuk menari rap. Yo! Yo! Yo!




Amacam, solid tak lagu ni? Lu orang ada menari rap tak?

Dia Bernama Anta #1

Tahun 1993, Juhu, India.

Tin! Tin! Tin! Honk! Honk! Honk! Woof! Woof! Woof!

Bising! Memang bising! Begitulah keadaannya yang berlaku setiap hari di tengah pekan Juhu ini. Sudahlah panas, diiringi pula bunyi bising yang begitu tidak mengenakkan telinga yang mendengar. Itu belum kira anjing anjing mafia yang suka menggigit orang ramai tak tentu hala. Dalam keadaan sebegini, keadaan emosi sesiapa pun boleh terganggu. Orang yang tengah memarut kelapa, akan berhenti memarut dan mula mencarut. Penjual penjual air di tepi jalan, akan berhenti jual air dan buat buat jadi air longkang kerana tidak tahan dengan keadaan ini. Kanak kanak yang sedang bermain tanah liat, akan berhenti bermain dan meluru masuk ke rumah, dah tiba waktu makan tengah hari katanya. Ceh, tidak ada kena mengena langsung!

Tapi apa yang penting, situasi beginilah yang menyebabkan Antanarayan berasa tidak tahan menetap di pekan kecil ini. Antanarayan bekerja sebagai pengimpal besi, grill dan pagar rumah orang walaupun dia sudah sedia maklum bahawa di pekan Juhu ini tidak ada satu pun penduduk yang mampu memiliki grill dan pagar. Memang satu pekerjaan yang tidak menguntungkan! Namun Antanarayan tetap meneruskan pekerjaannya. "Asalkan halal." Itulah ayat yang sering dikeutarakan oleh Antanarayan setiap kali orang ramai mempersoalkan kerjanya yang tidak menguntungkan. Cuma satu sahaja perkara yang begitu unik tentang Antanarayan. Antanarayan masih seorang kanak kanak! Dia hanya berumur sembilan tahun sahaja. Tidak beribu dan tidak pula berbapa. Dengar khabar, ibu dan bapanya mati semasa membeli tiket kereta api. Masa itu, orang berebut nak balik raya Deepavali. Memang suatu kematian yang tragis dan sadis.

Walaupun berstatuskan pengimpal semi pro, pendapatan Antanarayan tidaklah selumayan pemain bola sepak semi pro India. "Takdelah semi-pro sangat gaji kau tu." Masih terngiang ngiang suara sahabat Antanarayan di dalam telinganya. Hal ini menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diterimanya. Lalu, dengan langkah megah dan dada membuka, Antanarayan berjalan menuju ke bilik bosnya, iaitu, Pakutekanandas.

Kapow!

Diterajangnya pintu bilik bosnya. Antanarayan memandang Pakutekanandas dengan wajah yang bengis. Matanya pula merah menyala. Pakutekanandas sudah menggigil ketakutan. Dengan tidak semena mena Antanarayan melompat ke arah bosnya dan disematkan satu genggaman padu untuk ditujukan khas kepada Pakutekanandas.

Aksi Antanarayan dalam menghasilkan genggaman padu.

Untuk mengikuti sambungan perjalanan kehidupan Anta, lu klik pada tumbuh tumbuhan di bawah:
1. Dia Bernama Anta #2

Monday, June 22, 2009

Bashir Dan Rokok Pall Mall Light

"Pak Cik, bagi saya rokok Pall Mall Light 14 ye," kata Bashir lembut.

Pak Cik yang berumur lewat 60-an, masih bujang dan memiliki sebuah basikal antik yang mempunyai pelbagai macam aksesori segera bergegas ke rak rokok untuk mencari rokok pilihan Bashir itu. Suasana hening seketika...

"Pall Mall Light 14 habis la dik. 20 adalah." Kata Pak Cik berumur lewat 60-an itu seraya melangkah pergi seperti tidak mahu melayan Bashir.

"Wop, wop," ujaran Bashir menghentikan langkah Pak Cik. "20 pun 20 la Pak Cik. Lagipun saya nak pecahkan duit saya. Biasalah, baru keluar duit gaji. Bolehlah beli yang mahal sikit kan." Bashir memberi penjelasan. Tetapi, Pak Cik itu buat tak tahu saja. Bashir terasa agak kecil hati.

"Nah," dihulurkan rokok itu pada Bashir. Bashir pun berlalu pergi.

"Woi samdol! Duit tak bayar lagi lah! Nak mencurik ke?" Peh! Pedas ayat Pak Cik ni. Semua mata yang ada di kedai Pak Cik memandang ke arah Bashir. Bashir malu. Bashir segan. Bashir tidak berpatah balik, Bashir terus berlari keluar dari kedai. Bashir lari laju. Bashir menangis. Bashir memang sentimental.

"Memanglah aku salah. Tapi tak perlulah cakap macam tu kat aku," bisik hati kecil Bashir. Sesambil itu, Bashir masih meneruskan lariannya. Pak Cik cuba mengejar Bashir menggunakan basikal antiknya.

***

"Ya, ya. Lu tangkap itu babi. Yalah, guna itu busur. Bodo la lu. Wa sutah cakap panyak kali lu tala paham." Marah Ah Seng kepada pekerjanya. Ah Seng ialah tauke kilang khinzir. Ah Seng suka bawa lori. Tapi Ah Seng bukan lori.

Tiba-tiba...

Skreeet! "Oi, gila punya olang!Mau langgar ni! MAU LANGGAR!"

Kebabang!

***

Maka, terbaring kakulah sebuah jasad di atas jalanraya. Darah mula mengalir deras. Orang ramai mula mengerumuni. Kelihatan tidak jauh dari satu, sebuah kotak rokok Pall Mall Light 20 masih belum di buka plastiknya.

"Lain kali bayar, jangan curi," kata Pak Cik lalu mengambil rokok itu dan berlalu pergi. Bashir sudah keras di sana...

