Thursday, February 25, 2010

JuruMengambilGambar - Satu Cerita

Gua betul betul tak sangka yang aktiviti mengambil gambar ini merupakan aktiviti yang betul betul memenatkan. Serius tak sangka! Dia punya penat, dia punya lenguh, hadoyai! Terkesima gua dibuatnya. Gua ingat rilek rilek macam biasa saja. Sebabnya, gua tengok tukang tangkap gambar orang kahwin macam tak penat saja. Muka maintain bertenaga saja. Tapi tak tau la kalau dia ada minum Mas Cotek sebelum tu untuk tenaga tambahan.

Gua pula, kalau ambil gambar, memang lain macam dia punya peluh. Boleh kata macam berarus deras la peluh gua. Mengganas! Menitik nitik tanpa belas kasihan peluh peluh gua ni. Gua main futsal pun mau ambil masa 10 minit untuk berpeluh lebat. Tapi bila mengambil gambar yang berkonsepkan pengarahan ini, tak sampai 5 minit baju gua basah kuyup, penuh dengan peluh. Tak dapat gua bayangkan gua ambil gambar orang kahwin sampai berpeluh peluh lepas peluh menitik kena pipi pengantin. Mau cair keseluruhan solekan sang pengantin. Pasti gua akan dituduh sebagai perosak majlis dan akan disaman berjuta juta ringgit. Yelah, rakyat Malaysia sekarang kan dah pandai main saman saman.

Aktiviti memenatkan ini bermula apabila gua mengikuti kursus yang dianjurkan oleh sahabat gua sendiri iaitu Alan Thor. Gua cukup suka dengar kawan serumah gua iaitu Boslan menyebut Alan Thor ini. Memang lain macam sebutannya. Tambah tambah lagi dengan intonasi dia macam tengah tengok orang main laga lembu kat Sepanyol. Alan Thor ini telah menyuruh gua dan peserta kursus fotografi melakukan suatu tugasan di mana gua dan rakan rakan lain perlu mengarahkan sebuah cerita dengan menggunakan gambar sebagai penyampai penceritaan. Jadi kami perlu melakukan pengarahan untuk menghasilkan jalan cerita yang baik. Gua ingat senang saja, tapi semasa proses perlaksanaannya, mak aii! Betul betul ambil masa yang banyak dan meletihkan. Gua sampai rasa tahap menyampah dah nak ambil. Rasa macam nak ambil gambar biasa biasa saja. Dia punya letih dan lenguh itu betul menguji jiwa dan raga gua. Panjat gunung pun gua rasa setedi lagi, tapi mengarah dan mengambil gambar ini memang betul betul mencabar.

Namun begitu, gua mahu mengucapkan terima kasih kepada brader Alan Thor kerana tetap memberi semangat kepada kami semua untuk melakukan aktiviti ini. Tanpanya, gua rasa boleh lemah juga nafsu syahwat gua nak ambil gambar ni. Namun begitu, walaupun penat dan letih mengambil gambar ini, segalanya akan menghilang bagai ditiup angin apabila gua melihat hasil tangkapan gambar gua. Gua memang berpuas hati dengan hasilnya. Rasa penat dan lenguh pun hilang begitu sahaja. Terus rasa macam nak shuffle.

Lepas ni gua rasa nak buat lagi la walaupun penat. Sesiapa yang mahu jadi model model gua, boleh hubungi gua dengan meninggalkan email lu orang dalam ruangan komen gua. Di bawah ini gua sediakan beberapa keping gambar yang gua ambil dan hasil video daripada pengarahan gua sendiri. Saksikanlah!

Gambar gua la yang paling penting, jadi perlu diletakkan di atas sekali ye. Lagipun ni blog gua, jadi ikut suka gua la.



p/s: kalau lu orang nak tengok gambar lagi, masuk sini. Nak tengok video pula,tengok bawah ni.


Monday, February 22, 2010

Kalah Sebab Penat - Bukan Satu Alasan

Masa ni gua dah ingat M.U boleh menang. Yelah, tengok si Valencia tu, siap boleh buang buang hingus lagi. Mesti melekat pada baju si Rooney tu. Dia tak marah ke? Buang hingus stail bongkak tu.

