Wednesday, November 11, 2009

Super-Rock-Star-Me

Super-Rock-Star-Me bebeh!

Rancangan-rancangan berbentuk realiti kehidupan semakin banyak disiarkan di dalam televisyen sekarang. Tak kiralah dalam saluran TV1, TV2, TV3 ataupun saluran berbayar 'mahal nak mampus tak ingat orang' yakni Astro masing-masing berebut nak siarkan rancangan berbentuk realiti kehidupan ini. Kita sudah tentunya akan disajikan dengan adegan-adegan umat manusia yang buat-buat gedik padahal kalau tidak dirakamkan dalam televisyen, mereka bukanlah gedik mana pun. Biasalah, nak tarik perhatian. Bangsat bukan? Ingat ramai terpesonalah dengan sikap gedik-gedik mereka tu? Hak tuih! Prodigy pun lebih rela menggedik dengan Amoi jual selipar jepun kat Johor.

Walaubagaimanapun, disebabkan ingin digelar 'lelaki maskulin up-to-date,' gua telah menerbitkan sebuah rancangan realiti yang terbaru yang akan disiarkan tidak lama lagi. Gua bagi tajuk Super-Rock-Star-Me. Mirip kepada rancangan yang kini disiarkan dalam saluran AXN 701 iaitu Supermodelme. What the hell sungguh! Jadi, siapa-siapa yang berminat nak menjadi rockstar ataupun bintang batu, lu orang boleh tinggalkan e-mail pada ruangan komen. Pasti gua akan menghubungi lu orang semua.

Lagi satu, siapa-siapa ada lubang nak senang buat rancangan kat TV1 tak? Gua baru ingat nak masuk dalam Astro Oasis, tapi tak mampu nak bayarlah, mahal nak mampus. Lagipun rasa macam tak sesuai pula nak masuk saluran keagamaan ni. Kalau tak ada saluran, macam mana nak ditayangkan? Takkan gua nak buat stail wayang kulit saja. Gila tak rock weh!

Anyway, for my last word, I just want to said... Let's rock together-gether!!! (Rasa cool gila bila berbahasa inggeris ni)

9 comments:

  1. wa org 1st..jadi wa tlh mmmbuat keputusan wa x nk masukk..nnti wa kne kuar awl2 lg..

    ReplyDelete
  2. harem.. ape kena gua dengan gedik weh... hahahahaha..papepun, gambar diatas ada seni, beb..cayalah..err, belakang tu anta ke?

    ReplyDelete
  3. baju tu yg oenting bro prodigy....hahahahahaha....gua rase gua taw kat mane lu beli baju tuh bro....wakakkaka....bro...gua berminat nk masuk rancangan lu la bro...bleh???

    ReplyDelete
  4. hoyeeee!! hoyeee!!! gua in... wakakaka...

    eh, lu betul2 nak dapatkan slot kat RTM-TV1 ke..?? kalo lu betul nak, gua bleh tolong risikkan... eheh.. :p

    errr.. btw, gambar di atas tangan lu dah nampak cam superhero dah.. tapi, muka lu cam tak boleh blah la.. cam takut a.k.a gayat je... nyeh nyeh...

    ReplyDelete
  5. series ke ada rancangan nih? gluck pada semua k. rock ni bukan jiwa lynda lah tp rock and roll ok kot <<< bukan sama je ke? hehe

    ReplyDelete
  6. aku mcm blurr plak kat sini..tak apa,nanti aku baca 12 kali entri ni..

    ReplyDelete
  7. aliaman:
    lu kena kasi berisi dulu baru rock brader!kering2 mana rock.hahaha!

    prodigy:
    lu kan menggedik amik gambar amoi jual selipar jepun tu?dah geharu cendana pula,dah tahu bertanya pula.peh!rock juga berpantun ni.hahaha!

    decade:
    lu pandai baca niat mandi hadas tak?nak rock2 ni kena suci dah bersih sama ada dalaman dan luaran.hahaha!

    eina:
    risik?baru ke sedar tv1 tu ada manusia seperti gua.hahaha!

    tu bukan gayat beb,tu feel rock namanya!are feel it with me?

    lynda:
    nampak gaya lynda sendiri dah jawab,jadi tak perlulah gua jawab lagi.hahaha!

    kimmy:
    lu dah try letak bawang putih hancur kat muka tak?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
    Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....

    ReplyDelete