Thursday, July 30, 2009

Hidup Ini Perlu Bersyukur

Kini gua dah boleh bernafas seperti biasa.

Assalamualaikum. Entri kali ini akan berunsur Islamik sedikit. Alhamdulillah, selesema gua dah semakin pulih. Gua pun dah boleh bernafas dengan sempurna. Tidak ada lagi tersumbat sumbat dah hidung gua ni. Kira kalau hisap rokok, asap rokok tu bolehlah dihembus keluar melalui dua lubang hidung yang dibekalkan oleh Allah. Kalau masa tersumbat, asap keluar ikut satu lubang saja. Kadang kadang nampak unik jugalah. Gua mengajar pun dah jadi seronok balik la. Para pelajar gua pun jadi terhibur tengok cikgunya dah sihat dan mula menghibur semula. Ada juga seorang dua pelajar gua yang menitiskan air mata tengok gua sihat. Amacam, terharu tak weh? Apa apa pun gua nak ucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana kembali menyihatkan semula hambaMu ini.

p/s: esok gua akan kembali rock semula.

Wednesday, July 29, 2009

Selamat Pengantin Baru!

"Hello! Selamat pengantin baru weh. Apalah, kahwin tak ajak," suara gadis sunti keluar dari celah celah lubang henpon gua.

"Hah? Kahwin? Kalau awak sudi, saya ok je jadi pengantin awak." Heh. Gua balas kasi betul betul menikam jantung.

"Ooppss. Sori. Salah nombor." Toot. Toot. Toot.

Tu la, siapa suruh kol orang malam malam buta, kan dah salah nombor. Gua fikir gadis sunti je, kalau jantan tadi, memang gua dah keluarkan formasi caci-maki-hina-keji dah tadi. Terganggu mimpi gua mandi dengan Jessica Alba. Mandi dengan Jessica Alba tu beb, sah sah berahi.

notakakidahbolehposting: Broadband gua dah ok. Ahakz. (Stail gelak paling jahanam nih!)

Monday, July 27, 2009

Lu Connect, Gua Kensel. Gua Jadi Sedih...

Sukran Mat Jamil

Apa pasal broadband Sukran Mat Jamil boleh digunakan tapi gua punya broadband tak boleh digunakan?! 3 hari gua asyik tekan kensel-connect-kensel-connect-kensel-connect. Tapi tak terkonek konek jugak! Macam cilake! Macam mana gua nak meluncuri internet dengan bergaya? Macam mana gadis gadis sunti yang sibuk meluncuri laman web gosip gosip panas ingin mengetahui isi hati gua? Macam mana gua nak buat Prodigy jadi gelak macam setan? Macam mana gua nak Eina taip dalam komen gua sambil melompat lompat seperti katak?

Gua karate sedas broadband gua sampai lemah longlai.

Broadband Sukran Mat Jamil pula gua usap kasi berahi.

Friday, July 24, 2009

Dia Bernama Anta #8

Ya, kepada anda yang teringin mengetahui awalan cerita ini, maka anda diminta sangat-sangat untuk klik apa apa di bawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4
5. Dia Bernama Anta #5
6. Dia Bernama Anta #6
7. Dia Bernama Anta #7

Shah Race Khan kelihatan khusyuk duduk bersimpuh sambil mengira hasil ragutan mereka. Setiap helaian duit rupee itu disusun dalam bilangan sepuluh-sepuluh. Kadangkala matanya sering terjeling-jeling pada susunan helaian duit yang sudah siap dikira. Takut duit rupee itu akan ditiup angin. Al maklumlah, kerja dibuat di bawah jejantas dikala bayu malam meniup sepoi-sepoi bahasa, pasti itu boleh mengganggu kosentrasi kerja Shah Race Khan.

Toyol Pink milik Antanarayan pula sedang sibuk menyonyot ibu jari kaki Antanarayan. Sudah lama dia menyonyot, namun tidak juga dia berjaya mendapatkan hatta setitik pun darah Antanarayan. "Dem!" Bentak Toyol Pink itu akibat geram yang amat. Dia bangkit dari pendudukannya dan terus bermain lompat-lompat sendirian.

"Woi Race," tiba-tiba Antanarayan bersuara.

Mata Shah Race Khan dan Si Toyol Pink terus tertumpu kepada Antanarayan.

"Kau ingat lagi tak pasal benda yang aku cerita kat kau masa aku kat rumah orang kaya bulan lepas?" Sambung Antanarayan.

"Orang kaya? Orang kaya mana pula ni weh?" Shah Race Khan dengan jari jemari ligat mengira duit rupee untuk disusun bertanya acuh tak acuh.

"Ala, orang kaya yang aku pergi skodeng cerita KL Menjerit tu. Kau ingat tak?" Antanarayan cuba mengembalikan memori silam Shah Race Khan.

"Ya, aku ingat. Rumah orang kaya tu. Kenapa?" Shah Race Khan berhenti dari menyusun duit rupee lalu merapati Antanarayan.

"Aku ingat aku nak berhijrah ke Kuala Lumpur la Race. Aku tengok ada peluang cerah untuk aku berjaya jika aku sana," kata Antanarayan serius. Wajahnya menampilkan seperti dia sedang ligat memikirkan sesuatu perkara.

"Kolumpo?!" Jerit Shah Race Khan. Agak kekampungan bunyinya. Tak macam Antanarayan, orang urban.

"Kau nak buat apa kat sana Anta? Ni, kau tak nampak ni, kita dah macam raja sehari dah ni kau nak lagi berhijrah ke Kolumpo. Entah binatang apalah yang ada kat sana sampai kau nak berhijrah." Ujar Shah Race Khan tegas. Hatinya seperti mau meletup kerana agak terkejut dengan tindakan Antanarayan. Mana tidaknya, selama ini pelbagai ranjau onak duri ditempuhi bersama, tapi kini Antanarayan mahu meninggalkan Mumbai dan pergi ke Kuala Lumpur.

"Race, kau kena faham. Kekayaan tak mendatangkan kepuasan bagi aku. Aku ni seorang yang gemarkan cabaran. Jadi aku perlukan cabaran baru. Aku dah biasa dengan selok belok di sini. Jadi aku perlukan suasana yang baru, yang datangkan kepuasan pada aku," jelas Antanarayan sambil tangannya bergerak menunjuk ke sana sini seiring dengan apa yang diperkatakannya.

Shah Race Khan terdiam sejenak. Kuala Lumpur tu bukannya dekat. Entah berapa jam diperlukan untuk ke sana. "Antanarayan ni nak naik apa? Kapal terbang? Sampan? Perahu layar? Ah, tak faham aku apa mamat ni fikirkan. Macam jahanam!" bentak Shah Race Khan dalam hati cuma.

Thursday, July 23, 2009

Mujur Weh Mujur...

Gua jumpa benda ni semasa gua memverifkasi stor tempat gua bekerja. Entah pak cik mana entah yang tulis. Mujurlah kerajaan nak lupuskan PPSMI. Kalau tak, tak dapat gua nak bayangkan macam mana pak cik ini nak membantu anaknya belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Gua bagi misalan sikit ya:

Anak:Abah, macam mana nak eja 'satu campur satu sama dengan dua' dalam Bahasa Inggeris?

Abah:Oh, mudah saja anak ku. Begini ejanya. 'Wan pelas wan sem tu'. Pasti guru mu akan respek sama mu. Tulis cepat dalam buku mu, nanti lupa pula.