Sunday, June 21, 2009

Tengok TV+Maskman=Tak Pergi Sekolah Agama

Pasukan Maskman sebelum bertukar pakaian seragam.

Pasukan Maskman selepas bertukar pakaian seragam. Gua suka yang berkaler pink tu. Seksi. Heh, kecik kecik pun gua dah bernafsu. Memang hasutan syaitan tidak mengira umur.

Cerita inilah yang menyebabkan gua ponteng sekolah agama. Bukan apa, kalau gua tak tengok, gua takde topik untuk memulakan perbualan. Apa? Ingat gua masa kecik kecik dulu takde musyawarrah ke? Ingat orang orang politik saja ke yang perlukan isu untuk berbahas? Gua pun perlulah, nanti takdelah gua kena ejek kaw kaw kalau tidak mengikuti perkembangan semasa cerita Maskman ini. Bila ada topik, ada isu, baru rasa macam orang cerdik pandai walaupun hakikatnya selalu mendapat nombor 38 dalam kelas. Tapi tidak apa, yang penting, pengetahuan am gua perlu lebih advance berbanding kawan kawan gua. Apa apa pun, Maskman lagi solid berbanding Power Rangers. Jadi, peminat Power Rangers, lu orang jangan masuk campur dalam topik ini ya. Kalau tak gua panggil Maskman pukul lu orang. Heh, kami tak gentar!


Intro Maskman. Gua letak bagi siapa siapa yang belum tahu. Yang dah tahu, lu orang senyap senyap sudah. Paling tidak pun, lu orang boleh sing along, ok.

Friday, June 19, 2009

Gua, Horatio Caine Dan CSi Miami

"Horatio, apa pula kes yang membawa kita ke sini?" tanya gua agak serius.

"Something that always..." gua cepat cepat memotong percakapan Horatio.

"Woi gampit! Cakap melayu lah. Gua inggeris inggeris ni tak berapa nak tangkap sangat." Jelas gua.

"Owh, maaf maaf." Balas Horatio berslanga. Kemudian dia menyambung, "Kita ke mari disebabkan ada sesuatu yang menarik kita. Suatu yang tertarik dan menarik dan ia dipanggil jenayah."

"Peh. Mendalam kata kata lu. Gua pun dah bersedia dengan kamera gua. Jadi, mana lokasi jenayahnya?" tanya gua.

Tak sabar gua nak beraksi. Dari malam tadi gua bersungguh sungguh membersihkan lensa kamera. Bateri pun gua dah caj sampai terlebih lebih. Tak cukup dengan bateri kamera, gua caj telefon bimbit gua pula. Baru solid. Kalau Calleigh telefon, tak adalah asyik nak terpadam saja. Faham faham sajalah had penggunaan bateri Nokia 3310 ni, bukan tahan lama mana pun. Nak tukar, gaji gua CSi Miami dah bertunggak tunggak tak bayar lagi. Harap masuk televisyen saja lebih, tapi duit tak ada!

"Di sana lokasinya. Ayuh!" Ujar Horatio bersemangat sambil membuat isyarat 'Ayuh'.

Gua pun apa lagi, berlarilah. Gua syak larian gua pada kala itu memang lajulah. Usain Bolt pun gua rasa mahu ambil gua jadi jurulatih dia. Horatio macam biasalah, asal berlari, pegang pistol, asal berlari, pegang pistol. Nak kasi nampak imej kepolisian katanya. Apa benda yang kepolisian gua pun tak tahu.

"Sini!!!" Horatio menjerit. Gua pun berhenti. Gua dan Horatio sama sama bersembunyi disebalik dinding. Horatio berkata lagi, "Wan, simpan kamera kau. Bersedia dengan pistol kau. Suspek berada di depan. Kumpulan ini memang ganas!"

Gua dengar saja Horatio berkata begitu, terus jadi berdebar. Jantung gua bergerak laju macam omboh kereta Formula Satu. Peluh peluh kecut mula keluar. Dalam fikiran, gua dah mula terbayang aksi menembak bagaimana perlu gua paparkan. Macam filem Matrix ke? Macam Steven Seagal ke? Tak pun, kalau nak ketimuran sikit, macam cerita Gerak Khas.

"Ready Wan?" Bisik Horatio. "Anytime and anywhere, I always ready." Peh. Berbahasa inggeris pula gua. Tergelak kecil seketika gua.

"Hiyaaaaaahhhhh!" Kami menjerit seraya dengan itu keluar dari kawasan persembunyian.

Chreeet! Chreeet! Chreeet!

***

Petang itu, gua dan Horatio habis kebasahan satu badan. Mana tidaknya, Horatio ajak gua main tembak tembak dengan anak pinak dia menggunakan pistol air. Kebetulan Horatio baru membeli pistol air jenama paling terbaru untuk anaknya. Seronok juga sekali sekala kembali ke zaman kanak kanak. Rasa macam tak ada masalah saja dalam kehidupan ini. Lu orang pula, ingat gua nak bertempur dengan penjenayah penjenayah dadah ke? Peh, tak ada masa gua nak menyabung nyawa gua macam tu. Baik gua jadi Crocodile Hunter, baru solid!

sistempesananringkas: Steve Irwin a.k.a Crocodile Hunter mati pasal kena tikam dengan ikan pari. Ek eleh. Tak ganas langsung cara kematian beliau. Macam tak ngam pula dengan nama Crocodile Hunter tu. Nasib, nasib...

Thursday, June 18, 2009

Que Haidar Kena Cili!

Peh! Inilah gambar Anta paling solid gua pernah lihat. Nampak pedas kan?

Wednesday, June 17, 2009

Ini Identiti Gua, Lu Nak Masuk Campur Ke?

