Monday, July 20, 2009

Sepetang Di Hadapan Tivi

My name is Optimus Prime. Autobot, transform and roll out.

Henset gua berbunyi riang. Ada mesej masuk ni. Kucar kacir gua capai henset gua.

"Wan, bukak cenel 811, ada live Malaysia lawan M.U." Mizi kurus yang hantar.

Tanpa segan silu gua buka tivi dan terus tukar cenel 811. Masa tivi buka keluar cenel Chef At Home. Faveret gua ni. Tapi nanti la layan.

Peh,ada live tu. Gua dah bajet tak ada game live Malaysia lawan Manchester United ni. Mana taknya, dulu masa Malaysia lawan Chelsea tak ada pun live. Gua dengan Abang Jo dah berserabut pergi cari cekedis cekedis sebagai juadah ketika menonton perlawanan. Last last, cekedis cekedis yang gua beli tu jadi bahan makanan semasa menonton History Channel je. Hampa sungguh rasa. Dem!

Walaupun gua ni penyokong kuat Manchester United, tapi apabila M.U menentang Malaysia, gua dengan penuh semangat waja dan patriotik akan menyokong pasukan Malaysia. Sedar sedar, gua dah berdiri macam tugu negara. Punyalah kencang semangat patriotik gua, sampai berkhayal. Mujurlah tak ada sebarang makhluk yang nampak. Ada pun semut semut yang tengah berusaha angkat sisa makanan di atas lantai. Tu pun habis gua sembur dengan ridsect.

"Gua harap Malaysia mampu memberi tentangan yang hebat," getus hati kecil gua.

Pasukan Malaysia dan Manchester United mula melangkah masuk ke dalam padang. Mata gua betul betul tertancap pada skrin tivi. Gua kasi renungan paling makrifat pada pasukan Malaysia.

"Peh, pes time team Malaysia masuk padang pakai sweater. Macam Brazil!" Dengan tak semena mena gua menjerit. Dalam hati cuma.

Humang ai! Cukup berbeza saiz badan player pasukan Malaysia dengan M.U ni. Macam gua dengan Optimus Prime dia punya beza. Ferdinand gua tengok berotot otot. Rooney pula berisi, tapi body solid. Nani, peh, tak tahan rambut kerinting dia. Macam megi belum kembang.

Tapi team Malaysia pun boleh tahan hebatnya. Untuk kasi sama tinggi dengan player M.U, mereka ramai ramai buat rambut spiky. Kira macam Zaquan Adha tu tinggi biasa 170cm cuma. Tapi bila dah buat spiky, amik kau, terus jadi tinggi 180cm. Kencang bukan? Tang badan gua tak berapa gemar sangat nak sembang. Orang kata apa, apa tu, err...macam haram kot. Namun begitu gua tengok player Malaysia ni lebih jelas kelihatan urat hijaunya.

Prittt!!!

Woi, game dah mula. Dem, tak tunggu gua nak duduk!

***

Minit ke 10

Berbatov rembat. Keeper tepis. Bola melantun. Rooney paling hampir dengan bola. Keeper kucar kacir nak bangun. Lambat. Rooney rilek je sepak kasi masuk gawang.

Minit ke 28

Rooney dari belah kiri lari bersama bola. Masuk kotak penalti. Buat skill sikit. Player Malaysia tertipu. Hantar kat Nani sambil condongkan badan. Nani lari masuk ala ballet. Sempoi je Nani tap. Masuk gol terus. Keeper marah defender.

Minit 45

Keeper Malaysia sepak kasi padu. Bola sampai kat Amri Yahya. Amri kasi dada sikit. Bola bam satu kali. Amri terus volley. Van Der Sar bajet bola out. Sekali masuk. Van Der Sar bangang atau buat buat bangang. Kawan kawan Amri peluk Amri. Amri bangga.

Minit 52

Gibson hantar bola kat Ben Foster. Foster tahan stail rilek tapi terlepas. Salah padang kot. Amri masa tu tengah speeding kejar bola. Foster kucar kacir kejar bola. Amri kasi satu sliding gol. Masuk terus. Foster buat bangang atau memang bangang.

Minit 85

Rajagobal syak dah boleh seri kot. Dah mula senyum. Tapi defender Malaysia tiba tiba jadi bangang. Bola dapat kat Owen. Bajet Owen tak boleh score sebab selalu injured. Tapi salah. Owen score juga. Keeper gamam. Defender buat buat macam taubat nasuha.

Prittt! Game habis. Malaysia kalah 2-3 kepada Manchester United.

***


Dem! Pes time aku kagum tengok cara Malaysia main. Lebih lebih lagi gol Amri Yahya, gol yang dia volley kasi lemas Van der Sar tu. Lepas ni kalau Amri Yahya main macam haram pun mesti dia tak kisah. Yela, dah jaringkan dua gol. Lepas tu bukan score menentang team team Liga Perdana mahupun Liga Super, ni score gol menentang M.U ni beb. Manchester United weh, bukan Mustapa Uda! Kira Amri boleh buat stok bercerita untuk cucu cucu dia la nanti. Kira dah jadi tahap lagenda la nanti. Nasib gua tak pernah jual dia dalam Football Manager sebab gua tau dia ni memang ada aura tersendiri. Lepas ni nama dia mesti meniti di bibir peminat peminat bola sepak Malaysia.

***

Tahun 2030

"Cu, ni la jaringan yang atok buat masa lawan Manchester United dulu." Kata Amri Yahya kepada cucunya sambil menunjukkan rakaman video jaringannya dalam KauTiub.

"Wah, hebat ye atok dulu," puji cucunya.

p/s: KauTiub ni sama macam YouTube. Tapi KauTiub ni versi Malaysia dan ia bebas porno.

7 comments:

  1. haha..lu ada bakat jadi pengulas sukan bro..kautiub..wakakakaka..xleh tahan gua gelak bro..

    ReplyDelete
  2. ekhsan:
    gua memang dah lama nak jadi,tapi gua sian kat hasbullah awang.takut tak dapat cari makan lak nanti.

    ReplyDelete
  3. chegu... kau tiub tu mesti nanti lu yg jadi founder nye kan..?? kan.. kan..

    ReplyDelete
  4. dia la pyumbat gol time lwn klantan final FA dlu..benci aku..tp aku suko ko mr G..haha..

    ReplyDelete
  5. eina:
    Gua founder nama je.Kalau ada yang nak pakai,kene bayar royalti kat gua la.

    ali aman:
    suka tu sama dengan sayang dan cinta tak?kalau sama,gua boleh jadi geli ni.hahaha!

    ReplyDelete
  6. nani mesti asik dok kene alex fergie semenjak cr9 berlalu pegi ikut gua kan?skill dah sama tu..

    ReplyDelete
  7. kimmy:
    kimmy,err...lu sembang apa ye?

    ReplyDelete