Anak: Oh begitu. Tak sangka abah bijak ye. Bangga saya.

Macam haram.

Kenapa Kerengga Kat Pokok Tu Tak Kena Lak?!

Bengang betul gua. Kereta gua dah diwantedkan oleh pengarah sebab parking secara caca marba di kawasan padang. Macam haram punya perangai. Malu kereta gua beb, malu! Ini dah menconteng arang pada muka kereta gua. Esok gua nak bakar kereta pengarah gua. Dia telah mengguris enjin dan radiator kereta gua. Ingat kereta ni tak ada perasaan ke? Buat tindakan sesuka hati saja. Zalim betul.

"Sabar sayang. Demi lu, gua akan balas dendam!" Ucap gua sambil mengusap manja lampu kereta gua.

Kereta gua stim.

Wednesday, July 22, 2009

Ditampar Auntie Bas

Pukul 6.15 pagi. Gua dah bersiap siap nak pergi sekolah. Sekolah agama. Gua darjah 6 masa tu. Gua salam tangan dan cium pipi mak abah gua. Amacam, anak mithali tak gua? Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, gua melangkah keluar dari rumah dan meneruskan perjalanan ke tempat menunggu bas yakni di bawah tangki air besar tempat gua tinggal.

Gua lepak tepi longkang seorang diri. Selang lima minit kemudian bas Auntie sampai. Kenapa panggil bas Auntie? Sebab tuan punya bas tu milik perempuan Cina. Gua panjat masuk bas sambil tunjuk sedikit stail. Barulah gadis-gadis yang sememangnya sudah mengalami puberty lebih awal dari lelaki akan berasa sangat kagum. Gua hasilkan langkah langkah berjalan yang paling mempesonakan.

Gua terus menuju ke seat belakang. Barulah nampak samseng kalau duduk belakang, tak gitu? Seat belakang ini sememangnya tempat duduk budak budak jahat. Di tempat duduk belakang juga lu orang boleh tengok pelbagai jenis ayat samada betul dari segi tatabahasanya atau tidak.

"Wan, Wan!" Ada suara memanggil. Oh, Kamil rupanya.

Kamil ni partner in crime gua. Tapi aktiviti jenayah kami sekadar berlaku dalam bas sahaja. Bila sampai sekolah masing masing buat haluan sendiri. Gua pergi belajar hal hal agama, Kamil pula pergi belajar di sekolah kebangsaan. Gua dan Kamil merupakan kaki buli dalam bas Auntie ni. Ramai pelajar yang takut duduk belakang kalau gua dengan Kamil ada.

"Siapa sasaran kita hari ini Wan?" Kamil bertanya pada gua sambil menyemak kerja sekolahnya. Nak pastikan dah siap ke belum. Heh, skema!

"Jap, jap. Aku nak tengok tengok dulu," balas gua seraya membuat mata rimau mencari mangsa.

Ya! Dapat dah. "Ok Kamil, siap sedia ok. Aku dah dapat mangsa," gua bagi arahan.

Budak tu kecil saja tubuhnya. Baju putih, seluar biru dan berbeg Swan warna pink. Macam budak sekolah! Gua memang suka buli budak bertubuh kecil ni, barulah layan. Tugas gua dan Kamil semakin lancar kerana kanak kanak itu duduk di hadapan kami sahaja, jadi tak perlulah nak pergi jauh ke depan untuk membuli.

Sebagai langkah pertama gua cuit cuit budak tu. Kemudian gua duduk dan gua gelak dengan Kamil, "He! He! He!". Budak tu buat dek saja. Lepas tu Kamil pula kacau budak tu, dia tarik tarik rambut budak tu. Kamil duduk dan kami gelak bersama sama, "He! He! He!". Budak tu buat dek saja. Langkah seterusnya gua tarik tarik beg budak tu. Gua tarik sampai jatuh. Gua dan Kamil terus gelak besar, "Ha! Ha! Ha!". Budak tu dah mula jadi tak dek. Kemudian Kamil pula, dia bangun, dia kasi sentap satu kali rambut budak tu, kuat gila! "Ha! Ha! Ha! Best betul buli orang ni," Kamil berkata dalam gelak tawa. Macam haram je bunyinya.

Kemudian gua pula bangun nak lakukan aksi seterusnya, eh, dah hilang budak ni, mana perginya?

"Auntie, orang ni kacau kacau saya," kata budak itu seraya menunjuk pada Kamil. Dem! Budak ni mengadu kat Auntie. Mati gua.

Pang!

Kamil kena lempang. Gua buat buat jadi baik. Mujur budak tu tak tunjuk gua. Gua mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Gua nyanyi lagu Feminin, "Angin bayu membawa diriku...hmm...hmm..."

"Auntie, dia ni pun sama kacau budak tu," ujar Kamil teresak esak.

Dem! Kamil jadi barua! Habislah gua macam ni...

"Lu ni nama saja sekolah agama, tapi budak jahat!" Jerit Auntie.

Pang!!!

***

Pukul 8.00 pagi. Gua baca Al-Quran dengan dengan nada teresak esak di hadapan Ustaz Mahyuddin. Gua nangis sebab gua sudah betul betul punya taubat. Eh bukan. Tapi sebab Auntie nak bagitau abah gua. Gua jadi seram sejuk sampai menangis. Hanger, tali pinggang, tangan dan kaki sudah terbayang bayang dalam kepala. Ini semua Kamil punya pasal! Dem you Kamil!

Monday, July 20, 2009

Sepetang Di Hadapan Tivi

My name is Optimus Prime. Autobot, transform and roll out.

Henset gua berbunyi riang. Ada mesej masuk ni. Kucar kacir gua capai henset gua.

"Wan, bukak cenel 811, ada live Malaysia lawan M.U." Mizi kurus yang hantar.

Tanpa segan silu gua buka tivi dan terus tukar cenel 811. Masa tivi buka keluar cenel Chef At Home. Faveret gua ni. Tapi nanti la layan.

Peh,ada live tu. Gua dah bajet tak ada game live Malaysia lawan Manchester United ni. Mana taknya, dulu masa Malaysia lawan Chelsea tak ada pun live. Gua dengan Abang Jo dah berserabut pergi cari cekedis cekedis sebagai juadah ketika menonton perlawanan. Last last, cekedis cekedis yang gua beli tu jadi bahan makanan semasa menonton History Channel je. Hampa sungguh rasa. Dem!

Walaupun gua ni penyokong kuat Manchester United, tapi apabila M.U menentang Malaysia, gua dengan penuh semangat waja dan patriotik akan menyokong pasukan Malaysia. Sedar sedar, gua dah berdiri macam tugu negara. Punyalah kencang semangat patriotik gua, sampai berkhayal. Mujurlah tak ada sebarang makhluk yang nampak. Ada pun semut semut yang tengah berusaha angkat sisa makanan di atas lantai. Tu pun habis gua sembur dengan ridsect.

"Gua harap Malaysia mampu memberi tentangan yang hebat," getus hati kecil gua.

Pasukan Malaysia dan Manchester United mula melangkah masuk ke dalam padang. Mata gua betul betul tertancap pada skrin tivi. Gua kasi renungan paling makrifat pada pasukan Malaysia.

"Peh, pes time team Malaysia masuk padang pakai sweater. Macam Brazil!" Dengan tak semena mena gua menjerit. Dalam hati cuma.