Gua nak pergi kerja pagi ni. Sekali gua baru tersedar. Butang baju keparat gua dah hilang! Cilakak betul! Gua syak ada lipas makan ni. Mesti lipas itu ingat butang itu sekeping biskut meri. Gua dah mula kucar kacir. Kejap gua berlari ke depan. Kejap gua berlari ke belakang. Kadang kadang saja gua berhenti di tengah-tengah. Apalah gua nak buat ni? Waktu masuk kerja dah semakin hampir ni. Tiba-tiba, gua terfikir suatu cara...

***

Selesai gua buat e-jari, gua terus menuju ke bilik operasi gua.

"Woi Wan! Nampak smart lak hang hari ni?" Sahabat gua Sukran menyapa gua.

Heh, mana tak smart. Butang baju yang hilang tu gua ganti dengan double side tape. Janji lekat. Intelek bukan?

Tuesday, June 16, 2009

Makan Makan, Makan Makan. (Nyanyi ikut rentak lagu 'Jalan Jalan Cari Makan' ye)

Peh. Kerana terlalu asyik melayari laman sesawang gua tak sedar dah pukul 2.30 petang. Patutnya waktu waktu begini gua sudah selesai menyantap. Tapi kali ini tidak. Gua segera bangun dari pendudukan dan bergegas ke dapur untuk menjamu selera.

"Yang, ow yang! Awak masak apa hari ini?" Tanya gua lembut. Apalah yang bini gua masak ya hari ini. Harap harap dia masak gulai lemak daging salai. Dah lama gua teringin.

"Yang! Kenapa tak menjawab ni?" Gua mulai gusar apabila bini gua tak menjawab sahutan gua.

Sekali baru gua teringat, gua mana kahwin lagi. Hek eleh. Boleh tahan khayalan gua ini.

Lalu gua capai baju Bank Muamalat gua. Sambil berseluar pendek bola, gua berjalan kaki menuju ke gerai mak cik mak cik yang menjual lauk. Cun! Orang tak ramai. Gua pun berlari lari anak ke gerai tersebut. Mujur tiada gadis gadis yang melihat kerana larian gua kelihatan agak kegedikkan. Kalau ada yang nampak, pasti gua ditolak mentah mentah.

"Ye nak, nak lauk apa. Tapi nasik dah habislah," terang mak cik gerai itu. Gua syak umur mak cik tu awal 50-an.

"Hmm...tak apalah cik. Saya beli lauk jela. Nasi nanti saya kukus sendiri. Bagi saya sambal tempe singgit dengan gulai pucuk paku singgit," gua berbahasa lembut. Harap harap mak cik itu ada anak perempuan yang lawa. Boleh dijodohkan dengan gua. Heh. Berangan pula gua sambil tersengih keseorangan.

"Itu saja?" tanya mak cik.

"Yup," gua balas.

Kemudian, "Ek eleh. Baru 2 hengget. Cepatlah kayanya kalau beli sikit. Ayam goreng tak nak? Ikan keli tak nak?"

Eh mak cik ni. Gua dah beli 2 ringgit tu kira baguslah tu. Kalau gua tak beli, sudah pasti dia tak dapat mencapai untung RM350 pada hari itu.

"Oklah. Bagi saya ayam goreng la." Gua pun akur pada kata kata mak cik itu. Orang tua, hati mesti dijaga.

"Ha, barulah lambat kayanya. Semua sekali 4 hengget."

Peh! Apa kejadah semua ini. Dari 2 ringgit naik ke 4 ringgit? Dahla ayam kecik, lepas tu bagi gua kaki ayam pula. Katanya supaya mudah mencakar. Gua makan menyuap, bukan mengais. Tapi gua tak puas hati betullah harganya tiba tiba mencanak naik. 2 ringgit ke 4 ringgit? Gua syak mak cik ini mengamalkan riba. Ah. Gua nak protes ni. Jagalah mak cik!

***

"Ok, saya beli ye mak cik," kata gua dengan nada yang sopan.

"Mak cik jual ye. Datang lagi ye." Balas mak cik.

Huh. Tak ingin dah gua. Pengamal riba.

sistempesananringkas: Anak mak cik tiba tiba datang. Gua tak dapat nak protes. Cun tu!

Monday, June 15, 2009

Lu Orang Agak, Ada Cerita Lagi Sedih Dari Sembilu Tak? Kalau Ada, Gua Nak Bikin Filem Lah. Untung Untung Boleh Box Office.

Pada suatu tengah hari yang dingin. Err...gua tipu. Gila punya panas tengah hari tu. Mana ada dingin dingin. Masa tu tengah hari dah nak membawa masuk ke petang. Gua menuju ke dapur dan kelihatan mak gua dah siap masak. Lalu gua berkata.

"Mak, Iwan makan dulu ye. Jap lagi nak keluar. Kawan ajak main futsal. Jadi kena makan awal supaya taklah muntah muntah nanti." Gua bagi sedikit penjelasan.

"Ok." Eh, ringkas saja mak gua jawab. Ingat nak cakap panjang lebar.

Gua pun apa lagi, gua tuju ke periuk nasi jenama National. Gua senduk nasi agak agak dalam 2 senduk, tak penuh ya, gua nak jaga badan. Lepas tu gua berpaling 360 darjah menuju ke meja makan. Gua angkat tudung saji, sekali...peh, sambal petai ikan bilis tu. Mak gua tau tau saja gua tengah mengidam nak makan petai. Ada telepati dengan gua la mak gua ni. Nafsu tengah bergelojak, gua sudu itu petai dalam 2-3 sudu jugalah. Kegemaran tu beb. Kena ambil banyak. Sebelum sempat gua menyuap, gua teringat sesuatu.

"Mak, makan mak," gua ajak mak gua.

"Takpelah. Mak tunggu abah."

Heh, gua orang Asia, adab sopan kenalah jaga. Gua pun makan. Eh, masih belum boleh. Gua baca doa dulu. Lepas tu gua pun makan.

