Wednesday, March 31, 2010

Sumpahan Serigala 2

Setelah habis melafazkan azan, Fariz terus bersuara.

"Betul bro, kita dah kena sumpahan. Ingat tak kedai yang kita makan malam tadi?"tanya Fariz kepada gua. Pada waktu ini lagu saspen seperti dalam cerita cerita seram mula berkumandang.

"Ingat, kenapa bro?"lagu saspen makin kuat bunyinya.

"Brader tu adalah pembawa virus serigala jadian. Malam tadi masa dia sibuk masak nasi goreng kampung untuk kita, tanpa disedari setitis peluh dia jatuh ke dalam kuali!"Cerita Fariz sambil tangannya didepa depakan. Sesekali skuter Syukran hilang imbangan.

"Hoi, nak cerita tu cerita biasa biasa sudahlah. Tak payah nak buat gaya gaya sekali!"tempik Syukran kerana terlalu marah. Masakan dia tidak marah, membawa motor skuter bersama 2 lagi penumpang dan pada masa yang sama perlu mengimbangi skuternya pasti mendatangkan tekanan yang maha dahsyat.

"Jadi kita nak ke mana ni? Gua dah sejuk sejuk dah ni. Tak berapa elok sangat untuk paru paru gua. Dah la gua ni hisap rokok," kata gua dalam kegelisahan. Namun, rokok tetap perlu dibakar untuk menampilkan gaya yang macho. Baru serasi dengan badan gua yang six pack ni. Sekali lagi, dada gua digerak gerakkan sama seperti yang dilakukan oleh lelaki sasa dalam rancangan tv.

"Kita akan ke sebuah bukit, Bukit Ungku Busu. Di sana kita akan bertemu seorang dukun yang boleh mengubati kita," terang Syukran jelas lagi bersuluh. Ini kerana lampu motornya sudah rosak, jadi dia terpaksa menggunakan lampu suluh sebesar penumbuk untuk menerangi jalan.

"Kalau di sana ada penawarnya, ayuh kita cepat pergi. Tapi sebelum tu, boleh tak singgah ke stesen minyak sebentar, rasa nak meletup letup pundi kencing gua,"jelas gua sambil mengepit ngepit peha.

"Ok. Lu pun nak berhenti ke Fariz?"tanya Syukran.

Fariz senyap tak menyahut. Waktu ini lagu saspen mula lagi berkumandang. Namun ia berbunyi perlahan sahaja.

"Fariz, lu nak berhenti tak? Jangan buat perangai pekak!"tempik Syukran.

Fariz senyap lagi. Lagu saspen makin kuat dan temponya semakin laju.

"Palat! Lu jangan buat perangai!!!"kali ni gua yang jerit. Pada masa yang sama gua menoleh ke belakang.

"Warrrggghhh!"

"Ah siot, Fariz dah bertukar! Barai gua weh, barai!"gua dah terjerit jerit ketakutan.

"Dah bulan purnama ni bro! Bulan purnama!" Syukran pula menjerit.

Skuter yang Syukran bawa mula mengalami ketidakseimbangan. Seketul batu di depan yang menghalang perjalanan kami langgar dengan kelajuan selaju 60km/j. Kami jatuh terpelanting. Ketika berada di awangan, gua menyedari ada perubahan yang berlaku terhadap badan gua. Sedikit demi sedikit badan gua ditumbuhi bulu. Otot gua yang six pack mula jadi tak nampak akibat penumbuhan bulu bulu tersebut. Kuku kaki dan jari dah mula jadi panjang. Taring gua pun mula jadi panjang dan runcing. Gigi geraham gua pun transform jadi taring juga. Peh, ingat tak sakit ke?

Kemudiannya, gua terus landing macam gaya gaya Serigala dalam cerita Twilight. Gua terus memandang ke arah bulan mengambang, seraya itu gua terus meng'awooo' ke udara.

Paranawei-paranawei-paranawei-paranawei-pa-pa-pa

"Peh, dah pukul 6.50! Lambat lagilah gua pergi kerja hari ini!"

Rupa rupanya gua mimpi pagi tadi. Rasa macam benar benar belaka sahajakan? Lu orang ada rasa macam tu tak?

Sumpahan Serigala 1

Sebaik sahaja habis menonton perlawanan bola, di mana pasukan kegemaran gua yakni Manchester United tewas kepada pasukan yang kebanyakkannya pandai bercakap bahasa Jerman iaitu Bayern Munich, gua terus masuk bilik untuk beradu. Namun begitu, proses peniduran gua tak begitu baik. Ini semua gara gara kekalahan M.U kepada pasukan Jerman itu. Kejap gua menyendeng ke kanan, kejap gua menyendeng ke kiri. Namun, peniduran gua tetap tak berapa cemerlang.

