Monday, October 4, 2010

Alaking

"Hahaha! Terima kasih kerana mengeluarkan aku. Oleh kerana itu, aku akan tunaikan hajat kau!"

Seekor jin yang bersaiz gergasi yang baru sahaja keluar dari tin susu yang dibuka Alaking bersuara lantang. Dia kelihatan berasa sungguh lega. Wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Kadang kadang ada juga dia menyengih.

"Betul ke kau boleh tolong aku? Macam tipu je. Muka kau dah la buruk!" Alaking meluahkan rasa tidak percayanya terhadap jin tersebut.

"Gampang, ejek aku. Rasakan ini!"

"Arrgghhh!"

Bzzzttt!

Alaking kini bukan lagi Alaking. Dia telah disumpah menjadi Alamanda dan ramai orang memijak mijak beliau untuk membeli belah di sana. Alamanda terletak di Putrajaya.

2 comments:

  1. gua pernah jumpa siti nurhaliza kat alamanda.. gua juga pernah rempuh tiang dekat parking lot alamanda..

    ReplyDelete
  2. prodigy@king:
    perut lu memenuhi pemandangan,tu tiang pun jadi tak nampak.hahaha!

    ReplyDelete