Monday, August 31, 2009

Berita Gempar dan Sahur Sebiji Kurma

Abou Diaby - Berhidung besar dan sentiasa mendominasi kandungan oksigen di Kota London

Elok gua nak lelapkan mata, tiba-tiba...

Truuut! Truuut! Truuut!

Nama Pak Cik Gie terpampang pada skrin henset gua. Gua tekan butang menjawab panggilan telefon.

"Assala... eh silap. Pak Cik Gie bukan Islam, lupa pula saya." Gua berseloroh.

"Ye ye aje la kau Wan. Maaf kacau kau tengah malam ni. Pak Cik kat sini tengah petang lagi. Ni pun tengah hirup teh sambil ditemani gadis gadis jelita," Pak Cik Gie pula berseloroh. Miang juga orang tua ni.

"Peh! Ni kalau bini Pak Cik Gie tau, mau kena tidur luar 1 malam. Hahaha!" Gua kasi gelak satu kali. Biar pedih sikit hati orang tua ni.

"Ah, ingat aku takut bini ke?" Pak Cik Gie dah mula rasa tercabar.

"Ah, sudahlah pak cik. Saya dah 19 tahun kenal pak cik. Ha, kenapa pak cik call saya malam malam buta ni? Dah la saya nak kena bangun awal nak masak untuk sahur esok. Pak cik tak apa la, tak puasa, arak pun selamba je togok," gua dah mula rasa tak sabar bercampur mengantok. Tak sabar untuk tahu mengapa Pak Cik Gie call gua malam malam buta macam ni. Mata gua kejap kejap terpejam, bayangan Megan Fox dah mula kelihatan memanggil manggil.

"Ni, aku nak minta pendapat kau. Kau rasa ok tak aku beli si Abou Diaby tu? Since dia dah tolong kita malam kelmarin. Aku rasa si Wenger tu kompem bagi kita free transfer je mamat tu. Amacam?" Pak Cik Gie memberi penjelasan.

Serta merta gua jawab, "No, hell no! Pak Cik jangan ngada ngada nak beli mamat tu. Bahaya beli dia. Faktor hidung dia yang besar tu yang mendatangkan kecelakaan kepada pasukannya. Sebab tu dia boleh setedi je tanduk masuk bola lencongan Abang Giggs tu. Sebab hidung dia la dia tak nampak. Pak cik jangan beli ye, kalau tak rahsia pecah ha. Saya bagitau mak cik." Gua bagi sedikit penjelasan berserta sedikit ugutan.

"Ah kau, tu pun nak main ugut ugut. Yela, yela. Aku tak beli dia. Dah, dah. Gi la tido. Aku nak layan gadis gadis ni. Bye."

Gila apa nak beli Abou Diaby tu? Perosak pasukan je. Bawa kecelakaan dan kemusibatan saja pada pasukan gua. Gua juga pasti Prodigy tidak akan sesekali setuju dengan cadangan ni. Gua melihat jam sudah pukul 12.30pagi. Bayangan Megan Fox datang lagi. Gua dah mula rasa geram. Gua pejam mata rapat rapat agar dapat mengejar bayangan Megan Fox dalam mimpi. Tunggu bebeh! Tungguuuuuuu!!!!

Wenger yang pasrah lalu melakukan aksi pelik. Pasti banyak penyokong Ass-senal yang kecewa.

Sunday, August 30, 2009

Pasti Menjadi Satu Filem Yang Menandingi Titanic


Tajuk Filem:
Chegu

Durasi:
60 minit

Pelakon:
Ibrahim 'Macha', Apis Ayem, 'Ad Asrul, John Kamal, Syukran Mat Jamil dan Ammar Yasir

Genre:
Komedi Aksi

Sinopsis:
Peperiksaan ataupun 'exam. Dua perkataan yang cukup menggerunkan di kalangan para pelajar. Inilah yang turut terjadi kepada para cikgu di sini. Mereka menyangkakan apabila mereka sudah bekerja, mereka tidak akan lagi berhadapan dengan peperiksaan, tetapi para guru ini silap. Di sebabkan mereka diwajibkan mengambil sijil perguruan, maka, sekali lagi di dalam hidup mereka, cikgu-cikgu ini terpaksa berhadapan dengan realiti yang menggerunkan mereka. Mereka terpaksa berhadapan sekali lagi dengan peperiksaan untuk mendapatkan sijil perguruan tersebut. Jadi, filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan para guru berusaha untuk mengulangkaji pelajaran agar mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam menghadapi peperiksaan ini. Seperti nota yang dimakan lipas, tiada soalan soalan tahun lepas, kawasan ulangkaji yang tidak efektif dan sebagainya. Saksikanlah cerita ini untuk melihat sendiri bagaimana pengalaman yang dilalui oleh para guru ini. Suatu kisah yang penuh dengan aksi dan mendebarkan. Andrenalin anda pasti akan sentiasa mengalir!

Soundtrack Filem:
1. Bumface - Keadaan
2. Jumpa Pakcik Hussein - La La La BeLajar

SEBUAH FILEM YANG TAK PATUT DILEPASKAN!
NANTIKAN TAYANGANNYA PADA 20 FEBRUARI 2020

Sunday, August 23, 2009

Blog Ini Akan Dikuarantin Seminggu

Merujuk kepada perkara di atas, gua akan kuarantin blog gua seiring dengan perkuarantinan (macam haram bukan ejaannya?) tempat gua berkerja.

Tempat gua kerja dikuarantin disebabkan oleh virus yang paling dahsyat di zaman masa kini iaitu Virus H1N1. Berapa ramai dah yang mati. Menakutkan shiyalll!

Tapi blog ini akan dikuarantin kerana gua akan menghadapi peperiksaan yang juga menakutkan cuma tidak akan membawa kepada kematian.

Jadi, dengan ini, secara rasminya, gua menguarantinkan blog gua ini berkuatkuasa pada hari ini sehingga tarikh gua tepek entri terbaru nanti.

Babai!

Gua nak study dulu, subjek 'Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan'.

