Friday, October 8, 2010

Minyak Lintah

Hari ini, lepas makan, lepas rehat, gua terus masuk mengajar. Muka gua, gua kasi maintain gagah. Baru pelajar pelajar terpesona.

"Orait! Kita mulakan kelas dengan Al-Fatihah!" Kelas gua memang akan dimulakan dengan suasana Islamik dahulu. Baru tenang hati nak belajar.

Semua pelajar terus diam, tunduk kepala dan baca Fatihah. Tapi ada juga seorang dua tunduk kepala bukan menghayati Fatihah, tapi sibuk membalas SMS. Dem yu!

"Ok, hari ini kita akan belajar tentang teknik dan kemahiran mencari peluang. Kalau kamu nak tau, dengan meneliti permintaan pasaran, kamu boleh mendapat peluang untuk mendapatkan perniagaan tau. Apa kata kamu bagi contoh barang barang yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran?" Sebagai guru yang efektif, gua menggunakan teknik penyoalan untuk menerapkan sistem pembelajaran dua hala.

Kelas jadi sepi. Sesepi di tepi tanah perkuburan. Nampak gaya pelajar pelajar tidak mahu terlibat dalam proses ini. Mungkin sedikit ketegasan diperlukan.

"Kamonlah, korang kan bijak, takkan tak tahu kot," ujar gua sambil mencebikkan bibir Angelina Jolie gua.

"Minyak lintah cikgu!" Jerit seorang pelajar.

Dem!

Kecil kecil dah gatal. Siyuuuttt!

2 comments:

  1. kalau diaorang jawab gambir serawak ke, kondom ke, lagi sayu, bro.. hahaha

    ReplyDelete
  2. prodigy@king:
    gua rasa itu ok lagi.tapi kalau dia jawab perkhidmatan seks,perempuan urut negara china ke,vietnam ke,filipina ke,memang gua azan kat telinga budak tu balik.hahaha!

    ReplyDelete