***

Tin! Tin! Tin!

Tak seronok langsung bunyi hon kereta gua. Gua ingat nak tukarlah. Gua nak letak bunyi semboyan askar, tak pun bunyi unggas unggas, ataupun bunyi udang mengawan. "Ha! Ha! Ha!" Gua gelak dalam hati disebabkan lawak yang gua buat sendiri.

Kelihatan sahabat gua, Wan, keluar dari rumah dan terus menuju ke kereta gua. "Makin hitam lak mamat ni," getus gua sendirian.

"Ok, let's jom!" Jerit Wan sambil mengangkat tangan ke udara. Macam Nazi. Heh.

Gua pun sambung, "Ok, toilet." Kemudian kami pun gelak bersama sama.

Gua dengan Wan dalam perjalanan hendak bermain futsal dengan sahabat handai Ehoza. Dengar cerita, Ostad, salah seorang ahli Ehoza ada buat perlawanan persahabatan dengan cikgu cikgu sekolah. Tak sabar gua rasa nak tunjukkan kemahiran kemahiran gua. Lagipun, malam sebelum tu gua dah layan cerita Kickers sampai habis musim lah. Gerak geri animasi kartun tu gua dah simpan dalam kepala. Ayat ayat dialog kartun tu gua jadikan sebagai pedoman untuk menjadikan sumber motivasi gua.

"Heh, bersiap sedialah cikgu cikgu Shah Alam. Gua sudah bersedia mahu mengganas," bisik hati kecil gua sambil menggengam bara api rokok.

***

"Weh kawan kawan. Ostad tak dapat datang. Cikgu cikgu tu pun tak dapat datang. Last minute diorang cancel." Decade yang memangku jawatan sebagai kapten bersuara.

"Apa?! Cilakak!" Gua menghempas stokin gua ke lantai. Kemudian gua sambung berkata, "Habis tu macam mana ni? Rugilah datang macam ni."

Suasana senyap seketika.

***

Tang! Ketang! Ketung!

Kami semua sewa gelanggang futsal selama sejam dan bermain sepak tiang gol sahaja. Untuk makluman, hanya ada 7 orang sahaja dalam gelanggang. Semua tampak gembira. Pasukan gua menang. Gua rembat kasi kena tiang dari jarak jauh. Cukuplah buat stok kasi rasa bangga diri.

***

Kesimpulannya, pada hari lebaran yang mulia itu, semua ternyata gembira dengan cara permainan futsal yang baru itu. Sepak tiang gol. Sebagai bukti, gua ada sisipkan beberapa helai gambar yang menyatakan betapa seronoknya permainan pada hari itu. Gua harap, lu orang dapat sama sama merasai apa yang sahabat sahabat Ehoza ni rasa ya.

Senju (kiri) dan Mini (kanan) kelihatan begitu seronok sehingga tershuffle shuffle.

Gua cuba memadamkan api kemarahan gua dengan teknik meniup.

Kapten Decade kelihatan menangis kegembiraan. Niqiuez pula cuba menunjukkan wajah yang tenang.



Sunday, June 14, 2009

Mengemis Kasih Orang


Ini sahabat gua. Nama dia Rich. Tapi bukan Rich kumpulan Estranged tu.
Rich masih bujang. Bukan bajingan. Itu tak sama langsung.
Rich tak suka kesunyian. Sebab tu dia mahu mencari teman.
Kelihatan Rich cuba menggoda gadis suci ini.
Kelihatan Rich juga cuba membuat renungan makrifat paling mantap.
Tapi, nampak gaya, gadis itu tidak mengendahkannya.
Atas sebab ini, gua nak tujukan sebuah lagu untuk Rich.
Bukan gua ingin menghina, tapi gua ingin berkongsi kesunyian dengan lu bro.
Gua sokong lu bro, jangan risau bro.

Terimalah lagu ini daripada gua kepada lu bro.

Scoin
Ku Menangis Kehilanganmu
Setelah sekian lama
Memendam cinta dihati
Berkasih indah kurasa
Merindu orang di sayang

Tak sangka hatiku diluka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Kerana mu ku tersiksa

( korus )
Oh... pilu dihati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia

Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang

Walaupun tak ku rela
Kehilangan mu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi

( ulang korus )

Andainya dapat kau rasa
Kepiluan dihati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis kerana mu ( 2X )


Gua sertakan video untuk lu gak Rich.
Mana tau kalau lu nak sing a long ke.
Ni versi karaoke punya bro.
Berhiburlah ye.


Saturday, June 13, 2009

Apa?Apa?Apa?Tiada Apa Apa.

Lu orang tak rasa macam gamp ke gua letak tajuk macam tu? Mesti ada sesetengah daripada lu orang akan cukup marah kalau gua letak tajuk macam tu. Mungkin mereka akan berkata, "Apalah, letak tajuk takde kaitan dengan cerita." Ataupun, "Sengalnya penulis blog. Karut!" Dan, kalau kasar sikit, "Bodoh!" Mudah saja.

Tapi gua kisah apa. Lu ingat gua kisah sangat ke dengan rungutan rungutan orang yang berfikiran sebegitu. Asalkan gua tidak mengamalkan rasuah, menjadi Ah Long, kronisme, kapitalisme, liberalisme, kemaksiatan, kahwin artis dan sebagainya yang boleh menjurus kepada fitnah.

Apa-apahal pun gua nak ucapkan tahniah kepada diri gua sempena ulangtahun gua yang pertama bergelar 'Cikgu', 'Encik' dan juga 'Cik'. Tahniah, tahniah, tahniah pada gua saja la ye.

"Mak Cik, goreng pisang dua ringgit ye." Lapar pula gua petang petang ni...

Ronaldo Blah, Fergie Menggelabah!

Fergie: Ron, jangan pergi Ron. Kasihanlah pada kami. Kami masih perlukan khidmat kau Ron.

