Sunday, June 28, 2009

Dia Bernama Anta #3

Untuk mengetahui cerita cerita sebelum ini, sila klik ayat ayat cinta di bawah:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2


Tahun 1998, Bandaraya Madras, India


Melihat persis helang. Tajam dan mengancam. Berfikir seperti pendita. Halus dan berseni. Bernafas bak kucing. Senyap tapi kencang. Misi kali ini perlu berjaya dilaksanakan. Mangsa sudah dikenalpasti, kini tiba masa beraksi.

Ibarat cheetah di celahan rumput yang tinggi, berjalan senyap menghampiri mangsa. Derapan tapak kaki diminimakan bunyinya agar mangsa tidak menyedari kehadirannya. Mangsa betul betul alpa dan leka dengan aktivitinya, pemangsa sudah tersenyum tanda dia akan berjaya kali ini.

Gambaran cara Antanarayan menerkam mangsa

Bak rajawali menjunam turun dari langit menerkam mangsa, Antanarayan dengan pantas meragut beg plastik mak cik berusia lewat 60-an. Dia menyeringai seperti syaitan berjaya menghasut orang. Dia syak dia sudah berjaya. Namun begitu...

Bap!

Satu hayunan beg tangan seberat bola boling saiz 13 tepat mengenai kepala Antanarayan. Dia tersungkur memakan pasir. Kelat lidah jadinya. Kemudian diiringi pula sepakan padu ala ala Roberto Carlos tepat ke perut Antanarayan. Peh! Melencong Antanarayan jadinya. Mak cik itu berjalan menghampiri Antanarayan.

Sambil menarik rambut Antanarayan, mak cik berkata, "Dey! Lu salah pilih orang ini time. Ini juara silambam Madras 10 kali. Tada sapa boleh terlepas kalau buat onar pada auntie!"

"Ahh... maaf auntie. Saya janji tak buat lagi. Saya janji. Ahh..." Kata Antanarayan seperti budak tadika membaca ikrar sambil mengaduh kesakitan.

"Kalau itu macam lu berambus sekarang, berambus!" Jerkah mak cik sambil mencekak pinggang.

Antanarayan bangun dalam keadaan kelam kabut. Walaupun sakit, terpaksa ditahan, takut teruk dibelasah lagi. Dia gagal dalam misi kali ini dan segera pulang ke markasnya. Sesambil itu, sempat juga dia menyelak baju untuk melihat kesan tapak kaki mak cik itu yang melekat di badannya. Saiz 11 agaknya.

"Wow, cool! Tak dapat makanan, dapat tatu kaki pun jadilah." Gumam Antanarayan seraya itu menyanyikan lagu "London Bridge is Falling Down" dalam bahasa Tamil.

***

Beginilah kehidupan Antanarayan sekarang. 5 tahun dulu dia terkenal sebagai pengimpal semi pro di pekan Juhu, tetapi kini tidak lagi. Ini semua gara-gara dia merosakkan permainan micro genius milik bosnya iaitu, Pakutekanandas. Antanarayan pun tidak menyangka pada saat dia memegang kayu ria (joystick) micro genius itu, permainan itu tiba tiba meletup. Si Pakutekanandas pula menyalahkan Antanarayan dengaan mengatakan Antanarayan ada hantar santau pada permainannya kerana iri hati. Pakutekanandas begitu berdendam pada Antanarayan. Sampai sekarang Pakutekanandas memburunya. Jadi dia terpaksa hidup dalam persembunyian.

Sembunyi, sembunyi juga. Tapi untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja sebagai peragut jalanan. Satu kegiatan yang tidak halal dan berdosa! Tapi bagi Antanarayan, itu sahaja caranya untuk dia mencari sesuap nasi bagi mengisi perutnya. Dia kini dikenali di Madras dengan nama 'Anta Budak Jalanan Semi Pro'. Walaubagaimanapun, Antanarayan tidak bergerak solo. Dia memiliki seorang lagi konco. Mereka boleh diibaratkan seperti Batman dan Robin.

"Bos! Hari ini kita makan mewahlah. Ha! Ha! Ha!"...

Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila klik pada kucing yang comel di bawah ini:
Dia Bernama Anta #4


7 comments:

  1. sape makcik tu bro..
    eina ke? hahahahaha

    ReplyDelete
  2. wahahaha... gila la itu antanarayan... dah tukau profession nampak...

    ehemm.. ehemm... ekhsan.. gua tarak masuk dalam ini cerita haa.... hahaha~~~

    ReplyDelete
  3. ekhsan:
    eina?makcik tu juara silambam madras bro.memang sampai sekarang gua tak tau nama dia.hahaha!

    eina:
    hidup kan bagai putaran roda.so kerja dia berubah ubah la.hahaha!

    ReplyDelete
  4. bro sape name sidekick die tyu misteri tul
    ade sambungan lagi ke ni??

    ReplyDelete
  5. profpoyo:
    ada lgi bro...
    ini bukan entri pendek2 je...
    ni gua panggil novel+pendek=novepen...
    hahaha!
    nak tau sambungan dia,lu tunggulah ya.

    ReplyDelete
  6. xpe la.. at least dia berusaha utk mencari bersuap2 nasi... x la dok melepak je sambil tadah tangan kan.. hehehe~~~

    ReplyDelete
  7. eina:
    ai,nasihat lu macam membawa kepada kemungkaran je beb...hahaha!

    ReplyDelete