Friday, April 30, 2010

Hari Ini Tak Tahu Nak Buat Apa. Jadi Tulis Macam Diari Ok Dah Kot (sambungan)

Pukul 2.30

Belum tiba waktu masuk kerja. Baru sudah solat fardhu Jumaat. Oleh kerana masuk kerja pukul 2.45, jadi gua ada masa lagi nak pergi panggung wayang, mahu beli tiket Iron Man 2. Cerita yang menjadi kegilaan ramai remaja dan kanak kanak masa kini. Sebab tu kita boleh lihat ramai remaja sekarang cuba bunuh diri, ingat kuat macam Iron Man agaknya. Tetapi sebenarnya hati mereka terlalu bertaman. Jadi apabila cinta ditolak, mereka tidak mahu lagi hidup di dunia. Bangang!

Pukul 2.45

Tiket wayang sudah dibeli. Tempat duduk hampir full. Gua pun dapat seat 5 baris dari depan. Kira bersyukur jugalah daripada dapat baris depan sekali. Duduk depan sekali, alamatnya keluar panggung leher telenglah. Pergi 7-E cari Yoko Yoko. Sekarang gua dah sampai pejabat. Atas meja dah penuh dengan tugasan budak budak gua. Tapi ada yang tak hantar lagi. Heh, cuba bermain main dengan gua ya? Hantar hari Isnin ni jagalah, 10 markah gua tolak. No poligami...errr...no kompromi.

Pukul 4.20

Lagi 40 minit nak balik. Tepat pukul 5 petang gua ingat nak balik terus. Sekali baru teringat, ada budak budak gua nak buat pembentangan. Maka, terpaksalah gua tunggu. Suruh buat awal awal tak mahu. Mujur gua belum tengok Iron Man lagi. Kalau tidak dah lama gua tembak bahagian perut laju laju. Tadi waktu nak masuk balik kerja gua terpandang satu benda yang menarik perhatian. Ada seorang mak cik ni bawa anak dia naik motor. Mak cik tu pakai helmet, tetapi anaknya tidak. Namun gua rasa itu bukan satu tindakan yang berbahaya pun. Ini kerana anak mak cik tu pakai baju superman. Jadi, kalau ada malang berlaku, rasanya anak mak cik tu boleh handle agaknya. Biasalah, superman kan?

Jadi gua rasa cukuplah sampai sini sahaja. Perut pun dah rasa macam nak meragam. Nak tunggu waktu balik pun rasa macam terseksa pula. Ni yang mudah rasa nak dalam delima ni. Dem!

Hari Ini Tak Tahu Nak Buat Apa. Jadi Tulis Macam Diari Ok Dah Kot.

Pukul 6.15

Gua bangun pagi. Tengok jam sudah pukul 6.15. Badan rasa tak sedap. Rasa macam gulai tempoyak basi. Gua buat regangan badan dulu. 'Ketup!'. Badan gua meletup. Terus rasa segar. Sesegar daging baru sembelih. Gua capai tuala kuning gua dan terus berlalu ke bilik air. Gua buka pili air. Air memercik mercik keluar. Ada setitis air melompat kena perut gua. Oh gila sejuk pagi ni. Perut gua terus menggeletar tanda menggigil.

Pukul 6.30

Habis mandi, gua terus menunaikan solat subuh. Habis solat subuh gua baca doa memohon kemaafan. Selepas baca doa gua terus keluar rumah. Nak hirup udara segar kononnya. Di luar rumah tanpa segan silu, gua terus sedut nafas dalam dalam. Kalau boleh di x-ray jantung gua ni, memang boleh nampak besar gila kembangnya. Tetapi, sedutan gua terhenti apabila bau busuk taik kucing menusuk hidung gua. Siot punya kucing, pagi pagi dah buat malang kepada gua. Dengan rasa marah, gua terus duduk atas kerusi dan ketip kuku. Sunat ketip kuku hari Jumaat.

Pukul 7.00 pagi

Air sudah masak. Panas. Kalau curah di muka boleh melecur tahap maharaja. Tetapi, tak adalah gua nak mengada ngada nak tuang air panas atas muka. Gua tuang dalam kole yang berisi milo 3 in 1. Kemudian gua tambah air suam sikit. Lepas tu, gua kacau laju laju sampai sebati. Gua hirup satu kali. Peh! Sedap tak ingat. Gua terus bakar rokok dan masuk jamban. Baru feel!

