Tuesday, March 23, 2010

Sk8!

Dari hari Sabtu yang lalu gua dah terfikir fikir nak buat sesuatu yang ekstrem. Sesuatu yang gua minat waktu ding dang dan tora masih lagi popular. Sesuatu yang gua minati bilamana pukul 7 petang gua perlu ada dalam rumah bagi mengelakkan punggung gua disebat hanger. Sesuatu yang gua minati, tapi tak ada duit nak beli. Kini, minat itu muncul kembali. Gua dah search barang barang ekstrem ni. Nampak gaya gua memang akan angkat barang ekstrem ni. Tak kisah la pasal zaman sekarang orang sedang sibuk dengan gajet gajet terkini seperti henpon boleh sentuh sentuh skrin ataupun main game porno dalam PSP. Gua tetap dengan sukan ekstrem ini yang dikatakan seperti not up to date. Gua tak kisah. Memang hati gua dah membara nak angkat. Jadi, kepada otai otai seperti Tony Hawk, Bob Burnquist dan termasuklah juga otai dari Malaysia iaitu Pak Din, nantikanlah kemunculan gua dalam sukan ini walaupun umur gua sudah nak agak senja yang sepatutnya sibuk memikirkan hendak mendirikan masjid.

Ini kalau gua tak boleh buat macam ni nanti, gua balik rumah buat lempeng sudah!

7 comments:

  1. cayalah cikgu, lepas dah terer main skate leh la join bebudak ya...aaa....auwww....lak cam Too Fat tuh!

    ReplyDelete
  2. waaa.. gua saspek la dgn hobi baru lu ni.. nanti lu jgn lupa snap gambar aksi2 lu eh.. nanti bleh gua up kat blog gua.. sbg bukti lu ni kegilaan ramai wanita... hahahaha...

    ReplyDelete
  3. el-zafa:
    too fat tu moden lagi.gua nak jadi macam NICO.barulah rappers!hahaha!

    eina:
    ah,memang itulah tawaran yang gua nantikan.hahaha!

    ReplyDelete
  4. kalau lu minat skate, gua minat bmx.. tp syg, badan gua besar.. macam palat jadinya kalau gua bawak bmx..

    ReplyDelete
  5. prodigy.. makanya, x payahlah bawak bmx.. bawak kereta sudah.. kalo hujan, x basah.. hahaha...

    ReplyDelete
  6. prod, apa kata lu tukar BMX tu jadi BMW, baru tak mcm palat, sebaliknya cam peleboy...pastu lu bawak depan cikgu lu main minyak lama2.....mesti dia buat entri blog baru pasni.....hahaha

    ReplyDelete
  7. prodigy:
    jangan mudah putus asa bro.jom kita hidupkan balik sukan ekstrem ni.lu jadi jagoan bmx,gua lak jagoan skateboard.baru CAREEEE bro!!!hahaha!

    eina:
    huh,lu jangan pengaruhi prodigy untuk jadi lelaki jambu ye.hahaha!

    el-zafa:
    minyak2 ni gua dah biasa sangat.skang tiap malam gua bergelumang dengan minyak gamat akibat lenguh2 di kaki.hahaha!

    ReplyDelete