Thursday, July 16, 2009

Dia Bernama Anta #7

Ya, kepada anda yang teringin mengetahui awalan cerita ini, maka anda diminta sangat-sangat untuk klik haiwan peliharaan di bawah ya:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4
5. Dia Bernama Anta #5
6. Dia Bernama Anta #6

Tengah bandar Mumbai


"Hei. Ini masalah tak juga setel-setel. Dah la tak setel, makin menjadi-jadi pula." Mr. Boyasami85 memulakan perbualan. Nampak tegas nadanya.

"Masalah apa pula ni weh? Kau ni tak habis-habis masalah. Ni engkau dari tadi tak gerak-gerak buah dam kau apa cerita? Masalah, masalah gak. Main, main gak." Kata Mr.El-Zafadurai sambil merenung papan dam untuk memikirkan langkah seterusnya.

"Ala, rilek la. Ni, masalah ragut yang makin menjadi-jadi kat Mumbai ni. Semalam dah berapa banyak kes yang dilaporkan. Geram betul aku. Kalau aku jumpa budak-budak yang meragut ni memang aku tikam guna garfu je," marah Mr.Boyasami85 sambil menjulang dompetnya ke udara.

Zass!

Dalam sekelip mata dan sehembus nafas sahaja, dompet Mr.Boyasami85 telah diragut dengan pantasnya. Ternganga Mr.Boyasami85 dan Mr.El-Zafadurai. Dalam masa yang begitu singkat, kelibat peragut itu sudah tidak lagi kelihatan. Nampaknya, Mr.Boyasami85 terpaksa meletakkan dirinya sebagai salah seorang mangsa peragut itu dan menambahkan lagi jumlah kes ragut yang semakin berkembang maju.

"Aaarrgghh!" Kedengaran suara orang menjerit histeria di tengah bandar Mumbai.

***

Di sebuah pasar di tengah bandar Mumbai

"Dey Aci. Lu tau tak itu kes ragut sudah menjadi masalah busar dalam ini bandar." Kata Mrs.Kimmy Kardasian sebagai permulaan perbualan gosip-gosip panasnya.

"Betul ka? Ayoyo. Ini macam sangat merbahaya la. Ini cincin, ini rantai, ini gelang tangan dan juga kaki sangat merbahaya jika dipakai," balas Mrs. Einachemi sambil menunjuk-nunjuk cincin, rantai dan gelang emasnya kepada Mrs. Kimmy Kardasian.

Mrs. Kimmy nampak seperti tergugat dengan sikap bongkak Mrs. Einachemi itu. Lantas dia mengeluarkan satu uncang beg yang tidak ketahuan apakah isinya.

"Hei! You ingat you seorang saja ka yang ada cincin dan gelang emas? Ini I pun ada la. Ni, ni, tengok ni." Bentak Mrs. Kimmy Kardasian seraya menggoyang-goyangkan beg uncang emasnya.

Zass!

"Ayoyo! Ragut! Ragut! Ayo appa! Saya punya emas sudah kena ragut," jerit Mrs. Kimmy Kardasian menangis. Mrs. Eina yang berdiri tidak jauh dari situ hanya senyum syaitan sahaja. Mungkin ingin menunjukkan rasa padan muka kepada Mrs. Kimmy yang berlagak itu.

Tiba-tiba kedengaran orang menjerit, "Lembu mana ada ragut emas, lembu ragut rumput juga." Orang itu terus menunjukkan ke arah lembu yang sedang meragut rumput. Lembu itu terpinga-pinga. Peragut pula? Dah lari jauh hilang entah ke mana.

***
Bawah jejantas di pinggir Bandar Mumbai

"Ha! Ha! Ha!" Satu hilai tawa yang begitu samseng dilemparkan oleh Shah Race Khan.

"Ha! Ha! Ha!" Tawa itu disambut mesra oleh Antanarayan. Mereka seolah-olah berada di syurga.