Pukul 7.15

Gua bersiap siap nak pergi kerja. Tempek bedak di perut dan bahagian dada. Bahagian dada gua guna deodorant. Lepas tu gua sarung baju kotak kotak gua. Alamak, macam budak budak Indie. Seluar gua tak lupa sarung. Takkan nak pakai kain pergi kerja? Sangat tak terampil. Kemudian gua pakai stokin Alain Delon jenis murah. Walaupun berharga murah, tetapi bila pakai terus rasa macam Donald Trump. Semangat nak kahwin model antarabangsa terus meninggi. Keluar rumah, mangga pintu, hidupkan kereta, on radio, gua terus bergerak ke tempat kerja. Pagi pagi lagi Salih Yaacob dah buat lawak yang buat gua tersedak. Dem you!

Pukul 7.45

Sudah sampai tempat kerja. Air cond dalam pejabat tak berfungsi dengan baik. Walaupun berbunyi, tetapi tidak mengeluarkan angin sejuk langsung. Panas. Ketiak dah basah basah, tapi bau wangi masih maintain. Ambil barang barang yang patut dan terus menuju ke kelas sambil nyanyi lagu 'Menuju Puncak'. Tangan pula dituju tuju ke udara tanda gembira.

Pukul 9.00

Kelas sudah habis. Budak budak gua tak buat banyak perangai. Sebabnya, gua bagi latihan hari ini. Semua tekun menjawab. Ada seorang dua sahaja yang tekun tidur. Gua hentak meja satu kali terus tersedar segar. Jawab soalan pun laju semacam. Macam lipas kudung. Gua pergi makan selepas itu menunaikan hajat sang perut. Makan depan hospital. Memang mahal gila. Tetapi oleh kerana sedap, gua tak berapa kisah. Bayar mahal tetapi kualiti terjamin, mana mana pelanggan tak kisah sangat. Tetapi, jikalau mahal dan kualiti tidak bagus, memang mudah buat kita nak membunuh.

Pukul 10.00 hingga sekarang

Gua dah tak ada kelas langsung dah. Jadi gua buat buat sibuk dengan menaip entri ini. Baru boleh nampak macam guru cemerlang. Kalau ada orang tanya buat apa, gua jawablah, "Tengah prepare bahan pengajaran untuk minggu depan ni,". Amacam, stail tak jawab macam tu?

Eh, perut dah rasa lapar pula. Jom keluar makan! Petang gua sambung diari lagi ok.

Monday, April 26, 2010

Pustaka-Man

Dia diibaratkan sebagai seorang pahlawan. Pahlawan bagaimana? Pahlawan yang menempuhi hari hidupnya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku, majalah, artikel, jurnal dan pelbagai lagi jenis penulisan yang mungkin wujud di dalam sesebuah perpustakaan. Sebagai pustakawan, dia bertugas dalam membantu orang ramai menemukan buku buku, majalah majalah, artikel artikel, jurnal jurnal atau pelbagai jenis penulisan yang mungkin wujud di dalam sesebuah perpustakaan. Namun begitu, di dalam era serba canggih dan menembusi tembok globalisasi kala ini, seseorang pustakawan itu juga perlu membantu orang ramai yang memerlukan bantuan dalam mencari sesuatu informasi menggunakan komputer, basis data elektronik dan peralatan pencarian di internet. Pendek kata, ilmu ilmu dunia canggih ini perlu berada di hujung jari seorang pustakawan.

Dalam soal ini, pustakawan ini dirujuk sebagai seorang lelaki yang bekerja di dalam perpustakaan. Tetapi, bagaimana jikalau yang bertugas itu seorang perempuan? Oh, dalam hal ini mudah sahaja, dia akan dipanggil sebagai pustakawati. Benarkah ia digelar sebegitu rupa? Ah, biarkan sahaja, bukan itu yang hendak kita fokus di sini. Usah biarkan benak fikiran kita dipenuhi perkara perkara yang remeh itu. Banyak lagi benda penting yang perlu kita fikirkan dan inilah yang hendak disampaikan di dalam cerita ini. Kisah seorang pustakawan yang menempuhi hidupnya yang dipenuhi cabaran dan halangan akhirnya di angkat sebagai adiwira lalu di gelar sebagai Pustaka-Man.

Jadi, ayuh kita ikuti kisah Pustaka-Man ini. Teruskan membaca!

p/s: Gua dapat idea ini sewaktu duduk dalam perpustakaan petang tadi sambil memerhatikan seorang pustakawan yang bertugas menyusun buku dengan begitu asyik sekali. Gua tengok tangan dia bukan main ligat lagi susun susun buku ni. Macam David Blaine buat magik guna kad daun terup. Memang asyik. Jadi, macam mana, terpengaruh tak baca intro gua ni?