Kenangan manis saya semasa zaman belajar dahulu. Manis manis mukanya.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Sudah Tiba. Semoga Saf Saf Semasa Tarawih Akan Sentiasa Penuh.

Assalamualaikum. Ya kita ketemu lagi dalam entri terbaru gua. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni gua lebih cenderung nak bercerita dalam nada yang lebih Islamik (nada??? gua bersuara ke?). Jadi esok, kita semua akan berpuasa. Bagi yang tak nak puasa tu lantak koranglah, gua dah malas nak nasihat. Nak nasihat pergi masuk laman web ustaz ustaz atau ustazah ustazah yang boleh korang jumpa dalam internet. Tua nak mampus tak nak puasa. Aku doa tercekik sampai mampus masa ponteng puasa baru tau!

Malam sebelum puasa tadi gua pergilah menunaikan solat Isyak lalu terus sekali menunaikan solat sunat tarawih. Ramai gilo oghang jang (ya, gua sekarang berada di kawasan sempadan Negeri Sembilan). Penuh saf saf yang ada dalam masjid tu. Mesti sejuk mata AJK AJK surau yang melihatnya. Mungkin mereka akan berasa bangga dengan pencapaian ini. Lebih lebih lagi anak anak muda zaman sekarang lebih suka bershuffle dari menunaikan ibadah.

Masa gua solat sebentar tadi, Pak Imam yang mengimamkan gua dan jemaah yang lain telah melakukan kesilapan yang tak disengajakan. Beliau secara tak langsung telah melakukan tahiyat akhir pada rakaat pertama solat sunat tarawih. Gua sebagai makmum yang mengikut, teruskan saja mengikut. Mujur ada salah seorang jemaah yang duduk di saf depan mengatakan 'Subhanallah' sebagai peringatan kepada Pak Imam bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Mujur juga Pak Imam tak kelam kabut. Dengan steadynya dia bangun dari tahiyat akhir dan terus solat seperti biasa. Gua pun ikut saja apa yang Pak Imam lakukan.

Mengenangkan apa yang terjadi pada gua tadi, gua teringat suatu cerita semasa gua menuntut di universiti dulu. Ini memang betul pengalaman gua. Semasa itu gua tengah mengikuti program motivasi apa jadah entah. Gua kalau ingat cerita ini, memang sampai nak putus nyawa gua gelak. Kalau jumpa kawan kawan yang sama sama ada di tempat kejadian, memang lagi kaw dia punya gelak. Betul betul hao liaw bro!

Ok, cerita dia macam ni. Masa program motivasi tu, ada sorang mamat ni. Mamat ni memang gila khinzir dia punya perasan bagus. Dia kalau dengan geng geng gua, peh, berlagak tak hengat! Ada je benda dia nak berlagakkan. Tapi kalau dengan geng geng lain senang senang je dia kena buli gua tengok. Tak cukup samseng ke geng gua ni? Baiklah, selepas ini gua akan guna nama Cap Ayam sebagai ganti nama mamat ini.

Pada waktu subuh yang dingin, gua dan rakan rakan lain dikejutkan oleh para fasilitator untuk menunaikan solat subuh. Cap Ayam pun ada gak tumpang menyibuk kejut orang. Suara dahlah macam itik serati! Gua dengan muka yang sememeh dan semamai, terus sahaja bangun dan berjalan terhoyong hayang menuju ke surau. Gua toleh belakang satu kali, tengok kawan kawan gua. Dem! Dah macam Zombie Kampung Pisang. Masing masing terhoyong hayang.

Sampai di surau, gua terus pergi ambil wuduk. Ada juga dua tiga ekor budak yang masuk surau tak ambil wuduk, entah mazhab mana diorang ikut ataupun diorang tu dah lalok sangat. Peh! Bapak sejuk air dia, memang tak hengat! Walaupun kulit pipi gua dah rasa takut takut nak sentuh air sejuk tu, gua tetap gagahkan juga. Gila apa nak solat tak ada wuduk, sah sah tak sah!

Dah elok semua ambil wuduk, semua terus masuk surau. Masa tu budak budak ni semua jalan memang bapaknya ketarlah. Kira kalau nak lawan vibrate henpon tu, memang senang senang jela menang. Masuk masuk je dalam surau, gua dengan geng geng gua memang gila babas dia punya terkejut. Cap Ayam berada di posisi imam!

Masa tu gua memaksa akal pikiran gua supaya lebih positive thinking. Gua masa tu cuba berfikir yang Cap Ayam dah nak berubah kot. Berhijrah ke sesuatu yang lebih baik. Orang yang nak berubah ni kita kena bagi sokongan. Nak juga gua bisik "You can do it bro!" kat telinga Cap Ayam, tapi perasaan malu yang tinggi menghalang niat gua yang suci murni itu.

Sebaik sahaja qamat, Cap Ayam terus melaksanakan tugasnya sebagai imam subuh itu. "Rapatkan saf." Ewah. Ada bakat gak dia ni. Gua berbisik dalam hati cuma. Lalu Cap Ayam terus mengangkat tabiraktul ihram.

Rakaat pertama berjalan dengan lancar.

Elok nak masuk rakaat kedua, gua dah mula rasa susah hati. Rasa tak khusyuk tu dah mula nak datang. Dalam kepala otak gua dah fikir macam macam perkara. Gua dah mula pelik bercampur sangsi. Ada apa apa nak jadi ke?

Proottt!

Perlahan saja bunyinya. Tapi telinga gua yang peka ini tetap dapat menangkap bunyi angin menderu itu. Bunyi itu datangnya dari posisi imam. Siapa di posisi imam? Lu orang pun dapat teka kan siapa?

Dengan tidak semena mena dan secara tiba tiba, Cap Ayam yang berada di posisi imam itu menoleh belakang dan bersuara, "Err, korang solatlah sendiri. Aku dah terbatal ni."

