Friday, June 19, 2009

Gua, Horatio Caine Dan CSi Miami

"Horatio, apa pula kes yang membawa kita ke sini?" tanya gua agak serius.

"Something that always..." gua cepat cepat memotong percakapan Horatio.

"Woi gampit! Cakap melayu lah. Gua inggeris inggeris ni tak berapa nak tangkap sangat." Jelas gua.

"Owh, maaf maaf." Balas Horatio berslanga. Kemudian dia menyambung, "Kita ke mari disebabkan ada sesuatu yang menarik kita. Suatu yang tertarik dan menarik dan ia dipanggil jenayah."

"Peh. Mendalam kata kata lu. Gua pun dah bersedia dengan kamera gua. Jadi, mana lokasi jenayahnya?" tanya gua.

Tak sabar gua nak beraksi. Dari malam tadi gua bersungguh sungguh membersihkan lensa kamera. Bateri pun gua dah caj sampai terlebih lebih. Tak cukup dengan bateri kamera, gua caj telefon bimbit gua pula. Baru solid. Kalau Calleigh telefon, tak adalah asyik nak terpadam saja. Faham faham sajalah had penggunaan bateri Nokia 3310 ni, bukan tahan lama mana pun. Nak tukar, gaji gua CSi Miami dah bertunggak tunggak tak bayar lagi. Harap masuk televisyen saja lebih, tapi duit tak ada!

"Di sana lokasinya. Ayuh!" Ujar Horatio bersemangat sambil membuat isyarat 'Ayuh'.

Gua pun apa lagi, berlarilah. Gua syak larian gua pada kala itu memang lajulah. Usain Bolt pun gua rasa mahu ambil gua jadi jurulatih dia. Horatio macam biasalah, asal berlari, pegang pistol, asal berlari, pegang pistol. Nak kasi nampak imej kepolisian katanya. Apa benda yang kepolisian gua pun tak tahu.

"Sini!!!" Horatio menjerit. Gua pun berhenti. Gua dan Horatio sama sama bersembunyi disebalik dinding. Horatio berkata lagi, "Wan, simpan kamera kau. Bersedia dengan pistol kau. Suspek berada di depan. Kumpulan ini memang ganas!"

Gua dengar saja Horatio berkata begitu, terus jadi berdebar. Jantung gua bergerak laju macam omboh kereta Formula Satu. Peluh peluh kecut mula keluar. Dalam fikiran, gua dah mula terbayang aksi menembak bagaimana perlu gua paparkan. Macam filem Matrix ke? Macam Steven Seagal ke? Tak pun, kalau nak ketimuran sikit, macam cerita Gerak Khas.

"Ready Wan?" Bisik Horatio. "Anytime and anywhere, I always ready." Peh. Berbahasa inggeris pula gua. Tergelak kecil seketika gua.

"Hiyaaaaaahhhhh!" Kami menjerit seraya dengan itu keluar dari kawasan persembunyian.

Chreeet! Chreeet! Chreeet!

***

Petang itu, gua dan Horatio habis kebasahan satu badan. Mana tidaknya, Horatio ajak gua main tembak tembak dengan anak pinak dia menggunakan pistol air. Kebetulan Horatio baru membeli pistol air jenama paling terbaru untuk anaknya. Seronok juga sekali sekala kembali ke zaman kanak kanak. Rasa macam tak ada masalah saja dalam kehidupan ini. Lu orang pula, ingat gua nak bertempur dengan penjenayah penjenayah dadah ke? Peh, tak ada masa gua nak menyabung nyawa gua macam tu. Baik gua jadi Crocodile Hunter, baru solid!

sistempesananringkas: Steve Irwin a.k.a Crocodile Hunter mati pasal kena tikam dengan ikan pari. Ek eleh. Tak ganas langsung cara kematian beliau. Macam tak ngam pula dengan nama Crocodile Hunter tu. Nasib, nasib...

10 comments:

  1. adeeeehhh... sekali pistol air daaa... gua mati2 ingat lu nk serang tempat penjenayah terhebat.. atau mungkin mafia.... x pun, gangster bandar.. x pun, samseng kampung... sungguh2 dah gua berimaginasi cane lu pegang pistol...
    errr... btw, gua rasa lu kene cari sun glasses cam horatio gak la.. xde la kecik semacam je mata lu tahan panas...nampak ketat je.. wakakak~~~

    ReplyDelete
  2. bebaik bro..jgn terkena air pulak kamera tu..
    karang shortcircuit plak..
    hahahaha..

    PS: siap ada gambar edit tu..cayalah bro..

    ReplyDelete
  3. eina:
    lu ni,berimaginasi tu cuba cubalah ke arah yang positif sikit. ini tidak,berimaginasi cara cara gua nak mati awal pula. gua memang nak beli beb,tapi gua takut dituduh melampaui bos pula. hahaha!

    ekhsan:
    kamera gua tu sebenarnya pistol air bro. hahaha!

    ReplyDelete
  4. perggghhh...cara betul mamat belakang horatio tu..*wink*

    ReplyDelete
  5. kimmy:
    cara apa beb?
    cara menjana pendapatan tambahan ke?
    hahaha!
    tunggu beberapa bulan lagi gua akn jd sebegitu.
    hahaha!

    ReplyDelete
  6. adehhhh adehhhh senak perut aku....adehh

    ReplyDelete
  7. cekgu - kuih cara lerr...hahahaha

    ReplyDelete
  8. turf:
    gua tak jual minyak angin beb.cari kedai ubat ah seng tengok.hahaha!

    kimmy:
    kuih cara????peh.gua tengah terbayang kesedapannya.

    ReplyDelete
  9. aku tau ko tak jual minyak angin....ko cuma jual minyak pengasih, minyak senyonyong ngan minyak dagu jer kan.....sib baik lah ko bukan orang minyak.......wakakakakkakaka

    ReplyDelete
  10. turf:
    mana lu tau gua bukan orang minyak?
    sok kalau lu bangun ada calit minyak hitam gua taktau...
    hahaha!

    ReplyDelete