Monday, May 31, 2010

Kisah Seorang Dewa Cinta - Robin Cinta

Selesai menonton wayang, Abu Idham terus tergocoh gocoh lari keluar sambil tangannya digenggam erat.

"Eii. Bestnye cerita Robin Hood tadi. Russell Crowe memang kiut. Lepas tu pandai pula beraksi. Walau dalam ganas mahupun romantik. Eeuuii. Syoknye!" Jerit Abu Idham tanpa menyedari orang sekeliling dapat mendengar jeritannya. Ada beberapa kerat manusia meludah ke lantai kerana menyampah.

Dalam perjalanan pulang, Abu Idham berkata kepada dirinya sendiri.

"Eeuuii. Kalaulah aku ni hebat memanah macam Robin Hood, mesti aku boleh menyelamatkan dunia. Tak payah pakai sniper atau apa apa yang canggih pun, pakai busur je. Entah berapa banyak penjenayah boleh tewas dalam tangan aku. Ahaks! Ahaks! Ahaks!" Gelak Abu Idham sambil menekan nekan perutnya yang menggeleber.

Tiba tiba, satu cahaya terang menghalang laluan Abu Idham. Cahaya itu terlalu terang. Terang sehingga hampir membutakan mata Abu Idham. Dalam kepayahan melihat, Abu Idham dapat melihat satu susuk lembaga. Lembaga itu bersuara.

"Hai Ahmad Idham. Nama aku Pangeran Cinta. Di atas sifat dan sikap suci murnimu yang kudus seperti seorang bayi, kau kini telah dilantik sebagai Dewa Cinta!" Suara Pangeran Cinta bergema gema dalam kegelapan malam.

"Hape? Eeuuii! Kenapa aku? Sedangkan aku sendiri pun belum pernah bercinta, kenapa kau pilih aku?" Dalam kepedihan membuka mata, Abu Idham bertindak menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Sesekali pehanya dikepit kepit agar tidak keluar kencingnya akibat terlalu takut.

"Kerana kau minat Robin Hood!" Pangeran Cinta menjerit lantang. Bangunan di sekeliling sedikit retak akibat jeritan itu.

"Tapi, tapi..."

"Tiada tapi tapi lagi. Mulai hari ini kau akan digelar sebagai Robin Cinta. Ingat tu wahai Robin Cinta!!!" Bergema gema laungan Pangeran Cinta dan lalu dia mengeluarkan tongkat saktinya dan ditujukan kepada Abu Idham.

"Eeuuii!" Abu Idham menjerit ketakutan.

Satu pancaran ibarat cahaya laser keluar dari tongkat sakti Pangeran lalu mengenai dahi Abu Idham.

Poof!

Abu Idham pengsan.

"Bila kau sedar, kau akan lupa tentang diri sebenar kau. Kau bukan lagi Abu Idham bin Abu Arham. Tapi kau kini Robin Cinta. Tugas kau ialah menemukan cinta sesama manusia. Jalankan tugas kau sebaik mungkin."

Pangeran Cinta berbisik pada telinga Abu Idham walhal dia tahu Abu Idham tidaklah dapat mendengarnya. Dia cuma mahu situasi itu kelihatan dramatik sahaja. Lantas kepaknya dikembangkan, lalu Pangeran Cinta terbang meninggalkan Abu Idham yang pengsan itu.

Bertuahlah anda semua manusia, kini Robin Cinta akan membantu anda menitip rasa rasa cinta yang berbunga bunga dalam diri anda.

No comments:

Post a Comment