Humang ai! Cukup berbeza saiz badan player pasukan Malaysia dengan M.U ni. Macam gua dengan Optimus Prime dia punya beza. Ferdinand gua tengok berotot otot. Rooney pula berisi, tapi body solid. Nani, peh, tak tahan rambut kerinting dia. Macam megi belum kembang.

Tapi team Malaysia pun boleh tahan hebatnya. Untuk kasi sama tinggi dengan player M.U, mereka ramai ramai buat rambut spiky. Kira macam Zaquan Adha tu tinggi biasa 170cm cuma. Tapi bila dah buat spiky, amik kau, terus jadi tinggi 180cm. Kencang bukan? Tang badan gua tak berapa gemar sangat nak sembang. Orang kata apa, apa tu, err...macam haram kot. Namun begitu gua tengok player Malaysia ni lebih jelas kelihatan urat hijaunya.

Prittt!!!

Woi, game dah mula. Dem, tak tunggu gua nak duduk!

***

Minit ke 10

Berbatov rembat. Keeper tepis. Bola melantun. Rooney paling hampir dengan bola. Keeper kucar kacir nak bangun. Lambat. Rooney rilek je sepak kasi masuk gawang.

Minit ke 28

Rooney dari belah kiri lari bersama bola. Masuk kotak penalti. Buat skill sikit. Player Malaysia tertipu. Hantar kat Nani sambil condongkan badan. Nani lari masuk ala ballet. Sempoi je Nani tap. Masuk gol terus. Keeper marah defender.

Minit 45

Keeper Malaysia sepak kasi padu. Bola sampai kat Amri Yahya. Amri kasi dada sikit. Bola bam satu kali. Amri terus volley. Van Der Sar bajet bola out. Sekali masuk. Van Der Sar bangang atau buat buat bangang. Kawan kawan Amri peluk Amri. Amri bangga.

Minit 52

Gibson hantar bola kat Ben Foster. Foster tahan stail rilek tapi terlepas. Salah padang kot. Amri masa tu tengah speeding kejar bola. Foster kucar kacir kejar bola. Amri kasi satu sliding gol. Masuk terus. Foster buat bangang atau memang bangang.

Minit 85

Rajagobal syak dah boleh seri kot. Dah mula senyum. Tapi defender Malaysia tiba tiba jadi bangang. Bola dapat kat Owen. Bajet Owen tak boleh score sebab selalu injured. Tapi salah. Owen score juga. Keeper gamam. Defender buat buat macam taubat nasuha.

Prittt! Game habis. Malaysia kalah 2-3 kepada Manchester United.

***


Dem! Pes time aku kagum tengok cara Malaysia main. Lebih lebih lagi gol Amri Yahya, gol yang dia volley kasi lemas Van der Sar tu. Lepas ni kalau Amri Yahya main macam haram pun mesti dia tak kisah. Yela, dah jaringkan dua gol. Lepas tu bukan score menentang team team Liga Perdana mahupun Liga Super, ni score gol menentang M.U ni beb. Manchester United weh, bukan Mustapa Uda! Kira Amri boleh buat stok bercerita untuk cucu cucu dia la nanti. Kira dah jadi tahap lagenda la nanti. Nasib gua tak pernah jual dia dalam Football Manager sebab gua tau dia ni memang ada aura tersendiri. Lepas ni nama dia mesti meniti di bibir peminat peminat bola sepak Malaysia.

***

Tahun 2030

"Cu, ni la jaringan yang atok buat masa lawan Manchester United dulu." Kata Amri Yahya kepada cucunya sambil menunjukkan rakaman video jaringannya dalam KauTiub.

"Wah, hebat ye atok dulu," puji cucunya.

p/s: KauTiub ni sama macam YouTube. Tapi KauTiub ni versi Malaysia dan ia bebas porno.

Saturday, July 18, 2009

Jawatan Kosong: Main Lekat Lekat

Gua tak tau nak buat apa lagi, kerja dah setel, tapi tetap kena tunggu sampai pukul 4.45 petang.

Lelaki Berkuasa Magnet Bersara

"Saya sutah besala. Saya tala wat ini macam lagi. Babai." - Tan Kok Thai, 71 Tahun

Jawatan Lelaki Magnet diperlukan! Sila hubungi Harian Metro jika anda memiliki keupayaan sebegini. Khidmat anda sangat sangat diperlukan!

Inilah Sabtuday Gua

Kenapa Sabtuday gua tak macam brader ni ye?

Sekarang gua berada di pejabat untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan gua. Sebagai perkerja yang mengikut arahan, seperti biasa gua turutkan saja. Err...kerja, kerja juga, tapi kenapa hari Sabtu weh? Kenapa? Apa, dalam kalendar cap kuda dah kehabisan hari isnin, selasa, rabu, khamis dan jumaat ke? Kenapa la gua nak kena kerja hari yang sepatutnya gua habiskan masa di atas tilam yang cukup empuk sampai pukul 1 petang. Sarapan pukul 2 petang, lunch pukul 5 petang dan makan malam pukul 12 tengah malam.

"Woi, kau nak cuti raya tak?"

"Nak la. Gila kau tak cuti time raya. Nak jadi kafir ke?"

"Kalau nak, kau kena la kerja hari sabtu. Ni untuk cuti ganti la dol!"

Begitulah dialog perbualan suara suara indah yang bermain dalam kepala otak gua. Baru gua sedar, gua kena datang kerja untuk cuti ganti Hari Raya Aidilfitri nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada lu orang semua ya!

Thursday, July 16, 2009

Dia Bernama Anta #7

Ya, kepada anda yang teringin mengetahui awalan cerita ini, maka anda diminta sangat-sangat untuk klik haiwan peliharaan di bawah ya:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4
5. Dia Bernama Anta #5
6. Dia Bernama Anta #6

Tengah bandar Mumbai


"Hei. Ini masalah tak juga setel-setel. Dah la tak setel, makin menjadi-jadi pula." Mr. Boyasami85 memulakan perbualan. Nampak tegas nadanya.

"Masalah apa pula ni weh? Kau ni tak habis-habis masalah. Ni engkau dari tadi tak gerak-gerak buah dam kau apa cerita? Masalah, masalah gak. Main, main gak." Kata Mr.El-Zafadurai sambil merenung papan dam untuk memikirkan langkah seterusnya.

"Ala, rilek la. Ni, masalah ragut yang makin menjadi-jadi kat Mumbai ni. Semalam dah berapa banyak kes yang dilaporkan. Geram betul aku. Kalau aku jumpa budak-budak yang meragut ni memang aku tikam guna garfu je," marah Mr.Boyasami85 sambil menjulang dompetnya ke udara.

Zass!

Dalam sekelip mata dan sehembus nafas sahaja, dompet Mr.Boyasami85 telah diragut dengan pantasnya. Ternganga Mr.Boyasami85 dan Mr.El-Zafadurai. Dalam masa yang begitu singkat, kelibat peragut itu sudah tidak lagi kelihatan. Nampaknya, Mr.Boyasami85 terpaksa meletakkan dirinya sebagai salah seorang mangsa peragut itu dan menambahkan lagi jumlah kes ragut yang semakin berkembang maju.

"Aaarrgghh!" Kedengaran suara orang menjerit histeria di tengah bandar Mumbai.

***

Di sebuah pasar di tengah bandar Mumbai

"Dey Aci. Lu tau tak itu kes ragut sudah menjadi masalah busar dalam ini bandar." Kata Mrs.Kimmy Kardasian sebagai permulaan perbualan gosip-gosip panasnya.