Antanarayan dan Shah Race Khan kini seperti jutawan segera. Entah berapa juta rupee yang sudah berjaya diperolehi oleh mereka hasil kegiatan meragut mereka. Antanarayan selaku ketua kumpulan telah mengeluarkan idea yang cukup bernas untuk melancarkan lagi operasi ini. Kini mereka sudah boleh hidup senang dengan hasil kegiatan haram ini.

Dengan berjumpa bomoh vodoo di pinggir bandar Madras, mereka berjaya memiliki seekor toyol berwarna pink. Kecil, comel, botak, dan sangat pantas gerakkannya. Hanya dengan memberikan ayam hitam kampung sebagai pengeras, Antanarayan sudah boleh menjadi tuan punya toyol pink ini. Diketahui juga, toyol pink ini meminati penyanyi U.S iaitu Pink yang popular dengan lagu 'Family Potrait'.

Tapi, bagaimana dengan dosa?

Heh. Apa mereka peduli. Bagi mereka, kesenangan di dunia ini lebih penting jika hendak dihitung dengan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Dengan bantuan toyol pink, mereka kini boleh berenang dalam lautan duit. Mewah bukan?

Tetapi wajah Antanarayan menunjukkan dia masih belum berpuas hati. Kadangkala, berkerut-kerut wajahnya sampai terangkat-angkat rambutnya. Mungkin duit bukan segala-galanya baginya. Apa lagi yang dia runsingkan selain wang yang bertimbun-timbun yang mampu membeli segala-galanya.

10 comments:

  1. en boyasami85 dgn en el-zafadurai..rs. Kimmy Kardasian dgn Mrs. Einachemi..wakakakakaka..yang xleh blah no 85 mesti ada..eheh

    ReplyDelete
  2. aduhhhhhh... sakit perut gua... mula2 gua dah teruja gile dgn nama boyasami85 & el-zafadurai... sampai gua dah terpikat la dgn nama el-zafadurai tu bg menggantikan nama decaderasamy...
    sekali gua sambung baca... sgt menarik nama mrs kimmy kardasian... sekali... oh tidaaaakkkkkk!!!! gua pun kena bahan... tp kan.. pandai la lu cari nama yg sesuai utk gua.. einachemi tuh... sedap sehhh... cuma, tang senyum syaitan tuh.. gua tgh pk cane la rupanya... wakakakaka~~~

    ReplyDelete
  3. hahahaha, takleh blah aku bile baca cite ko ni

    ReplyDelete
  4. ekhsan:
    tang 85 tu, memang ada bro.gua dah cek surat beranak dia semalam.hahaha!

    eina:
    cuba lu main spirit of the coin,mana tau nampak ke...hahaha!

    deanix:
    lu biar betul tak boleh blah bro?lu masih tengah tatap blog gua ke???

    ReplyDelete
  5. wei...lu sbnrnya tgh imagine kim kardasian nih...kan?kan?kan?

    ReplyDelete
  6. kimmy:
    erk...gua tak kenal kim kardasian.sape ye dia tu?jual air tebu kat kampung baru ke?errr...

    ReplyDelete
  7. adehh... gua x reti la nk main spirit of da coin tuh.. nanti lu kasi tip.. gua try.. mana la tau gua bleh tgk rupa einachemi senyum syaitan... wakakaka~~~

    ReplyDelete
  8. eina:
    takpun lu pergi depan cermin, lu try senyum...inysaAllah nampak la tu nanti...hahaha!

    ReplyDelete
  9. lu jgn nak berdolak dalih G, gua tau..sebaik saja lu selesai main nama kardasian tu..lu dgn rakusnya terus gugel images kim kardasian kan?kan?kan?

    ReplyDelete
  10. kimmy:
    erk...mana ada weh...gua trus gugel cara2 membaca doa qunut dengan betul je...serius,gua tak kenal sapa itu kim kardasian...

    ReplyDelete