Peh! Mazhab mana Cap Ayam ni ikut ni? Gila apa ajak jemaah lain bersembang dikala proses solat itu masih sedang berjalan? Cap Ayam ni memang cap ayam sangat ke sampai benda asas pun tak tau? Gua pada waktu itu memang dah terkesima campur bingung dan campur gelak macam setan! Solat gua dah jadi barai habis. Memang sah sah batal. Ada satu dua makmum yang turut terbatal sebab tak boleh tahan gelak. Jemaah lain masih lagi bertahan dan ada seorang makmum melangkah ke depan untuk mengambil alih posisi imam yang sebelum ini dipegang Cap Ayam. Cap Ayam pula dah kucar kacir keluar surau untuk menunaikan urusan pelaburannya.

Cap Ayam, Cap Ayam. Tu la, lain kali jangan eksyen sangat. Nak tunjuk lu tu ekselen pun biarlah bertempat. Ni dah malu sendiri. Di sebabkan kejadian ini, gua dan rakan rakan membuat spekulasi bahawa Cap Ayam saja saja buat buat terbatal sebab dia tak tau nak baca doa Qunut. Jadi dia perlu larikan diri agar dirinya tidaklah berasa malu. Jadi, kepada lu orang semua kalau nak jadi imam tu, sekurang kurangnya lu orang perlu ada pengetahuan yang asas. Jangan jadi imam pasal nak eksen je, nanti on the spot Allah balas. Apa apa hal pun, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada lu orang semua termasuk Cap Ayam.

Wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Cobalah Untuk Setia

Kekalahan yang mengejutkan. Serius gila khinzir punya terkejut ni! Gua datang memang lewat gila. Sedar sedar dah habis game. Gua tak sangka teammate gua boleh kecundang di tangan pasukan kerdil ni. Burnley kalahkan team gua 1-0 beb. 1-0 tuuu!!! Walaupun kecil defisitnya, tapi ia tetap bernama kekalahan. Tapi tidak mengapa, gua jenis manusia yang boleh menerima kekalahan. Gua tak fanatik macam ada sorang member gua. Dia sokong Liverfool. Ada ke patut masa Liverfool kalah dia tak boleh nak terima. Dia kata team lawan main defensive lah, banyak berlakonlah, pengadil bias lah dan macam macam lagi (member gua ini tidak bernama spark, race mahupun anta). Pastu ada sekali tu dia boleh terima kekalahan, tapi masih nak berlagak dengan mengatakan walaupun Liverfool kalah, tapi diorang main cantik. Pala otak dia! Kalau dah kalah, main cantik mana pun tak ada guna dah. Dalam menutup kesedihan gua ini, gua paparkan gambar gua semasa gua baru sahaja hadir sebaik sahaja permainan tamat.

Gua tak sempat nak buka cap, player Burnley dah kucar kacir nak salam salam gua. Dah rasa macam wakil rakyat je. Mujur tak ada yang kompelin pasal jalan tak siap ke, paip rosak ke, longkang tersumbat ke dan lain lain lagi. Kalau ada, nampak sangat kerajaan U.K tak ambil berat pasal rakyat jelata.

Kat sini gua sempat snap gambar dua penyokong Liverfool yang ngada ngada datang tengok game M.U. Gua rasa mereka ni dah mula nak belot pada Liverfool lah. Woi, bukan Liverfool main gak ke malam tadi?!

Ok, cukuplah sampai sini gua berceloteh. Gua nak pergi muhasabah diri ni. Nak kaji macam mana kami boleh kalah. Gua nak bagi cadangan baru pada Pak Cik Fergie gua. Nak ajak solat istikharah dulu la kot. Tengok cadangan gua ni boleh digunapakai ke tak. Rasa macam 50-50 je ni.

Wednesday, August 19, 2009

Perjalanan Dua Sahabat

Pada petang yang mendamaikan, kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan menuju ke sebuah gerai goreng pisang.

"Sahabat, kenapa awak berjalan sebegitu rupa?" tanya seorang sahabat kepada sahabatnya yang satu lagi. Dia berasa begitu pelik melihat cara sahabatnya berjalan. Tak macam biasa. Luar biasa sangat tingkah langkahnya.

"Ow, itu adalah kerana telur saya ada ulser, jadi saya perlu mengawal langkah saya agar tidak bergesel dengan peha. Jika tidak, pasti saya akan menderita akibat kepedihan yang amat," jelas sahabat kepada sahabatnya yang bertanya tadi.

"Ah, saya begitu bersimpati dengan awak sahabat. Mahu saja saya merasa apa yang awak rasa." Rasa simpati mula menyelubungi diri sahabat tersebut.

Lalu, pada petang yang mendamaikan itu dua orang sahabat meneruskan perjalanan menuju ke gerai goreng pisang. Seorang berjalan kengkang, seorang lagi menitiskan air mata memikirkan keadaan sahabatnya.

Itulah sahabat sejati.

Tuesday, August 18, 2009

Terima Kasih Tiang!

Di atas bantuan 'Tiang', Rooney berjaya menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Birmingham di Old Trafford. Terima kasih 'Tiang'.

Gua nak belanja 'Tiang' sirap selasih.

Ow, sekadar makluman. M.U kalahkan Birmingham City 1-0.

"Terima kasih 'Tiang'!" - Wayne Rooney

Kelincahan kaki gua yang tiada tolok bandingan. Namun begitu gua dikeluarkan pada minit ke 15 akibat jerawat di hidung gua pecah. Darah tak henti henti keluar.

Masih cuba mencari cari rentak permainan yang sempurna. "Gua tak fit lagi. Kalau dah fit, hat-trick tu tak ada masalah punya." - Micheal Owen

Saturday, August 15, 2009

Bahang EPL Sama Seperti Bahang Semasa Memasak! Panas!

Gambar candid yang diambil semasa meraikan kemenangan bersama Manchester United. Gua ketika itu sedang mengusha makwe makwe yang berkeliaran. Seksi seksi belaka!

Selaku penyokong setia Manchester United dari tahun 1998, gua berjanji akan menghadap televisyen untuk menonton kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran gua ini. Diharapkan agar M.U mampu menggondol piala yang dirasakan penting sebanyak mungkin. Semoga Pakcik Fergie mampu memikirkan strategi strategi yang sesuai agar M.U tidak kelihatan lemah pada pasukan lain.

Woi! M.U main hari apa? Pukul berapa? Gua nak bayar bil Astro ni, dah kena potong la pulak! Harap masih sempat.