Friday, April 23, 2010

Status

Sedang menonton '500 days of summer' dengan lelaki Kedah yang menontonnya sambil berbaring ghairah. Oh, hidup ini tidak sebenarnya seindah seperti dalam filem.

Ini bukan cerita cinta.

Gua adalah lelaki rock ok.

Dan lelaki rock tidak layan cerita cinta.

Tetapi Prodigy bukan.

Sekian.

Thursday, April 22, 2010

Memecut Laju

Semalam, petang. Waktu tu macam nak hujan. Langit memang dah gelap. Semangat nak main bola dah macam down sikit. Tapi, gua tak boleh nak batalkan hasrat gua terus. Sebabnya, gua yang beria ria ajak kawan kawan gua main, takkan gua yang nak kensel main bola ni. Rasa macam tak patut saja. Jadi, dengan hati yang berat, gua pun masuk kereta, lalu menghidupkan kereta, dan terus memandunya bersama sama aroma stokin bola yang gua lupa nak basuh. Ow, boot gua boot Lotto yang berharga RM79.00.

Sampai satu simpang yang ada lampu isyarat yang waktu tu tengah berkaler merah, lalu gua berhenti betul betul atas garisan putih. Ilmu yang gua belajar waktu kelas memandu dulu, gua praktikkan sepenuhnya. Orang ramai sekarang ni dah tak skema sangat macam waktu mereka belajar memandu dulu. Kalau suruh cium lutut cikgu memandu pun mereka sanggup semata mata mahu lulus. Tetapi, gua tidak, terus skema dari dulu lagi.

Tengah tengah tunggu lampu isyarat nak hijau, gua nyanyi lagu 'Fantasia Bulan Madu'. Terus rasa macam Wahid Senario. Kemudian, ada sebuah kereta kancil hitam berhenti betul betul sebelah gua. Pemandunya seorang perempuan yang berkategori mak cik. Jadi mood nak mengorat tu tak ada lansunglah. Kelihatan di bahagian tempat duduk belakang dipenuhi dengan anak anak mak cik itu. Kebetulan pula gua memang turunkan tingkap kereta dan kereta mak cik tu pun tingkapnya diturunkan. Jadi, gua dapat mendengari perbualan anak anak mak cik itu.

"Dia bawak beskal dia laju gila adik tengok tadi. Pastu terus jatuh tau."

"Ala, akak pun pernah tengok la!"

"Bila akak tengok? Nak tipu lagi la tu!"

"Betul la! Tuduh tuduh orang pulak!"

Gua yang melihat perdebatan adik beradik itu terus tersenyum sinis sambil memandang mereka. Macam budak budak. Hehehe.

Namun dengan tidak semena mena, gua terus memecut laju tanpa menunggu lampu isyarat betul betul bertukar menjadi merah kemerahan. Waktu ni faktor keselamatan tak menjadi keutamaan, yang penting gua dapat pergi jauh.

"Apa senyum senyum hah?!"

Siot! Gua kena herdik dengan mak budak budak tu. Malu gila gua!

Tuesday, April 20, 2010

Tidur vs Sakit Perut

Mata gua dah kuyu kuyu sedap waktu menaip ni. Menguap usah kira, entah dah berapa puluh kali agaknya. Siap keluar air mata lagi tanda mengantuk. Semalam gua tak dapat nak tidur. Tidur gua tak sedap, sangat tak sedap. Selang sepuluh minit gua akan kembali terjaga. Bayangkan dari pukul 12 tengah malam gua cuba tidur, dan selang 10 minit pasti gua terjaga kembali. Entah berapa minit gua sudah rugikan dalam menghasilkan peniduran yang paling sedap di dunia. Tetapi, ini malam gua akan cuba pastikan dapat tidur yang sedap. Jadi, sebelum tidur gua nak ambil wudhuk dulu. Kalau nak buang angin sekalipun, gua akan tahan walaupun muka naik berurat urat menahan. Lepas tu gua baca ayat kursi dengan tajwid yang betul berserta selawat dan bismillah 21 kali. Moga moga gua akan dapat tidur yang sedap.

Tetapi mengapa waktu dah nak dapat feel mengantuk yang sedap, waktu ni jugalah rasa nak membuang air besar tu menaik? Memang tak boleh tengok gua senang langsung.

Aduh, aduh, aduh.

Saturday, April 17, 2010

Entri Nak Marah Marah, Tapi Akhirnya Rasa Seronok Pula.

Giggs main macam sial.

Scholes nak try malu malu.

Bengap punya kuda tua!

Yang Pak Cik Alex keluarkan Valencia apahal?

Dia tu tengah menaik tu performance dia!

