Friday, August 21, 2009

Ramadhan Sudah Tiba. Semoga Saf Saf Semasa Tarawih Akan Sentiasa Penuh.

Assalamualaikum. Ya kita ketemu lagi dalam entri terbaru gua. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni gua lebih cenderung nak bercerita dalam nada yang lebih Islamik (nada??? gua bersuara ke?). Jadi esok, kita semua akan berpuasa. Bagi yang tak nak puasa tu lantak koranglah, gua dah malas nak nasihat. Nak nasihat pergi masuk laman web ustaz ustaz atau ustazah ustazah yang boleh korang jumpa dalam internet. Tua nak mampus tak nak puasa. Aku doa tercekik sampai mampus masa ponteng puasa baru tau!

Malam sebelum puasa tadi gua pergilah menunaikan solat Isyak lalu terus sekali menunaikan solat sunat tarawih. Ramai gilo oghang jang (ya, gua sekarang berada di kawasan sempadan Negeri Sembilan). Penuh saf saf yang ada dalam masjid tu. Mesti sejuk mata AJK AJK surau yang melihatnya. Mungkin mereka akan berasa bangga dengan pencapaian ini. Lebih lebih lagi anak anak muda zaman sekarang lebih suka bershuffle dari menunaikan ibadah.

Masa gua solat sebentar tadi, Pak Imam yang mengimamkan gua dan jemaah yang lain telah melakukan kesilapan yang tak disengajakan. Beliau secara tak langsung telah melakukan tahiyat akhir pada rakaat pertama solat sunat tarawih. Gua sebagai makmum yang mengikut, teruskan saja mengikut. Mujur ada salah seorang jemaah yang duduk di saf depan mengatakan 'Subhanallah' sebagai peringatan kepada Pak Imam bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Mujur juga Pak Imam tak kelam kabut. Dengan steadynya dia bangun dari tahiyat akhir dan terus solat seperti biasa. Gua pun ikut saja apa yang Pak Imam lakukan.

Mengenangkan apa yang terjadi pada gua tadi, gua teringat suatu cerita semasa gua menuntut di universiti dulu. Ini memang betul pengalaman gua. Semasa itu gua tengah mengikuti program motivasi apa jadah entah. Gua kalau ingat cerita ini, memang sampai nak putus nyawa gua gelak. Kalau jumpa kawan kawan yang sama sama ada di tempat kejadian, memang lagi kaw dia punya gelak. Betul betul hao liaw bro!

Ok, cerita dia macam ni. Masa program motivasi tu, ada sorang mamat ni. Mamat ni memang gila khinzir dia punya perasan bagus. Dia kalau dengan geng geng gua, peh, berlagak tak hengat! Ada je benda dia nak berlagakkan. Tapi kalau dengan geng geng lain senang senang je dia kena buli gua tengok. Tak cukup samseng ke geng gua ni? Baiklah, selepas ini gua akan guna nama Cap Ayam sebagai ganti nama mamat ini.

Pada waktu subuh yang dingin, gua dan rakan rakan lain dikejutkan oleh para fasilitator untuk menunaikan solat subuh. Cap Ayam pun ada gak tumpang menyibuk kejut orang. Suara dahlah macam itik serati! Gua dengan muka yang sememeh dan semamai, terus sahaja bangun dan berjalan terhoyong hayang menuju ke surau. Gua toleh belakang satu kali, tengok kawan kawan gua. Dem! Dah macam Zombie Kampung Pisang. Masing masing terhoyong hayang.

Sampai di surau, gua terus pergi ambil wuduk. Ada juga dua tiga ekor budak yang masuk surau tak ambil wuduk, entah mazhab mana diorang ikut ataupun diorang tu dah lalok sangat. Peh! Bapak sejuk air dia, memang tak hengat! Walaupun kulit pipi gua dah rasa takut takut nak sentuh air sejuk tu, gua tetap gagahkan juga. Gila apa nak solat tak ada wuduk, sah sah tak sah!

Dah elok semua ambil wuduk, semua terus masuk surau. Masa tu budak budak ni semua jalan memang bapaknya ketarlah. Kira kalau nak lawan vibrate henpon tu, memang senang senang jela menang. Masuk masuk je dalam surau, gua dengan geng geng gua memang gila babas dia punya terkejut. Cap Ayam berada di posisi imam!