"Betul ka? Ayoyo. Ini macam sangat merbahaya la. Ini cincin, ini rantai, ini gelang tangan dan juga kaki sangat merbahaya jika dipakai," balas Mrs. Einachemi sambil menunjuk-nunjuk cincin, rantai dan gelang emasnya kepada Mrs. Kimmy Kardasian.

Mrs. Kimmy nampak seperti tergugat dengan sikap bongkak Mrs. Einachemi itu. Lantas dia mengeluarkan satu uncang beg yang tidak ketahuan apakah isinya.

"Hei! You ingat you seorang saja ka yang ada cincin dan gelang emas? Ini I pun ada la. Ni, ni, tengok ni." Bentak Mrs. Kimmy Kardasian seraya menggoyang-goyangkan beg uncang emasnya.

Zass!

"Ayoyo! Ragut! Ragut! Ayo appa! Saya punya emas sudah kena ragut," jerit Mrs. Kimmy Kardasian menangis. Mrs. Eina yang berdiri tidak jauh dari situ hanya senyum syaitan sahaja. Mungkin ingin menunjukkan rasa padan muka kepada Mrs. Kimmy yang berlagak itu.

Tiba-tiba kedengaran orang menjerit, "Lembu mana ada ragut emas, lembu ragut rumput juga." Orang itu terus menunjukkan ke arah lembu yang sedang meragut rumput. Lembu itu terpinga-pinga. Peragut pula? Dah lari jauh hilang entah ke mana.

***
Bawah jejantas di pinggir Bandar Mumbai

"Ha! Ha! Ha!" Satu hilai tawa yang begitu samseng dilemparkan oleh Shah Race Khan.

"Ha! Ha! Ha!" Tawa itu disambut mesra oleh Antanarayan. Mereka seolah-olah berada di syurga.

Antanarayan dan Shah Race Khan kini seperti jutawan segera. Entah berapa juta rupee yang sudah berjaya diperolehi oleh mereka hasil kegiatan meragut mereka. Antanarayan selaku ketua kumpulan telah mengeluarkan idea yang cukup bernas untuk melancarkan lagi operasi ini. Kini mereka sudah boleh hidup senang dengan hasil kegiatan haram ini.

Dengan berjumpa bomoh vodoo di pinggir bandar Madras, mereka berjaya memiliki seekor toyol berwarna pink. Kecil, comel, botak, dan sangat pantas gerakkannya. Hanya dengan memberikan ayam hitam kampung sebagai pengeras, Antanarayan sudah boleh menjadi tuan punya toyol pink ini. Diketahui juga, toyol pink ini meminati penyanyi U.S iaitu Pink yang popular dengan lagu 'Family Potrait'.

Tapi, bagaimana dengan dosa?

Heh. Apa mereka peduli. Bagi mereka, kesenangan di dunia ini lebih penting jika hendak dihitung dengan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Dengan bantuan toyol pink, mereka kini boleh berenang dalam lautan duit. Mewah bukan?

Tetapi wajah Antanarayan menunjukkan dia masih belum berpuas hati. Kadangkala, berkerut-kerut wajahnya sampai terangkat-angkat rambutnya. Mungkin duit bukan segala-galanya baginya. Apa lagi yang dia runsingkan selain wang yang bertimbun-timbun yang mampu membeli segala-galanya.

Monday, July 13, 2009

Ehoza Goes Picnic: Kenapa Gua Tak Pergi Ye? Dem!

Gua dengan secara rasminya menyatakan bahawa gua tak pergi pun event Ehoza Goes Picnic yang diadakan pada hari Ahad lepas. Walaupun tak pergi, tapi gua tetap terhibur menonton gambar-gambar yang dipaparkan dalam laman web Ehoza. Dem! Hepi gila budak budak ehoza ni. Rasa macam nak jadi mat kuntum, masuk bilik, tumbuk bantal, lepas tu nangis puas-puas sambil tekup muka dengan bantal.

Sebagai membalas dendam terhadap ketiadaan gua kat situ, gua telah melancarkan satu serangan balas dendam yang mungkin akan menyebabkan gua dicaci maki. Ah! Gua kisah apa, janji gua puas hati.

Amacam, ada macam mak bapak yang prihatin tak si Kimmy ni? Kelihatan Kimmy cuba membantu Otromen bertranformasi. Raksasa Gorgon menyerang barangkali.

Gua memang dah syak si Tsunamizu ni ada rancangan dia sendiri. Kira macam rancangan yang mengasuh kanak kanak tu la. Ala, yang macam Aznil buat tu.

Cuba lu orang tengok mamat berbaju merah dan kuning tu? Gua sampai sekarang jenuh memikir mengapa perlu 2 orang mamat ni letak pinggan kat bahagian terlarang. Lu orang boleh agak tak?

Gua tak boleh cakap lebih pasal dia ni. Bahaya. Yang gua tau, dia ni pandai buat puisi.

Yang atas ni gua tau mereka dah baligh. Jadi pandai-pandailah fikir dosa pahala masing-masing ye.

Amacam, agak cruel tak gua sabotaj gambar budak-budak Ehoza ni? Gua harap kalau ada yang nak caci ke, nak maki ke, nak marah ke, nak tinggal nombor henset ke, jangan lupa tinggalkan komen anda ya. Ish, dah pukul 5.00 petang ni. Mana boleh kerja lebih masa, nanti orang ingat nak bodek bos pulak. Gua balik dulu, nak main bola ni. Woi, pam bola ada tak?

Sunday, July 12, 2009

Mata Dah Suam Suam Kuku, Tilam Dah Bentang, Tapi Hati Masih Tak Mahu Tidur.

Dem! Apa kejadah gua layan cerita Glory Road sampai pukul 3 pagi ni? Harap-harap gua tak miss solat subuh keesokan harinya.

sistempasananringkas: Cerita Glory Road ni buat gua nak main bola keranjang la pula pagi-pagi buta yang dingin ni...

Saturday, July 11, 2009

Menerima Kunjungan Optimus Prime

Tengah sedap gua hirup neskape yang dibuat sendiri, gua dikejutkan oleh satu deruman enjin yang begitu hebat bunyinya. Memang solid gila enjin ni. Gua rasa tak ada kereta buatan Malaysia yang boleh menghasilkan bunyi sedemikian rupa. Jadi, ini bermakna bukan kawan kawan biasa gua yang datang rumah gua ni.

Deruman enjin yang begitu mengagumkan dan mempesonakan.

Gua pun pergilah menjenguk siapa yang datang tu. Peh. Bersembur air neskape gua yang masih belum ditelan ni. Memang terkejut beruk gua melihat siapa yang datang. Bukan PM kita, bukan Barrack Obama, apatah lagi pemain pujaan gua yakni Shukor Adan.

Memang hari ini dalam sejarah hidup gua lah. Gua telah menerima kunjungan makhluk dari planet Cybertron. Gua dah seram sejuk ni. Apa gua nak sembang dengan makhluk ni? English gua takat kredit je beb. Gua dah berserabut kepala nak susun ayat dalam Bahasa Inggeris nak sembang dengan dia ni. Dem! Tiba-tiba...

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..." gua jawab setenang-tenangnya sambil menyembunyikan muka gelabah gua.

Cet! Cot! Cet! Cot! Cet! Cot!

Indah bukan?

Nah, amik kau! Tersergam indah berdiri di depan gua ketua Autobots iaitu, Optimus Prime! Kaget gua beb, kaget! Ni kalau tau dek ISA, mau gua kena tangkap ni...

