Thursday, August 20, 2009

Cobalah Untuk Setia

Kekalahan yang mengejutkan. Serius gila khinzir punya terkejut ni! Gua datang memang lewat gila. Sedar sedar dah habis game. Gua tak sangka teammate gua boleh kecundang di tangan pasukan kerdil ni. Burnley kalahkan team gua 1-0 beb. 1-0 tuuu!!! Walaupun kecil defisitnya, tapi ia tetap bernama kekalahan. Tapi tidak mengapa, gua jenis manusia yang boleh menerima kekalahan. Gua tak fanatik macam ada sorang member gua. Dia sokong Liverfool. Ada ke patut masa Liverfool kalah dia tak boleh nak terima. Dia kata team lawan main defensive lah, banyak berlakonlah, pengadil bias lah dan macam macam lagi (member gua ini tidak bernama spark, race mahupun anta). Pastu ada sekali tu dia boleh terima kekalahan, tapi masih nak berlagak dengan mengatakan walaupun Liverfool kalah, tapi diorang main cantik. Pala otak dia! Kalau dah kalah, main cantik mana pun tak ada guna dah. Dalam menutup kesedihan gua ini, gua paparkan gambar gua semasa gua baru sahaja hadir sebaik sahaja permainan tamat.

Gua tak sempat nak buka cap, player Burnley dah kucar kacir nak salam salam gua. Dah rasa macam wakil rakyat je. Mujur tak ada yang kompelin pasal jalan tak siap ke, paip rosak ke, longkang tersumbat ke dan lain lain lagi. Kalau ada, nampak sangat kerajaan U.K tak ambil berat pasal rakyat jelata.

Kat sini gua sempat snap gambar dua penyokong Liverfool yang ngada ngada datang tengok game M.U. Gua rasa mereka ni dah mula nak belot pada Liverfool lah. Woi, bukan Liverfool main gak ke malam tadi?!

Ok, cukuplah sampai sini gua berceloteh. Gua nak pergi muhasabah diri ni. Nak kaji macam mana kami boleh kalah. Gua nak bagi cadangan baru pada Pak Cik Fergie gua. Nak ajak solat istikharah dulu la kot. Tengok cadangan gua ni boleh digunapakai ke tak. Rasa macam 50-50 je ni.

7 comments:

  1. mmg serius terbakar la bo..ari nie gua kena bakar je..haha..tp biasa awal season memang macam nie..lum cukup panas lagi kata Rooney..Dia sms kat gua smlm kata macam tu..papepun MU memang best..Tengok penyokong MU, selamba jek sembahyang terawih guna jersi home dan away. Belum lagi baju tu dibeli buat tayang waktu aidilfitri atau buat hadiah kalau anak dapat no. 1 kat kelas di sekolah agama..hahaha..

    ReplyDelete
  2. gua yakin spark ketika ini tengah gelak giler swine di UK tatkala membaca posting kekalahan MU lu nih. wakakaka!

    ReplyDelete
  3. adehhh... tajuk lu bikin gua fikir lu sorg yg jiwang... hahahah~~~

    ReplyDelete
  4. tajuk lu mmg lu seorg yg setia la bro....hahahaaaaaa

    ReplyDelete
  5. ekhsan:
    masa lu sms rooney tu dia tengah nangis teresak esak sambil tekup mukanya pada bantal.bapak haru beb!

    ejoy:
    gua syak dia gelak mabuk je bro.itu pasal penaja utama kelab sokongannya ialah pengeluar arak terbesar di dunia.jadi tak mustahil dia akan gelak mabuk.race pun sama!

    eina:
    ya,gua jiwang dan melayan semua lagu jiwang seperti metallica dan bunkface.

    bandela:
    ya,gua memang begitu.lu?

    ReplyDelete
  6. cam harem gamba gua pun terselit gak wakakakaka

    ReplyDelete