Friday, April 30, 2010

Hari Ini Tak Tahu Nak Buat Apa. Jadi Tulis Macam Diari Ok Dah Kot.

Pukul 6.15

Gua bangun pagi. Tengok jam sudah pukul 6.15. Badan rasa tak sedap. Rasa macam gulai tempoyak basi. Gua buat regangan badan dulu. 'Ketup!'. Badan gua meletup. Terus rasa segar. Sesegar daging baru sembelih. Gua capai tuala kuning gua dan terus berlalu ke bilik air. Gua buka pili air. Air memercik mercik keluar. Ada setitis air melompat kena perut gua. Oh gila sejuk pagi ni. Perut gua terus menggeletar tanda menggigil.

Pukul 6.30

Habis mandi, gua terus menunaikan solat subuh. Habis solat subuh gua baca doa memohon kemaafan. Selepas baca doa gua terus keluar rumah. Nak hirup udara segar kononnya. Di luar rumah tanpa segan silu, gua terus sedut nafas dalam dalam. Kalau boleh di x-ray jantung gua ni, memang boleh nampak besar gila kembangnya. Tetapi, sedutan gua terhenti apabila bau busuk taik kucing menusuk hidung gua. Siot punya kucing, pagi pagi dah buat malang kepada gua. Dengan rasa marah, gua terus duduk atas kerusi dan ketip kuku. Sunat ketip kuku hari Jumaat.

Pukul 7.00 pagi

Air sudah masak. Panas. Kalau curah di muka boleh melecur tahap maharaja. Tetapi, tak adalah gua nak mengada ngada nak tuang air panas atas muka. Gua tuang dalam kole yang berisi milo 3 in 1. Kemudian gua tambah air suam sikit. Lepas tu, gua kacau laju laju sampai sebati. Gua hirup satu kali. Peh! Sedap tak ingat. Gua terus bakar rokok dan masuk jamban. Baru feel!

Pukul 7.15

Gua bersiap siap nak pergi kerja. Tempek bedak di perut dan bahagian dada. Bahagian dada gua guna deodorant. Lepas tu gua sarung baju kotak kotak gua. Alamak, macam budak budak Indie. Seluar gua tak lupa sarung. Takkan nak pakai kain pergi kerja? Sangat tak terampil. Kemudian gua pakai stokin Alain Delon jenis murah. Walaupun berharga murah, tetapi bila pakai terus rasa macam Donald Trump. Semangat nak kahwin model antarabangsa terus meninggi. Keluar rumah, mangga pintu, hidupkan kereta, on radio, gua terus bergerak ke tempat kerja. Pagi pagi lagi Salih Yaacob dah buat lawak yang buat gua tersedak. Dem you!

Pukul 7.45

Sudah sampai tempat kerja. Air cond dalam pejabat tak berfungsi dengan baik. Walaupun berbunyi, tetapi tidak mengeluarkan angin sejuk langsung. Panas. Ketiak dah basah basah, tapi bau wangi masih maintain. Ambil barang barang yang patut dan terus menuju ke kelas sambil nyanyi lagu 'Menuju Puncak'. Tangan pula dituju tuju ke udara tanda gembira.

Pukul 9.00

Kelas sudah habis. Budak budak gua tak buat banyak perangai. Sebabnya, gua bagi latihan hari ini. Semua tekun menjawab. Ada seorang dua sahaja yang tekun tidur. Gua hentak meja satu kali terus tersedar segar. Jawab soalan pun laju semacam. Macam lipas kudung. Gua pergi makan selepas itu menunaikan hajat sang perut. Makan depan hospital. Memang mahal gila. Tetapi oleh kerana sedap, gua tak berapa kisah. Bayar mahal tetapi kualiti terjamin, mana mana pelanggan tak kisah sangat. Tetapi, jikalau mahal dan kualiti tidak bagus, memang mudah buat kita nak membunuh.

Pukul 10.00 hingga sekarang

Gua dah tak ada kelas langsung dah. Jadi gua buat buat sibuk dengan menaip entri ini. Baru boleh nampak macam guru cemerlang. Kalau ada orang tanya buat apa, gua jawablah, "Tengah prepare bahan pengajaran untuk minggu depan ni,". Amacam, stail tak jawab macam tu?

Eh, perut dah rasa lapar pula. Jom keluar makan! Petang gua sambung diari lagi ok.

No comments:

Post a Comment