"Apa khabar Wan?" (bunyi robot) ujar Optimus Prime.

Peh, cakap Bahasa Melayu. Global juga menatang ni ya. Tapi gua masih tergamam beb. Gua jawab gagap-gagap, "Aaa..aaa...baik. Kau boleh cakap Melayu ye? Sejak bila?"

"Sejak aku kena simpan botol sirap KFC ni la." Jawab Optimus Prime macam iklan KFC. Macam jahanam bukan?

***

Waktu dah makin senja, Optimus Prime minta diri untuk pulang selepas macam-macam benda mengarut kita orang sembangkan. Otak Optimus Prime ni boleh tahan juga lucahnya. Siap boleh ajuk iklan kotex yang si Kaisara tu berlakon lagi. Lepas tu dia kata lain kali dia bawa gua melawat planet dia. Boleh jumpa Bumble Bee, Ironhead, Ratchet dan lain-lain lagi. Gua bersalaman dengan dia kemudian dia terus terbang menghala ke langit lalu hilang bersama-sama senja nan merah. Jiran-jiran gua semua ternganga tengok Optimus Prime datang rumah gua. Err...lu orang caya tak ni?

Thursday, July 9, 2009

Kutuk Orang Lu Pandai, Lu Gelak. Tapi Kalau Orang Kutuk Lu, Lu Marah, Lu Tak Gelak. Apahal?

Kepada sesiapa sahaja yang suka mengutuk, menghina, mengeji, mengejek, memperli, mengumpat dan memfitnah, gua harap lu orang jenis yang sabar separuh daripada iman. Kalau jenis tak sabar dan suka emosi tak bertempat, baik berhentilah dari arena mengutuk, menghina, mengeji, mengejek, memperli, mengumpat dan memfitnah. Bukan apa, buat malu diri sendri saja.

Hah, kau! Mengutuk pandai. Kena kutuk balik nak marah pula. Dem!

Keretaku Warna Silver, Bolehku Bawa Jumpa Nenek.

Sukran Mat Jamil

Heh. Jadi macam mana, lu orang ada niat nak tumpang kawan gua ni tak? Kereta member gua ni pun cukup laju lu orang tau tak. Tempoh hari masa di jalan Teluk Intan, kereta gua yang berkapisiti 1.3 tak mampu nak mengejar kereta beliau. Gua kasi sms nak tau apakah rahsia kekuatan keretanya.

"Woi! Awat laju sangat?" gua kasi sms.

"Laju apa?! Ni baru 60km/j aku bawak..." Beliau balas stail berlagak.

Dem! Gua kasi tekan pedal minyak sampai dalam. Masa tu kelajuan kereta gua meningkat dari 20km/j ke 160km/j hanya dalam tempoh masa 2.3 saat saja. Masa tu gua dah kat sebelah kereta Sukran. Dia nampak gua. Gua nampak dia. Dan kami saling berpandangan.

Tiba tiba gua drive pelan pelan balik. Sukran terus memecut laju.

Tit...tit...tit...

"Awat hang slow lak? Tadi macam laju."

"Kereta bergegar lak. Pelak betullah!"

"Hahaha!"

Harap kereta je 1.3, tapi bawak laju sikit dah bergegar macam gempa bumi di Indonesia. Dem!

Monday, July 6, 2009

Dia Bernama Anta #6

Untuk mendapat informasi awalan cerita ini, adalah digalakkan anda menekan nekan link di bawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4
5. Dia Bernama Anta #5

"Ahhh...mereng kepala aku kejap. Kuat betul lemparan selipar si Anta tu."

Shah Race Khan akhirnya bangun juga dari pembaringannya. Akhirnya, tindakan spastiknya memakan diri jua. Ibarat kata pepatah, 'Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Merana Diri Akhirnya'. Tidak disangka sangka, Antanarayan begitu makan hati dengan tingkah lakunya memainkan perasaan Antanarayan. Meskipun nampak ganas dimuka, tapi hati Antanarayan tetap seperti sekuntum bunga mawar merah. Tak ingin diracik, tapi dihidu mahu.

"Eh, ke mana pula bos aku ni pergi? Takkan merajuk sampai lari membawa diri," fikir Shah Race Khan sendirian sambil membuat gaya orang berlari.

"Race! Race! Race!"

"Eh, siapa pula yang memanggil manggil aku ni?" Shah Race Khan menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari siapa yang memanggilnya.

Kelihatan nun jauh beberapa ela dari tempat Shah Race Khan berdiri, satu cahaya putih sedang asyik berterbangan. Pada saat itu, Shah Race Khan sudah teringat ingat cerita hantu yang sering diceritakan oleh Antanarayan kepadanya sebelum tidur.

"Race! Race! Race!" Suara itu semakin kuat berserta pula dengan cahaya putih itu. Dada Shah Race Khan makin berdebar. Kini dia sudah bersedia untuk memulakan langkah seribunya.

"Aku harap ni bukan hantu olimpik. Kalau tak, jenuh aku nak lari," rungut Shah Race Khan walaupun dalam ketakutan.

Saat Shah Race Khan ingin memulakan lariannya, terdengar satu lagi jeritan yang sangat kuat.

"Woi budak spastik! Kau nak ke mana tu? Ni akulah Anta!"

"Ek eleh. Anta rupanya. Gila gelap dia ni ye. Nampak gigi saja. Tu pun nasib baik rajin bersugi," kata Shah Race Khan bersahaja.

"Tu pun nasib baik rajin bersugi." - Shah Race Khan

"Mana bos pergi? Saya dah mula rindukan saat ketidakberadaan bos di sisi saya. Kalau bos tidak ada, siapa lagi yang nak perdengarkan bedtime story pada saya?" keluh Shah Race Khan bernada sedih.

"Ah, nak bersentimental pula. Dah, dah, dah. Ni, aku ada rancangan terbaik punya. Nak tak nak kau kena terlibat juga." Ujar Antanarayan sambil memerhati keadaan sekeliling. Takut ada yang mendengar rancangannya.

"Bos, untuk bos lautan api sanggup saya renangi bos," Shah Race Khan berkata sambil membuat gaya renangan di dalam lautan api. Sekali sekala dia berlakon seperti melecur kepanasan.

"Woi, serius sikit boleh tak? Nak berspastik saja." Marah Antanarayan kepada Shah Race Khan yang tidak bersikap serius itu. "Kau kena seriuslah sikit Race. Kau tu dah tua, patut matanglah sikit fikirannya. Buatlah anjakan paradigma dalam diri kau tu. Tunjukkan sikit komitmen yang tinggi dan komitedlah dalam pekerjaan kau," bebel Antanarayan panjang lebar. Shah Race Khan pula hanya mampu menggaru kepala sahaja kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh bosnya.

"Oklah bos. Jadi, apa rancangannya?" tanya Shah Race Khan tidak sabar...

Cerita ini bersambung di sini. Jadi klik kat sini tu. Sini ok...

Popularlah Kalau Begini Ya?


Mengapa cerita seram perlu disampaikan dalam keadaan bergambar di tepi tepi kolam renang? Ada kaitankah dengan makhluk perut terburai yang mereka jumpa ini? Lu orang agak agak, ada faedah tak kalau kita hendak fikirkan?

Saturday, July 4, 2009

Kalau Tak Jadi Begini, Mesti Gua Dah Jadi Jurutera Petroleum

Gua tak ingat beberapa tahun yang lepas insiden ini terjadi...

