Sunday, May 30, 2010

Misi Mencari Anak Mami 2

Pagi kembali menjelma. Burung burung berkicauan riang. Tetapi, perut gua kurang riang. Dah mula meragam. Penangan kari mari semalam la ni. Selesai upacara pembuangan dan pembersihan diri, gua dan rakan rakan bergegas ke bandar Pinang kembali. Kali ini kami akan menuju ke suatu tempat yang dipanggil 'Road-Walk' atau Bahasa Melayunya 'Jalan Jalan'. Peh. Memang ngam!

Road Walk merupakan sebuah tempat menjual barang barang antik. Tapi barang barang tak antik ada juga jual. Gua pun baru angkat jersi Jepun kat sana, tapi bukan jersi Jepun yang antik yang zaman Pearl Habour dulu. Barang barang antik kat sini memang rare sekali. Ada jual topi perang dunia kedua, basikal perang dunia kedua, sempoa perang dunia kedua, seterika arang perang dunia kedua dan macam macam lagi jenis barang waktu perang dunia kedua. Tak cukup barang antik, ada juga jual barang second hand seperti pen drive second hand, tv second hand, walkie talkie second hand, piring hitam second hand dan pelbagai jenis barang second hand lagi yang ada dijual di sini. Tapi, yang paling gua tak tahan tu, ada juga yang jual wayar wayar elektrik yang entah boleh guna ke tak. Betullah orang cakap, nak jual sesuatu barang tu, janganlah kita buat penilaian sendiri. Selagi rasa boleh jual, juallah, hatta seutas wayar elektrik yang usang. Mana tau ada pengumpul antik yang minat kan.



Habis buang masa kat Roadwalk, gua dan rakan rakan bergerak ke Taman Botani pula. Taman botani gua rasa tak ada apa sangat la yang seronok. Setakat dipenuhi flora dan fauna je. Fauna yang banyak sekali gua jumpa ialah monyet. Banyak tak ingat! Lepas tu, sekor sekor muka ganas. Macam alien pun ada. Ada sekor tu siap nak serang serang gua lagi. Gua tunjuk penumbuk terus terkinja kinja lari. Risau juga gua kalau kalau dia repot kat ketua dia. Mana tau ada geng geng mafia beruk kat sini kan. Tapi gua tetap rilek tenangkan hati daripada fikir benda bukan bukan macam tu.


Jadi, itulah dia tempat tempat yang sempat gua lawati sepanjang pemergian gua ke Pulau Pinang. Serius, sepanjang pergi Pulau Pinang tu, gua langsung tak nampak anak mami ok! Entah mana lak anak anak mami ni pergi. Entah entah diorang semua ada kursus Kecantikkan Anak Anak Mami Semalaysia agaknya. Agak hampa la juga tak dapat nak tangkap satu untuk tolong junior gua yang sorang ni. Kesian kat dia, kadang kadang merintih menagih cinta seorang perempuan. Risau juga gua kalau dia cuba bunuh diri. Tak pasal pasal masuk sokkabar tabloid yang mengarut tak tentu pasal tu. Ada ke video lucah budak perempuan mana entah sokkabar tu boleh tuduh dia tu sebenarnya ustazah. Padahal tak pun. Bangang! Jenis orang nak buka kompeni sokkabar pun, dia nak buka. Walhal taktau langsung pasal etika kewartawanan ni. Ok lah, rasanya cukuplah gua mengarut sampai sini. Perut pun dah rasa lapar, rasa nak pergi angkat Roti John satu. Baru puas nafsu.

No comments:

Post a Comment