Thursday, February 25, 2010

JuruMengambilGambar - Satu Cerita

Gua betul betul tak sangka yang aktiviti mengambil gambar ini merupakan aktiviti yang betul betul memenatkan. Serius tak sangka! Dia punya penat, dia punya lenguh, hadoyai! Terkesima gua dibuatnya. Gua ingat rilek rilek macam biasa saja. Sebabnya, gua tengok tukang tangkap gambar orang kahwin macam tak penat saja. Muka maintain bertenaga saja. Tapi tak tau la kalau dia ada minum Mas Cotek sebelum tu untuk tenaga tambahan.

Gua pula, kalau ambil gambar, memang lain macam dia punya peluh. Boleh kata macam berarus deras la peluh gua. Mengganas! Menitik nitik tanpa belas kasihan peluh peluh gua ni. Gua main futsal pun mau ambil masa 10 minit untuk berpeluh lebat. Tapi bila mengambil gambar yang berkonsepkan pengarahan ini, tak sampai 5 minit baju gua basah kuyup, penuh dengan peluh. Tak dapat gua bayangkan gua ambil gambar orang kahwin sampai berpeluh peluh lepas peluh menitik kena pipi pengantin. Mau cair keseluruhan solekan sang pengantin. Pasti gua akan dituduh sebagai perosak majlis dan akan disaman berjuta juta ringgit. Yelah, rakyat Malaysia sekarang kan dah pandai main saman saman.

Aktiviti memenatkan ini bermula apabila gua mengikuti kursus yang dianjurkan oleh sahabat gua sendiri iaitu Alan Thor. Gua cukup suka dengar kawan serumah gua iaitu Boslan menyebut Alan Thor ini. Memang lain macam sebutannya. Tambah tambah lagi dengan intonasi dia macam tengah tengok orang main laga lembu kat Sepanyol. Alan Thor ini telah menyuruh gua dan peserta kursus fotografi melakukan suatu tugasan di mana gua dan rakan rakan lain perlu mengarahkan sebuah cerita dengan menggunakan gambar sebagai penyampai penceritaan. Jadi kami perlu melakukan pengarahan untuk menghasilkan jalan cerita yang baik. Gua ingat senang saja, tapi semasa proses perlaksanaannya, mak aii! Betul betul ambil masa yang banyak dan meletihkan. Gua sampai rasa tahap menyampah dah nak ambil. Rasa macam nak ambil gambar biasa biasa saja. Dia punya letih dan lenguh itu betul menguji jiwa dan raga gua. Panjat gunung pun gua rasa setedi lagi, tapi mengarah dan mengambil gambar ini memang betul betul mencabar.

Namun begitu, gua mahu mengucapkan terima kasih kepada brader Alan Thor kerana tetap memberi semangat kepada kami semua untuk melakukan aktiviti ini. Tanpanya, gua rasa boleh lemah juga nafsu syahwat gua nak ambil gambar ni. Namun begitu, walaupun penat dan letih mengambil gambar ini, segalanya akan menghilang bagai ditiup angin apabila gua melihat hasil tangkapan gambar gua. Gua memang berpuas hati dengan hasilnya. Rasa penat dan lenguh pun hilang begitu sahaja. Terus rasa macam nak shuffle.

Lepas ni gua rasa nak buat lagi la walaupun penat. Sesiapa yang mahu jadi model model gua, boleh hubungi gua dengan meninggalkan email lu orang dalam ruangan komen gua. Di bawah ini gua sediakan beberapa keping gambar yang gua ambil dan hasil video daripada pengarahan gua sendiri. Saksikanlah!

Gambar gua la yang paling penting, jadi perlu diletakkan di atas sekali ye. Lagipun ni blog gua, jadi ikut suka gua la.



p/s: kalau lu orang nak tengok gambar lagi, masuk sini. Nak tengok video pula,tengok bawah ni.


4 comments:

  1. memang penat, jo.. penat fisikal sbb tekan shuttle, penat mental mencari idea.. papepun gud job, bro..

    ReplyDelete
  2. err.. cuma nak tanya lah. mamat yg jadi model baju merah ni, dia graduate uitm ke?
    rasa macam junior ku pulak... cs113, shah alam, 3rd batch. akhehehe

    ReplyDelete
  3. prodigy:
    masa tu gua rasa macam nak main laga lembu je.lagi tak penat rasa.hahaha!

    benz:
    lu tak kenal gua ke?takpelah,sampai masa nanti lu kenal la gua kot.gua pun dah rasa macam nak peymes ni.hahaha!

    ReplyDelete
  4. papepun gaya lu berambut alfro memang cun, bro..hahaha..

    ReplyDelete