Masa tu cuaca panas terik. Punyalah panas sampai burung belatuk yang mendiami sebatang pokok belakang surau tu dah pasang penghawa dingin. Ajaib bukan? Tapi bagi kanak kanak seperti gua, kepanasan yang begitu dahsyat ini sedikit pun tak menghalang gua menjalankan aktiviti sebagai kanak kanak pintar.

Gua, abang gua, Kamarul, Amad, Anuar, dan Hanafi (adik Anuar) pada waktu itu sibuk memikirkan aktiviti apakah yang sesuai dimainkan dikala matahari mengambang itu. Nak main gasing, tak sampai musim lagi. Rounders pula, nanti ada yang terbakar mata pula masa nak tangkap bola yang berterbangan di udara. Lagipun ada 6 orang saja, nak main macam mana? Kalau main juga, nampak sangat kami ni bukan kanak kanak yang berintelek. Buat malu saja sama No'en yang sering memerhatikan kami dari dalam rumahnya. Gadis kegilaan ramai pada saat itu. Rumahnya betul betul di hadapan padang.

Tiba tiba kedengaran Anuar menjerit dari belakang surau, "Woi! Woi! Aku jumpa benda best ni."

Anuar juga dikenali sebagai profesor ataupun doktor. Masa tu perkataan Ir. belum lagi kami kenali. Kalau tak dah lama bagi pada Anuar. Gelaran ini diberi kerana kehebatannya mencipta pelbagai benda dari bahan bahan terbuang. Pernah sekali dia menghasilkan sendiri kayu ria Micro Genius dan hasilnya game Double Dragon boleh dimainkan oleh dua orang. Kira dia ni macam jurutera mudalah dikalangan kami.

"Huyo, botol petrol ni," gua jerit kagum.

"Aku rasa ada orang nak buat cubaan membakar suraulah," Kamarul membuat tafsirannya sendiri.

"Benda ni senang terbakar doh. Tak bahaya ke nak buat main?" Amad pula berkata kata. Cita citanya ingin menjadi askar.

Kami semua duduk dan bermusyawarah memikirkan permainan apakah yang sesuai dimainkan dengan botol petrol ini. Pada masa ini, teknik otakribut(brainstorming) memainkan peranan penting agar idea idea menarik dapat dijana dengan cemerlang.

Sedang masing masing sibuk berfikir, gua dengan tidak semena mena melompat bangun. Terkejut semua yang melihat.

"Asal Wan? Kena gigit tungau ke?" Tanya Kamarul yang penuh dengan sense of humor itu. Semua di situ tergelak riang.

"Aku ada idea best ni. Engkau orang tunggu kejap. Aku nak balik amik bahan ujikaji." Gua bagi sedikit penerangan. Semua mengangguk tanda setuju.

Beberapa minit kemudian gua kembali semula dengan membawa mancis, sebotol ridsect, dan sebotol tin spray cat yang ada sikit lagi isipadunya. Semua yang ada tercengang melihat barang barang yang gua bawa.

"Ok, engkau orang tepi sikit. Serah pada yang pakar ok." Ujar gua sambil mendabik dada tanda gualah orang yang pakar itu. Kawan kawan gua pun kebelakang untuk memberi laluan pada gua menjalankan akiviti ini.

Psssttt! Sedikit ridsect gua semburkan dalam botol petrol itu. Selepas yakin dengan muatan ridsect yang diisi, gua beralih pula pada tin spray cat. Psssstttt! Psssttt! Pssstttt! Habis. Ya, gua habiskan semua isipadu tin spray cat itu. Gua tutup botol petrol tu dan gua goncang kencang.

"Ok kawan kawan, tepi sikit. Apa yang engkau orang saksikan ni, adalah ciptaan yang paling terulung dari aku." Kata gua bangga. Rakan rakan yang lain semua bertepuk tangan bangga. Bangga kerana memiliki gua sebagai rakan.

Dengan lafaz Bismillah, gua buka penutup botol petrol tu. Selepas itu gua hidupkan mancis. Peluh peluh cemas mula menitik dari dahi gua. Kamarul dan Amad sudah duduk di balik semak. Abang gua, Anuar dan Hanafi sudah memegang Yassin, takut benda buruk terjadi. Tapi gua tetap tenang. Selepas yakin dengan apa yang gua buat, gua tundukkan kepala beriringan mancis yang dihidupkan ke mulut botol petrol itu.

Vooossshhhh!

***

"Ha, mak. Inilah Wan yang rambut dia terbakar masa main botol petrol belakang surau tu." Anuar memperkenalkan gua kepada emaknya semasa lawatan gua ke rumahnya Hari Raya yang lepas.

"Ow, ini ke dia? Nasiblah ada rambut lagi kamu ye Wan. Kalau tak muda muda lagi dah botak," ujar emak Anuar diiringi gelak tawa tetamu di dalam rumah Anuar. Hampir kesemua tetamu mengetahui insiden yang terjadi pada gua. Mana taknya, tetamu itu ialah Kamarul, Amad, abang gua dan Hanafi(adik Anuar).

Gua pula? Heh. Hanya mampu tersenyum riang. "Kalau rambut gua tak terbakar, mesti gua dah jadi jurutera petroleum sekarang," bisik hati kecil gua.

kakicagubernota: Insiden ini benar benar terjadi dan tiada unsur pendustaan.

Friday, July 3, 2009

Dia Bernama Anta #5

Untuk mengetahui awalan cerita ini, adalah amat dialu alukan anda semua mengklik pusat di bawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4

Dalam kepekatan malam Antanarayan berjalan gaya gaya seperti seorang jejaka yang kecewa di dalam percintaan. Kejap dia mendongak ke langit, kejap dia menunduk ke tanah, kejap dia mendongak ke langit, kejap dia menunduk ke tanah, kejap dia mendongak ke langit, kejap...

Bap!

Antanarayan kini betul betul tersungkur di atas tanah. "Cet! Batu durjana." Antanarayan merungut sendirian. Bagitulah lazimnya sifat manusia. Salah sendiri yang alpa dan leka, orang ataupun makhluk lain pula yang dipersalahkan.

Sedang Antanarayan mengibas ngibas kekotoran yang melekat pada seluarnya, kedengaran suatu suara yang datang dari sebuah rumah mewah. Orang orang berada sahaja yang mampu mendiami di situ.

"Champayonnnn! Eh, champion. Kalau kau berani sangat mari. Ambik motor cabuk kau tu kejar aku tengokkkk..."

"Ok, aku lumba dengan kau. Tapi bukan pasal perempuan bodoh tu!"

"Peh, solid gila cerita ni. Nampak berkesan sungguh mamat tu berlakon," bisik Antanarayan sendirian sambil bertenggek di tepi tingkap rumah mewah itu. Mujur kulitnya gelap, jadi tidak ada sesiapa yang sedar akan kehadirannya.

"Siapa pelakon tu ya? Tak pernah aku tengok kat India ni?" Antanarayan tertanya tanya sendirian.

"Bestlah tengok Rosyam Nor ni berlakon. Apa nama cerita ni bang?" tanya si isteri kepada sang suami yang masih tidak menyedari kehadirian Antanarayan di bibir tingkap. Kata kata si isteri seolah olah memberi jawapan kepada Antanarayan.

