Thursday, June 4, 2009

Cara Makan Survivor..

Ahhh... Dah lama betul gua tinggalkan arena belajar di dalam kelas. Gua ingat gua takkan rasainya lagi, tapi jangkaan gua meleset. Memang betul betul punya meleset. Sama macam jangkaan Pak Lah yang jangka BN boleh menguasai Kelantan dalam PRU 13 pada 13 Mac yang lepas. Kini gua kembali belajar demi menjadi seorang guru yang bertauliah, Walaupun sudah memegang segulung ijazah, itu semua tak menjamin gua diletakkan setaraf dengan guru guru yang ada diploma pendidikan ini. Jadi gua kena bersungguh sungguh untuk belajar demi mendapatkan segulung diploma walaupun di dalam kelas kelihatan gua lebih berat ke arah terangguk angguk mengantuk berbanding terangguk angguk faham.

Jam pun sudah menunjukkan waktu makan tengah hari. Pembelajaran dalam lab hari ini lebih berkisar tentang cara cara membuat laman web. Gua tak sangka, nak buat laman web ni senang gila rupanya. Klik sana, klik sini, klik sinun, akhirnya terhasillah laman web ala kadar. Gua lihat sahabat gua, Syukran yang duduk di sebelah gua kelihatan senyum senyum bangga kerana berjaya menghyperlinkan butang laman web nya. Gua rasa dia punya bangga lagi bangga dari bersanding kat pelamin perkahwinan dia tempoh hari. Gua ingat, sebagai hasil pembelajaran membuat laman web ni, dan sebagai membalas jasa pensyarah yang mengajar gua, gua ingat nak hasilkan laman web porno. Macam mana, hardcore tak gua? Untung mesti gempak. Tambahan pula ramai anak muda Malaysia kini lebih gemar melayari laman web ini berbanding portal pendidikan Utusan Malaysia.

Sebaik mengucapkan terima kasih, gua, syukran dan yob pantas meluru pergi ke cafe untuk menjamu selera. Dalam perjalanan ke sana, gua dan 2 lagi sahabat gua sempat lagi membincangkan konsep konsep laman web porno yang bagaimana ingin kami ketengahkan. Kadangkala yob ketawa ala ala semput mendengar penjelasan gua. Syukran pula tak habis habis ingin meletakkan iklan pelaburan emasnya dalam laman web porno gua ni. "Pasti untung doh!" Ujar Syukran ganas. Gua dan Yob angguk lemah.

Akhirnya tiba juga kami ke kafe dengan selamatnya. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa tersepak batu tatkala menonton awek awek kolej tempat gua belajar. Gua, yob dan syukran mencergaskan diri mendapatkan nasi dan lauk pauk untuk santapan perut masing masing yang dah mula bergelojak. Sekali sekala kelihatan Yob menampar perutnya untuk menahan lapar. "Sabarlah. Dah ambik dah ni," kata Yob sendirian kepada perutnya. Selepas itu kami cuba mencari tempat duduk yang kosong diiringi pandangan ke arah awek awek kolej yang begitu manis dan comel wajahnya. "Owh." Gua membuat bunyi kegersangan.

Lebih kurang 10 saat mencari, kami dapat juga tempat duduk yang kosong bersebelahan longkang. Tanpa membuang masa, acara melahap 100 meter dimulakan. Gua memang tak pandang kiri kanan dah, gua suap gelojoh je hidangan gua. Gua cubit ayam, kobis sikit, gua suap. Ayam sikit, kobis sikit, suap. Tindakan ini berlarutan sehingga terhasil formasi ayam-kobis-suap, ayam-awek kolej-kobis-awek kolej-suap, ayam-kobis-suap.

Tiba tiba, sedang enak menikmati hidangan, gua ternampak satu benda yang begitu rare sekali. "Eh, takkan depa guna bahan ni sebagai perencah tambahan? Tak cukup lagi ke syarikat syarikat perencah mengeluarkan pelbagai perencah untuk para pengguna? Hmm... mungkin ini secret recipe tukang masak kot." Bisik gua sendirian.

"Yob, meke tau tak apa ni?" tanya gua pada Yob.

"Ini kaki lipas. Mana kamu jumpe?" kata Yob dalam slang pekat Perak. Kelihatan Syukran ketawa kecil.

"Dalam kobis ni." Gua jawab ringkas.

Yob terus berhenti makan.

***

Gua tak pernah berlakon dalam Man Vs Wild pun diberi makan lipas. Cilakak sungguh!

No comments:

Post a Comment