Akhirnya, M.U tewas 3-1. Apa cerita ni Pak Cik Alex? Takkan nak bagi alasan penat lawan A.C Milan masa Champion League tempoh hari? Everton pun ada lawan juga sebelum jumpa M.U. Tapi tak penat pun, setedi saja main. Hantaran tepat saja. Lari pun bersungguh sungguh macam Usain Bolt. Macam mana ni Pak Cik Alex? Chelsea pun menang. Habis point dah jarak jauh. Mana nak sorok muka ni? Member member gua dah mula hantar mesej bukan bukan ni. Gua boleh jawab suratan takdir sahaja. Lu memang bikin gua panas la Pak Cik Alex!

Friday, February 19, 2010

Kereta Paling Indie Yang Pernah Gua Naik

Gila vavi serius muka gua waktu ni.

Gua jumpa balik gambar ni masa godek godek balik friendster gua. Peh, dah berapa kurun tak buka tu? Untuk pengetahuan lu orang semua, inilah kereta paling indie pernah gua naik. Kereta ni mak gua beli tahun 1997. Dengan kereta ini juga gua belajar bawa kereta. Dengan kereta ini jugalah gua merentas perjalanan dari selatan ke utara dan ke selatan kembali. Memang terbaik punya indie kereta ini. Tak pernah rosak langsung bahagian enjin mahupun bahagian gearbox seperti mana yang selalu di alami oleh kereta perdana sahabat gua. Baru sebulan lebih beli gearbox dah buat pasal, terus gua ajak makan sup gearbox kasi hilang duka dan lara. Hari tu lama tak guna, bateri dia dah kong. Gua kasi tukar, terus boleh hidup seperti biasa. Baru baru ni bapak gua tukar tayar kereta ini. Kesian, pasal dah botak sangat. Ini bukan kereta budak budak Sekolah Henry Gurney nak botak botak. Namun begitu, apa yang dapat gua rumuskan di sini, selama 13 tahun gua pernah menggunakan kereta ini, ia tidak sedikit menyusahkan hidup gua mahupun hidup famili gua sama ada dalam perjalanan ataupun luar perjalanan. Kereta ini ngam jika kita menaikinya dan mendendangkan lagu lagu indie kegemaran remaja masa kini seperti 'Dan Sebenarnya' ataupun 'Lagu Untukmu'. Ia sangat indie!!!

Wednesday, February 17, 2010

Injured Itu Sama Dengan Cedera

Akibat semangat ingin bermain yang terlalu tinggi dan terlalu bersungguh, lutut gua menerima habuan ikhlas daripada sahabat gua. Kini, daripada menjadi penyerang ternama di kota Manjung, gua boleh diibaratkan seperti tukang sapu sampah di tepi jalan dan hanya dihina dan dipandang sepi oleh orang ramai. Gua sudah tak boleh berlari selincah dulu. Gua nak lompat macam belalang pun tak boleh dah. Baru sekarang gua sedar macam mana deritanya belalang yang pernah gua cabut kaki belakangnya sewaktu gua kecil dulu. Kejam!

Mungkin gua akan berehat sebulan daripada arena bola sepak... Nantikan kemunculan semula gua dalam sukan kegemaran gua ini. Bro! Minyak Gamat Haji Selamat lu letak mana ha? Nak urut ni!

Ada menggelupur macam ni jugalah gua masa kena tackle tadi.

Wednesday, February 10, 2010

Jawatan Kosong : Penari Berbakat

Jika ada sesiapa yang mahu mencari bangsa Melayu yang pandai di dalam bidang tarian India untuk digunakan di dalam persembahan teater, opera Cina dan sebagainya, bolehlah hubungi gua di dalam ruangan komen ok. Semoga kerjasama lu orang semua dapat membantu sahabat gua di atas dalam mencari side income untuk membantu meringankan beban kehidupannya.

"MLM ni aku tak minat. Konsep piramid ni haram!" - Sahabat gua. (Nama terpaksa dirahsiakan)

Mari Main Tag Tag Tok!

