Wednesday, August 11, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 4

"Ya, sekian lama aku mencari kau, aku tau kau akan muncul kembali!"

Jerit Putera Ekhsano Zukono sambil mengusap perutnya yang membuncit.

"Err... gua kenal lu ke? Gua tak pernah la nampak muka lu."

Izwan Aang atau The Ava-G menjawab tenang. Di tangan pula memegang rokok Pak Mail, buatan Kaum Air.

"Kenal atau tidak, itu bukan perkara utama. Tetapi, dengan menangkap kau, maruah aku mampu dikembalikan dan aku akan ditabalkan menjadi Raja Kaum Api menggantikan bapaku!"

Putera Ekhsano menggenggam erat jari jemarinya berserta kata kata yang penuh semangat.

"Tangkap gua? Haish. Gua malas betul nak kena tangkap tangkap ni. Lu jangan sampai gua lempang lu!"

Izwan Aang meninggikan sedikit suaranya. Asap rokoknya pula dihembus laju laju melalui hidung. Baru nampak garang macam naga.

"Celaka! Siap sedialah kau, kau milikku!!!"

Seraya itu, Putera Ekhsano memulakan gerakan serangannya. Tangannya dipusing pusingkan sambil badannya turut berpusing. Matanya tidak lepas memandang Izwan Aang. Izwan Aang pula kelihatan tenang sekali. Dia bersandar di dinding sambil menghabiskan rokoknya. Sungguh charming sekali gayanya.

"Kau berlagak ya? Rasakan ini!"

Putera Ekhsano mengeluarkan bebola api dan disasarkan kepada Izwan Aang. Namun, tiada sedikit pun rasa cemas kelihatan pada wajah Izwan Aang. Izwan Aang membuang rokoknya ke tepi dan memasang kekuda untuk menyambut serangan Putera Ekhsano yang buncit sampai terkeluar keluar perut dari bajunya. Izwan Aang semakin bersahaja apabila bebola api itu semakin menghampiri mukanya.

"Wooppss! Puh!"

Bebola api yang membara itu terpadam sebaik sahaja menyentuh muka Izwan Aang atau The Ava-G. Putera Ekhsano yang melihat merasa begitu terkejut. Jantungnya kini berdegup kencang, hati tidak tenang, peluh dingin mula membasahi dahi. Izwan Aang masih lagi berdiri tegap seperti tiada apa apa. Tetapi, bajunya habis terbakar dan ini telah menampakkan perutnya yang eight packs!

"Woi! Baju gua beli mahal ni lu tau tak? Lu nak kira macam mana ni? Dah la nampak pusat dah ni, habis tak tertutup aurat gua ni. Lu memang dah bikin gua panas ni!!!"

Izwan Aang mula membuka kekuda untuk menyerang. Otot ototnya bergerak seiring dengan gerakkan tangan dan pinggannya. Putera Ekhsano menggeletar, habis menggigil gigil spare tyre nya.

2 comments:

  1. kahkahkah... imaginasi x bleh blah ah.. siap bola2 api bagai... jap2.. gua nak sambung gelak... kahkahkahkahkah..

    ReplyDelete
  2. xabes2 dgn 8 packs norizwana nie.. 8 packs la sangat, kan.. hahaha

    ReplyDelete