Masa tu gua memaksa akal pikiran gua supaya lebih positive thinking. Gua masa tu cuba berfikir yang Cap Ayam dah nak berubah kot. Berhijrah ke sesuatu yang lebih baik. Orang yang nak berubah ni kita kena bagi sokongan. Nak juga gua bisik "You can do it bro!" kat telinga Cap Ayam, tapi perasaan malu yang tinggi menghalang niat gua yang suci murni itu.

Sebaik sahaja qamat, Cap Ayam terus melaksanakan tugasnya sebagai imam subuh itu. "Rapatkan saf." Ewah. Ada bakat gak dia ni. Gua berbisik dalam hati cuma. Lalu Cap Ayam terus mengangkat tabiraktul ihram.

Rakaat pertama berjalan dengan lancar.

Elok nak masuk rakaat kedua, gua dah mula rasa susah hati. Rasa tak khusyuk tu dah mula nak datang. Dalam kepala otak gua dah fikir macam macam perkara. Gua dah mula pelik bercampur sangsi. Ada apa apa nak jadi ke?

Proottt!

Perlahan saja bunyinya. Tapi telinga gua yang peka ini tetap dapat menangkap bunyi angin menderu itu. Bunyi itu datangnya dari posisi imam. Siapa di posisi imam? Lu orang pun dapat teka kan siapa?

Dengan tidak semena mena dan secara tiba tiba, Cap Ayam yang berada di posisi imam itu menoleh belakang dan bersuara, "Err, korang solatlah sendiri. Aku dah terbatal ni."

Peh! Mazhab mana Cap Ayam ni ikut ni? Gila apa ajak jemaah lain bersembang dikala proses solat itu masih sedang berjalan? Cap Ayam ni memang cap ayam sangat ke sampai benda asas pun tak tau? Gua pada waktu itu memang dah terkesima campur bingung dan campur gelak macam setan! Solat gua dah jadi barai habis. Memang sah sah batal. Ada satu dua makmum yang turut terbatal sebab tak boleh tahan gelak. Jemaah lain masih lagi bertahan dan ada seorang makmum melangkah ke depan untuk mengambil alih posisi imam yang sebelum ini dipegang Cap Ayam. Cap Ayam pula dah kucar kacir keluar surau untuk menunaikan urusan pelaburannya.

Cap Ayam, Cap Ayam. Tu la, lain kali jangan eksyen sangat. Nak tunjuk lu tu ekselen pun biarlah bertempat. Ni dah malu sendiri. Di sebabkan kejadian ini, gua dan rakan rakan membuat spekulasi bahawa Cap Ayam saja saja buat buat terbatal sebab dia tak tau nak baca doa Qunut. Jadi dia perlu larikan diri agar dirinya tidaklah berasa malu. Jadi, kepada lu orang semua kalau nak jadi imam tu, sekurang kurangnya lu orang perlu ada pengetahuan yang asas. Jangan jadi imam pasal nak eksen je, nanti on the spot Allah balas. Apa apa hal pun, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada lu orang semua termasuk Cap Ayam.

Wassalam.

3 comments:

  1. hahahahahaha..giler lawak bro..tergelak sesorg aku pepagi buta nie..hahhahaha

    selamat menjalani ibadah puasa bro..

    ReplyDelete
  2. wakakakaka...hambik ko..sekali ter'prooott' ler pulak..errr..gua nk share 1 story masa gua form 3 bley tak?buleh laa ekk..

    member gua imam (utk asrama puteri lah beb) utk solat maghrib, sampai rakaat ketiga kan patut dah tahiyat akhir, dia bley bangun sbb mungkin konpius atau terlupa yg itu ialah solat maghrib dah bukan isyak.ada ler jugak 5,6 ketul makmum ikut bgn mcm imam tu, tp gua dgn member lain kt blkg terus niat pisah dari imam dan tetap teruskan solat. tapi lu tak ape jadi pastu..?elok2 gua kusyuk baca tahiyat akhir, member gua leh pusing sambil mengeluarkan suara nyaring.. "weiiiii..aku silapppppppp..." haa..hambik ko, dah terbatal semua org..ape daaa..

    ReplyDelete
  3. ekhsan:
    selamat pada lu juga bro.pastikan gua tak bertembung dengan lu dalam van jenazah.hahaha!

    kimmy:
    peh,jalan cerita yang lebih kurang sama cuma berlainan jantina je.excited lebih member lu tu.hahaha!

    ReplyDelete