Wednesday, July 22, 2009

Ditampar Auntie Bas

Pukul 6.15 pagi. Gua dah bersiap siap nak pergi sekolah. Sekolah agama. Gua darjah 6 masa tu. Gua salam tangan dan cium pipi mak abah gua. Amacam, anak mithali tak gua? Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, gua melangkah keluar dari rumah dan meneruskan perjalanan ke tempat menunggu bas yakni di bawah tangki air besar tempat gua tinggal.

Gua lepak tepi longkang seorang diri. Selang lima minit kemudian bas Auntie sampai. Kenapa panggil bas Auntie? Sebab tuan punya bas tu milik perempuan Cina. Gua panjat masuk bas sambil tunjuk sedikit stail. Barulah gadis-gadis yang sememangnya sudah mengalami puberty lebih awal dari lelaki akan berasa sangat kagum. Gua hasilkan langkah langkah berjalan yang paling mempesonakan.

Gua terus menuju ke seat belakang. Barulah nampak samseng kalau duduk belakang, tak gitu? Seat belakang ini sememangnya tempat duduk budak budak jahat. Di tempat duduk belakang juga lu orang boleh tengok pelbagai jenis ayat samada betul dari segi tatabahasanya atau tidak.

"Wan, Wan!" Ada suara memanggil. Oh, Kamil rupanya.

Kamil ni partner in crime gua. Tapi aktiviti jenayah kami sekadar berlaku dalam bas sahaja. Bila sampai sekolah masing masing buat haluan sendiri. Gua pergi belajar hal hal agama, Kamil pula pergi belajar di sekolah kebangsaan. Gua dan Kamil merupakan kaki buli dalam bas Auntie ni. Ramai pelajar yang takut duduk belakang kalau gua dengan Kamil ada.

"Siapa sasaran kita hari ini Wan?" Kamil bertanya pada gua sambil menyemak kerja sekolahnya. Nak pastikan dah siap ke belum. Heh, skema!

"Jap, jap. Aku nak tengok tengok dulu," balas gua seraya membuat mata rimau mencari mangsa.

Ya! Dapat dah. "Ok Kamil, siap sedia ok. Aku dah dapat mangsa," gua bagi arahan.

Budak tu kecil saja tubuhnya. Baju putih, seluar biru dan berbeg Swan warna pink. Macam budak sekolah! Gua memang suka buli budak bertubuh kecil ni, barulah layan. Tugas gua dan Kamil semakin lancar kerana kanak kanak itu duduk di hadapan kami sahaja, jadi tak perlulah nak pergi jauh ke depan untuk membuli.

Sebagai langkah pertama gua cuit cuit budak tu. Kemudian gua duduk dan gua gelak dengan Kamil, "He! He! He!". Budak tu buat dek saja. Lepas tu Kamil pula kacau budak tu, dia tarik tarik rambut budak tu. Kamil duduk dan kami gelak bersama sama, "He! He! He!". Budak tu buat dek saja. Langkah seterusnya gua tarik tarik beg budak tu. Gua tarik sampai jatuh. Gua dan Kamil terus gelak besar, "Ha! Ha! Ha!". Budak tu dah mula jadi tak dek. Kemudian Kamil pula, dia bangun, dia kasi sentap satu kali rambut budak tu, kuat gila! "Ha! Ha! Ha! Best betul buli orang ni," Kamil berkata dalam gelak tawa. Macam haram je bunyinya.

Kemudian gua pula bangun nak lakukan aksi seterusnya, eh, dah hilang budak ni, mana perginya?

"Auntie, orang ni kacau kacau saya," kata budak itu seraya menunjuk pada Kamil. Dem! Budak ni mengadu kat Auntie. Mati gua.

Pang!

Kamil kena lempang. Gua buat buat jadi baik. Mujur budak tu tak tunjuk gua. Gua mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Gua nyanyi lagu Feminin, "Angin bayu membawa diriku...hmm...hmm..."

"Auntie, dia ni pun sama kacau budak tu," ujar Kamil teresak esak.

Dem! Kamil jadi barua! Habislah gua macam ni...

"Lu ni nama saja sekolah agama, tapi budak jahat!" Jerit Auntie.

Pang!!!

***

Pukul 8.00 pagi. Gua baca Al-Quran dengan dengan nada teresak esak di hadapan Ustaz Mahyuddin. Gua nangis sebab gua sudah betul betul punya taubat. Eh bukan. Tapi sebab Auntie nak bagitau abah gua. Gua jadi seram sejuk sampai menangis. Hanger, tali pinggang, tangan dan kaki sudah terbayang bayang dalam kepala. Ini semua Kamil punya pasal! Dem you Kamil!

4 comments:

  1. adeehhhh... nakal seh lu dolu2.. kalo la budak yg lu buli tu terbaca entry lu ni.. mesti dia gelak guling sbb lu nangis masa ngaji... huakakaka~~~

    ReplyDelete
  2. eina:
    gua nangis bukan sebab gua tak samseng,tapi sebab bapak gua lagi samseng dari.dia punya libasan tali pinggang tu, pergh!hebat,sedap,tak hengat!!!

    ReplyDelete
  3. haha..gua harap kamil baca entry lu ini, bro..

    ReplyDelete
  4. ekhsan:
    gua dah lama lost kontek ngan kamil bro.last sekali jumpa tahun 1997.skang ni gua dah tak tau apa jadi ngan Kamil.

    ReplyDelete