Wednesday, October 28, 2009

Hisap Rokok Pall Mall Pun Tidak Seenak Ini

Malam tadi dapat mesej pendek dari Emi KPM Melaka yang pendek.

"Result exam dah keluar, boleh cek sekarang. Masuk kat bla bla bla bla kalau nak cek."

"Ok, thanx bro."

Rasa tak sabar nak semak. Tapi sekarang tengah mesyuarat dengan BPP. Jadi, gua tenangkan fikiran dan fokus pada mesyuarat. Budak-budak sibuk komplen pasal hal makan-makan. Gua jadi pendengar yang setia. Muka mesti kasi yang paling menumpukan perhatian sekali.

Tengah mesyuarat IKM KK Asrul hantar mesej pendek.

"Aku dapat 3.30, Amar dapat 3.59, Apis dapat 3.65. Depa ni power, kita power root je."

"3.30 pun ok gak apa bro. Aku ntah-ntah root aje kot."

Tak sampai beberapa minit IKM Jasin Apis dan IKM Kuching Amar hantar mesej pendek tanya result gua. Gua pun balas...

"Nanti gua cek. Sekarang tengah meeting."

Lepas tu masing-masing balas, "Ok."

Pukul 12 malam baru habis mesyuarat. Gua kelam-kabut keluar dari bilik mesyuarat. Gua start kereta dan terus memecut laju. Dengan menggunakan minyak Ron 97 gua rasa kereta gua menjadi lebih pick up, tapi duit gua kokak la juga.

Sampai rumah gua terburu-buru keluarkan laptop. Hidupkan dan cucuk broadband. Sebatang rokok Pall Mall hijau dinyalakan. Hati berdebar perlu ditenangkan. Rasa nak pergi jamban pun ada.

"Peh, first time dapat result macam ni!" Gua separa menjerit melihat result gua yang terpampang di dalam skrin laptop. Cepat-cepat gua capai henset.

"Aku dapat 3.56. Takleh lawan Amar dengan Apis. Setakat ni Apis paling hebat dikalangan kita. Tahun depan kita undi Apis jadi Perdana Menteri." Lalu mesej yang di taip gua hantar kepada IKM KK Asrul, IKM Kuching Amar dan IKM Jasin Apis.

Troot! Troot! Troot!

Oh, ada mesej masuk. Ah, Apis yang balas.

"Tahniah sahabat. Ok la tu. Nanti kita jumpa November ni."

"Aik, tak tido lagi? Dah, gi tido, nanti bini marah! Hahaha!"

"Aku dah tido, hang yang kacau. Dah, gi tido."

"Baik tuan Perdana Menteri."

Malam ini gua rasa sangat seronok. Gua tersenyum sahaja. Rasa nak merokok pun menghilang perlahan-lahan. Gua seronok lagi.

7 comments:

  1. hahahaha.. xde benda lain ke nak dikaitkan dgn result exam selain mastubasi.. papepun, tahniah bro..

    ReplyDelete
  2. cis, cis, cis....aku ingatkan Mr G dah buang tebiat citer pasal mastubasi nih, rupanya tajuk jer lebih......3.56 tuh.......leh kira cemerlang dah...hahahaha

    ReplyDelete
  3. prodigy:
    masturbasi tu kan enak dan seronok.jadi memang sesuai dikaitkan dengan result exam.

    el zafa:
    eh,bler lu ada blog bro?

    ReplyDelete
  4. baru jer mR.G, gua segan nak mengaku sebenarnya tp mmg hakikat lu lah inspirasi gua dalam menghasilkan blog, nasib gua ni dlm kategori umat normal, kalo gua ni jenis yg kaum sejenis...mmg lu lah org pertama yg gua tuju dulu.....tp ajaran agama Islam yg gua anuti ini melarang sekeras-kerasnya perhubungan sejenis, so Mr.G kita mmg tiada jodoh...

    ReplyDelete
  5. tahniah bro....pingat dekan da 2 bro...:D:D

    ReplyDelete
  6. jawapan lu macam SUNGGUH berpengalaman je..hahahahahaha

    ReplyDelete
  7. bandela:
    gua selalu dapat gi pekan saja...

    prodigy:
    gua berpengalaman hisap rokok saja...

    ReplyDelete