Thursday, August 13, 2009

Api Itu, Tatkala Kecil Menjadi Kawan, Apabila Besar Menjadi Lawan. Bukan Lawan Yang Kena Sepak Terajang Tu!

Punca kebakaran di pejabat gua. Ada saksi mengatakan anak iblis main bunga api kat sini. Ada Sixth Sense kot saksi tu.

Ketua Jabatan (KJ) gua yang masih lagi bingung dengan kejadian yang menimpa. Untuk menghilangkan kebingungan, dia cuba bermain 'oh-som' dengan gua.

Walaupun api sudah padam, Irfan Dompet Mont Blanc masih cuba mengawal keadaan dengan menyembur ke arah longkang. Nak juga gua cungkil bibir dia bila tengok aksinya ini.

Walaupun hanya mempunyai Ijazah Kewangan Dengan Kepujian, Sukran Mat Jamil tetap cuba mengenalpasti sebab sebab kebakaran. "Mak aku cakap kalau baca selawat api boleh padam," ujar Sukran bersahaja.

Zizi Chulia (kiri) masih mampu berjoget kegirangan kerana berjaya memadam kebakaran yang berlaku secara live depan mata gua. KJ gua pula cuba menopup henset anaknya yang kehabisan kredit.

Dan akibatnya, gua dan rakan rakan terpaksa menetap di dalam bilik yang panasnya macam dalam sauna. Memang gila khinzirlah dia punya panas. Gua pun dah peluh peluh menaip ni. Macam Usain Bolt!!!

Tuesday, August 11, 2009

Bola Bola Kotaraya #2

"Woi Ravi! Kau pergi jaga situ. Aku nak sepak ni."

Pow!

Satu sepakan padu gua lepaskan.

Tap!

Botol itu berjaya ditangkap kemas oleh Ravi. Ravi ni orang India. Dia ni kira kawan baik gua jugalah masa darjah 6 dulu.

"Dey Izwan. Kau sepak slow sangatlah wei. Sepak kuat kuat la sikit," Ravi memberi kritikan tentang sepakan gua. Dia kata kurang sangat daya tujahannya.

"Nak buat macam mana Ravi, benda tu dah ringan. Tu jadi slow tu aku sepak," gua cuba mempertahankan cara sepakan gua.

"Kau tambahlah air. Biar berat sikit," Ravi memberi cadangan sambil mengenyit kepada Kalai Mary. Gadis pujaan Ravi.

Peh! Boleh tahan juga idea si Ravi ni. Tak sangka gua di sebalik rambutnya berkerinting tebal itu mampu menjana idea yang begitu bernas. Dengan pantas, gua terus berlari lari anak menuju ke tandas lalu gua isi air dalam botol sampai penuh.

"Ok Ravi, redi ok. Lepas ni mesti kau tak boleh tangkap, aku nak sepak kuat kuat ni." Ujar gua dengan nada yang begitu bongkak sekali. Ravi pula hanya tersengih dan sudah bersedia dengan kuda kudanya.

Gua mengambil 10 langkah ke belakang. Gua membuat gaya seperti David Beckham mengambil sepakan percuma. Masa tu, David Beckham popular lagi. Tapi sekarang, orang dah anggap Beckham tu macam nasi saja. Ada ok, tak ada pun ok. Sebab dah banyak sangat penggantinya.

Dengan larian yang begitu bersungguh sungguh dan meyakinkan ke arah botol air yang sudah berdiri teguh itu lalu gua lepaskan satu sepakan yang begitu hebat sekali. Kira boleh hasilkan gempalah juga.

Powww!

***

"Cikgu, atas kepala cikgu."

Guru besar cepat cepat mengelak.

"Siapa yang main ni? Kurang ajar betul! Kamu, pergi cari kat atas, siapa yang main. Nasib baik tiada yang mati." Arah Guru Disiplin kepada salah seorang pengawas yang sedang berhimpun di bawah.

***

"Nah, nah! Nak main lagi, ambil ni."

Cikgu Disiplin curah air atas kepala gua dan juga kepala Ravi. Dek kerana sepakan gua yang terlalu kuat, botol air itu terkeluar dari landasannya lalu jatuh ke bawah dan hampir hampir meremukkan kepala Guru Besar gua. Lokasi permainan ialah di tingkat 4. Jadi, lu orang boleh bayang la berapa laju botol air itu jatuh menjunam dan sudah tentu dapat mencederakan ataupun paling dahsyat memautkan Guru Besar gua. Peh, kalau maut, mesti menyusahkan pihak kementerian nak cari pengganti. Salah lu la Ravi suruh isi air, kan dah kena!

Monday, August 10, 2009

Cerita Itu Tidak Lakukah?

Hanya 12 orang sahaja yang menonton cerita 'Setem' pada hari Sabtu yang lepas.

Padahal, kerusi ada berpuluh puluh, nak sampai ratus ratus juga agaknya.

Tapi, dalam setengah jam selepas filem ditayangkan, ada 2 orang keluar.

Tinggallah 10 sahaja.

Peh.

Nampak sangat industri perfileman negara kita makin tenat.

Tak ada doktor ke yang boleh tolong ubatkan ni beb?

Ow.

Mungkin masing masing sibuk cari penawar H1N1.

Tu lagi bagus, fardu kifayah.

Saturday, August 8, 2009

Ini Kisah Seram! Jika Mengandung, Jangan Baca!

Tepat pukul 10.30 malam, tamatlah sudah waktu prep gua dan rakan rakan. Semua dah kelam kabut nak menuju dewan makan, nak sampai awal, takut kena beratur. Entah apa apa entah, kena beratur pun takut. Gua pun sama. Maka, beramai ramailah kami berlari menuju ke dewan makan sambil mengangkat tangan ke udara.

Namun begitu, ada juga yang tidak ghairah pergi ke dewan makan terus. Mereka terus menuju ke telefon awam yang terletak berhampiran dengan makmal kimia. Mungkin nak suruh mak bapak diorang masukkan duit dalam akaun BSN mereka kot. Dah habis la tu. Weekend ni outing pula. Jadi sumber kewangan perlu cukup dalam membeli komik ataupun stok stok rokok yang sering cepat kehabisan.