"KL Menjerit. Kawan abang yang rekemenkan masa abang outstation kat Kuala Lumpur tempoh hari. Mujur ada sarikata bahasa Tamil, barulah feel nak tengok." Terang si suami sambil memeluk erat si isteri.

"KL menjerit. Kawan abang yang rekemenkan masa abang outstation kat Kuala Lumpur tempoh hari."-Abang

Antanarayan turun dari bibir tingkap rumah lalu bersandar di dinding. "Ow cerita dari Malaysia. Jadi mamat yang berkesan lakonannya tu nama dia Rosyam Nor la ye. Tapi dia nak buat apa ya? Tadi mamat tu macam ajak lumba je. Nak kena tengok balik ni." Antanarayan bergegas bangun sambil meniti di tepi bibir tingkap untuk menonton filem itu lagi.

"Prenggggg! Prengggg! Preeeeeeeeeeeennnngggggggg!"

"Abang, apa mereka tengah buat ni?" soal si isteri kehairanan.

"Ow, inilah dipanggil lumba haram. Orang orang macam ni pula digelar mat rempit. Tapi kerajaan Malaysia panggil mereka ini mat bodoh, mat gila, mat mati katak dan paling popular sekali mat kool, mat kool kawanku, mari kita ikut mat kool." Jelas si suami sambil bergurau.

"Ala...abang ni gurau gurau dengan kita pula, orang serius ni," si isteri mula merajuk rajuk manja. Naik terjeluak Antanarayan melihatnya.

Si suami sambung berkata kata lagi, "Mat rempit kat Malaysia ni boleh dapat banyak duit kalau ayang nak tau. Sekali lumba haram motor ni, boleh dapat RM400 ke RM1000 semalam tau. Tu baru dalam matawang Malaysia, kalau tukar ke matawang India, memang hidup goyang kakilah."

Bagaikan halilintar memanahnya, Antanarayan terus tersentak. Tersentak mendengarkan betapa lumayannya gaji mat rempit di Malaysia. Kini, di dalam fikirannya tersimpan suatu rancangan yang begitu solid sekali. Namun begitu, dia harus berbincang dahulu dengan sidekicknya iaitu Shah Race Khan. Rancangan ini memerlukan bantuan untuk berjaya. Jadi bantuan Shah Race Khan sememangnya amat amat diperlukan. Antanarayan terus berlari dalam kegelapan malam menuju ke markasnya.

Kebab! Skreeettt!

"Dem punya batu!"-Antanarayan

Antanarayan tersungkur lagi menyembah bumi. "Dem punya batu!" Hatta Antanarayan melempar batu itu ke sungai dan terus menyambung lariannya yang terhenti tadi.

Woi! Sudah ada sambungannya dong. Mau dibacain? Boleh dibacain jika klik di sini: Dia Bernama Anta #6

Thursday, July 2, 2009

Kesepian, Keseorangan, Perkelahian!

Tak silap gua pukul 11 malam tu. Gua baca satu blog tu di mana penulisnya mengatakan dia baru sahaja membeli sehelai t-shirt batman disebuah butik yang terletak di tengah tengah kota Seri Kembangan. Butik baru buka tu. Gua jadi ghairah semacam. Gua memang teringin sangat nak tangkap seheli t-shirt dari butik tersebut. Cepat cepat gua masuk bilik cari dompet untuk melihat berapa U.S Dollar gua ada. Peh! Ada 100 000 U.S Dollar. Ni kalau convert duit Malaysia ni mau makan juta juta gak ni. Nampak gaya cukup la duit gua nak berextravaganza kat pusat membeli belah kat Seri Kembangan tu. Tapi gua tak guna semua duit tu. Esok gua nak masukkan dalam bank dengan Tabung Haji. Malam ni mau tidur ghairah la gua. Gua harap gua mimpi Angelina Jolie malam ni. Grabs!

Keesokan Harinya....
Pukul 10.30 pagi...

"Bang, bang! Mana sampul nak letak cek tu ye?" Tanya gua sopan kepada brader bank yang sedang gua berurusan.

"Errr...yang abang pegang tu la," balas brader tu ringkas.

Aisey, gua dah ambil rupanya. Malunya gua. Gadis gadis sebelah gua semua dah usha. Lepas tu mereka tergelak kecil. Jatuh reputasi gua. Untuk cover malu, gua tangkap brader bank tu gua libas tengkuk dia. Seraya itu gua berkata, "Saya tak suka jenayah kolar biru!"

Gua pun berlalu pergi dengan langkah ala ala Terminator.

Pukul 11.30 pagi...

Gua menjenguk jenguk seketika di sebuah kedai majalah. Harap harap dah keluar la majalah kegemaran gua yang baru gua minati sebulan lepas. Tu pun sebab ada penulis feveret gua dalam majalah tu.

Wahuu! Dah keluarlah. Akibat seronok sangat, gua pun tershuffle shuffle di situ. Malangnya gua tak perasan ada ramai makwe kat situ. Pabila menyedari gua diperhatikan, gua pun menjerit pada tuan punya kedai, "Lantai you ni tak berapa kuat, nanti esok saya kasi bawa orang saya baiki you punya lantai. Boleh luntuh maa..." kata gua sambil tercangkung cangkung buat buat periksa lantai.

"Err... Ok." Balas tuan kedai ringkas. Gua pun meninggalkan laju kedai itu tanpa menyedari gua tak bayar lagi majalah yang gua ambil tadi.

Pukul 12.30 tengah hari...

"Berapa semua ya?"

"Satu latus."

"Ow, ok. Lagi satu saya nak you potong itu seluarlah. Panjang sangat."

"Solilah, sini takde potong potong. Mau potong kena cali lain kedai lorrr..."

Kedai punyalah branded tapi mesin jahit pun tak boleh beli ke? Tak semena mena, geram gua naik mendadak, kemudian seorang demi seorang jurujual kedai tu gua sabit. Ada seorang jurujual tu sempat berkata kata sebelum menghembuskan nafas teakhir, "Why so serius?"

Pukul 1.30 petang...

Dah sampai masa untuk gua makan. Sekali gua tersilap. Gua termakan kat gerai makan hakmilik Yahudi. Macam mana gua tak perasan ni. Kecewa gua kejap.

Ingin gua tekankan di sini bahawasanya gua keluar seorang saja. Tak ditemani sesiapa pun. Gua kalau ada no telefon Lisa Surihani memang selamba je gua ajak. Baru tergamam orang melihat.

Disebabkan gua keluar seorang diri, banyak yang memandang serong pada gua. Gua syak, mesti ada di antara mereka memikirkan gua ni kera sumbang, tak pandai berkawan, badan berbau, bisu, pekak, minyak yu yee cap limau dan macam macam lagilah.

Gua ni bersabar ada had gak, tapi sampai satu tahap boleh meletup beb. Masa gua tengah enak menjamu selera, ada satu kumpulan kanak kanak ribena gua syak, tengah daring gua semacam. Gua tenung la balik. Mereka buat buat pandang tempat lain. Gua sambung makan. Mereka tenung balik. Gua tenung balik, lagi sekali mereka buat buat pandang tempat lain. Lepas tu mereka tenung lagi. Gua dah tak tahan. Dari meja gua, gua lompat ke meja budak budak ribena tu. Seorang demi seorang gua gigit tengkuk. Semua terkulai layu atas meja tu. Orang ramai tengok saja. Seolah olah setuju dengan tindakan gua.

Pukul 2.40 petang...

