Tuesday, August 10, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 3

"Abang ni tau memburu ke tak ni? Dari tadi satu ekor pun tak dapat lagi. Orang dah lapar ni!" Eina Wakka merungut kepada abangnya.

Hampir 3 jam berburu, tiada seekor pun haiwan buruan yang kelihatan. Badan sudah berpeluh peluh. Banyak, habis basah baju mereka berdua. Mentari yang terik, menyebabkan emosi mereka berdua mudah terganggu. Decadido Pokka, abang kepada Eina Wakka memandang garang kepada adiknya apabila mendengar rungutan adiknya itu.

"Kau diam boleh tak? Jangan sampai aku rodok dengan lembing ni! Kau tau tak berburu ni perlukan konsentrasi? Jadi jangan kacau konsentrasi aku!" Marah Decadido kepada adiknya sambil lembingnya dihunus tepat ke perut Eina Wakka.

Eina diam seribu bahasa. Takut. Menggeletar dia sebentar melihat keseriusan abangnya. Lalu, dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak mahu dia melihat wajah abangnya seperti singa laut geram mahu mengawan itu. Pada ketika itu jugalah dia menyedari terdapat satu bebola ais bersaiz gergasi. Eina Wakka yang memiliki sifat ingin tahu yang cukup tinggi terus berlari menuju ke arah bebola ais gergasi itu. Apabila rapat, dia meneliti setiap genap bebola tersebut. Dia melihat, seperti ada lembaga di dalam. Eina menjerit memanggil abangnya.

"Abang! Abang! Mari sini. Eina jumpa sesuatu la."

"Apa dia? Beruang kutub ke? Ok gak tu nak buat masak lemak nanti." Decadido membalas gelojoh.

"Bukanlah. Ni, Eina jumpa bebola aislah bang," kata Eina sambil memegang megang bola tersebut.

"Wow! Besar betul! Makan ais kepal la kita hari ini. Sirap kat rumah pun banyak lagi," ujar Decadido dengan lidah terjelir tanda berselera.

"Asyik makan je abang ni, cuba tengok apa... Opocot mak kau bang wakka eh, naminam eh eh, welkam to aprika!"

Bebola ais gergasi itu tiba tiba meletup. Cahaya letupan memancar menegak ke udara. Decadido dan Eina Wakka tercampak ke belakang. Jauh. Asap asap letupan memenuhi kawasan bebola ais itu tadi. Dalam kepayahan membuka mata, Eina dapat melihat sesosok lembaga berdiri tegak memegang sebatang kayu.

Lembaga itu melangkah menuju ke arah Eina Wakka dan Decadido Pokka. Muncul rasa takut dalam diri adik beradik itu. Apabila semakin dekat, mereka dapat melihat wajah sebenar lembaga itu. Kacak. Berlesung pipit. Gayanya pula kelihatan tenang sekali. Rambutnya yang pacak pula membantu menonjolkan lagi penampilan dirinya.

Apabila dekat, lembaga itu merapati Decadido dan berkata.

"Bro, lighter ada tak? Sejuklah gua duduk lama lama dalam ais. Mujur rokok gua tak basah. Kalau tak, jenuh juga nak cari kedai rokok kat tengah kutub utara ni."

Decadido tergamam. Diam seribu bahasa. Kelihatan ada air berwarna kuning di bawah seluarnya. Eina pula kembali setedi walaupun terkejut seraya berkata.

"Err... siapa kau?"

Lembaga yang berwajah kacak itu memandang Eina dan lantas tersenyum lalu membalas.

"Nama aku Izwan Aang. Akulah, The Ava-G."

Eina ternganga. Decadido melelehkan air liur.

5 comments:

  1. cessssss... izwan aang..??? the ava-G...???
    tp, apsal aku adik..?? owh, lupa.. sbb aku kan comel dan kelihatan muda.. wakakakaka!!!

    ReplyDelete
  2. the ava-G dh masuk data hrmis? Hamis!

    ReplyDelete
  3. Kacak. Berlesung pipit.
    Rambutnya yang pacak pula membantu menonjolkan lagi penampilan dirinya.
    mmg sah ciri2x lu nie bro...kehkehekeh

    ReplyDelete
  4. lembaga kacak berperut buncit.. tu br btl izwana aang ava-g.. hahahah

    ReplyDelete
  5. Eina:
    Ya comel,comel yang amat.hahaha.

    Cadphobia:
    Tu bukan hamis,tp dah tahap pubis.dem u hrMis!

    Bandela:
    Terima kasih kerana mengakuinya bah.

    Prodigy:
    Untuk makluman,watak lelaki buncit hanya akan dipegang oleh putera ekhsano zukono sahaja.hahaha.

    ReplyDelete