Sunday, December 20, 2009

Kenapa Baru Hari Ini Gua Tau Cerita Best Ini?


'Crow Zero' - Cerita Raja Segala Gaduh

Best macam haram cerita ni. Kenapa tak pernah nak tayang kat Malaysia pun? Bukan ada pun adegan perempuan berkemban, pakai baju bertali, pakai ketat ketat, pakai skirt pendek sikit pun tak ada, apatah lagi adegan beromen romen. Setakat bertumbuk tumbuk saja adalah. Bukan ganas mana pun tumbuk tumbuk dia tu. Lagi ganas gua rasa cerita Jet Li yang ditayangkan dalam wayang Malaysia yang cekik orang guna rantai besi kunci basikal tu. Serius doh gua betul betul bengang tak dapat layan cerita ni masa tahun 2007 dulu.

Jadi mulai esok gua nak kuruskan badan, lepas tu pergi cari pakaian seragam sekolah Jepun, lepas tu cari rantai dompet yang sambung kat poket seluar tu, lepas tu cari kasut 'Penguin', lepas tu gua nak potong rambut tepi slope kasi nipis gila atas tebal dan belakang biar berekor panjang dan akhir sekali gua nak cari gaduh dengan budak sekolah menengah, gua nak jadi ketua dalam sekolah tu. Jadi apa macam, lu orang nak sertai gua tak? Gua boleh ajar cara 'depan tendang' (front kick) yang betul. Nak tak? Gua dah fikir nama kumpulan kita dah ni.

4 comments:

  1. nie yaang buat gua rasa nak google citer nie nih..:D

    ReplyDelete
  2. Prodigy:
    Lepas layan,bagitau gua.kita kuruskan badan sama2.lepas tu kita angkat satu pakaian seragam sekolah jepun.kita kasi nampak 'crow' sket.

    ReplyDelete
  3. baru nak cari baju ke bro, gua dah lama dah pakai uniform sekolah Jepun sama2 Maria Ozawa time kitorg hadir kelas tambahan dulu

    ReplyDelete
  4. el-zafa:
    cait!lu ni tak habis dengan bintang porno lu.lu memang tak sesuai langsung nak jadi geng gaduh2 gua ni.nanti gua carikan geng porno untuk lu,ok?

    ReplyDelete