Tuesday, July 6, 2010

Susah Susah

Hari itu memang panas gila. Menggila gila punya panas. Semut semut yang merayap rayap atas simen pun habis semua terkinja kinja sebab lantai simen terlalu panas. Dengan anugerah yang gua miliki, gua boleh dengar semut itu bersembang dengan rakannya.

"Lepas ni beli Crocs pa?"

"Gila hang! Mana ada saiz untuk kita!"

Peh, semut utara rupanya. Gua tergelak kecil sebentar. Lalu gua meneruskan perjalanan ke kedai runcit untuk mendapatkan air sejuk. Cuaca panas panas macam ni memang mari kalau minum air sejuk sejuk. Baru passion orang cakap!

Masuk masuk kedai, gua tengok ada auntie kedai tu seorang sahaja. Dia senyum pada gua, gua pun senyum balik. Walaupun auntie tu tak adalah cun sangat, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang tinggi budi pekerti gua balas juga senyumannya.

Gua meneruskan langkah ke peti sejuk. Buka peti sejuk, ada macam macam jenis minuman. Milo, Nescafe, Teh Kekwa, Soya, Cincau dan macam macam lagi. Arak arak saja gua tak pandang sebab itu ibu segala maksiat. Di sebabkan cuaca panas membara dan gua bukan nak minum untuk tambah tenaga, gua capai air tin teh kekwa. Air teh kekwa ni memang air faveret gua untuk kategori cuaca panas. Terbaiklah setakat ni air ni untuk hilangkan kepanasan.

Selepas itu, gua terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Auntie tu senyum. Gua pun senyum balik. Lalu auntie tu berkata.

"..."

Gua senyap. Gua pandang dia, dia pandang gua. Dia cakap lagi.

"..."

Gua dah mula buat muka kerut lain macam. Macam nak berak! Auntie tu pun cakap lagi.

"..."

Masa tu gua dah dapat tangkap apa dia cakap, seraya itu gua membalas padu.

"Aiya auntie. Wa melayu ma, islam. Mana tau cakap cina. Aiya!"

"Aiya, mana wa tau maa. Lu muka serupa cina juga. Soli, soli. Itu air seringgit enam puluh sen maa."

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berbilang kaum.

3 comments:

  1. kehkehkehkeh...kalo lu cina nama lu mesti yap ken cing kan bro..kehkehekeh

    ReplyDelete
  2. mana ada lu rupa cina..jgn perasan sangat, king.. xelok orang pandang..wkakakaka

    ReplyDelete
  3. bandela:
    cait.nama macam nak suruh istinjak!hahaha!

    prodigy:
    ek eleh tak caya lak lu.kata budak masjid.tapi perangai buruk sangka tu tak gak lu buang.teruk2.hahahaha!

    ReplyDelete