Ronaldo: Sudahlah Fergie. Tiada guna kau memujuk rayu padaku. Aku sudah kecewa dengan keadaan di sini. Pelbagai tohmahan aku terima.

Fergie: Jangan kata begitu Ron. Penyokong di sini masih ramai mahukan kau. Percayalah padaku.


Ronaldo: Mahukan aku?! Penipu! Aku sering dicaci dan dihina itu kau kata mereka mahukan aku? Dasar pendusta. Sudah, aku mahu mulakan perjalanan aku. Kereta Rolls Royce sudah lama dipanaskan enjinnya, nanti kering pula air radiatornya. Selamat tinggal Fergie...

Fergie: Ron... Ron... ROOOOOOONNNNNNNN!!!

Lalu Fergie menangis teresak-esak ditepi longkang stadium Old Trafford melihat pemergian Ronaldo. Ronaldo kini akan berhijrah ke Real Madrid untuk menabur budi dan baktinya di sana. Sebuah kelab yang sangat-sangat diidamkan olehnya sejak kecil lagi.


Apalah yang perlu aku lakukan sekarang? Apa aku perlu buat apabila Ronaldo sudahpun tiada? Apa aku perlu buat?!! Gosok gigi? Letak inai dikuku? Main teng-teng? Kapur kasut anak aku??? Ahh, apa yang aku mengarut ni. Sepatutnya aku perlu lebih serius memikirkan hal ini. Tapi, apa apa hal pun, aku nak pekena dulu roti canai dengan teh madras Ameer Ali. Baru sentap nak cari ilham.

***

Setelah beberapa minggu mencari siapakah yang mampu menggantikan Ronaldo, akhirnya Ferguson berjaya mendapat jawapannya. Lalu, dengan segera dia membuat press conference kerana tidak sabar ingin berkongsi kegembiraannya dan memberitahu siapakah pemain pilihannya kepada para penyokong Manchester United.

Sinar Harian: Encik Fergie, dengar cerita Encik Fergie sudah mendapatkan pengganti bagi Cristiano Ronaldo. Jadi siapakah pemain yang bertuah itu?

Fergie: Sebelum itu, awak panggil saya Gie cukuplah ye.

Sinar Harian: Err... Baiklah Gie.

Fergie: Setelah beberapa hari mencari akal dan fikiran, log in dan log out facebook, membaca majalah KERETA, bermain bersama anak-anak, mengambil lesen kapal terbang, dan membaca laman blog waraskutakwaras, akhir saya ketemuan juga dengan pemain pilihan hati saya.

Sinar Harian: Sudahkan Gie melakukan perbincangan dengan kelab pemain tersebut?

Fergie: Oh sudah. Perbincangan berlangsung dengan menggunakan YM sahaja.

Sinar Harian: YM sahaja?


Fergie: Ya. Zaman sudah maju, apa salahnya kita menggunakan kemudahan yang disediakan. Lagipun pemain itu turut sama berYM bersama kami. Dengar cerita dia dapat jugalah grabs beberapa orang gadis dalam YM tu.

Sinar Harian: Jadi, berapakah jumlah perbelanjaan yang akan dihabiskan untuk mengangkat pemain ini ke Old Trafford?

Fergie: Huh, ini saya tujukan khas untuk Ron. Ron, kau ingat kau star, kau akan jadi pemain paling mahal di dunia ye? Heh, mintak maap! Pemain yang aku angkat ni akan lebih mahal dari kau. Untuk pengetahuan semua, Ronaldo dibeli dengan harga 80 juta pound. Tetapi pemain yang saya akan bawa ke Old Trafford ini berharga 100 juta pound! Padan muka kau Ronaldo, berlagak sangat.

Sinar Harian: Wah! Mahalnya. Jadi Siapakah pemain itu?

Fergie: Ini dia. (Seraya dengan itu Ferguson mengangkat gambar pemain itu)

Pelepow! Kapow! Pow!

***

Ferguson kini sedang bertugas sebagai Jurulatih pasukan kebangsaan Papua New Guinea. Kadang-kadang kelihatan Ferguson mengusap pipinya yang kebengkakkan.

"Salah ke aku nak bawa masuk Shukor Adan," tanya Ferguson sendirian.

Friday, June 12, 2009

Insiden Pemakanan Di Satay Kajang - Belakang Stadium Kajang Tu Beb!

"Bro, bro. Cover cover sikit. Nampak gigi celah daging lu. Dahla mulut berbau hamis." - Gua

"Gigi celah daging??? Terbalik la bro. Ha! Ha! Ha! Memang lawak terbaik dunia betullah lu buat bro." -Anta

"Cilakak lu bro. Alert dan grabs betullah lu ni." - Gua

"Gua cakap macam ni kat dia. Aku merinduimu sayang." - Anta

"Nak terjeluak gua dengar." - Gua

"Lu jeles sebab lu tak boleh buat macam gua!" -Anta

"Busut lu!" - Gua



Sebuah Cerpen Bersiri - 'Ibrahim, Afis & Sepasang Sepatu Futsal Oren

Chop! Chop! Chop!

Begitulah bunyinya kunyahan daripada 2 makhluk tuhan yang paling seksi pernah dilahirkan. Kelihatan mereka berdua begitu bersungguh-sungguh menjamu selera. Lauk yang disediakan pada hari ini untuk mereka tampak begitu enak sehingga mereka mengambil lauk 3 kali ganda lebih banyak dari biasa. Ada ura-ura mengatakan bahawa yang masak lauk itu adalah anak tauke katering tersebut. Boleh tahan lawa orangnya. Gayanya pula cukup lemah lembut dan mempesonakan sehingga mampu memikat mata yang memandang.

"Abe, makelah banyok sikit," masih terngiang-ngiang suara anak tauke katering itu di dalam gegendang telinga Afis. Lalu Afis dengan rela menambah nasi dan lauk dengan lebih banyak sehinggakan tray makanan itu terpaksa ditukar dengan yang baru disebabkan kehabisan lauk-pauk.