Gua kena tag lagi. Siapa yang tag gua? Tak lain tak bukan, dialah junior gua waktu belajar di universiti dulu. Tapi haram tak pernah jumpa pun! Ni lah kerja orang yang tak ada kerja yang sebenar, dok sibuk tag orang saja. Lempang mau? Jadi, inilah jawapan untuk semua persoalan lu tu:

1) Where is your cell phone?
I don't have cell phone but I have henpon.

2) Relationship?
Yes. I like eat sheep very much.

3) Your hair?
Hairy.

4) Work?
Main fesbuk.

5) Your siblings?
8 orang.

6) Your favorite thing?
Henpon. Mana mana gua bawa. Kalau tak ada, hidup rasa tak lengkap.

7) Your dream last night?
Tak mimpi apa apa langsung. Bangun bangun je terus masuk bilik air dan tak sempat nak fikir ada mimpi ke tak.

8) Your favorite drink?
Asal lepak kedai saja mesti gua order limau suam. Setakat ni susah betul nak keluar nama minuman lain. Tapi hari itu ada minum sirap selasih. Macam boleh blah.

9) Your dream car?
Car-lito cabana.

10) Your shoes?
saiz 10. Tapi kadang kadang boleh jadi saiz 9 lak. Kaki gua ni pandai pula main main kembang kuncup.

11) Your fears?
Fear faktor!!!

12) What do you want to be in 10 years?
Abah.

13) Who did you hang out with last weekend?
Ikut Ajabari ambil gambar. Biasalah, orang baru beli kamera baru, hati pun sudah dup-dap-dup-dap mau pergi ambil gambar.




14) What are you not good at?
Main badminton. Hari tu main gua kena smash kat dada. Mujur tak kena komplikasi jantung berlubang. Tapi dada gua merah macam kena 'gigitan cinta'. Jenis tak bertimbang rasa punya orang yang smash gua tu.

15) One of your wish list items?
Nak jadi Abah.

16) Where you grew up?
Merata rata. Sedar sedar saja sudah besar.

17) Last thing you did?
Jawab soalan nombor 16 la dol!

18) What are you wearing?
Baju kaler hijau dengan seluar hitam. Seluar tu gua gosok separuh saja. Belah atas kedut kedut lagi. Housemate gua tanya kenapa dibiar berkedut? Gua jawab gua nak jadi Grunge!

19) What aren’t you wearing?
Baju Sari.

20) Your pet?
Tak ada. Tapi gua ada bagi satu kucing ni makan roti. Dia membalas kemuliaan gua dengan memberikan pelaburan yang cukup menyengat hidung gua di halaman rumah gua.

21) Your computer?
Kat rumah Abah gua. Abah gua tengah guna agaknya sekarang.

22) Your life?
Syukur alhamdulillah.

23) Missing?
Baju Woodstock gua. Shiak betul siapa yang curi!

24) What are you thinking about right now?
Makan roti sardin kat kedai Chot. Lapar doh!

25) Your car?
MYVi. Baru tukar tayar semalam. "Bos, bila lu sutah guna sampai limaplaslibu, lu kasi lotet depan belakang ok!"

26) Your favorite color?
Hitam.

27) Last time you laughed?
Baru saja kejap tadi lepas tolong seorang ustaz ni connect kan broadband dia.

28) Last time you cried?
Masa kecil saja.

29) Love?
Soalan terlalu umum la. Siapa yang buat tag ni???

30) So who wants to share their ONEs??
Ya, nama gua Wan dan gua tak mau share apa apa dengan orang lain. Pergi cari nama orang lain.

Saturday, February 6, 2010

Air Pancut

Eh, apa tu?

Ah, apa benda yang berair air tu?

Eh, eh...memancut mancut pula tu.

Takkan ada gangguan makhluk halus pula.

Ni waktu siang ni.

Berani sungguh hantu ni main waktu siang.

Tak takut kena bakar ke?

Nak kena tengok ni.

"Woi! Tak malu ke?! Ei, tak malu!!!"

