Friday, January 1, 2010

Azam

Hai, nama saya Azam. Nama penuh saya Azam Bin Alakazam. Saya dilahirkan pada tahun yang saya sendiri pun tak ingat. Mak abah saya pun tak ingat juga. Dalam usia tua mereka, memang tahap memori mereka berada pada tahap yang sangat rendah. Yang saya tau, mak dan abah saya terlupa untuk membuat surat beranak untuk saya. Akibatnya, saya tidak dapat bersekolah. Sungguh malang nasib saya. Walaupun begitu, saya mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibu bapa saya. Mungkin ini kerna saya adalah anak tunggal.

Saya tinggal nun jauh di pedalaman. Tiada kemudahan air mahupun elektrik. Jika mahukan air, saya terpaksa mengangkutnya dari air sungai yang berdekatan. Malam malam pula kami terpaksa membuat unggun api untuk menerangi rumah kami. Ada sekali, kami didatangi sekumpulan pengakap yang menyangkakan kami sekeluarga sedang mengadakan Jamboree Pengakap. Abah saya halau mereka menggunakan buluh runcing. Berlari bertempiaran mereka. Dan ada yang mencicirkan spender cap Renoma. Lalu saya ambil dan memakainya sehingga kini.

Walaupun tinggal di kawasan pedalaman, pabila tiba hujung tahun, nama saya pasti menjadi popular. Rita Rudaini, Zizie Ezette, Dato' Bung Mokhtar, K.Rajagobal dan ramai lagi selebriti yang lain akan berserabut melaung laungkan nama saya. Saya berasa seperti Lionel Messi yang baru menjaringkan gol yang cantik dan disorak riang para penyokong. Hal hal sebegini mampu membuatkan mak abah saya gembira. Walaupun tidak bersekolah, nama saya tetap popular dan dikenali ramai. Tak cukup dengan melaung laungkan nama saya, mereka bermain pula mercun bunga api tanda kegembiraan yang begitu solid sekali.

Jadi, untuk tahun 2010 ini saya berazam... eh, eh... sebut nama sendiri pula. Azam saya ialah, saya mahu jadi Azam yang lebih baik dari Azam 2009. Amacam, ok tak kawan kawan?

No comments:

Post a Comment