Sunday, August 30, 2009

Pasti Menjadi Satu Filem Yang Menandingi Titanic


Tajuk Filem:
Chegu

Durasi:
60 minit

Pelakon:
Ibrahim 'Macha', Apis Ayem, 'Ad Asrul, John Kamal, Syukran Mat Jamil dan Ammar Yasir

Genre:
Komedi Aksi

Sinopsis:
Peperiksaan ataupun 'exam. Dua perkataan yang cukup menggerunkan di kalangan para pelajar. Inilah yang turut terjadi kepada para cikgu di sini. Mereka menyangkakan apabila mereka sudah bekerja, mereka tidak akan lagi berhadapan dengan peperiksaan, tetapi para guru ini silap. Di sebabkan mereka diwajibkan mengambil sijil perguruan, maka, sekali lagi di dalam hidup mereka, cikgu-cikgu ini terpaksa berhadapan dengan realiti yang menggerunkan mereka. Mereka terpaksa berhadapan sekali lagi dengan peperiksaan untuk mendapatkan sijil perguruan tersebut. Jadi, filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan para guru berusaha untuk mengulangkaji pelajaran agar mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam menghadapi peperiksaan ini. Seperti nota yang dimakan lipas, tiada soalan soalan tahun lepas, kawasan ulangkaji yang tidak efektif dan sebagainya. Saksikanlah cerita ini untuk melihat sendiri bagaimana pengalaman yang dilalui oleh para guru ini. Suatu kisah yang penuh dengan aksi dan mendebarkan. Andrenalin anda pasti akan sentiasa mengalir!

Soundtrack Filem:
1. Bumface - Keadaan
2. Jumpa Pakcik Hussein - La La La BeLajar

SEBUAH FILEM YANG TAK PATUT DILEPASKAN!
NANTIKAN TAYANGANNYA PADA 20 FEBRUARI 2020

4 comments:

  1. mana nama lu bro.. Lu xberlakon ke? hahahaha

    ReplyDelete
  2. ekhsan:
    gua jadi pengarah saja.taknaklah mendominasi filem ni.hahaha!

    ReplyDelete
  3. VC movie thriller x der ke? gua nak up kt blog gua nih..

    ReplyDelete
  4. tak ada la bro...budget cukup2 nak buat filem je.trailer tak sempat,tinggal 19 sen je.sedih bukan?

    ReplyDelete