Thursday, April 22, 2010

Memecut Laju

Semalam, petang. Waktu tu macam nak hujan. Langit memang dah gelap. Semangat nak main bola dah macam down sikit. Tapi, gua tak boleh nak batalkan hasrat gua terus. Sebabnya, gua yang beria ria ajak kawan kawan gua main, takkan gua yang nak kensel main bola ni. Rasa macam tak patut saja. Jadi, dengan hati yang berat, gua pun masuk kereta, lalu menghidupkan kereta, dan terus memandunya bersama sama aroma stokin bola yang gua lupa nak basuh. Ow, boot gua boot Lotto yang berharga RM79.00.

Sampai satu simpang yang ada lampu isyarat yang waktu tu tengah berkaler merah, lalu gua berhenti betul betul atas garisan putih. Ilmu yang gua belajar waktu kelas memandu dulu, gua praktikkan sepenuhnya. Orang ramai sekarang ni dah tak skema sangat macam waktu mereka belajar memandu dulu. Kalau suruh cium lutut cikgu memandu pun mereka sanggup semata mata mahu lulus. Tetapi, gua tidak, terus skema dari dulu lagi.

Tengah tengah tunggu lampu isyarat nak hijau, gua nyanyi lagu 'Fantasia Bulan Madu'. Terus rasa macam Wahid Senario. Kemudian, ada sebuah kereta kancil hitam berhenti betul betul sebelah gua. Pemandunya seorang perempuan yang berkategori mak cik. Jadi mood nak mengorat tu tak ada lansunglah. Kelihatan di bahagian tempat duduk belakang dipenuhi dengan anak anak mak cik itu. Kebetulan pula gua memang turunkan tingkap kereta dan kereta mak cik tu pun tingkapnya diturunkan. Jadi, gua dapat mendengari perbualan anak anak mak cik itu.

"Dia bawak beskal dia laju gila adik tengok tadi. Pastu terus jatuh tau."

"Ala, akak pun pernah tengok la!"

"Bila akak tengok? Nak tipu lagi la tu!"

"Betul la! Tuduh tuduh orang pulak!"

Gua yang melihat perdebatan adik beradik itu terus tersenyum sinis sambil memandang mereka. Macam budak budak. Hehehe.

Namun dengan tidak semena mena, gua terus memecut laju tanpa menunggu lampu isyarat betul betul bertukar menjadi merah kemerahan. Waktu ni faktor keselamatan tak menjadi keutamaan, yang penting gua dapat pergi jauh.

"Apa senyum senyum hah?!"

Siot! Gua kena herdik dengan mak budak budak tu. Malu gila gua!

2 comments:

  1. kahkahkah... mesti makcik tu ingat lu nak ngorat dia.. tak pun, dia ingat lu mengejek dia ke... hahahaha...

    ReplyDelete
  2. eina:
    sesungguhnya jangkaan mak cik itu sangatlah tidak tepat.mujur takde gadis2 motor memerhati.hahaha!

    ReplyDelete