Keluarkan Valencia masukkan Berbatov.

Bebal gila main. Dah la rambut belah tepi.

Bajet smart!

Nampak gaya seri lagi la game hari ini.

Nak tidur mesti tak ada mood kejap lagi.

Eh, eh. Apahal lain macam ni?

Eh. Alamak! Kuda tua score la pula.

Si Scholes pula tu.

Tadi marah marah dia, ni nak rasa gembira dah rasa serba salah pula.

Ah, lantak la. Bukan dia tau pun gua marah dia.

Apa lagi, jom la lompat lompat tanda gembira.

Terima kasih Abang Scholes.

Giggs sial!

Abang Scholes nak ajak Abang Given beromen. Abang Scholes gaya tak sabar sabar.

Tuesday, April 13, 2010

Berlari

Waktu kala itu sudah lewat malam. Malam itu gelap sekali. Bintang pun tiada menunjukkan sebarang tanda ia akan muncul di balik balik awan. Hujan mau turun barangkali. Begitulah tanda tanda yang dapat kita lihat jika hujan mau turun.

Gua capai remote Astro dan terus membuka saluran 701. Sekonyong konyong itu keluarlah rancangan 'So You Think You Can Dance'. Kala itu ia menayangkan bahawa program realiti tari menari kini hanya tinggal 4 peserta terakhir sahaja. Yang lain sudah tersingkir. Balik rumah bersedih dan menangis bercangkir.

"What the hell?! Kenapa setiap rancangan realiti ini perlu ada adegan menangis kalau ada peserta tersingkir? Ini semua karut! Air mata yang dikeluarkan secara pendustaan!" hati kecil gua menjerit padu akibat rasa tidak puas hati.

Begeruuummm!

Guruh berbunyi berdentum. Gua terkejut. Sedikit melompat dari kedudukan gua. Hati ada rasa sedikit berdebar.

Broooossshhhh!

Bunyi hujan turun. Sangat lebat. Gua tekankan lagi metaforanya. Gila babi lebat tak ingat! Tapi syukur alhamdulillah. Ini hujan rahmat. Rumah gua yang sentiasa dipenuhi kesibukkan sang bahang yang sentiasa memanaskan ruang dalaman rumah akhirnya akan mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih sang hujan kerana menyejukkan kembali diri dan rumah gua.

Gua berjalan ke dapur. Orang cakap hujan hujan sejuk macam ini sangat asyik jika buat air panas. Kebetulan kawan serumah gua ada masak air tadi, jadi tidak perlulah gua panaskan air lagi. Sepeket Milo 3 in 1 gua capai lalu dengan sukatan air yang biasa gua buat, gua hasilkan air milo paling sedap dan enak di dunia.

"Oh, sedapnya," semangat nak bermain bola menaik bila menghirup milo yang diklasifikasikan sebagai minuman tenaga ini.

Ketebum! Ketebak!

Ah, apa binatang haram pula bunyi ni? Tidak bolehkan tengok gua bersenang lenang menghirup minuman milo buatan gua sendiri ini? Dengan langkah ingin tahu, gua cuba mencari bunyi apakah yang cuba mengganggu keghairahan gua meminum milo ini.

Gua bergerak masuk ke dalam bilik kawan serumah gua. Dia tak ada, pergi ke Pulau Pinang katanya kerana ada kursus. Mungkin kerana tahu kawan gua itu tiada di dalam bilik, ia mahu duduk menumpang. Seberani berani gua, dalam hati tetap tersorok sedikit ketakutan. Tetapi sebagai lelaki, diri gua harus tonjolkan sifat gagah dan berani. Pada saat itu terasa seperti Vanessa Mae sedang bermain biola di sebelah gua dengan bunyi yang cukup menyeramkan dan saspen sekali.

Gua buka pintu bilik sahabat gua. Gua buka perlahan. Pintu berbunyi nyaring. Gua kuak sedikit pintu kasi luas. Vanessa Mae masih lagi main biola bunyi saspen di sebelah gua.

"Babi! Gorgon masuk rumah!"

Gua terus berlari laju. Langkah seribu. Lari tak cukup tanah. Vanessa Mae pun lari sama di sebelah gua sambil tangan sibuk menggesek biola dengan tempo yang cukup laju.

Si Gorgon pula terus mengejar gua. Langkahnya besar sekali. Sekali sekala gua menoleh ke belakang. Gila! Makin dekat. Gua terus keluar rumah dan menempuh hujan lebat. Gorgon pun ikut sekali tanpa rasa segan silu. Gua teruskan pelarian. Gua tak nak hayat gua tamat dimamah oleh Si Gorgon. Jatuh standard kalau hidup ditamatkan oleh binatang buas yang hodoh. Sambil sambil itu si Gorgon mengeluarkan bunyi yang menggerunkan.

