Saturday, May 30, 2009

Zaman merdeka mana gua lahir lagi!



Waktu ini Tunku Abdul Rahman baru sahaja mengumumkan pembebasan Malaysia daripada jajahan British. Tunku ajak gua dan rakan rakan makan bihun goreng yang disediakan. Sedap sungguh masakan orang dulu dulu. Makan pula masih beradab.

Dibenarkan ke tindakan ini?

Boleh ke gua posto tiap masa ni?

Gua rasa macam kerap je gua memposto.

Agak agak lu orang kan, orang orang blogspot boleh gantung gua tak?

Yela, macam FAM gantung Halim Napi kasi tak boleh main.

Saspennya rasa masa menaip ni.

Tapi gua kisah apa.

Janji gua hepi.

Bukan diorang bayar gaji gua pun.

Sedap kentaki ini...

Nak jadi cikgu belajar rajin rajin ye.

Baju baju dan seluar seluar dah siap gua lipat. Termasuklah seluar yang kecil.

Peralatan dan kelengkapan gua pastikan ia sentiasa mencukupi agar tidak kucar kacir di lain hari.

Berus gigi, ubat gigi, syampu, dodoren dan minyak rambut gua masukkan dalam beg paling awal. Kalau tak bawa, macam mana gua nak kelihatan menarik dan da bomb di depan gadis gadis jelita. Memang capeles la kalau muka kelihatan serabai dan diiringi gigi yang kuning serta bau ketiak yang palat baunya.

Minyak kereta gua dah isi awal awal. Malas gua nak berhenti dua tiga kali isi minyak. Gua dah muak mengayakan tokey tokey stesen minyak. Tapi gua akan berhenti jika perut gua atau salauran pundi kencing gua mula memainkan peranan sebagai pembuang toksin.

Orait. Masa dah time. Gua nak bertolak pulang dah ni. Gua kena sambung belajar la. Dah jadi cikgu pun nak belajar lagi. Gua hidupkan kereta, tekan minyak sepam dua untuk panaskan enjin, gua angkat tangan pada azahari dan gua terus pecut pergi.

Friday, May 29, 2009

Entri Yang Ke Dua

"Cikgu!" Kelihatan seorang pelajar memanggil gua.

"Ha, kamu nak apa?" tanya gua.

"Cikgu, saya nak tanya. Markah usahawan camner? Bape orang lulus? Bape orang gagal?"

"Saya tak habis tanda lagi. Kamu tunggu jela. Nape nak tau cepat lak?" tanya gua kehairanan.

"Bukan apa, tak senang duduk saya dibuatnya. Balik dorm asyik mundar mandir je. Cikgu tanda la cepat sikit. Saya nak tengok" terang pelajar gua ni.

"Peh, awak lak mengarah saya??? Awak tu hantar asemen lambat gila, nak saya suruh siapkan cepat. Ni dah lebih!"

Darah gua mendidih. Kepala otak gua sekarang tengah flashback balik cerita ong bak 2. Tak semena mena, satu lompatan siku gua kenakan pada student gua tu.

"Hiyah!!!"

notapesanan: tang ending tu, gua reka reka je.

Tiap hari kol,bikin gua panas je...

Berkata seorang pak mentua kepada menantunya.

"Dalam hidup ni ada 3 benda kita kena jaga."

Dia menyambung "Pertama keluarga. Kedua harta. Ketiga MLM."

Kemudian si menantu membalas.

"Tapi bagi saya, 3 benda ni saja saya akan jaga. Pertama agama saya. Kedua keluarga saya. Ketiga peribadi saya." Ujar si menantu.

Pak mentua terus terdiam terkesima ternganga.

Si menantu pula terus pecut pergi menaiki keretanya meninggalkan pak mentua bersama kakak iparnya...