"Padan muka korang semua. Makanan yang si Wawa ni masak, hanya aku seorang sahaja yang boleh makan," getus hati kecil Afis seraya membuat pandangan ala-ala The Beast ke arah orang ramai yang memerhati.

***

"Kita nak buat apa malam ni Fis?" tanya Ibrahim sambil menjilat jari jemarinya yang dipenuhi nasi.

"Aku ingat nak pergi tengok wayang Terminator Celebration la," kata Afis yakin.

"Hah? Terminator Celebration?" Ibrahim buat-buat terkejut.

"Yelah. Betullah Terminator Celebration. Kenapa?" tanya Afis sambil bermain bucu katil.

"Apalah hang ni. Bukan Celebration la, tapi Salvation. Ha! Ha! Ha!" Ibrahim ketawa berdekah-dekah kerana berjaya mengesan kesalahan Afis. Sememangnya adalah satu kepuasan bagi Ibrahim jika berjaya mengenakan Afis.

"Ah, peduli apa aku! Hamlau betul! Sekarang hang nak ikut ke tak?" Tanya Afis garang.

"Hmm...aku ikutlah. Lepas Isyak kita pergi ye." Kata Ibrahim sambil menunjuk ke arah jam untuk memberitahu waktu Isyak semakin hampir walhal, solat Maghrib pun belum dia laksanakan lagi.

***

"Woi! Cepat la siap, aku cepuk nanti!" Bentak Afis mengganas. Geram dia dengan kelakuan Ibrahim yang suka melewat-lewatkan waktu itu. Orang lain sudahpun siap berpakaian kemas, tapi dia masih lagi menyelimuti tubuhnya dengan sehelai kain pelikat dan tidak berbaju.

"Yelah. Kejap," lantas Ibrahim bangun menuju ke almari. Dicapainya sehelai t-shirt kolar bulat berjenama 'Tomei' dan sepasang seluar slack berwarna coklat muda.

"Baru nampak macam brader-brader," ujar Ibrahim sendirian sambil tersengih.

Thursday, June 11, 2009

Rokok Cap Baru Di Pasaran

Kalau lu orang pergi mana mana kedai runcit ke, Seben E ke, stesen stesen minyak ke, mahupun kedai makan Fadhatul, lu orang boleh jumpa rokok cap baru yang kini semakin hangat di pasaran. Tak kira siapa pengguna punca pembunuh utama di Malaysia ini, sama ada tua atau muda, semua akan membelinya dengan penuh rasa bangga dan tidak bersalah.

Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis rokok cap baru yang boleh lu orang jumpa di pasaran:

1. Dunhill 14 Cap Kaki Gangren
2. Marlboro 14 Cap Keguguran Janin
3. Winston 14 Cap Bayi Pra Matang
4. Pall Mall 14 Cap Kanser Mulut
5. Saat 14 Cap Kanser Paru Paru

Ini cumalah sebahagian daripada cap rokok yang kini semakin popular menempek di pasaran. Walhal, cap ini digunakan untuk menakutkan para pengguna rokok supaya mereka akan berhenti merokok. Tapi, apa hasilnya? Hak tuih! Tidak ada seorang pun penghisap rokok tegar yang berhenti. Malah mereka semakin galak membeli lagi adalah. Sekali lagi, rancangan kerajaan tidak berjaya. Malang malang...

Tuesday, June 9, 2009

Kenapa Lu Nak Marah Marah Pada Gua?

"Aku berak atas muka kau!"

Kata kata yang dilemparkan oleh sahabat gua yang bernama Firdaus Che Emri selepas gua terkentut betul betul dihadapan mukanya.

sistempesananringkas: gua sengaja atau gua tidak sengaja?

Sunday, June 7, 2009

Cita Cita Gua

"Izwan, cuba lihat apa yang kamu lukis tu."

Kedengaran satu suara lembut dari belakang gua. Gua toleh, gua lihat berdirinya seorang guru yang manis dan sentiasa sabar melayan telatah murid muridnya yang nakal. Itulah dia Mrs. Winnie, cikgu gua masa darjah 1.

"Kamu lukis apa ni Izwan? Apa yang kamu cuba gambarkan tentang cita cita kamu melalui gambar ini ye?" tanya Mrs. Winnie tenang sambil memerhati lukisan gua dengan penuh terperinci.

"Saya lukis saya tengah naik motor. Saya nak jadi pelumba motorsikal macam Mick Doohan. Jadi cita cita saya ialah menjadi seorang pelumba motorsikal!" Bersemangat gua menjawab soalan Mrs. Winnie tadi sambil mencekak pinggang simbol seorang lelaki gagah. Mrs. Winnie tergelak kecil.

***

18 tahun sudah berlalu. Kini gua sudah menjadi cikgu. Jangan kata motorsikal, lesen motor pun gua tak ada lagi. Apa cerita dengan cita cita gua masa darjah 1 dulu? Berkubur la bai...

sistempesananringkas: gua dah tak tahu nak buat apa malam malam ni. 'atastarikh' blog jela.

Siapakah di Sebalik Topeng Seorang Pendidik?



Lu orang rasa kan, macam ni kah gaya gaya seorang pendidik? Lu orang tak rasa nak pijak perut seorang seorang ke tengok perangai mereka mereka di atas? Ataupun lu orang lagi rela orang orang sempoi macam ini yang menjadi pendidik?

Apa sahaja pendapat lu orang, pastikan jangan melibatkan unsur unsur rasuah, kronisme, kapitalisme, kahwin lari, politik, liberalisme, rempit, vandalisme dan apa sahaja yang boleh mengganggu gugat keamanan negara.

sistempesananringkas: sejak akhir akhir ni gua suka letak foto di kepala posto sebab banyak gambar gambar dah season gua, gua jumpa kembali. Terima kasih tummytrim!

