Wednesday, May 19, 2010

Fenomena Hantu

"Iye! Aku nampak malam tadi. Aku tak tipu. Elok aku pusing je terus aku nampak. Gila babi cuak aku. Terus aku lari masuk dorm. Berselubung dalam selimut."

Joney ataupun nama di dalam kad pengenalannya, Johan Bin Mashud menerangkan dengan bersungguh sungguh.

Maya dan Nash mendengar antara percaya dan tidak. Mereka saling berpandangan sambil di dalam otak mereka ligat memikirkan tentang kebenaran cerita Joney atau Johan Mashud itu.

"Ala, aku bukan tak nak percaya. Tapi kau tu dah berapa kali kenakan kita orang. Macam mana kita orang nak percaya,"

Maya bersuara. Nash yang berada di sebelahnya mengangguk kencang. Masih teringat lagi mereka berdua apabila ditipu oleh Joney. Nash dan Maya terpaksa bangun pagi pagi buta kerana dikejutkan oleh Joney dalam keadaan kelam kabut. Joney mengejutkan mereka berdua dengan mengatakan warden ada buat urgent roll-call. Maka, kucar kacirlah Maya dan Nash bangun menyiapkan diri untuk turun roll-call. Setelah selesai menyiapkan diri, Maya dan Nash pun mengajaklah Joney sekali. Tetapi, tanpa disangka sangka, Joney dengan selamba adabnya mengungkapkan 'April Fool' kepada mereka berdua. Akibatnya, Joney hilang dua batang gigi depan.

"Ala, itu kisah lama. Kali ini aku tak tipu. Gila apa nak tipu pasal benda benda hantu macam ni. Buatnya dia datang kacau aku pasal buat berita palsu pasal hantu, tak ke naya!"

Joney mengerutkan mukanya bagi membuktikan kesungguhan ceritanya dan cuba hendak meyakinkan rakan rakannya. Sekali sekala Joney sempat menjeling tajam ke arah Noorashikin yang duduk berhampirannya. Memang sudah sekian lama Joney menyimpan perasaan terhadap Noorashikin. Tetapi dipendam sahaja perasaannya.

"Hmm. Kau ni biar betul Joney, jangan buat main benda benda macam ni? Kau tau tak, kalau semua budak hostel tau, boleh bikin histeria satu sekolah!"

Mohamad Album Borhan atau nama samarannya Nash bersuara garang. Ini kerana, dia selaku Ketua Asrama perlu bertindak menjaga anak buahnya daripada sebarang bencana. Lebih lebih lagi ancaman hantu ini. Ini akan menyebabkan dia akan selalu dikejutkan oleh pelajar junior untuk menemani mereka ke tandas pada waktu malam akibat takut hantu. Jadi, dia tidak mahu cerita yang disampaikan oleh Joney ini adalah suatu kebenaran. Maka ini boleh menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk mendapat tidur yang nyenyak dan bermimpi tentang Lisa Surihani.

"Ah, sial la tak nak percaya, sudahlah!"

Joney, walaupun berwajah bengis, dia merupakan seorang yang mudah tersentuh hatinya.

bersambung...

No comments:

Post a Comment