Tiba tiba, pintu bilik gua diketuk. Ah, siapa pula yang rajin nak ketuk pintu bilik gua ni pada pukul 4.45 pagi ni? Dengan kadar segera gua terus bangun dan membuka pintu. Mana tau ada hal kecemasan ke seperti hal hal nak pinjam duit ataupun hal hal pinjam sms gua pasal kredit habis ataupun hal hal lain. Buka sahaja pintu, kelihatan sahabat gua Syukran dalam keadaan cemas.

"Lu apahal bro? Lagi satu, macam mana lu boleh masuk rumah gua ni?" gua bertanya kehairanan.

"Lu jangan tanya macam macam. Nanti on the way gua cerita. Sekarang tak sempat dah. Cepat, Fariz dah tunggu kat luar tu!" Syukran memberi arahan kepada gua.

"Tapi gua pakai kain ni, macam mana?" gua bertanya lagi.

"Bengong! Pakai seluar la!" ujar Syukran dengan nada marah dan mata sudah merah menyala. Itupun gara gara gua bakar rokok depan mata dia.

"Yelah, yelah. Tunggu kejap, gua pakai seluar."

"Gua tunggu kat luar ok." Kata Syukran sambil terus melangkah keluar.

***

"Apahal bengong sangat naik motor ni Syuk, dah la 3 orang ni. Tak muat!" gua menyuarakan rasa tak puas hati apabila gua mendapati kami terpaksa berhimpit naik motor skuter Syukran. Kalau motor roda tiga gua tak ada masalah sangat, tapi kalau berhimpit macam ni memang boleh buat hati gua membara.

"Tak sempat bro. Lagipun gua tak jumpa kunci kereta gua. Tapi, yang lu ni keluar pakai seluar je apahal, baju mana?" Tanya Syuk sambil tangannya sibuk mengendali motor menerobos kesejukkan malam.

"Gua mamai la tadi. Sempat fikir seluar je bro. Tapi takpe, badan gua six pack, tak jadi masalah kalau gadis gadis tengok," ujar gua sambil menggerak gerakkan dada gua yang berketul sama seperti yang biasa dilakukan oleh lelaki berbadan sasa di dalam rancangan tv.

"Jadi, apa cerita lu nak beritahu kat gua ni sampai kelam kabut datang rumah gua pagi pagi buta, esok masa sarapan macam tak boleh saja," tanya gua sambil sibuk menyalakan rokok. Kadangkala api lighter gua terpadam padam akibat angin malam yang terlalu laju.

"Kita dah kena sumpahan bro!" ujar Syukran sambil mulut senget senget.

Gua jadi terkejut. Fariz yang duduk di belakang gua mula melaungkan azan tanda masuknya waktu Subuh.

bersambung...

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour - Jam Bumi

Mujur pengaruh kempen Earth Hour ni tak berapa kuat kena kepada gua. Sebabnya, gua bawa kereta tadi tak padam lampu kereta. Gila apa nak padam? Nak gua eksiden ke? Jangan jadi palat sangat semua nak kena padam lampu lak! Dah, dah, gua nak tidur dah ni! Baru boleh padam lampu!

Tuesday, March 23, 2010

Sk8!

Dari hari Sabtu yang lalu gua dah terfikir fikir nak buat sesuatu yang ekstrem. Sesuatu yang gua minat waktu ding dang dan tora masih lagi popular. Sesuatu yang gua minati bilamana pukul 7 petang gua perlu ada dalam rumah bagi mengelakkan punggung gua disebat hanger. Sesuatu yang gua minati, tapi tak ada duit nak beli. Kini, minat itu muncul kembali. Gua dah search barang barang ekstrem ni. Nampak gaya gua memang akan angkat barang ekstrem ni. Tak kisah la pasal zaman sekarang orang sedang sibuk dengan gajet gajet terkini seperti henpon boleh sentuh sentuh skrin ataupun main game porno dalam PSP. Gua tetap dengan sukan ekstrem ini yang dikatakan seperti not up to date. Gua tak kisah. Memang hati gua dah membara nak angkat. Jadi, kepada otai otai seperti Tony Hawk, Bob Burnquist dan termasuklah juga otai dari Malaysia iaitu Pak Din, nantikanlah kemunculan gua dalam sukan ini walaupun umur gua sudah nak agak senja yang sepatutnya sibuk memikirkan hendak mendirikan masjid.

Ini kalau gua tak boleh buat macam ni nanti, gua balik rumah buat lempeng sudah!

