Monday, August 9, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 2

Penggunaan keempat empat unsur iaitu angin, air, tanah dan api ini dahulunya boleh dikuasai oleh satu 'semangat' yang di panggil sebagai The Ava-G. 'Semangat' The Ava-G ini dilahirkan di dalam bentuk manusia secara berulang ulang kali. Maknanya, jika watak manusia pertamanya meninggal dunia, maka 'semangat' The Ava-G akan dilahirkan semula dalam watak manusia yang lain.

Kehadiran The Ava-G di dunia telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia. Tiada langsung sebarang malapetaka atau kecelakaan yang berlaku. Kehebatan The Ava-G menyeimbangkan keempat empat unsur angin, air, tanah dan api betul betul membantu kehidupan umat manusia.

Tetapi, entah bagaimana, individu yang dikatakan memiliki 'semangat' The Ava-G telah menghilangkan diri tanpa sebab. Kehilangannya juga tidak disusuli dengan sebarang khabar berita. Pada waktu ini, Kaum Api mengambil kesempatan untuk menguasai dunia. Ketamakkan dan kekuasaan menguasai diri Kaum Api untuk menjajah hampir seluruh pelusuk dunia.

Setelah hampir 100 tahun, masih tiada lagi berita tentang 'semangat' The Ava-G. Dalam masa 100 tahun jugalah Kaum Api telah memainkan peranan dalam memporak perandakan dunia. Hampir semua jajahan yang dikuasai oleh Kaum Angin, Air dan Tanah telah dirampas dan ketiga tiga kaum ini dihalang dan dilarang untuk memanipulasikan kuasa berdasarkan unsur unsur milik mereka.

Walaubagaimanapun, datang kebimbangan melanda Raja Kaum Api. Terdapat ura ura mengatakan bahawa, 'semangat' The Ava-G telah muncul kembali. Raja Kaum Api tahu bahawa kemunculan semula The Ava-G akan merosakkan rancangannya jahatnya yang masih belum sempurna. Maka, Raja Kaum Api, atau namanya Raja Anta Ozai, mengerahkan bala tenteranya untuk mencari siapakah yang memiliki 'semangat' The Ava-G dan dia juga turut memerintahkan anaknya yang dalam buangan kerana mengingkari arahannya untuk mencari pemilik 'semangat' The Ava-G.

"Argh! Aku akan pastikan yang aku akan jumpa The Ava-G. Demi maruahku, aku perlu berusaha keras. Sebelum itu, aku mahu makan dulu!"

Jerit Putera Ekhsano Zukono yakni anak Raja Kaum Api sambil mengusap perutnya yang membuncit.

"Sedap sungguh KFC hot and spicy ini." Ujar Putera Ekhsano sambil menangis tanda kesedapan.

5 comments:

  1. gua punya la serius baca macam baca buku mantera pusingan api. Putera Ekhsano Zukono? cilakak norizwana.. hahaha

    ReplyDelete
  2. kahkahkah.. putera ekhsano zukono la plak.. cam kuno je nama neh.. kahkahkah.. erkkk.. ampun ekhsan... :p

    tp, paling x bleh blah.. NORIZWANA... gila jambu nama!!! kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. Prodigy:
    Lu baca dengan serius?peh,kira gua mampu menarik perhatian lu la ni kan?hahaha!lu jangan riso,watak gua tetap ada,tapi taklah guna nama 2.gler tak kacak!

    Eina:
    Gua memang jambu,sebab 2 gua berwajah korea.hahaha!

    ReplyDelete
  4. chegu.. gua cakap NAMA lu yg jambu.. bukan WAJAH lu.. hahaha.. tp kan, hari tu gua ada layan 1 cerita ni.. pelakon dia siyes ada iras2 lu.. nanti gua cari eh nama/gambar dia.. :p

    ReplyDelete
  5. Eina:
    Mesti pelakon itu kacak.gua teruja sekali untuk melihat wajah beliau.hahaha.

    ReplyDelete