Ini kali kedua gua menonton Transformers: Revenge of Fallen. Sekali lagi, aspek penting yang ingin gua tekankan di sini ialah gua keseorangan tak berteman. Ada juga gua sms Megan Fox, tapi dia kata ada promosi filem Transformers kat Sri Lanka. Hmm...tak ada nasib, nak buat macam mana kan.

Kali ini gua menonton dengan cukup teliti. Punyalah teliti sampai gua perasan ada logo syarikat pernerbangan Malaysia iaitu MAS semasa babak cari Decepticon di Shanghai tu. Sedang gua asyik menonton dengan penuh ketelitian, kedengaran bunyi bunyian yang mengghairahkan.

Cup! Cup! Cup!

"Ala, taknak lah, gatallah abang ni," si gadis merengek manja.

"Ala, bukan orang nampak, meh sini meh, nyum nyum nyum," si jantan berkata rakus.

Kepala jantan lu tak ada orang nampak. Habis belakang lu ni bukan orang ke? Gua memang tak tahan dengan kegiatan maksiat ni. Port orang bodoh bodoh je cari panggung nak melampiaskan nafsu.

Dengan serta merta gua bangun dari pendudukan dan gua tangkap kepala si jantan durjana tu lalu gua patahkan tanpa belas kasihan. Si gadis pula, gua tunjai sampai melekat di siling panggung. Penonton penonton dalam panggung yang melihat aksi gua itu berdiri beramai ramai dan menghadiahkan gua tepukan paling gemuruh sekali. Ternyata mereka semua bersetuju dengan tindakan gua membanteras maksiat ni.

"Ok, ok. Lu orang semua boleh sambung tengok balik ya. Gua nak keluar dah. Tak ada mood nak tengok lagi lepas bunuh orang."

Pukul 4.50 petang...(waktu orang kerajaan balik kerja)

"Ai, kejapnya tengok."

"Gua dah tak ada selera nak tengok bro. Tengah syok tengok, ada pula makhluk durjana buat maksiat depan gua. Angin la gua."

"Habis tu apa lu buat?"

"Sekor gua patahkan tengkuk, sekor lagi gua tunjai sampai melekat kat siling."

"Hebat! Awesome! Jadi nak pergi mana pula lepas ni?"

"Baliklah bro. Gua pun dah pening pening ni. Balik ni lu drive la ya, gua nak tidur. Boleh tak Bee?"

"Takde hal. Jom."

Petang tu gua biarkan Bumblebee yang memandu. Gua dah tak larat. Seharian keluar asyik berkelahi je. Bruce Lee gua syak mesti tak banyak babak bergaduh dalam sehari macam gua ni. Rajanikandh pun mesti macam tu juga. Koman koman pun setakat selak kain je nak bersilambam, tu pun nak acah acah orang jahat je. Lagu 'Tak Mengapa' dendangan A.Rahman Hassan semakin lama semakin sayup kedengaran. Gua pun dah terlena. Megan Fox mula hadir dalam mimpi gua. Bumblebee memandu pantas dan girang...

Wednesday, July 1, 2009

Dia Bernama Anta #4

Untuk mengetahui awalan cerita ini, anda dinasihatkan menekan punat punat dibawah:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3

"Ha, balik dah pun Robin aku ni," Antanarayan berbisik dalam hati.

Ya, itu dia. Satu kepulangan yang cukup dinantikan Antanarayan. Itulah dia pengikut setia Antanarayan yang bernama Shah Race Khan. Wajahnya seakan akan orang Korea. Berkulit putih cerah dan bermata sepet kuyu. Shah Race Khan merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat penyakit malaria. Shah Race Khan juga berumur 10 tahun lebih tua daripada Antanarayan. Perangainya juga kelihatan agak spastik.

"Kau bawak balik apa hari ini Race?" Tanya Antanarayan kepada sidekicknya itu.

"Makanan mahal bos, Kentucky Fried Goat!" Balas Shah Race Khan bersemangat.

"Peh, solid! Mana kau dapat menatang ni?" Soal Antanarayan sambil tangannya sudah merayap rayap ke sekeliling kotak KFG itu.

"Saya ragut orang kaya berpakaian dhoti kat lampu isyarat tadi bos. Elok dia layan hisap curut cuba dia tu, saya apa lagi peluang keemasan tu, saya ragutlah. Dia cuba nak kejar bos. Nasib baik badan saya kurus bos, boleh juga mencelah celah ditengah kesesakkan jalan raya tadi," terang Shah Race Khan berserta lakonan semulanya. Tampak berkesan lakonannya. Antanarayan mendengar khusyuk.

"Heh, hebat," Antanarayan memuji Shah Race Khan dan menujukkan isyarat bagus. Shah Race Khan bangga seketika. Kemudian Antanarayan sambung berkata kata, "Tak payah buang masa lagi, jom sabdek! Ha! Ha! Ha!" Gelak Antanarayan seperti orang orang mafia minum alkohol.

"Ya jom!" Balas Shah Race Khan seraya dengan itu membuat gaya gaya cheers orang minum arak dan turut mempamerkan aksi kung fu mabuknya.

***

"Sedap makanan kita malam ni kan bos?" Shah Race Khan memulakan perbualan. Dia kelihatan seperti ular sawa kekenyangan yang menelan 4 ekor kambing sekaligus sehingga terbuka kancing seluarnya.

Antanarayan merenung tajam wajah Shah Race Khan dan terus berkata, " Busut kau sedap! Apa cerita makanan mewah? Dah tak reti nak bezakan sampah dengan makanan ke?!" Antanarayan jadi berang. Nampak kelat saja muka Antanarayan.

Selera makan Antanarayan musnah sebaik sahaja dia melihat hidangan di dalam kotak itu. Dia menyangkakan di dalam kotak itu akan berisi rusuk kambing panggang, perut kambing goreng, sup gearbox kambing dan bermacam macam lagi jenis hidangan yang difantasikan oleh Antanarayan. Tapi malang, sangkaannya meleset jauh. Di dalam kotak itu hanya terisi kepala kambing yang berulat ulat dan tersangat busuk bau baunnya.

"Ala, rileklah bos. Bersyukurlah dengan apa yang ada," Shah Race Khan cuba menenangkan ketuanya itu.

"Kau rilek tak apalah. Untuk aku kau bawak kepala kambing busuk. Untuk kau pula, kau makan satu kotak choki choki sampai habis. Bukan nak pareng pun." Kata Antanarayan kecewa. Kecewa dengan sikap anak buahnya yang makan seorang itu.

"Ala, bos ni sentimental betullah. Itu pun nak sensitif. Kata lelaki gagah," ujar Shah Race Khan sambil melakonkan gaya lelaki gagah.

"Macam lelaki gagah tak bos?" - Shah Race Khan

Piuuunggg! Kelepek!

Satu lemparan cap selipar Madras The Best yang sedikit terputus talinya tepat mengenai kepala Shah Race Khan. Melekat terus. Shah Race Khan jatuh menyembah bumi dan terus menggelepar kesakitan. Kelihatan buih buih putih sudah keluar dari mulutnya.

"Nah, rasakan. Orang tengah bad mood, boleh lagi melawak macam bangang!" Gerutu Antanarayan sambil mengutip seliparnya semula.

Antanarayan terus berjalan meninggalkan Shah Race Khan yang kesakitan. Dia berjalan kerana mahu mencari ketenangan. Ketenangan yang sudah lama dia tidak perolehi...

Sambungannya sudah ada jika mahu dibacain.-Dia Bernama Anta #5