Wednesday, March 31, 2010

Sumpahan Serigala 1

Sebaik sahaja habis menonton perlawanan bola, di mana pasukan kegemaran gua yakni Manchester United tewas kepada pasukan yang kebanyakkannya pandai bercakap bahasa Jerman iaitu Bayern Munich, gua terus masuk bilik untuk beradu. Namun begitu, proses peniduran gua tak begitu baik. Ini semua gara gara kekalahan M.U kepada pasukan Jerman itu. Kejap gua menyendeng ke kanan, kejap gua menyendeng ke kiri. Namun, peniduran gua tetap tak berapa cemerlang.

Tiba tiba, pintu bilik gua diketuk. Ah, siapa pula yang rajin nak ketuk pintu bilik gua ni pada pukul 4.45 pagi ni? Dengan kadar segera gua terus bangun dan membuka pintu. Mana tau ada hal kecemasan ke seperti hal hal nak pinjam duit ataupun hal hal pinjam sms gua pasal kredit habis ataupun hal hal lain. Buka sahaja pintu, kelihatan sahabat gua Syukran dalam keadaan cemas.

"Lu apahal bro? Lagi satu, macam mana lu boleh masuk rumah gua ni?" gua bertanya kehairanan.

"Lu jangan tanya macam macam. Nanti on the way gua cerita. Sekarang tak sempat dah. Cepat, Fariz dah tunggu kat luar tu!" Syukran memberi arahan kepada gua.

"Tapi gua pakai kain ni, macam mana?" gua bertanya lagi.

"Bengong! Pakai seluar la!" ujar Syukran dengan nada marah dan mata sudah merah menyala. Itupun gara gara gua bakar rokok depan mata dia.

"Yelah, yelah. Tunggu kejap, gua pakai seluar."

"Gua tunggu kat luar ok." Kata Syukran sambil terus melangkah keluar.

***

"Apahal bengong sangat naik motor ni Syuk, dah la 3 orang ni. Tak muat!" gua menyuarakan rasa tak puas hati apabila gua mendapati kami terpaksa berhimpit naik motor skuter Syukran. Kalau motor roda tiga gua tak ada masalah sangat, tapi kalau berhimpit macam ni memang boleh buat hati gua membara.

"Tak sempat bro. Lagipun gua tak jumpa kunci kereta gua. Tapi, yang lu ni keluar pakai seluar je apahal, baju mana?" Tanya Syuk sambil tangannya sibuk mengendali motor menerobos kesejukkan malam.

"Gua mamai la tadi. Sempat fikir seluar je bro. Tapi takpe, badan gua six pack, tak jadi masalah kalau gadis gadis tengok," ujar gua sambil menggerak gerakkan dada gua yang berketul sama seperti yang biasa dilakukan oleh lelaki berbadan sasa di dalam rancangan tv.

"Jadi, apa cerita lu nak beritahu kat gua ni sampai kelam kabut datang rumah gua pagi pagi buta, esok masa sarapan macam tak boleh saja," tanya gua sambil sibuk menyalakan rokok. Kadangkala api lighter gua terpadam padam akibat angin malam yang terlalu laju.

"Kita dah kena sumpahan bro!" ujar Syukran sambil mulut senget senget.

Gua jadi terkejut. Fariz yang duduk di belakang gua mula melaungkan azan tanda masuknya waktu Subuh.

bersambung...

4 comments:

  1. fuh bro..suspentut (suspen+suspension+spender lalu kentut terkoyak spender) je ni?mcm aku baca buku karya tamar jalis pulak..hahaha

    ReplyDelete
  2. siri mercakap dgn chegu g..hahahaha

    ReplyDelete
  3. aduhh.. nak kene tunggu la plak... x bleh terus sambung ke..???

    ReplyDelete
  4. Alan:
    lu kalau buat bahasa baru memang lain macam bunyinya.hahaha!tamar jalis tu legend,gua tak sampai lagi.hahaha!

    prodigy:
    apa lak mercakap ni?hari tu kekawa!hahaha!

    eina:
    tunggu kejap je,malam nanti gua sambung,amacam?

    ReplyDelete