Saturday, June 13, 2009

Ronaldo Blah, Fergie Menggelabah!

Fergie: Ron, jangan pergi Ron. Kasihanlah pada kami. Kami masih perlukan khidmat kau Ron.

Ronaldo: Sudahlah Fergie. Tiada guna kau memujuk rayu padaku. Aku sudah kecewa dengan keadaan di sini. Pelbagai tohmahan aku terima.

Fergie: Jangan kata begitu Ron. Penyokong di sini masih ramai mahukan kau. Percayalah padaku.


Ronaldo: Mahukan aku?! Penipu! Aku sering dicaci dan dihina itu kau kata mereka mahukan aku? Dasar pendusta. Sudah, aku mahu mulakan perjalanan aku. Kereta Rolls Royce sudah lama dipanaskan enjinnya, nanti kering pula air radiatornya. Selamat tinggal Fergie...

Fergie: Ron... Ron... ROOOOOOONNNNNNNN!!!

Lalu Fergie menangis teresak-esak ditepi longkang stadium Old Trafford melihat pemergian Ronaldo. Ronaldo kini akan berhijrah ke Real Madrid untuk menabur budi dan baktinya di sana. Sebuah kelab yang sangat-sangat diidamkan olehnya sejak kecil lagi.


Apalah yang perlu aku lakukan sekarang? Apa aku perlu buat apabila Ronaldo sudahpun tiada? Apa aku perlu buat?!! Gosok gigi? Letak inai dikuku? Main teng-teng? Kapur kasut anak aku??? Ahh, apa yang aku mengarut ni. Sepatutnya aku perlu lebih serius memikirkan hal ini. Tapi, apa apa hal pun, aku nak pekena dulu roti canai dengan teh madras Ameer Ali. Baru sentap nak cari ilham.

***

Setelah beberapa minggu mencari siapakah yang mampu menggantikan Ronaldo, akhirnya Ferguson berjaya mendapat jawapannya. Lalu, dengan segera dia membuat press conference kerana tidak sabar ingin berkongsi kegembiraannya dan memberitahu siapakah pemain pilihannya kepada para penyokong Manchester United.

Sinar Harian: Encik Fergie, dengar cerita Encik Fergie sudah mendapatkan pengganti bagi Cristiano Ronaldo. Jadi siapakah pemain yang bertuah itu?

Fergie: Sebelum itu, awak panggil saya Gie cukuplah ye.

Sinar Harian: Err... Baiklah Gie.

Fergie: Setelah beberapa hari mencari akal dan fikiran, log in dan log out facebook, membaca majalah KERETA, bermain bersama anak-anak, mengambil lesen kapal terbang, dan membaca laman blog waraskutakwaras, akhir saya ketemuan juga dengan pemain pilihan hati saya.

Sinar Harian: Sudahkan Gie melakukan perbincangan dengan kelab pemain tersebut?

Fergie: Oh sudah. Perbincangan berlangsung dengan menggunakan YM sahaja.

Sinar Harian: YM sahaja?


Fergie: Ya. Zaman sudah maju, apa salahnya kita menggunakan kemudahan yang disediakan. Lagipun pemain itu turut sama berYM bersama kami. Dengar cerita dia dapat jugalah grabs beberapa orang gadis dalam YM tu.

Sinar Harian: Jadi, berapakah jumlah perbelanjaan yang akan dihabiskan untuk mengangkat pemain ini ke Old Trafford?

Fergie: Huh, ini saya tujukan khas untuk Ron. Ron, kau ingat kau star, kau akan jadi pemain paling mahal di dunia ye? Heh, mintak maap! Pemain yang aku angkat ni akan lebih mahal dari kau. Untuk pengetahuan semua, Ronaldo dibeli dengan harga 80 juta pound. Tetapi pemain yang saya akan bawa ke Old Trafford ini berharga 100 juta pound! Padan muka kau Ronaldo, berlagak sangat.

Sinar Harian: Wah! Mahalnya. Jadi Siapakah pemain itu?

Fergie: Ini dia. (Seraya dengan itu Ferguson mengangkat gambar pemain itu)

Pelepow! Kapow! Pow!

***

Ferguson kini sedang bertugas sebagai Jurulatih pasukan kebangsaan Papua New Guinea. Kadang-kadang kelihatan Ferguson mengusap pipinya yang kebengkakkan.

"Salah ke aku nak bawa masuk Shukor Adan," tanya Ferguson sendirian.

5 comments:

  1. wakakaakaka~~~ ko bila nk buat buku koleksi himpunan cerita2 lawak..??? bleh jual wooo....

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...best bro, best...
    karya lu memang ada tarikan tersendiri..

    ReplyDelete
  3. eina:
    ok gak idea lu tu sis.
    tapi antologi cerita gua masih tak cukup.
    gua kena kumpul dulu la beb.

    ekhsan:
    ia takkan best tanpa ada lu orang semua bro.
    hahaha!

    ReplyDelete
  4. Turf:
    nak buat macam mana...
    jokes ini pun datang dari orang yang nice nice.
    hahaha!

    ReplyDelete