Sesampainya di dewan makan, kami hampa. Gua pun hampa. Budak budak tingkatan 5 dah datang dulu. Entah pergi prep ke tak. Lebur harapan gua dan rakan. Jadi, nak tak nak, kenalah beratur jugak. Masing masing dah macam pelarian Vietnam je gua tengok. Ada seorang budak tu siap pura pura jadi Bangladesh la juga sebab nak makanan lebih. Macam macam akal budak sekolah teknik ni.

Habis makan, gua dan rakan rakan pun terus meluru ke dorm kami. Dorm 10. Itulah nama dorm gua. Ada dalam 20 umat manusia duduk dalam tu, tidur dalam tu, salin baju dalam tu, main bola dalam tu, main hoki dalam tu, up budak dalam tu dan macam macam lagi. Hubungan sejenis saja tak pernah jadi. Kalau jadi memang gua pindah sekolah la. Tang up budak tu pula, gua memang tak into sangat, sebab gua ni jenis hati lembut, tak boleh nak belasah orang. Takut Allah balas 10 kali ganda pada gua. Bayangkan kena rimbuk 10 kali ganda kuat kat perut? Peh! Memang 10 kali padunya.

***

Jam dah pukul 12.00 malam. Malam tu betul betul kick dia punya dingin. Gua syak orang Eskimo pun tak boleh tahan dingin macam ni. Mau time tu juga diorang mohon jadi rakyat Kalahari.

Angin pula menderu deru dia punya kencang. Kadang kadang rasa macam tiupan Musang nak musnahkan rumah tiga ekor adik beradik babi. Serius kencang beb. Mungkin nak hujan malam ni kot, getus gua dalam hati cuma.

Gua pula malam tu mata pula tak boleh nak lelap. Gua pejam, tak juga lelap. Kemudian gua pejam kasi betul betul padu sampai mengetap gigi. Tak juga nak jadi. Ow, mungkin gua lupa pesanan mak gua ni.

"Wan, sebelum tidur jangan lupa baca ayat kursi, surah tiga Qul, bismillah 21 kali dan selawat 21 kali. InsyaAllah senang tidur dan tidak diganggu," macam tu lah gamaknya suara ibu gua yang bergema dalam kepala otak gua.

Gua pun bacalah. Masa tu hati dah rasa tenang, mata pun dah nak jadi kuyu kuyu. Elok saja nak masuk intro drama 'Mimpi Apakah Gua Malam Ini?', tiba tiba gua dengar sesuatu yang mengejutkan gua dari kelelapan. Ah sudah, binatang apa jadah pula yang kacau kacau ni.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi apa pula ni? Malam malam yang dingin ni memang ngam sangatlah dengan cerita seram. Tapi yang jadi tak ngamnya bila cerita seram ni berkait dengan gua pula sekarang ni. Ok, ok. Mungkin ini mainan perasaan gua je kot. Gua pun cuba bertenang dan kembali melelapkan mata.

Tap! Tap! Tap!

Peh! Bunyi lagi weh. Gua dah jadi panik campur seram ni.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Makin laju pula bunyi ni. Gua dah mula terfikir cerita cerita seram yang pernah gua dengar sepanjang duduk hostel ni. Hantu Nenek Jamban. Hantu Loker, Hantu Suzana, Hantu Bucu Katil dan macam macam jenis hantu lagi. Disebabkan teringat, tahap keseraman gua makin meningkat. Bulu bulu roma dah mula meremang lalu menembusi baju gua. Mata pun gua dah tak berani buka. Gua tutup kasi erat. Takut kalau buka mata, hantu hantu yang gua ingat tu semua dah berdiri depan gua macam nak baca ikrar pengakap.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Haih! Makin menjadi jadi pula bunyi benda ni. Agak agak la nak bersiar siar pun mambang. Belakang dorm gua juga lu nak jalan jalan. Pergilah taman tasik ke, Terminal One ke, Ocean ke ok la juga. Nampak educated sikit.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Eh, eh, eh. Makin kencang angin ni, makin pantas pula mambang ni berjalan. Dia mundar mandir ke? Munda mandir pasal apa? Gaduh dengan bini ke? Hutang dengan Along ke? Kereta kena tarik ke? Ah, apa jadah mambang pun ada masalah macam manusia ni? Tapi memang tak boleh jadi ni, kalau gua tak tidur malam ni, alamatnya esok pagi mau gua dapat line adidas kat betis percuma.

Gua kumpul segala kekuatan yang ada. Gua beranikan semangat yang kian lama kian luntur. Gua baca ayat kursi satu kali agar tiada benda yang mampu merasuk jiwa gua. Gua buka mata sedikit demi sedikit. Sedikit cahaya menerobos masuk ke dalam mata gua. Haish! Pedih. Tapi gua tahan juga. Lama kelamaan mata gua dah terbuka luas.

Hah! Mujur tak ada seekor pun hantu depan gua. Tak ada hantu loker, tak ada hantu jamban, tak ada hantu bucu katil dan apatah lagi hantu suzana. Gua menjadi sedikit lega. Gua usap dada perlahan lahan tanda lega.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Eh, ada lagi bunyi ni. Gua ingat dah habis. Haram jadah betul. Gua pasang telinga sekali. Gua amati betul betul dari mana datangnya bunyi itu. Masa tu dah tak fikir takut dah. Gua jadi berani semacam. Semuanya gara gara takut kena libas dengan Warden Oni.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Huish! Dari atas bunyi ni. Dengan keberanian yang ada. Gua kalihkan pandangan ke atas untuk melihat gerangan jahanam apakah yang buat bunyi macam tu sampai gua tak boleh nak tidur. Gua dah set dalam kepala nak paranawei je kalau nampak mambang yang permainkan perasaan tidur gua malam tu.

"Ah celaka! Papan polisterin je rupanya. Hampeh betullah!!!"

