Showing posts with label Pengambil. Show all posts
Showing posts with label Pengambil. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 3

"Err... bila kau keluar Paku?"

"Ekhsan, ingat lagi kau nama aku ye? Wow, perut kau pun dah tak ke depan lagi ye? Hahaha!"

"Kau sihat tak Paku?"

"Sihat? Sihat? Sihat?! Mestilah sihat G. Warden penjara tu bagi makan secukupnya. Sebab tu muka aku masih kacak dan tubuh aku masih gagah seperi kau G! Hahaha!"

Spark dan Race hanya memandang Paku dengan wajah yang kosong.

"Eh, Spark, Race, pasangan adik beradik yang bahagia. Kenapa kau berdua macam tak suka aku datang sini ye?"

"Apa sebenarnya tujuan kau datang sini Paku?" Spark bertanya dengan nada yang begitu keras. Seolah-olah menyimpan dendam kesumat yang begitu mendalam.

"Wo, wo. Sabar kawan, sabar. Aku datang nak jumpa kawan lama pun takkan tak boleh bro. Kau ni baran tak habis-habis. Hahaha!" jawab Paku tenang.

"Sebenarnya Paku, aku pun nak tanya sama macam Spark. Kenapa selepas 5 tahun, tiba-tiba kau datang cari kami? Kau nak balas dendam atas kejadian dulu ke?" G memandang tepat ke muka Paku sejurus selepas bertanyakan soalan kepadanya.

"Hahaha! Aku ni bukan jenis simpan dendam bro. Apa yang dah jadi, jadilah. Lagipun perkara yang berlaku dulu memang salah aku pun bro."

"Jadi, kau datang sini untuk apa?" ujar Ekhsan dalam nada yang tinggi.

Paku tidak terus menjawab. Dia berjalan menuju ke bar minuman, menuang sirap ke dalam gelas lalu meminumnya sehingga habis. Kemudian dia memandang semua orang yang ada di dalam bilik itu dengan pandangan yang tajam sekali.

"Aku ada rancangan untuk kau orang semua. Rancangan aku, arahan kau G!"

G merenung tajam tepat ke mata Paku.

Wednesday, December 15, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 2

5 tahun yang lalu.

"Woi cepat sikit, kita dah terlewat 20 saat ni, cepatlah!"

"Yelah, sabarlah sikit! Entah macam mana perempuan ni boleh buat hal pula!"

"Bro, polis dah datanglah!"

"Celaka, macam mana polis boleh tahu ni? Ni mesti pasal perempuan celaka ni!"

"Woi, polis nak serbu masuk ni! Jom, jom kita gerak. Tinggalkan mana yang tak dapat. Dah terdesak ni!"

Kesemua perompak itu cuba melarikan diri, tetapi salah seorang dari mereka masih memungut wang di dalam peti bilik kebal Bank Of Metroza itu.

"Woi! Kau gila ke? Polis nak masuk tu. Ingat, kita tak nak tertangkap bro. Cepatlah!" G selaku ketua kumpulan memberi arahan kepada anak buahnya itu.

"Lagi sikit saja ni. Rugilah kalau tak sempat kutip semua. Hahaha!"

Mawi a.k.a Paku masih terus mengutip lebihan-lebihan wang yang ada di dalam peti itu. Baginya, ini adalah rezeki dan tidak patut disia-siakan begitu saja. Bak kata pepatah, 'rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari'.

Gedegang!

Bunyi pintu bank dipecahkan, polis sudah mula memasuki ruang dalam bank.

"Woi polis dah masuk, jomlah woi!" arah G sekali lagi kepada Paku.

"Ok!"

G dan Paku terus berlari meninggalkan bilik kebal. Ahli-ahli kumpulan yang lain iaitu Ekhsan, Anta, Spark dan Race sudahpun berlari jauh meninggalkan G dan Paku. Walaubagaimanapun, mereka semua sudah berjanji akan bertemu di suatu tempat setelah selamat melarikan diri.

"Paku, buang saja beg kau tu. Kita tak sempat lari kalau beg kau begitu berat bro!" tegas G kepada Paku apabila mendapati Paku tidak dapat berlari laju.

"Ala, aku boleh lagilah. Kau janganlah nak risau pasal aku. Terus saja lari!" kata Paku sambil tersenyum sinis.

"Ikut kaulah Paku!"

Sedang G dan Paku cuba melarikan diri melalui lubang yang mereka masuki, kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan.

Bam! Bam! Bam!

"Aduh! Busit!"

"Paku!"

"Aku kena tembak bro!"

"Jom, jom. Aku angkat kau!"

"Kejap, aku nak ambil beg aku tu!"

"Woi, tak payahlah. Sekarang ni kita kena fikir untuk selamatkan diri dulu. Jomlah!"

"Ah! Kau nak, kau larilah dulu. Aku nak ambil beg tu juga!"

Paku menepis tangan G dan terus berlari terhincut-hincut untuk mengambil begnya. Sekali lagi, beberapa das tembakan dilepaskan.

Bam! Bam! Bam!

"Aduh! Aarrgghh!"

"Paku!"

G cuba merapati Paku. Walaubagaimanapun niatnya terhalang apabila melihat beberapa orang anggota polis sudah datang merapati Paku. Dengan segera, G berpaling ke belakang dan terus melarikan diri membiarkan Paku diberkas oleh pihak polis.

