Thursday, October 22, 2009

Pengalaman Pertama Gua Duduk Asrama - 3

Dah la baru pertama kali masuk asrama, gua ingat semua berjalan dengan lancar. Tetapi sangkaan gua meleset. Walaupun rakan katil gua seorang yang mesra alam, ketiadaan locker sedikit sebanyak mencacatkan mood gua. Masa tu gua dah rasa macam nak balik rumah dah. Kat rumah semuanya lengkap. Almari baju ada, peti ais ada, tv ada, mak ada, abah ada, peh! Gua dah mula rasa syahdu. Cepat-cepat gua beristighfar. Takkan baru halangan kecil macam ni gua dah nak menyerah kalah? Mana mungkin! Ini anak Azlan la, setakat hal-hal locker tak ada masalah la. Berbekalkan semangat yang kental dan memikirkan wajah-wajah budak-budak perempuan yang manis, gua akan berusaha mencari locker untuk diri sendiri.

Kebetulan, ada brader masuk dalam dorm.

"Bang, tanya sikit bang. Locker saya takdelah. Kat mana nak cari ye?" gua kasi pertanyaan paling sopan santun sekali.

"Cuba tanya penyelia," ringkas saja brader itu jawab. Lalu dia pun blah. Buruk betul baju batik warna hijau yang brader tu pakai.

Tanya penyelia? Aduh, malas betul gua nak tanya penyelia yang kerek tu. Dah stail jawab macam orang tak cukup didikan agama. Dulu dia tak ambil Pengetahuan Asas Fardu Ain ke? Sedang gua cuba memikirkan langkah seterusnya, bahu gua ditepuk dari belakang. Rasa mesra saja tepukan tersebut.

"Jom aku teman ekau tanya." Rupa-rupanya Palong yang mesra alam itu menepuk. Baik sungguh Palong ni, rasa nak cium dahi dia saja. Cium tangan pun boleh juga.

Lalu gua dan Palong pun keluar dari dorm menuju ke bilik penyelia untuk bertanyakan hal locker. Baru saja nak melangkah ke bilik penyelia, kedengaran suatu suara memekik.

"Siapa-siapa yang tak ada locker lagi harap bersabar. Esok, pada waktu tengah hari anda di minta datang ke bilik penyelia untuk mengambil locker di dalam stor. Ulang suara. Siapa-siapa yang tak ada locker lagi, harap bersabar. Esok, pada waktu tengah hari anda di minta datang ke bilik penyelia untuk mengambil locker di dalam stor. Terima kasih!"

Gua pandang Palong, dan Palong pandang gua. Gua tersenyum dan dia tersenyum. Kemesraan terjalin. Dah rasa macam nak bercumbu la pula.

6 comments:

  1. penyelia asrama ni mmg perangai cam harem n poyo. masa gua dulu pun sama gak.

    penyelia pompuan plk andalusia, suka gile masuk dorm bdk2 laki. time2 tgh ade yg berspender jek, die suke tgk hahahaha

    ReplyDelete
  2. daenix:
    mana2 penyelia sama saja kot bro.

    err...lu ke yang berspender tu?

    ReplyDelete
  3. gua tak pakai spender pun masa skolah, camne nak berspender? hahahaha

    ReplyDelete
  4. lu da citer cium dahi, bercumbu nie.. da sampai seru nak kawen ke bro? haha..

    ReplyDelete
  5. daenix:
    mesti memantul-mantul punyalah bro tak pakai spender ni.hahaha!

    ekhsan:
    baru rasa nak buat je,belum laksana lagi.hahaha!

    ReplyDelete
  6. haha...siap nk bercumbu lagi..aduhh...parah dah ko nih...

    ReplyDelete