Wednesday, October 21, 2009

Pengalaman Pertama Gua Duduk Asrama - 2

Selepas diarahkan oleh penyelia asrama yang kerek dan tidak ada adab ketimuran itu, gua ditunjukkan jalan ke arah oleh seorang brader yang nampak baik mukanya.

"Dari mana dik?" soal brader tersebut.Justify Full
Dalam hati nak saja gua jawab "Dari sini nak ke sana," tetapi memandangkan gua merupakan pelajar junior dan memikirkan tidak mahu menimbulkan masalah, cepat-cepat gua jawab, "Dari Kajang bang!" Peh, bersemangat bukan.

"Ha, tu dorm 10. Gi la letak barang-barang kat sana." Arah brader itu.

"Ok. Terima kasih bang." Lalu brader itu blah sehingga hilangnya ia dari pandangan mata gua.

Dengan langkah ibarat 'Derap Komando', gua masuk ke dalam dorm 10. Kelihatan, hampir keseluruhan katil sudahpun dipenuhi oleh budak-budak yang baru berdaftar. Mereka yang melihat gua di hadapan pintu tersenyum manis. Disebabkan tidak mahu dicop kerek, gua pun membalas senyuman mereka. Selepas itu, mata gua melilau mencari katil mana yang masih kosong. Mereka pula terus memandang gua macam tak pernah tengok orang.

"Sini ada kosong weh." Kedengaran suatu suara menyatakan terdapat kekosongan katil. Wah, ramah-ramah juga budak-budak ni ye. Dengan langkah yang masih utuh, gua pun bergerak ke katil yang dikatakan kosong itu. Seorang budak melompat turun dari katil lalu menyambut gua yang datang. "Nama aku Palong. Aku asal dari Palong 6. Nama ekau apo?" Hah? Palong? Apa kejadah punya nama tu? Tak ada nama yang lagi elok ke? Patut alang-alang dah letak Palong tu, letak nama Pailang je terus, baru nampak samseng yang sensasi. Palong terus memandang gua dengan senyuman, oleh kerana tidak mahu membiarkan dia menunggu, gua pun menjawab pertanyaannya, "Aku Wan. Asal Kajang."

"Ekau duduk la bawah katil aku. Aku tidur atas," Palong memberi penjelasan. Gua pula mengangguk tanda faham. Nampak baik Palong ni. Pertama kali dalam sejarah gua dengar nama Palong. Mungkin asalnya dari Palong 6, tu dapat nama macam tu. Palong, palong...

"Tapi Wan..." tiba-tiba, Palong bersuara.

"Kenapa weh?" gua jadi sedikit musykil. Palong ni nak buat saspen gua ke? Baru first time kenal dah nak gurau-gurau saspen pula. Kalau dia bergurau memang gua tendang pipi dia time itu juga.

"Locker ekau tak adala, nanti ekau kono cari."

Hek eleh! Apa jadah punya dorm ni? Apasal gua pula nak kena cari? Masa tu, dah bermacam-macam perkataan carut marut berlegar-legar diruang minda gua. Palong pula hanya memandang gua dengan wajah yang cukup simpati. Genggaman pada beg gua cepat-cepat dilepaskan, lalu gua duduk lemah di atas katil.

7 comments:

  1. biar betik bro nama dia palong.. stendet la bro.. masa kat UUM pun macam tu gak.. inikan pulak sekolah.. haha..

    ReplyDelete
  2. sopan lagi nama palong tu. time gua kat itm, budak2 selalu dapat nama pendek cth cam Tobi (tokei babi), Kobat (kote tersumbat) dan lain2 gua tak sanggup nak sebut sbb hina dina namanya

    ReplyDelete
  3. darxniq:
    gua memang tengah rilek je skang ni...dulu2 je tak rilek...hahaha!

    ekhsan:
    gua tak tau la pula betik ke,mangga ke,mempelam ke...tapi yang penting nama dia palong pasal duduk kat palong 6,negeri sembilan...

    daenix:
    tobi dan kobat?siapa yang dapat tu?lu ke?hebat juga budak budak kejuruteraan bagi nama ya....hahaha!

    ReplyDelete
  4. tiada kata seindah ketawa... gua hanya nak ketawa je bro.. i'm speechless... hahahahaha..

    ReplyDelete
  5. gua menten nama apect jek sejak dari dulu. yg dpt tu nama dak2 senior n junior gua

    eh, bile plk gua msk bidang engineering ni? gua budak2 akaun la

    ReplyDelete
  6. daenix:
    lu mujur muke macam cina pect,kalau tak memang berlambak nama buruk2 lu dapat.hahaha!

    peh,patut bijak berbisnes.tak sangka gua!hahaha!

    ReplyDelete