Tuesday, December 14, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 1

"Jumpa tempat biasa ok."

Tit...tit...tit...

"Ok G!"

***

Bunyi muzik berdentam-dentum kuatnya. Rentaknya yang begitu rancak menyebabkan semua orang dalam Kelab Malam Kota Metroza menari sehingga khayal. Mereka semua seolah-olah tidak sedarkan diri bagaikan disuntik ubat yang begitu kuat kesannya.

Kelihatan 5 orang jejaka yang bersusuk tubuh menarik memasuki kelab malam itu lalu berjalan menuju ke tingkat atas ke sebuah bilik yang telah disewa khas. Beberapa orang gadis yang terpesona melihat ketampanan mereka memandang sambil tersenyum seolah-olah berharap mereka akan bersama jejaka-jejaka itu.

"Apa khabar semua! Setelah sekian lama kita tak berjumpa kan?"

G bersuara menyapa semua rakan-rakannya yang hadir. G adalah ketua kumpulan Geng Pengambil ini.

"Peh, makin hari makin bergaya kau ye G!"

"Heh, kau pun apa kurangnya. Dulu perut ke depan, sekarang aku tengok makin kempis dah. Hahaha!"

Ekhsan tersenyum sahaja mendengar kata-kata sahabatnya itu. Ekhsan merupakan orang kanan G yang banyak menyokong karier G sejak 6 tahun dulu.

"Wo, wo! Kau berdua kalau dah bersembang tak tengok kawan-kawan lain langsung. Nak baliklah aku macam ni."

Anta yang berkulit hitam manis itu seolah-olah berkecil hati dengan sikap G dan Ekhsan. Namun begitu kata-katanya disambut dengan hilai tawa sahabat-sahabatnya.

"Janganlah macam tu Anta. Ala kau ni, macam perempuan! Hahaha!"

"Entahnya, tengok aku dengan abang aku ni, tak ada terasa apa-apa pun, biasa-biasa sudah!"

Spark dan Race cuba memujuk Anta yang memiliki sifat agak sensitif di kalangan mereka berlima. Race datang menghampiri Anta lalu menepuk-nepuk bahu rakannya itu. Anta memandangnya lalu tersenyum sinis.

"Dah la tu Anta. Buruk benar muka kau bila merajuk macam tu. Hahaha! Setahun dah kita tak berjumpa, perangai masing-masing tak pernah berubah," ujar G mengenangkan sikap-sikap anak-anak buahnya.

"Habis tu, takkan nak berubah jadi skema pula. Nanti habis aku kena buang dari kumpulan ni," kata Race lalu disambut dengan gelak tawa kelima-lima jejaka itu.

G, Ekhsan, Anta, Race dan Spark merupakan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Geng Pengambil. Geng adalah sebuah kumpulan yang melakukan rompakan hanya setahun sekali sahaja. Sementara menunggu tempoh genap setahun, mereka semua akan melakukan kerja-kerja hakiki mereka.

"Wow! Tak sangka cantik juga tempat kau semua melepakkan?"

Kelima-lima jejaka itu terus menoleh ke arah suara itu datang. Mata mereka merenung tajam tatkala melihat pemilik suara tersebut.

"Paku..."

Monday, December 13, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi

"Sedia semua?"

"Yup!"

"Sudah!"

"Rock n roll bebeh!"

"Jangan lengah lagi!"

***

Tat!Tat!Tat!

"Jangan bergerak, ini satu rompakan! Baring atas lantai dan tangan atas kepala, cepat!"

Aaarrrggghhh!

"Hei, diamlah! Ikut arahan senyap-senyap sudah, jangan nak menjerit-jerit!"

"Bro, pergi masuk bilik kebal tu, bawa sekali pengurus bank ni."

"Ok, bro. Hei, jalanlah cepat!"

"40 saat lagi, cepat woi!"

"Bro, nampaknya gadis ini cuba berperangai nakal la. Nak kena agaknya. Hehehe!"

***

"Err, tuan, ada rompakan tuan!"

"Hah! Mana, mana?"

"Tu, tu!"

"Sial! Hubungi polis cepat!"

***

"Ha, turunkan kami di situ. Nampak tak tu? Ada polis yang cedera tu!"

"Baik!"

Dang!

"Woi! Kamu ok tak?"

Klatch!

"Angkat tangan dan baring atas lantai!"

"Err...baik, baik."

"Yo bro, helikopter dah sampai. Jom gerak!"

"Orait! Roger, roger!"

***

"Terima kasih semua atas kerjasama anda, semoga kita dapat berjumpa lagi!"

"Hahaha! Adios amigos!"

"Jom, jom berambus!"

***

"Dah bawa keluar semual barang?"

"Dah bro!"

"Dah pasang barang tu, pun sudah!"

"Kalau macam tu, jom gerak!"

Tap...tap...tap...

Kebabom!

"Jumpa lagi nanti semua!"


Maka, di sinilah cerita ini bermula... Mereka digelar, PENGAMBIL!

P/S: Cerita ini belum tamat, ini baru prolog. Mungkin dari sini lu orang semua sudah nampak gambaran cerita ini dan dari mana cerita ini berasal. Walaubagaimanapun, cerita ini akan gua ubah sedikit demi sedikit agar tidak sama dengan cerita asal. Jadi, harap lu orang semua bersabar ok!