Monday, July 19, 2010

Sila Ambil Perhatian. Mungkin Ini Jadi Punca Banyak Kes Buang Bayi.

Sebagai permulaan. Gua bagi tafsiran dulu ok.

Zina (bahasa Arab: الزناء‎) adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan (hubungan seks) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.

Berjimak ialah hubungan seks yang dilakukan antara suami isteri yang sah.

Orait. Sekarang kita sambung cerita.

Waktu tu dah petang. Gua baru balik kerja. Badan penat penat. Duduk atas kerusi, cari cari butang. Kemudian, baru gua sedar, gua bukan ada pun kerusi urut. Gua jadi pasrah. Bila pasrah, gua masuk bilik air ambil wuduk. Gua solat Asar. Masa tengah solat gua dengar suara kawan gua, Kodin. Dem, nampak sangat tak khusyuk solat gua. Tapi nak buat macam mana, Kodin kalau bersembang memang tak sah suara tak kuat. Macam guna mikrofon bercakap!

Habis baca doa, terus gua keluar salam dengan Kodin. Kodin tengah sibuk sembang dengan housemate gua, Ajabari. Kodin rancak berbual tentang trip dia ke Sabah baru baru ni. Katanya dia dah serik nak pergi lagi. Gua tak berapa nak layan sangat, sebab mata lebih tertumpu layan game PES.

Suasana tiba tiba jadi hening seketika. Ajabari dan Kodin berhenti berbual.

Kemudiannya, Ajabari bagi soalan yang tak pernah gua terfikir untuk tanya kepada Kodin.

"Hang pernah berzina tak Kodin?" Tanya Ajabari dengan muka kehairanan.

"Apa pulak tak pernah. Mestilah pernah. Dah 3 tahun dah weh!" Kodin menjawab dengan muka bangga nak mampus.

Gua pause game PES dan terus memandang muka Kodin. Ajabari pun pandang muka Kodin. Kodin masih lagi buat muka bangga nak mampus. Gua bagi isyarat pada Ajabari untuk membetulkan semula keadaan. Lalu, gua kembali sambung bermain PES. Ajabari menyedut nafas dalam dalam, seraya itu berkata dengan kuat.

"Itu bukan berzina Kodin, itu berjimak! Hang tu dah kahwin, orang tak panggil berzina!"

Kodin mengekeh ngekeh gelak. Tapi muka tetap tahan bangga. Boleh tahan juga tahap konfiden Kodin ni ye dak?

No comments:

Post a Comment