Wednesday, July 7, 2010

Meiji Suka Cakap Besar #1

Sekarang musim Piala Dunia. Kalau lepak lepak saja mesti sembang pasal Piala Dunia. Pasal pasukan tu lah, pasal pasukan ni lah, pasal kenapa Italy main macam kambinglah, pasal Felipo Melo main macam milo basilah, pasal Jerman punya taktik hebat bukan mainlah dan macam macam lagilah. Sekali sekala ada juga keluar cerita penyokong penyokong wanita pasukan masing masing yang berbarang baik. Itu sememangnya menimbulkan rasa stim dikalangan peminat bola sepak lelaki.

Waktu tu gua, Sukran Mat Jamil, Meiji dan Gajali Copra tengah lepak lepak dalam sebuah kedai makan. Seperti biasa, dalam musim Piala Dunia ini, topik perbualan kami lebih ke arah bola sepak. Masa tu tengah cerita pasal perlawanan antara Jerman dan Argentina. Cerita tentang betapa mudahnya Argentina disayurkan Jerman. Memang Argentina jadi sayur sekali malam tu. Gua yang begitu mengharapkan Argentina menang jadi sangat kecewa. Lebur.

Gua buka cerita dengan mengatakan malam tu gua layan bola seorang diri. Housemate gua semua tak ada. Seorang tu ada tanggungjawab sebagai suami dan perlu balik kampung. Manakala, yang seorang lagi sedang berpesta di tengah tengah ibu kota Kuala Lumpur. Harap dia tidak terjebak dengan perkara bukan bukan.

Sukran Mat Jamil pula menceritakan tentang betapa meriahnya menonton perlawanan bola sepak di Shah Alam. Kebetulan pula waktu itu dia pulang ke rumah isterinya di sana. Nak tengok bola kat rumah agak sukar kerana mak mentuanya ada di rumah dan sibuk menonton drama Melayu yang sekarang suka tayang plot plot cerita yang bukan bukan. Jenis cerita yang tak membina modal insan langsung. Sukran Mat Jamil cerita tengok bola kat luar memang meriah. Dengan sorakkannya, dengan riuh rendahnya, dengan warna warni jersi para penyokongnya, dengan air tumpah pasal meja kena hentak kuat kuat dan lain lain lagi.

Meiji yang memang popular dengan gelaran 'Brader sembang tak mau kalah' masuk menyampuk juga. Dia memang begitu. Tak boleh tengok orang lain letup sikit.

"Aku pun ada tengok kat luar gak. Memang ramai gila orang."

"Kau tengok kat mana?" Sukran Mat Jamil bertanya.

"Tak ingat lak aku kat seksyen mana. Ada aku tengok geng geng India tu siap bawak vuvuzela lagi. Bila Jerman skor je diorang tiup." Sambung Meiji.

"Bunyi macam mana vuvuzela tu?" Sukran Mat Jamil bertanya lagi dan kali ini dalam nada sinis.

"Takkan hang tak pernah dengar? Teruklah hang ni! Bunyi dia macam ni la. Preeet! Preeet! Preeet!"

Meiji jawab tenang dan muka memang kaber kool gila babi.

Sial! Bila pula vuvuzela tukar bunyi macam tu? Haram. Sembang memang jenis tak nak kalah langsung!

P/S: Untuk pengetahuan semua, vuvuzela tu bunyi macam langau. Gua pun taktau nak buat macam mana bunyinya. Nak dengar, pergi cari langau, pastu dengar sendiri ok?

4 comments:

  1. vuvuzela tu jangan lepas ni org guna buat tiup menandakan masuknya waktu berbuka puasa sudahhh...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. kimmy:
    tengah2 tunggu nak masuk labor room pun boleh melawak lagi.hahaha!jangan gelak kuat sangat weh.

    ReplyDelete
  3. "Sekali sekala ada juga keluar cerita penyokong penyokong wanita pasukan masing masing yang berbarang baik"

    Bukti lu xleh dibawak ke stadiun, King.. mata ke lain nanti.. hahaha..

    btw, mana datang perkataan Meiji tu? bukan Meiji nie nama dinasti/kerajaan jepun 1 ketika dulu ke? Jepun kan da balik, kalah dalam world cup..hahaha.. amacam? bernas x soalan gua?

    ReplyDelete
  4. prodigy:
    mata asyik ke bola pun tak berapa baik untuk saraf mata bro.kadang2 kena servis gak.hahaha!

    tak berapa bernas sangat bro.pasal nama meiji ni tak ada kaitan dengan zaman meiji kat jepun tu.memang nama panggilan kawan gua tu meiji la weh.hahaha!

    ReplyDelete