Rupa rupanya yang bunyi tap-tap-tap tu adalah bunyi hasil dari papan polisterin yang berlaga dengan besi apabila ditiup angin. Memang macam jahanam. Sebagai tanda protes, gua cepat cepat seterika milo 3 in 1 gua. Malam tu gua tidur lewat juga sebab makan biskut milo 3 ini 1.

Friday, August 7, 2009

Gua Nak Besajak Hari Ini. Nak Fight Dengan Kak Zeta. Bring It On Sister!!!

Ehem, ehem, ehem. Kasi betul kerongkong sikit.

Weh, weh! Gila apa betulkan kerongkong. Lu nak menaip, bukan mendeklamasikan sajak!

Owh, gua silap. Ok, gua taip ok.

Terimalah sajak dari gua.

Aku
Adalah aku
Kau
Adalah kau
Aku
Bukanlah kau
Kau
Bukanlah aku
Apabila aku bukan kau
Sudah tentu kau bukan aku
Jadi
Mana mungkin
Aku dan kau sama
Kernanya
Aku adalah aku
Dan
Kau adalah kau
Jadi
Aku sampai mampus tetap aku
Kau pun sampai mampus tetap kau.
Tapi
Aku belum mampus lagi
Kau?

Jadi amacam? Boleh lawan Kak Zeta tak rasa?

Thursday, August 6, 2009

Bola Bola Kotaraya #1

Petang tadi gua memang semangat gila nak main bola beb. Dia punya semangat sama macam bangun pagi nak pergi sembahyang raya dan duduk saf depan sekali. Gua seluk poket gua nak ambil henpon kemudian gua terus taip satu mesej yang berbau semangat bola yang begitu hebat sekali.

"Jom men bola ptg ni. Kul 6.15 petang. Hangpa x mai jaga. Aku rimbuk rusuk masing2."

Betul betul punya padu gua punya mesej ni. Gua kasi hantar kat Joi Blue, Sukran Mat Jamil, Irfan Dompet Mont Blanc, Onn Soley dengan Muzapar Gambang.

Tak sampai seminit, dah ada yang balas. Peh, respon yang cukup pantas. Gua tak jangka langsung. Gua baca mesej yang diterima.

"Anak haram! Dah nak mampos kot!"

Peh! Lagi solid Muzapar Gambang punya reply. Serius lebih semangat bola berbanding gua.

Petang tu yang datang hanyalah gua, Sukran Mat Jamil, Joi Blue, Onn Soley dan yang paling semangat, Muzapar Gambang. Irfan Dompet Mont Blanc je yang tak datang. Jadi esok tunggulah dia, gua rimbuk rusuk dia sampai lemah longlai nanti.

Sarjan - Jen

Kipas Susah Mati Pendekar Laut

"Aku panggil kau Jen jela mulai hari ini."

"Apahal kau nak panggil aku Jen lak?"


"Tu, pasal tu la. Yang kau lukis 3 paku kat lengan macam sarjan tu apahal? Sebab tu aku nak panggil kau Jen."


"Ow. Kau tau tak siapa yang lukiskan ni?"

"Siapa?"


"Naqib."

"Kau ni memang tak ada keje sangat dah kot."

Jen. Bukan singkatan nama untuk Jennifer, Jennemayah, Jenglot mahupun Jengka Pahang. Jen merupakan nama salah seorang sahabat gua semasa gua menuntut di universiti dulu (Ya! Gua penuntut universiti dulu, tak percaya ke?) Nama sebenar dia Firdaus Che Emri. Sedap bukan nama sebenar dia. Tapi, dengan menggunakan kuasa veto yang diberikan oleh gua sendiri, gua gelar dia ni Jen. Nak tau kenapa? Lu baca la dialog perbualan antara gua dengan dia di perawalan petikan ini. Jen yang memiliki wajah seperti meminta tendangan ini awal awal masuk universiti pun dah buat perangai pelik pelik. Nama pun universiti, jadi perangai kenalah universiti juga. Ini tidak, tamat saja orientasi, dia dah buat projek melukis tatu guna pen kilometrico. Katanya ni tatu mudah padam. Mujur gua tak sebilik dengan dia, kalau tak habis gua jadi mangsa kerahan untuk buat tatu kat lengan dia. Lengan sasa tak apa la juga, ini macam ranting bunga raya saja.

Naqib, ya Naqib. Inilah orang yang bertanggungjawab melukis tatu di lengan Jen. Jen memang pelik. Dia tak suka benda kecil kecil. Dia suka benda besar besar. Walaupun dia tidaklah sebesar mana pun. Macam gua cakap, macam ranting bunga raya. Jen telah mengarahkan Naqib supaya melukis tatu 3 paku yang melambangkan pangkat sarjan. Masa tu, gua dah syak Jen nak tubuhkan satu pertubuhan haram di mana dia ingin membuat rampasan kuasa di universiti tempat gua menuntut. Jadi, sebagai langkah awal, dia perlu melantik dirinya sebagai ketua pertubuhan dengan melukis lambang sarjan pada lengannya.

Alhamdulillah, mujur akal Jen ni tak panjang mana. Tatu 3 paku sarjan yang dibuat oleh Jen tu sekadar hanya mahu menunjuk kepada orang ramai sahaja. Siap saja lukisan tatu nukilan Naqib, Jen berlegar di sekitar tingkat 5 untuk menunjukkan tatu sarjannya. Pada waktu itu kaki gua dah terangkat angkat nak terajang muka Jen ni, tapi syukur syaitan tak dapat hasut gua sepenuhnya. Gua batalkan niat gua cepat cepat. Seraya itu gua beristighfar. "Astaghfirullahalazim."

Jen jalan menuju ke arah gua. Dia tersengih. Gua sengih balik. Kemudian kami berbual. Biasalah, nak berkenalan dan nak cari kawan kan? Lagipun gua tak ada henpon lagi masa tu. Jen dah ada henpon. Jadi kalau gua nak call abah gua, boleh la pinjam henpon Jen, tak gitu?

Sembang sembang, tanya duduk mana, sekolah mana, matrik mana dan budak mana, persembangan ini meleret sehinggalah gua memberi gelaran 'Jen' kepada 'Jen'. Jen masa tu muka memang stok tak puas hati gila. Tapi gua kisah apa. Gua tak takut. Lagipun gua ada belajar ilmu paranawei. Kalau dia serang gua dulu, memang gua paranawei je rusuk dia.