Rupa rupanya anak jiran gua yang memancut di halaman rumah gua. Sekali gua sergah, kelam kabut dia berundur tanpa menyedari pancutannya masih belum sempat dihabiskan. Terpinga pinga anak jiran gua tu. Patutlah halaman rumah gua tu makin subur. Ada orang bagi baja paling subur rupanya.

p/s: Pagi tadi anak jiran gua tu nak pancut lagi di halaman rumah gua. Nasib baik dia sempat usya dalam rumah dulu. Kalau tak, memang gua baling batu kasi kena 'barang berharga' dia tu. Dengan kadar segera dia berundur untuk memancut di dalam rumah.

Thursday, February 4, 2010

Pengalaman Makan Malam Saya Yang Tidaklah Seghairah Mana.

Ada satu malam tu gua ikut housemate gua pergi beli barang kat kedai alat tulis. Katanya nak guna untuk buat tagging kat pejabat dia. Gua yang kebetulan tak ada kerja, terus bersetuju untuk ikut dia pergi beli barang-barang tersebut walaupun dia tidaklah mengajak gua pun. Berbekalkan baju jersi Malaysia belang kuning hitam, gua dan housemate gua terus bergerak menuju ke kedai alat tulis.

Dalam kereta housemate gua begitu asyik bersembang pasal komik kegemerannya iaitu 'Pedang Setiawan'. Pernah terlintas juga dalam fikiran gua untuk mencari pedang ini di sekitar bandar Setiawan, mana tau jumpa, untung-untung, bolehlah gua masuk kelas sambil bawa pedang. Ini secara tidak langsung akan mendatangkan rasa gerun pelajar pelajar terhadap gua. Jadi, tak adalah mereka semua akan bersikap loyar buruk terhadap gua. Mana yang cuba buat onar, gua akan ugut untuk mencincang mereka sebanyak 14 kepingan!

Tanpa disedari, gua dan housemate gua sudah tiba di hadapan kedai alat tulis. Kedai tu namanya macam bunyi orang tengah bersin. Ah Chiew namanya. Risau juga gua kalau masuk dalam kedai kena buat buat bersin. Ingat tak letih ke kena bersin bersin ni? Di dalam kedai, housemate gua terus mencari cari barang barang yang diperlukannya. Akibat susunan kedai yang begitu sistematik, maka ia memudahkan proses pencarian barang housemate gua. Kebetulan juga gua berjumpa dengan student gua. Mula mula gua ajak sembang, tapi memandangkan bos dia asyik usya usya panas, terpaksalah dia membatalkan hasratnya bersembang dengan gua. Baru gua sedar yang dia bekerja di kedai Ah Chiew itu. Maka, dengan itu gua berpesan, "Lu pergilah kerja. Nanti tak dapat gaji, susah lak nak beli buku gua." Lalu, student gua pun berlalu pergi dengan hati yang riang dengan mengetahui bahawa gua tak akan kecil hati dengan tindakan beliau.

Setelah beberapa minit berlalu, housemate gua sudahpun memperolehi ke seluruhan barang yang diperlukannya. Terpancar keriangan di wajahnya. Seolah olah dia sedang shuffle di atas titian pelangi. Fantasi kanak kanak sungguh. Sebaik membayar untuk segala barang yang diperlukannya, gua bersuara.

"Makan jom bro."

"Kat mana bro?" housemate gua bertanya. Wajah masih seperti sedang bershuffle di atas titian pelangi.

Gua cuba berfikir keras untuk memilih tempat makan yang perlu dituju. Boleh dikatakan hampir semua tempat makan di Manjung ni gua dah pergi. Sehinggakan sukar bagi gua untuk membuat pilihan. Sesungguhnya, hidup ini memang penuh kesukaran untuk membuat pilihan. Namun begitu, secara auto dan tiba tiba, mata gua terpandang ke sebuah kedai. Sebenarnya, bukan kedai itu yang gua pandang, tetapi mata gua lebih tertancap rapi memandang si gadis yang sibuk mengambil order dengan gaya yang begitu menggoda dan mempesonakan sekali. Ah, ini merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan, lebih lebih lagi mata gua sudah lama tidak dibersihkan. Kini, di depan mata sudah ada sesuatu yang indah untuk membantu memproses kekotoran di dalam mata gua.