Ooorrggghhh! Ooorrggghh! Ooorrggghhh!

Sial lu gorgon! Apahal rumah gua jadi sasaran lu? Lu macam tak ada rumah lain nak masuk, rumah bujang juga lu cari. Cilakak lu!

Si Gorgon semakin hampir, tangannya semakin dekat mencapai bahu gua. Sekonyong konyong itu gua menjerit padu meminta pertolongan. Si Gorgon sudah menyeringai panjang tanda dia hampir berjaya. Vanessa Mae pula sudah jauh tinggalkan gua tapi tangan tak lekang menggesek biola.

***

"Kau tau tak, malam tadi aku mimpi berlari kena kejar dengan makhluk buas. Penat gak mimpi berlari ni," kata gua kepada sahabat gua iaitu Taramizi.

"Hang ni asyik mimpi je. Hari tu jadi serigala, ni kena kejar pulak. Karut!" Terus Taramizi tinggalkan gua berseorangan.

Salah ke kalau mimpi benda benda pelik ni? Bukan gua minta pun, dah mimpi tu nak datang sendiri. Eh, lu orang percaya tak ni?

Sakit Kaki

Oleh kerana gua sakit kaki hari ini gua tak dapat nak taip panjang panjang. Ya, menaip guna kaki memang sesuatu yang unik.

Wednesday, April 7, 2010

Tag: Bukan Tag Dalam Fesbuk!

Sejak balik dari Pulau Pangkor (sempena program Panggilan Pulau Ehoza), semangat nak menaip dan menulis gua tu agak kurang sikit la. Gua pun tak tau pasal apa. Mungkin pasal waktu BBQ kat Pangkor tempoh hari, gua kempunan nak makan sosej dengan bebola ikan panggang. Apa bengap gila pihak resort sediakan makanan sikit gila. Tak kesian ke kat gua yang penat berlari dalam air akibat dikejar budak budak Ehoza ni? Jadi gua patut disajikan dengan makanan yang berkhasiat, sosej contohnya.

Berbalik kepada tajuk entri gua, gua telah di tag oleh akak, eh silap, Mak Cik Kimmy yang sekarang sedang sibuk berbadan dua. Mak Cik ni, tengah tengah sibuk mengandung pun ada masa nak main main benda benda macam ni. Tak elok buat anak dalam perut. Sepatutnya dia perlu sibuk membaca surah Yusof atau surah Mariam agar anak dilahirkan kelak akan menjadi lawa dan cantik. Tapi tak mengapa, baka Mak Cik Kimmy dan husbandnya sememang jenis yang baik.

Ok, sudah cukup panjang mukadimah gua, ayuh gua jawab terus ini tag (macam sembang dengan budak sekolah tamil gayanya).

  1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
  2. Select the 8th photo in that folder.
  3. Post that photo along with the story behind it.
  4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Mula mula gua masuk My Computer. Lepas masuk My Computer gua dabel klik kat partition D. Gua tunggu sekejap pasal laptop gua dah berat, penuh dengan macam macam benda. Gua ambil rokok, gua bakar, lepas tu gua hembus perlahan lahan. Asap rokok terus terbang menerawang ke ruang udara. Housemate gua sedut asap itu, lalu terbatuk batuk. Gua minta maaf sebab hembus kasi kena sama dia. Gua pandang laptop gua kembali. Nampaknya dah masuk partition D. Gua terus dabel klik folder 'File Merepek'. Elok masuk dalam folder tu gua dabel klik pula folder 'Secret'. Kemudian housemate gua tiba tiba tukar channel kat tv. Gua jerit satu kali. Gua cakap gua nak tengok. Terus merajuk housemate gua tu. Masuk bilik terus tidur.

Selepas masuk folder 'Secret', tanpa buang masa gua terus pilih folder 'Changlunian Matrikus' dan terus memilih gambar no. 8.

Inilah gambar nombor 8 dalam folder 'Changlunian Matrikus' tu. Gila apa gua nak cerita dengan gambar ni? Serius sikit pun gua tak tau latar belakang gambar ni. Apa yang gua tau, masa gambar ni diambil, gua langsung tidak ada berdekatan dengan kawasan kejadian, jadi memang gua tak tau apa apa langsung. Jadi Mak Cik Kimmy, boleh terima tak jawapan macam ni? Sekurang kurangnya gua ada buat buat cerita sikit masa proses nak buka folder gambar gua ni. Amacam Mak Cik? Ok tak ni?