Esok, pagi pagi, gua kena bawak budak panjat bukit. Jadi, malam ni kena tidur awal. Siapa yang kol ataupun sms gua akan buat tak layan je. Apa? Ingat tak penat ke nak pegang pegang henpon ni? Lagipun gua kena jimatkan tenaga tangan gua ni. 1087 kaki tinggi tu gua nak panjat, ingat rendah ke? Ada masa nanti lepas panjat gua up gambar kat sini ok. Sekarang gua nak keluar gi kedai beli sayur dengan ikan masin nak masak nasi goreng. Oh yeah!
Friday, January 29, 2010
Thursday, January 28, 2010
Adik Beradik
Gua baru balik sarapan kat tepi hospital tadi. Risau juga makan tepi hospital ni, mana tau kot kot ada doktor terbawa jarum suntikan, lepas tu secara tersengaja tersuntik gua. Kalau lumpuh, naya juga gua nanti.
Tengah syok dok layan nasi lemak 'Brader Mesra', tiba tiba gua terdengar perbualan yang menarik perhatian.
"Dia tu memang adik beradik ke?" tanya seorang wanita berpakaian seragam penguatkuasa kepada rakannya.
"Adik beradik tu taklah, tapi cium molot je," jawab seorang lagi wanita yang berpakaian seragam penguatkuasa.
Kemudian, semua wanita yang berpakaian seragam penguatkuasa tu gelak besar, ada dalam 6 orang jugalah.
Nasi lemak gua tersembur dari mulut akibat jawapan sebegitu rupa. Shiak punya jawapan. Gua pun tak sangka jawapan macam tu boleh keluar. Lalu, gua pun gelak dalam hati saja.

Wednesday, January 27, 2010
Menyusun Meja
Petang tadi lepas waktu makan tengah hari gua masuk balik opis. Gua makan banyak sikit hari ni pasal ada gotong royong nak susun meja mengikut stended 5's. Nanti masa angkat meja tak adalah semput semput yang boleh membawa kepada pitam berpanjangan. Gua ingat dah boleh mula, sekali tengok ada pertelingkahan. Ada yang tak puas hati kenapa kena susun meja mengikut arahan yang ditetapkan. Awal awal, sopan santun saja cakap. Tapi, makin lama makin tinggi suara. Ada seorang insan dah mula main ayun ayun kerusi. Rakan sebelah pulak dah tercari cari pembaris buat rotan tangan budak. Seorang lagi pulak kelam kabut balik rumah nak cari parang. Peh! Gila! Ini betul betul tak puas hati ni. Gua tengok saja dari jauh. Nak masuk campur takut ada kerusi yang melekat kat muka gua. Gila apa nak jumpa awek nanti muka macam kerusi?!
Gua biar mereka terus bergaduh. Gua keluar opis, masuk toilet, kunci pintu rapat rapat, gua hisap rokok sebatang. Hmmm... malam ni nak makan apa ye?
p/s: ayat yang senget menunjukkan gua menipu. tapi apahal kes nak susun meja pun boleh jadi gaduh gak? lu nak tunjuk lu punya ego baik tak payahlah. lu tanamlah ego. takde sape mau tengoklah!!!