Saturday, June 6, 2009

Malam Ni Kita Rompak BSN Changlun!!!



Dari kiri: Wan Si Pemancing Tegar, Mel Kacak, Najib Penyu, Emi Si Jawa Rempit, dan gua.

Inilah dia geng geng jahat gua sejak dari matrik sampai la sekarang kami masih berkomunikasi dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Cuma Najib Penyu saja yang kami semua sukar untuk ajak melepak dan membuang masa tak tentu hala bersama-sama.

Ajakan gua kepada Najib pada suatu masa.

Gua: Najib, jom lepak. Aku dah kat Shah Alam ni. Ko katne?

Najib: La, nama tak bagitau awal awal. Aku dah keluar gi kenduri kawan aku ni.

Gua: Hmm. Takpelah.


Ajakan Wan Si Pemancing Tegar kepada Najib pada suatu masa yang seterusnya.

Wan: Jib, jom lepak. Aku ngan budak budak ni ada kat Shah Alam. Bukan senang nak datang sini.

Najib: Ala, nape tak bagitau awal awal. Aku gi kenduri kawen ni.

Wan: Ow, takpelah.


Ajakan Mel Kacak Kepada Najib pada suatu masa yang kehadapan lagi

Mel: Woi Najib, jom lepak. Kitaworang kat Shah Alam dah ni. Alang alang kitaworang kat sini jom la lepak.

Najib: Ala, nape tak bagitau awal awal. Aku gi ken...

Mel terus potong cakap Najib seraya meninggikan suaranya.

Mel: Busut ko la! Asyik asyik kenduri, asyik asyik kenduri. Ko takde alasan lain dah ke. Dah la nak ajak ko lepak, kitaworang je yang kene datang Shah Alam. Gi ajak tempat len taknak. Tapi bila kitaworang dah kat sini taknak lepak lak. Kalau tak ajak merajuk lak. Kecoh kecoh dalam frenster lak tu. Abis orang orang dalam frenster pandang serong kat kitaworang. Blah la ko Jib. Cakap ntah pape ntah!

Najib senyap dan diam seribu bahasa. Mel mematikan telefon bimbitnya.

Begitulah keadaannya setiap kali kami nak mengajak Najib keluar. Ada ada saja alasan yang dia bagi. Ajak lepak jauh jauh, dia cakap susah nak pergi sebab takde transport lah, leceh lah, apa lah. Tapi bila kitaworang dah datang Shah Alam, peh, taknak lak dia jumpa. Boleh tahan cilakak gak perangai dia. Kalau macam ni punya gaya, macam mana nak merompak Bank BSN kat Changlun ni? Janji yang tak ditepati memang boleh menggagalkan usaha rompakan ini!!!Siot betullah!

sistempesananringkas: seorang lagi ahli kami tiada di sini kerana sibuk membuat kerja kimpal mengimpal nun jauh di kepulauan Borneo. Kami setia menantimu wahai Wak Si Naga Berasap.

Thursday, June 4, 2009

Cara Makan Survivor..

Ahhh... Dah lama betul gua tinggalkan arena belajar di dalam kelas. Gua ingat gua takkan rasainya lagi, tapi jangkaan gua meleset. Memang betul betul punya meleset. Sama macam jangkaan Pak Lah yang jangka BN boleh menguasai Kelantan dalam PRU 13 pada 13 Mac yang lepas. Kini gua kembali belajar demi menjadi seorang guru yang bertauliah, Walaupun sudah memegang segulung ijazah, itu semua tak menjamin gua diletakkan setaraf dengan guru guru yang ada diploma pendidikan ini. Jadi gua kena bersungguh sungguh untuk belajar demi mendapatkan segulung diploma walaupun di dalam kelas kelihatan gua lebih berat ke arah terangguk angguk mengantuk berbanding terangguk angguk faham.

Jam pun sudah menunjukkan waktu makan tengah hari. Pembelajaran dalam lab hari ini lebih berkisar tentang cara cara membuat laman web. Gua tak sangka, nak buat laman web ni senang gila rupanya. Klik sana, klik sini, klik sinun, akhirnya terhasillah laman web ala kadar. Gua lihat sahabat gua, Syukran yang duduk di sebelah gua kelihatan senyum senyum bangga kerana berjaya menghyperlinkan butang laman web nya. Gua rasa dia punya bangga lagi bangga dari bersanding kat pelamin perkahwinan dia tempoh hari. Gua ingat, sebagai hasil pembelajaran membuat laman web ni, dan sebagai membalas jasa pensyarah yang mengajar gua, gua ingat nak hasilkan laman web porno. Macam mana, hardcore tak gua? Untung mesti gempak. Tambahan pula ramai anak muda Malaysia kini lebih gemar melayari laman web ini berbanding portal pendidikan Utusan Malaysia.

Sebaik mengucapkan terima kasih, gua, syukran dan yob pantas meluru pergi ke cafe untuk menjamu selera. Dalam perjalanan ke sana, gua dan 2 lagi sahabat gua sempat lagi membincangkan konsep konsep laman web porno yang bagaimana ingin kami ketengahkan. Kadangkala yob ketawa ala ala semput mendengar penjelasan gua. Syukran pula tak habis habis ingin meletakkan iklan pelaburan emasnya dalam laman web porno gua ni. "Pasti untung doh!" Ujar Syukran ganas. Gua dan Yob angguk lemah.

Akhirnya tiba juga kami ke kafe dengan selamatnya. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa tersepak batu tatkala menonton awek awek kolej tempat gua belajar. Gua, yob dan syukran mencergaskan diri mendapatkan nasi dan lauk pauk untuk santapan perut masing masing yang dah mula bergelojak. Sekali sekala kelihatan Yob menampar perutnya untuk menahan lapar. "Sabarlah. Dah ambik dah ni," kata Yob sendirian kepada perutnya. Selepas itu kami cuba mencari tempat duduk yang kosong diiringi pandangan ke arah awek awek kolej yang begitu manis dan comel wajahnya. "Owh." Gua membuat bunyi kegersangan.

