Monday, November 1, 2010

Ingat Lu Star Sangat Ke?

Sejarah telah tercipta. Setelah 3 kali menjadi finalis, 43 tahun menanti (usia ini dikira sejak Piala Malaysia mula diperkenalkan), jurulatih yang bertukar ganti, akhirnya, bergelar finalis ke-4 telah mendatangkan tuah kepada pasukan Kelantan. Bertemu dengan musuh yang sama seperti final tahun lepas iaitu Negeri Sembilan, Kelantan mampu membalas dendam di atas kekalahan mereka musim lepas. B.Sathianathan akhirnya berjaya memimpin pasukan Kelantan untuk bergelar juara piala Malaysia edisi ke 44 ini. Jaringan gol daripada Hairuddin Omar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi sudah cukup untuk mengatasi jaringan awal Shahurain Abu Samah dari Negeri Sembilan. Faktor penyokong juga menjadi sumbangan utama kepada pasukan bola sepak Kelantan apabila lautan merah putih memenuhi dua per tiga stadium. Ini telah membantu dalam meningkatkan motivasi pemain pemain Kelantan lebih lebih lagi apabila mereka ketinggalan 1-0 seawal minit ke 13. Pada final ini juga, Nor Shahrul Idlan Talaha yang menjadi pemusnah kepada pasukan Kedah sewaktu perlawanan separuh akhir piala ini, sekali lagi menjadi pemusnah untuk pasukan Negeri Sembilan. Sumbangannya dalam permainan ini dalam mengucar ngacirkan pertahanan pasukan Negeri Sembilan sangat membantu pasukannya untuk memperolehi kejayaan ini. Namun begitu, para pemain Negeri Sembilan juga kita tidak boleh abaikan. Kita cuba lihat S.Kunalan. Bagaimana larian dan gelecek yang dilakukan beliau betul betul mendatangkan gerun kepada pertahanan pasukan Kelantan. Jikalau Sathianathan meletakkan pemain yang lembab di belah kiri, nescaya itu adalah satu tindakan yang mengundang padah.

Orait. Apahal gua tiba tiba semangat cerita pasal Piala Malaysia ni? Ada faedah untuk gua ke? Gua dapat bonus ke? Perak boleh cuti umum ke? Indraputra nak ziarah rumah gua bawa piala ke? Hak tuih! Tak ada faedah langsung gua boleh dapatlah brader! Gua cuma nak beritahu bahawa, kedua dua pasukan ini tidak akan mampu mencecah ke final Piala Malaysia jika mereka tidak melakukan latihan secara bersungguh. Maksudnya, setiap individu dalam setiap pasukan perlu berlatih. Bermula daripada pihak pengurusan, kena berlatih mengurus pasukan dengan baik. Turun kepada kejurulatihan, jurulatih kena berlatih untuk melatih pemain pemain supaya menjadi hebat. Dan kemudian sampai kepada pemain pemain di mana mereka perlu berlatih bersungguh sungguh untuk mencapai sesuatu kemenangan. Penonton pun kena berlatih brader. Berlatih jadi apa? Jadi bermoral sikit, jangan jadi macam orang tak ada akal. Ini adalah untuk mengelakkan terjadi kes kes seperti vandalisme dan kematian orang.

Jadi, ini semua berbalik kepada soal latihan, Berlatih dan terus berlatih untuk jadi terbaik. Dalam hal ini, kalau kalah pun tak jadi masalah brader, sebab kita dah bagi yang terbaik. Jadi, kekalahan tu bukan suatu yang sia sia, malah sesuatu yang berharga sebab ia telah berubah menjadi pengalaman. Cuba tengok Beckham. Lu orang ingat dia senang senang ke jadi terer buat sepakan lencong tu? Makan masa tu berlatih brader. Ada gua dengar cerita, lepas dia habis training dengan Sir Alex, lepas salam cium tangan Sir Alex, Beckham ni pergi training seorang diri untuk mantapkan kemahiran sepakan lencong dia. Sebab tu dia boleh jadi star brader, sebab tu juga ramai pasukan berebut rebut nak ambil dia main. Tengok Cristiano Ronaldo pula. Budak ni, kalaulah dia tak ada latihan, mintak maaflah nak jadi pemain termahal dunia. Kalau tak ada latihan juga, jangan haraplah lu orang nak tengok larian pantasnya yang diiringi gerakan kakinya yang laju tu. Jangan mimpilah woi! Tu semua kena ada latihan brader. Latihan ni la asas yang paling penting, bakat tu duduk tempat no dua ok!

Tapi dalam situasi yang gua alami sekarang, disebabkan mamat mamat tu adalah bajet star dan otai, konon kononnya, mamat mamat ini telah diberikan peluang untuk bermain bola sepenuh masa. Hey brader, lu kena ingat, bola ni permainan berpasukan, bukan individu. Kalau lu nak main sorang sorang, baik lu main game brader, kawallah player lu sampai mampus. Bila tak turun training, mana nak dapat persefahaman. Ingat sampai masa game tu saja lu dah boleh faham antara satu sama lain, boleh berinteraksi dengan baik? Hah, lanco la woi! Kalau Allahyarham Mokhtar Dahari hidup balik, sia sia kena pijak dengan but lu tau tak? Tak kira la lu star ke atau lu ni berbakat ke atau lu ni dulu otai bola sepak, tapi kalau tak turun training, jangan haraplah permainan lu orang jadi kemas. Jangan bandingkan pasukan lu yang tak ada latihan dengan pasukan yang dah berlatih bertahun tahun lamanya. Itu bangang namanya. Dalam hal ini juga sebenarnya ada unsur unsur politik. Oleh sebab mamat mamat tu ada pengaruh, maka dia telah dipilih untuk bermain. Padahal bukanlah fit sangat pun, tu pun gagah nak main sepenuh masa. Woi! Ada budak yang selalu training tu nak main juga, lu bukan star sangat pun, sepak tak naik mana dah woi, gantilah orang lain!

Asalnya benda ni gua letak dalam fesbuk saja, tapi mengenangkan status fesbuk tu bukan boleh letak perkataan banyak banyak gua batalkan saja niat gua. Ini hanyalah sebahagian daripada emosi gua sahaja. Tak manis nak cerita banyak banyak bang, sebabnya, gua pun ada kelemahan tersendiri juga. Tapi, ini sekadar hanya untuk membuka mata orang orang di luar sana yang mungkin ada pengalaman kena benda benda macam ni. Benda ni boleh jadi gaduh woi kalau tak hendel betul betul. Serius gua cakap ni woi! Percayalah woi!

2 comments:

  1. aku sokong ko...lain kali boikot jer kalu nak main ngan geng otai yg tak sedor diri. tu sebab nye pasukan tak pernah menang main bola. lepas tu bajet star kene advantage sikitn body contact dah nak naik angin...aku rasa macam hempuk je kepala mamat2 tu... kaki dan badan dah boroi angin pun tarak mulut merepek tak hingat....lepas pakat jangan main ngan "team otai bujet star"

    ReplyDelete
  2. haziq aiman:
    uish...nama haziq aiman,sedap.tapi nama macam nama anak kawan gua je.umur baru nak menyampai ke setahun,takkan dah pandai guna internet ye dak?entah2 ni bapak dia kot.x-files betullah...keh3...

    ReplyDelete