Namun begitu, Jen akhirnya redha dengan nama gelaran tersebut. Gua dengan dia berkawan baik sehingga semester 4 dan pada semester seterusnya, hubungan gua dengan dia mula renggang. Masa tu, dia dah mula konsentret dalam pencariannya mencari isteri solehah. Memang gila babi punya mencari. 24 jam main sms tanpa henti semata mata nak dapatkan yang terbaik. Kawan kawan semua habis terabai beb. Nak sembang dengan dia pun bukan main susah. Sembang dengan dekan lagi senang gua rasa.

Tapi, usaha Jen ni memang berbaloi. Sekarang pun dia dah kahwin. Anak dah ada seorang. Perempuan kot. Kalau aku jumpa anak dia, memang aku nak cerita sangat pasal sejarah Jen dapat nama 'Jen' kat anak dia. Jagalah lu Jen!

Wednesday, August 5, 2009

Kau Ambra, Aku Kedondong. Berbeza Namanya, Tapi Sejenis Rupanya Kita.

Baru hari ini gua tau buah ambra tu sama dengan buah kedondong. Gua ingat Sukran Mat Jamil tipu gua. Kesian Sukran, gua dah cabut tali getah seluar bola dia.

Tuesday, August 4, 2009

Tan Hong Ming dan Gelak Tersembur



Disebabkan lakonan semula iklan ini yang dilakukan oleh gua, gua menerima habuan yang cukup sadis. Mulut Haji Rahim yang penuh dengan kuih karipap habis tersembur keluar dari mulutnya akibat gelakkan yang terlalu terbahak bahak melihat gua meniru semula gaya Tan Hong Ming. Gua juga dapati kuih kuih yang tersembur itu memasuki laju ke dalam mulut gua.

"Ptuih! Ptuih! Haji, masuk mulut saya haji." Dem betul.

Gua libas sedas tengkuk Haji Rahim sehingga dia tertunduk malu.

Ni salah iklan Tan Hong Ming la ni.

***

**

*

p/s: ayat serong menandakan gua menipu. Gila apa nak libas tengkok orang tua. Gua masih lagi pemuda yang berakhlak mulia beb.

Monday, August 3, 2009

Permulaan Bibit Bibit Penulisan

Ya, gua ingat lagi. Masakan gua boleh lupa beb. Untuk pengetahuan umum, gua sudah pun mula menulis secara komersial sejak gua bertingkatan 3 lagi. Tetapi, tidak ke mana sangatlah komersialnya. Sekadar bergerak dalam kelas 3 B gua sajalah. Dengan berbekalkan buku tulis High School Kajang gua, gua mula menghasilkan majalah tabloid gua sendiri. Buku tulis tu gua balut cantik cantik supaya tak adalah kantoi kalau cikgu gua nampak. Kalau mak gua tengok, tak adalah dia syak apa apa sangat. Jika mak gua tanya, gua jawablah ni buku pendidikan seni. Gua tulis tangan saja masa tu. Pada waktu itu, penggunaan komputer amatlah minima sekali. Jadi, pen tetap digunakan sebagai bahan percetakan utama.

Majalah tabloid pertama gua itu diberi nama 'Mestimatika'. Gua mendapat ilham untuk meletakkan nama ini apabila gua sering meminati majalah Mastika. Disebabkan itu, terhasillah nama 'Mestimatika' untuk majalah tabloid pertama gua.

Gua juga tidak akan sesekali lupa artikel pertama gua dalam majalah 'Mestimatika' gua ni. Artikel pertama gua yang bertajuk "Hanafi Indon" merupakan artikel paling terhits yang pernah gua nukilkan. Berebut rebut beb orang nak baca artikel pertama gua ni. Masa tu gua punya bangga jangan cakaplah, memang awesome gila beb. Artikel "Hanafi Indon" ini mengisahkan tentang kad pengenalan yang dimiliki oleh sahabat gua iaitu Hanafi di mana gambar kad pengenalannya ada sepasang misai sedangkan pada waktu gambarnya diambil dia baru sahaja berdarjah 6. Jadi mana mungkin dia mampu ada misai. Tambahan pula, semasa gambarnya diambil, dia memakai baju batik. Maka, atas sebab inilah gua telah menghasilkan artikel "Hanafi Indon".

Walaubagaimanapun gua sudah kehilangan majalah tabloid pertama gua ini. Kalaulah gua ada lagi majalah terbitan gua ini, mesti dah lama gua tepek dalam ni beb. Ada macam macam lagi artikel yang gua hasilkan dalam majalah tabloid pertama gua ini. Gua pun jadi terfikir, kalaulah gua dah tau kewujudan blog pada masa itu, mesti dah lama gua hasilkan laman blog 'Mestimatika'.

Supaya tidak menghampakan lu orang yang mungkin tertanya tanya bagaimanakah cerita "Hanafi Indon" itu, gua kasi lekat gambar sahabat gua yang bernama Hanafi ini.

Inilah Hanafi. Hanafi orang Malaysia. Hanafi bukan orang Indonesia

Gambar sumbangan Friendster Hanafi.

Sunday, August 2, 2009

Serius, Serius Dan Serius

10 cara nak jadi penulis yang baik:
  1. Tulis
  2. Tulis lagi
  3. Tulis banyak lagi
  4. Tulis lagi banyak lagi
  5. Tulis semasa lu orang tak mahu
  6. Tulis semasa mahu
  7. Tulis semasa nak luahkan sesuatu
  8. Tulis semasa lu orang tidak menulis
  9. Tulis setiap hari
  10. Tulis terus menerus
Disebabkan nasihat di atas gua menulis dan akan sentiasa menulis walaupun gua kekeringan idea. Bukanlah kering sangat, ada jugalah sikit sikit lembapnya.