Tuesday, January 26, 2010
Payau
Masuk hari ni, dah hari ke 7 gua kena serangan batuk tanpa henti. Batuk pun tak puas je rasa. Ikut rasa hati, nak saja gua masukkan vakum dalam mulut gua kasi keluar semua kahak kahak yang degil. Ubat batuk dah dua jenis. Gua saspek doktor tu saja bagi gua ubat batuk yang tak berkesan supaya gua boleh datang balik klinik dia dan membantu dalam meningkatkan keuntungan perniagaannya. Shiaklah! Gua nak hisap rokok pun rasa payau tau tak?!
Sunday, January 24, 2010
Batuk, Selesema, Gatal Tekak, M.U dan Rooney
Walaupun diserang selesema, batuk yang menyakitkan dada dan gatal tekak yang berpanjangan, gua dengan semangat waja tetap stay up untuk menonton perlawanan pasukan peberet gua yang menjadi kegemaran muda mudi masa kini iaitu, Manchester United. Bertemu dengan Hull City bukanlah suatu perkara yang menakutkan atau mengerikan. Rooney dengan rilek dan bersahaja mampu menjaringkan 4 gol secara bersendirian. Bukan tamak ok, tapi peluang ada di depan mata, gunakan saja sebaik mungkin.Tak payah ngada ngada nak jadi macam Arsenal, depan gol pun nak main pass pass lagi. Konon beautiful football la tu? Hak tuih! Ok lah, gua bukan boleh taip panjang panjang, hingus ni asyik nak meleleh saja. Ingat tak penat ke nak sedut balik?Argghh! Tensen betullah!
Walaupun kena ugut akan ditarik seluar, Rooney dengan tenang menjaringkan gol. Hmm, nak kena cari boot yang Rooney pakai tu.
Lu orang tengok tu, tengok tu. Nak rembat bola pun siap boleh main kembung kembung pipi lagi tu. Hallamak! Terbaik betullah!!!
Tiga gol dah waktu ni. Gua nak tidur pun senang hati. Henset gua tak ada lak berbunyi. Biasanya member yang menyokong kelab arak memabukkan tu akan menghantar mesej yang mengguris hati gua. Mungkin malam tadi kredit dia habis kot
Tak usah nak cakap apa lagi la. Sambil sambil nak tidur tu si Rooney ni boleh skor lagi. Hebat sangat dah dia ni.
Tak usah nak cakap apa lagi la. Sambil sambil nak tidur tu si Rooney ni boleh skor lagi. Hebat sangat dah dia ni.Tuesday, January 19, 2010
Tepung Impian
Masa tu pagi. Dalam pukul 10 pagi agaknya. Gua tengok luar rumah. Kawasan padang depan rumah gua kosong saja. Macam baru diserang garuda saja. Biasanya, gua dapat lihat kawan kawan gua tengah seronok main kejar kejar kat padang waktu macam tu. Gua tertanya tanya mana menghilang geng geng gua. Masa tu rumah gua tak ada alat permainan berteknologi canggih seperti sekarang. Kalau ada, mesti gua tak kisah ada kawan atau tidak. Gua ada alat permainan yang boleh menemani hidup gua.
Mana Kamarul ni? Mana Amad ni? Mana Anuar ni? Mana Hanapi ni? Ah, gua jadi buntu. Sebagai budak budak pun, gua dah pandai buntu masa tu. Melihatkan keadaan yang semakin tidak terkawal, gua pergi menonton televisyen. Mana tau ada idea yang boleh gua cernakan. Buka saja tv, kelihatan ada seorang brader tengah berusaha sungguh sungguh untuk menebar roti canainya. Bergaya sungguh brader ni tebar roti canai. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Kejap dilambungnya doh rotinya, kejap diputarkan dohnya. Wah, terkesima gua. Tanpa disedari, air liur gua jatuh meleleh deras.
Pada saat itu gua tukar cita cita gua secara drastik. Dari seorang akauntan kepada seorang penebar roti canai yang bergaya. Dengan pantasnya gua masuk ke dapur. Gua selongkar almari dapur. Gua lihat ada sepeket tepung gandum yang sudah dibuka. Gua ambil segenggam tepung lalu keluar dari rumah dengan pantas. Gua tak mahu emak gua ternampak tindakan gua ini, nanti banyak soalnya. Kalau dilaporkan kepada bapak gua, mau sedas dua hanger juga gua dapat.
Tepung yang digenggam tadi gua letak atas permukaan rata. Kemudian, gua bancuh dengan sedikit air. Dalam memori gua yang bersaiz 256mb sewaktu muda itu, gua mengrefresh semula bagaimana gerakan brader roti canai dalam tv tadi. Mula mula gua canaikan tepung itu agar menjadi doh. Gua tenyeh tenyeh tepung tersebut.
Pap! Pap! Pap!
Ah, tak menjadi. Mungkin memerlukan sedikit air lagi. Gua tuang air lagi sikit. Kemudian gua tenyeh tenyeh lagi.
Pap! Pap! Pap!
Aik! Apa fasal tak menjadi lagi ni? Hmm...gua cuba berfikiran positif. Gua tambah air lagi. Kali ini gua baca bismillah kuat kuat. Gua tenyeh lagi.
Pap! Pap! Pap!
Ah! Shiaklah tak menjadi apa pun. Gua saspek brader tv tu tipu gua. Sampai hati dia tipu budak macam gua ni. Tak kesian ke? Tak cool langsung tipu budak budak ni. Gua berlari balik rumah terus. Pada saat itu juga gua kembali kepada cita cita asal gua iaitu ingin menjadi seorang akauntan.
***
"Ah shiak! Siapa lak main tepung atas bangku padang ni? Nak kena tendang agaknya!"
Oh, lupa gua nak beritahu. Pada hari itu gua telah melakukan salah laku vandalisme. Kesian brader bola tu terduduk atas bangku yang dipenuhi tepung tepung impian gua.

Sunday, January 17, 2010
Funfair Tapi Tak Ada Konsert. Tak Rockin' Langsung!
Hari Jumaat. Malam masa tu. Sifu gua ajak keluar. Bukan pergi minum. Tapi pergi ambil gambar.
"Jauh ke bos?" gua tanya. Takut dia bawa ke tempat bukan bukan. Iman gua bukan kental sangat ni.
"Tak jauh pun. Dekat tu je," bos gua jawab sambil menjuihkan bibir menunjukkan tempatnya.
"Yang berlampu lampu tu ke?" gua tanya lagi.
"Yup! Kita amik gambar stunning," jawab bos gua. Muka buat buat konsentret pandu kereta.
Alahai. Funfair rupanya. Harap harap ada band datang main. Boleh gua rockin satu kali.

Ingat senang ke nak ambil gambar posisi macam ni? Gua kena baring atas rumput tinggi tu. Risiko tungau menyerang hendap, memang tinggi bro. Memang tinggi!
Bila datang sini baru sedar. Tak ada pun stage tempat nak perform. Nampak sangat tak ada band band nak datang main. Hei penganjur! Ingat tak kecewa ke budak budak indie Manjung? Rumah hantu pun tak ada. Tak rockin langsung!Habis ambil gambar. Gua dengan sifu gua dan seorang lagi rakan gua singgah minum. Sambil sambil minum, ada budak main baling baling ais sampai pecah depan kedai mak dia. Dasar pergi sekolah sekadar nak main tangkap pepatung jela tu. Tu yang jadi gitu perangai tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)