"Tu, tu. Kat situ kita makan bro. Ada awek cun doh," kata gua sambil menjuih juih bibir menunjukkan kedai tersebut.

"Mana, mana?" tanya housemate gua sambil kepala menggeleng geleng.

"Tu ha!" Lantas gua memegang kepalanya untuk difokuskan ke arah gadis cun itu.

"Cun, cun. Apalagi, jomlah mengganas!" housemate gua memberi arahan.

Dengan langkah ala ala George Clooney dan Brad Pitt di dalam filem 'Ocean Eleven', kami terus menuju ke kedai gadis cun tersebut. Untuk menampilakan gaya yang lebih kool, kami memilih untuk duduk di meja luar. Angin yang sepoi sepoi bahasa cukup membantu dalam memberi efek khas untuk mengorat gadis cun itu. Dengan gaya lagak yang mempesona gua angkat tangan sambil berkata.

"Dik, order ye." suara gua dah macam Mahadzir Lokman dah waktu tu.

Housemate gua tersenyum riang. Masih shuffle di atas titian pelangi agaknya.

Gadis itu memandang gua dan housemate gua. Di capainya kertas untuk mengambil order lalu menuju terus ke meja gua.

Hati gua berbunga bunga apabila gadis itu seperti rela hati untuk melayan pelangganya yang istimewa ini.

Si gadis Melayu yang jelita semakin menghampiri gua dan housemate gua.

Housemate gua masih senyum dan tershuffle shuffle di atas titian pelangi.

Daripada hati berbunga bunga, tiba tiba jantung gua berdegup kencang. Ya. Memang laju degupannya.

Housemate gua pun sama. Malah, gua juga turut mendengari degupan jantungnya. Kini, dia tidak lagi tersenyum riang dan tidak lagi bershuffle di atas pelangi.

Si gadis sudah hampir. Bukan hampir. Tetapi sudah di depan mata. Di tariknya kerusi dan duduk di sebelah gua.

"Ye bang, nak makan ape ye?"

Gampunk! Ada halkum!!!

Monday, February 1, 2010

Hari Hari Panjat Bukit, Indiana Jones Pun Boleh Sengal Sengal Badan

Sabtu yang lepas, bersama 3 orang sahabat, gua mengikuti satu ekspedisi memanjat Bukit Ungku Busu. Hadoi! Nama tak thrill langsung. Apahal bagi nama macam tu pun gua tak tau. Nak naik pun takde semangat bila letak nama macam tu. Letak la nama yang sedap sedap sikit, Bukit Ini Sedap sebagai contoh nama bukit yang bagus.

Trek naik bukit ni pun tak adalah mencabar sangat bagi gua. Main futsal tanpa warm up lagi penat gua rasa. Tinggi pun 1000 kaki lebih je. Naik turun bukit ni pun mau dalam 1 jam lebih je rasa. Tu pun kalau tak banyak berhenti. Pengalaman pertama gua naik bukit ni memang penat macam haram. Dah la air tak bawak! Lepas tu gua ikut orang yang jenis naik bukit berlari. Gila apa?! Ingat gua siapa ha nak naik bukit berlari, Naruto ke? Tambahan pula, gua naik bukit tu lepas waktu kerja, memang lain macam la dia punya penat.

Tapi, kali ni punya daki, gua dah bagi arahan kat kawan kawan gua supaya naik slow slow. Mana yang cuba nak berlari, gua akan tanpa ragu ragu tempeleng dari belakang. Apa, ingat nak berlumba ke apa? Jadi, ini adalah beberapa keping gambar yang sempat gua ambil sepanjang pendakian ke puncak bukit ni. Ada beberapa kali juga peluh menitik kena kamera gua. Menggelupur gak gua nak mengelap balik!

Sahabat gua yang terselamat daripada tempeleng gua. Mujur dapat jenis ikut arahan.






Jadi, ini lah hasil yang tak seberapa daripada gua yang naif ni. Kalau ada fotografer National Geographic yang usha usha blog gua ni lepas tu komen kaw kaw punya, mau menangis kegembiraaan gua dibuatnya. Ok lah, gua nak gi gosok baju jap. Sok nak kerja balik dah ni. Tiga hari dah cuti ni.