Sunday, March 21, 2010

Belajar Tak Pernah Habis

Habis sudah seminggu waktu pembelajaran gua. Seminggu gua bergelar pelajar. Penat memang penat. Mata sampai jadi kuyu habis. Lekat seletep pun belum tentu boleh jalan. Perut pula sentiasa rasa nak lapar saja. Kalau tak lapar macam tak boleh saja. Tapi apakan daya, kehendak perut kena ikut juga, nanti merajuk pula. Dah merajuk nanti apa gua makan semua dia kasi buang balik. Jenuh la gua tiap masa nak berolahraga ke tandas. Selera mulut pun kena jaga juga waktu belajar ni. Lebih lebih lagi nak buangkan rasa mengantuk. Pergi belakang kelas, layan dua tiga pam. Tak juga dua tiga pam, berlebih lebih juga gua rasa. Sudah pekena banyak banyak pam, mata dah tak kuyu lagi. Tapi itu pun tahan dalam sejam saja. Lepas tu jadi kuyu balik, malah makin menjadi jadi pula.

Namun begitu selepas sembahyang Jumaat, gua kembali jadi lega. Muka jadi ceria, otak pun tak jem dah. Peranan sebagai seorang pelajar terhenti buat sementara. Bulan 6 ni sambung balik. Tapi, tu lagi nak kena prepare. Kelas semua jenis padu padu pula tu. Tugasan pun berlambak lagi. Fikiran jadi runsing lagi.

Dah habis belajar ni, gua kena fikir pasal kerja pula. Masuk masuk kerja Isnin ni gua kena cari sahabat gua dulu. Dia ni kaunselor. Jenis bagi nasihat kepada budak budak. Tapi jarang jarang pula gua nampak dia bagi nasihat. Mungkin dia sms saja barangkali. Gua nak bincang dengan dia pasal ceramah kerjaya untuk budak budak gua ni. Gua nak tahu apa respon kursus kursus dalam tempat gua mengajar berkaitan ceramah kerjaya. Dah bagi nama budak ke belum. Kalau belum memang naya gua. Dua hari saja tinggal tu. Kalau fikir senang gua kensel saja benda tu, hilang semak dalam otak. Tapi apa apa pun gua kena try dulu tanya. Kalau tak ada juga baru gua kensel. Malu tak malu, siapa suruh tak bagi respon awal awal. Pijak perut laju laju mau?

Ah, sudahlah cerita panjang panjang ni. Baik gua keluar cari nasi goreng kampung. Perut gua dah ngada ngada pula main orkestra. Dan akhir sekali, bulan ni merupakan bulan paling sesak bagi gua. Memang lain macam sesak dia!

p/s: Entri kali ni macam kurang dia punya rasa komedi kan? Macam lebih kepada luahan perasaan. Dah macam Prodigy saja gua rasa. Euuww!

Friday, March 19, 2010

Gua Join AF8




Gua cukup tak sangka ada pula perserta AF8 ni guna nama timangan gua. Dah la guna nama gua, suara pun sedap macam gua. Memang tak sangka you! Ahakz!

Saturday, March 13, 2010

Buat Assignment @ Esaimen

Dulu, waktu di universiti, kalau buat esaimen mesti nak last last minit. Padahal, pensyarah dah bagi awal awal lagi. Tetapi, biasalah, darah mudah waktu tu memang tak berapa masuk sangat nak buat esaimen awal awal. Jadi masa banyak dihabiskan dengan tidur lebih masa, main lebih masa, gelak lebih masa dan melakukan program ziarah menziarah dari satu bilik ke bilik lain juga secara berlebih lebihan. Waktu tengah khusyuk gulung rokok daun, tiba tiba, member datang terjah bilik.

"Woi! Esaimen hang dah siap ke belum?"

"Rileklah. Lambat lagi nak hantar."

"Rilek pala hotak hang. Minggu ni doh kena hantar. Kira lagi 4 hari je tinggal!"

Hah! Masa tu la baru menggelipit nak buat. Kontek mana mana member yang dah siap buat. Yang selalu jadi mangsa kaum wanita la. Mana tak kaum hawa ni lagi ramai dari kaum lelaki kat universiti. Lelaki kebanyakkannya malas. Bukan saja saja malas, tapi rehat yang terlalu berlebihan. Waktu ni la merasa tak tidur malam, makan tak sempat, mandi tak sempat, tidur atas meja sedar sedar dah waktu kelas lalu pergi kelas tanpa mandi disamping muka ada bekas air liur basi.

Bila dah merasa terseksa macam tu, terus berazam untuk semester hadapan tak nak ulang benda yang sama lagi. Tak mahu buat last minute. Nak buat awal awal. Baru 'cara' (gaya budak JB bercakap, Prodigy contohnya). Tapi, bila mula semester baru, azam awal awal tadi terus lupa. Masih lagi rilek rilek secara berlebihan walaupun esaimen sudah dapat awal awal lagi. Lecturer siap besungguh sungguh lagi suruh buat awal.

Tahun 2010, kini. Gua masih lagi buat esaimen. Tetap buat last minute. Walaupun sedang menggelipit nak siapkan, gua sempat lagi tulis entri ni. Memang setedi la gua. Tapi kenapa printer perlu buat hal waktu waktu kritikal macam ni? Palat la wei!