Wednesday, August 19, 2009

Perjalanan Dua Sahabat

Pada petang yang mendamaikan, kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan menuju ke sebuah gerai goreng pisang.

"Sahabat, kenapa awak berjalan sebegitu rupa?" tanya seorang sahabat kepada sahabatnya yang satu lagi. Dia berasa begitu pelik melihat cara sahabatnya berjalan. Tak macam biasa. Luar biasa sangat tingkah langkahnya.

"Ow, itu adalah kerana telur saya ada ulser, jadi saya perlu mengawal langkah saya agar tidak bergesel dengan peha. Jika tidak, pasti saya akan menderita akibat kepedihan yang amat," jelas sahabat kepada sahabatnya yang bertanya tadi.

"Ah, saya begitu bersimpati dengan awak sahabat. Mahu saja saya merasa apa yang awak rasa." Rasa simpati mula menyelubungi diri sahabat tersebut.

Lalu, pada petang yang mendamaikan itu dua orang sahabat meneruskan perjalanan menuju ke gerai goreng pisang. Seorang berjalan kengkang, seorang lagi menitiskan air mata memikirkan keadaan sahabatnya.

Itulah sahabat sejati.

3 comments:

  1. bro..nie ape yang berlaku kepada lu sekarang ke?
    hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ekhsan:
    woi2!jangan main serkap jarang je.ni sekadar cerpen rekaan.lu jangan cuba menyemai benih fitnah ya,nanti gua kengkangkan lu.hahaha!

    ReplyDelete
  3. sedih nya tgk lu jalan kangkang....huhuhuhuhuuuuuu...

    ReplyDelete