Lebih kurang 10 saat mencari, kami dapat juga tempat duduk yang kosong bersebelahan longkang. Tanpa membuang masa, acara melahap 100 meter dimulakan. Gua memang tak pandang kiri kanan dah, gua suap gelojoh je hidangan gua. Gua cubit ayam, kobis sikit, gua suap. Ayam sikit, kobis sikit, suap. Tindakan ini berlarutan sehingga terhasil formasi ayam-kobis-suap, ayam-awek kolej-kobis-awek kolej-suap, ayam-kobis-suap.

Tiba tiba, sedang enak menikmati hidangan, gua ternampak satu benda yang begitu rare sekali. "Eh, takkan depa guna bahan ni sebagai perencah tambahan? Tak cukup lagi ke syarikat syarikat perencah mengeluarkan pelbagai perencah untuk para pengguna? Hmm... mungkin ini secret recipe tukang masak kot." Bisik gua sendirian.

"Yob, meke tau tak apa ni?" tanya gua pada Yob.

"Ini kaki lipas. Mana kamu jumpe?" kata Yob dalam slang pekat Perak. Kelihatan Syukran ketawa kecil.

"Dalam kobis ni." Gua jawab ringkas.

Yob terus berhenti makan.

***

Gua tak pernah berlakon dalam Man Vs Wild pun diberi makan lipas. Cilakak sungguh!

Wednesday, June 3, 2009

Legend In The Making



"Nak bagi nama apa ni bang?" ujar si ibu seronok.

Si bapa terfikir sejenak. Rokok daun yang baru dibalutnya dinyalakan seraya menghembuskan asap yang berkepul kepul keluar dari mulut. Kadangkala, kelihatan asap itu menerobos keluar melalui hidung.

"Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro," kata Jose Dinis Aveiro tenang.

"Wah bang, sedap nama tu. Tak sia sia abang berkecimpung dalam bidang perindustrian rokok daun ni ye. Idea pun bertambah bernas." Kata Maria Dolores dos Santos Aveiro sambil menampilkan senyuman nakalnya kepada suami tercinta.

"Ada saja benda yang kamu nak perli saya ye," balas Jose malu.

5 Februari 1985, itulah tarikh keramat bagi pasangan Aveiro ini. Walaupun mereka sebenarnya masih tidak tahu ia merupakan tarikh keramat bagi kelahiran anak mereka ini. Mereka masih belum menyedari nasib mereka akan berubah disebabkan kelahiran anak ini.

***

"Prang!!!"

"Ronnie! Apa lagi yang kamu dah buat ni?" jerit Puan Maria dari dapur.

Ronnie mula menggelabah tak tentu hala. Fikirannya berkecamuk. Jantung mula berdegup kencang. Peluh peluh kecut mula keluar dari kepalanya. Pasu kesayangan ibunya yang dihadiahkan oleh bapanya telah dipecahkan. Apa yang dia harus lakukan sekarang?

"Oh my god! Pasu aku! RONNIE!!!" Puan Maria menjerit seperti perempuan histeria. Semua jiran keluar dari rumah untuk mengetahui apa yang terjadi. Ronnie pula, sudah lari dengan kelajuan yang mustahil dapat di'detect' oleh speed trap.

Ronnie berlari sambil membawa bola menggunakan kakinya. Bakul bakul sayur yang terletak di tepi-tepi jalan semua berjaya dielak tanpa sedikit pun menggegarkan bakul itu. Pergerakan kakinya cukup lincah. Selaras dngan pergerakan jantungnya yang berdegup kencang itu. Tanpa dia sedari, banyak mata yang sedang memerhati.

*akan bersambung*

Tuesday, June 2, 2009

Pernah Tak Korang Bengang?!

Pada satu malam yang dingin, kelihatan 2 sosok tubuh manusia sedang bersembang sembang. Angin mula menerobos masuk ke dalam tatkala ia menyedari tingkap bilik dibuka luas. Mulut mula mengucapakan beribu patah kata. Hukum fizik bunyi mula memainkan peranan.

"Bengang betul aku dengan perangai Cikgu A tu." Kata Cikgu 1 seraya duduk di atas kerusi plastik buatan negara China.

"Kau ni apahal? Tiba tiba saja luah perasaan dalam keadaan bengang. Period ke apa?" tanya Cikgu 2 dalam keadaan musykil. Jarang Cikgu 2 menjadi musykil kerana hidupnya sentiasa dilimpahi ketenangan.

"Takdelah, cuba kau bayangkan seorang cikgu berperangai jahanam. Tak ke menjadi satu contoh yang tak baik kepada pelajar pelajar. Ini boleh menjatuhkan imej seorang cikgu kau tau!" ujar Cikgu 1 dengan nada suara yang cukup tinggi.

Cikgu 2 pun berkata,"Betul cakap kau. Aku setuju sangat tu."

Cikgu 1 pun mula berasa tenang. Rasa puas apabila dia mampu melepaskan amarahnya.

"Jomlah kita tidur, dah lewat ni." Kata Cikgu 2.

"Jom." Balas Cikgu 1.

Monday, June 1, 2009

Mengantuk Sangat Dah Ni...

Ha, padan muka gua.

Lain kali buat asemen awal awal lah.

Ni baru terhegeh hegeh nak buat.

Orang lain dah lena tidur, lu saja yang tengah menaip komputer.

Ha, mencanak la lu!

Sial betullah, ink kaler tak boleh guna lak!

Rugi gua beli ink jet tu.

Esok gua nak jumpa apek tu.

Gua nak ink jet hidung dia.

Mengantok gila gua!!!