Kekeringan

Saturday, August 1, 2009

Mandinya Gua Di Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Tekala. Peh, nama pun dah mantap semacam saja. Tu belum pergi tengok tempatnya lagi. Air Terjun Sungai Tekala ni memang thrill gila beb. Gua syak lagi thrill dari Air Terjun Niagara tu. Entah dah berapa juta rakyat Malaysia mandi kat sungai ni weh. Gua, masa kecik kecik dulu memang selalu sangat datang mandi kat sini.Mujur gua kecik lagi masa tu, kalau tak memang dah mandi wajib je kat situ.

Sungai Tekala nama diberi. Siapa yang beri gua pun tak tau. Gua pun sampai sekarang masih tak dapat merungkaikan misteri mengapa ada orang bagi nama Tekala ni. Nasib masa gua SPM dulu, pihak kementerian tak keluarkan soalan tanya pasal nama Sungai Tekala ni. Kalau tak jenuh gua nak jawab. Mau dua jam setengah habis masa kat soalan tu saja.
Justify Full
Abah gua, kalau dah buat pengumuman yang gua dan satu keluarga akan merombong ke Sungai Tekala memang jadi tak senang duduk gua beb. Dia punya seronok memang solid la. Sebelum pergi ke Sungai Tekala, gua kena la training berenang dulu. Jadi, sebagai latihan berenang, gua sumbat lubang air dengan kain lepas tu gua buka paip air kasi bilik air dilimpahi air. Bila gua dah agak agak paras dalam air tu macam boleh buat kuak lentang, gua tutup pili, dan gua mulakan latihan. Oleh kerana gua berlatih dalam masa yang agak lama, mak gua mula syak gua buat aktiviti tak berfaedah. Abah gua masuk bilik air tengok. Nah amik, kantoi beb, kantoi! Muka abah gua jadi merah pemadam kebakaran.

Pang!

Satu lempangan berbisa yang bisa menghentikan latihan gua berenang dalam bilik air. Gua nangis sebentar. Pedih wo! Namun begitu, itu semua tidak langsung mengganggu gugat keseronokan gua untuk berekreasi petang itu di Sungai Tekala. Gua masuk bilik, gua berdiskusi pula dengan abang abang dan adik adik gua. Macam perkara yang kami bincangkan. Benda paling hot yang dibincangkan ialah, apakah teknik teknik yang akan digunakan untuk terjun di sungai nanti. Macam macam teknik dibentangkan. Contohnya, balik kuang, terjun badan tegak, terjun cangkung, terjun kaki peluk lutut, terjun tutup hidung, terjun kepala dulu dan pelbagai lagi jenis terjunan yang kami cuba fikirkan.

Gua juga sering berdoa agar cuaca cerah hingga ke petang. Masa tu gua memang berharap sangat peribahasa 'ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' tidak akan menjadi kenyataan. Gila lu! Kalau jadi betul, terbantut rancangan gua. Gua punyalah bimbang sampaikan selang lima minit gua pasti akan melihat keadaan awan di luar rumah. Nak tengok mendung ke tak. Kalau mendung, gua cuba tiup awan di pergi ke tempat lain. Biar hujan kat tempat lain. Tapi sampai ke hari ini tak pernah jadi! Nampak sangat gua tak ada masa depan yang cerah dalam karier bomoh hujan ni.

Masa nak pergi pun dah tiba. Gua, abang abang gua dan adik adik gua semua dah terkinja kinja masuk dalam kereta. Gua juga akan pastikan gua takkan lupa membawa perkakas yang paling penting iaitu, seluar pendek. Tak ada seluar pendek ni, alamatnya, duduk tepi la beb. Gila apa pergi sungai tapi tak mandi. Macam PM Najib tanpa One Malaysianya.

Perjalanan ke Air Terjun Sungai Tekala ni tak memakan masa yang lama, dalam 45 minit saja. Masa tu gua duduk kat Kajang lagi. Sekarang kat Perak. Cait! Lagi haram jauhnya. Sepanjang perjalanan, gua pun tetap boleh jadi tak senang duduk. Bukan pasal seronok, tapi pasal memikirkan keadaan cuaca. Kalau mendung, gua cuba juga tiup awan tu pergi tempat lain. Tapi memang takkan berjaya. Tapi apalah budak kecik tau pasal putus asa. Usaha meniup tetap diteruskan.

Petanda yang menunjukkan Sungai Tekala semakin hampir ialah apabila kereta abah gua melintasi kawasan perkampungan orang asli Semenyih. Masa tu gua, abang abang gua dan adik adik gua dah jadi mula kucar kacir dalam kereta. Menjerit. Melompat. Berhigh five. Dan macam macam lagi acara yang berlangsung yang menonjolkan keseronokan kami.

Sesampai je kat tepi sungai, baju mula dibuka. Masa tu gua nak juga buka seluar, tapi mujur nilai akhlak gua tinggi. Mana taknya, gua kan penuntut sekolah agama. Jadi, kenalah berakhlak. Ye tak?

Ceboosh! Kaboosh! Haboosh!

Hambik! Gua, abang abang gua dan adik adik gua semua terjun sekaligus. Rasa macam terjun berirama kategori olimpik saja. Gua kasi kuak dada dengan kuak kupu kupu sekali. Abang gua cuba menerapkan teori teori fizik dengan melakukan daya apungan. Adik adik gua hanya bermain di kawasan yang cetek sahaja. Mak abah gua pula hanya memerhati dari tebing sungai. Habis tu, takkan gua nak suruh menari hindustan pula?

Tapi, sepanjang gua pergi ke Sungai Tekala, teknik terjunan balik kuanglah yang kami adik beradik tak pernah buat. Masing masing takut patah tengkuk, sangkut kat pokok, kepala kena batu, kaki krem dan sebagainya. Yang lain lain semua kami dah buat. Apa apa pun, yang gua nak cakap kat sini, Air Terjun Sungai Tekala ni la yang masih bertakhta di dalam hati gua sampai sekarang sebab kat sungai ni la yang ajar gua cara berenang yang betul. Walaupun dah ada macam macam sungai kat sini, tak ada satu pun yang masih boleh merampas takhta Sungai Tekala ni dalam hati gua. So amacam, nak ikut gua mandi Sungai Tekala tak nih?