Tuesday, October 5, 2010

Tembakau

Pagi pagi datang kerja, masuk opis, perut rasa tak berapa nak lapar sangat. Gua duduk setedi sambil sandar sandar gaya macam CEO. Mata memandang siling opis, termenung memikirkan rupabentuk siling opis yang macam celaka. Gaya macam nak runtuh saja.

Sedang lepak lepak termenung memandang siling, gua terhidu bau yang kurang menyenangkan. Bau herba, tak best langsung baunya. Pusing pusing belakang, tengok tengok ada opismet tengah buat air ginseng. Siot! Patut berbau tidak enak. Gua terus jadi pening, perut pula jadi lapar tiba tiba. Terus gua ajak Copra turun bawah pergi makan.

Lepas ambil nasi goreng separuh berlauk rendang ayam dan air kapucino, gua dan Copra memilih meja makan belah dalam yang berhawa dingin. Baru rasa macam makan dalam hotel. Dalam tu pun ada televisyen, tengah tayang orang main boling padang. Semua kepala botak botak, tak kacak langsung. Gadis pun kurang.

Sambil sambil makan, gua dengan Copra bersembang sembang tentang isu isu semasa.

"Lu tau tak, rokok dah naik 70 sen weh!" Gua memulakan perbualan dalam sedikit nada menjerit.

"Yeke? Nasib aku tak hisap rokok. Kira rokok dah jadi berapa ringgit sekarang ni?" tanya Copra sambil membetulkan bajunya yang sedikit menampakkan pusatnya.

"Entahlah. Yang gua tau dunhill dah jadi sepuluh hengget doh. Gila babi mahal!" Gua menjerit sekali lagi.

"Kau tau tak, rokok ni kalau naik harga, minyak pun naik jugalah tak lama lagi ni," Copra cuba memberi fakta baru. Teknik twist and turn yang dipelajari dalam bengkel penulisan tempoh hari dipergunakan sebaik mungkin.

"Aik, apa kaitan rokok naik harga dengan minyak naik harga?" sedikit kemusykilan menyelubungi diri gua dengan fakta yang Copra berikan.

"Sebab TEMBAKAI dah naik harga la doh!" Copra menjerit dalam menjelaskan perkara tadi. Semua orang dalam kafe memandang kami.

"TEMBAKAI?" gua bertanya kembali.

"Yelah! Kan orang Perak sebut TEMBAKAU tu TEMBAKAI. Takkan hang tak tau?" ujar Copra sombong seolah olah dia yang paling betul dalam dunia ini.

Copra memang hebat bab bab konfiden tak ingat dunia ni. Setahu gua, orang Perak sebut TEMBAKAU tu TEMBAKO. Siot punya Copra!

p/s: Copra ni orang Kelantan. Harap maklum.

2 comments:

  1. gua kalau jumpa orang cam ginih, gua akan hangguk je kepala, buat2 faham.. tapi nnt gua akan fikir kesahihannya secara mendalam.. hahhaa

    ReplyDelete
  2. prodigy@king:
    dia ni lain king.lu takleh main hangguk je.orang macam ni better dipijak je.buang masa kalau melayan.keh3...

    ReplyDelete